Catatan Lavender La Nuna : My Only Grandma

Dalam hidup Kak Long, Kak Long hanya kenal seorang nenek sahaja. Dan hanya dapat sayang dan disayangi dia seorang sahaja. This story is all about my only grandma, the most-beloved-person that I called embah.

Sekarang embah dah tua sangat. I’m not pretty sure about her age right now but it seems like 90+. Kak Long dapat berita dari Amna, embah sakit. She was admitted to the hospital a day before my birthday [August 24th]. Amna kata, embah demam sebelum raya lagi. Mama pula kata, cakap embah sudah hampir tidak kedengaran lagi. Dan doktor pula beritahu, heartbeat embah sudah semakin perlahan dan kini berada dalam keadaan yang kritikal.

Masuk hari ini, Mama dah 3 hari balik ke Batu Pahat. Tinggal abah & Amirul di rumah. Tak sampai seminggu lagi Amirul nak UPSR, and for that reason Amirul has to stay at home with abah.

Takut

Sebenarnya Kak Long sangat takut. Takut untuk call Malaysia & mendengar berita terbaru tentang perkembangan kesihatan embah. Takut untuk berhadapan dengan situasi yang sangat menyakitkan. Takut untuk menerima kenyataan yang sangat menyesakkan dada.

:’(

But at last, I made a phone call to Malaysia. Rasa sangat tak patut buat tak tahu tentang embah dalam keadaan embah begini. Kuatkan hati untuk tanya family tentang embah, even dalam hati ini rasa sebak sangat yang ditahan-tahan. Sakit, rasa sebak itu sangat sakit.

Telur goreng sambal ikan bilis

17 September 2010, hari bertolak ke KLIA. Embah waktu itu masih sihat-sihat-orang-tua lagi. Masih boleh lagi mengengsot ke pintu melambai-lambai Kak Long yang akan pergi meninggalkan Malaysia waktu itu.

Lirik sayu mata embah.

Lambaian embah.

Semuanya Kak Long masih ingat.

Waktu itu, embah sudah tidak mampu nak sediakan bekalan makanan untuk Kak Long lagi. Tidak seperti zaman Uniti, embah selalu bekalkan apa-apa saja makanan yang ada di dapur untuk Kak Long bawa balik ke asrama. 

Suatu ketika, embah bekalkan nasi berlauk telur goreng dan sambal ikan bilis. Puas Kak Long larang, sebab Kak Long tak sampai hati tengok embah terbongkok-bongkok memasak di dapur. Ada hati nak tolong tapi embah kata, "Nuna pergilah kemas apa-apa yang patut." Bukan embah namanya kalau anak cucunya balik tanpa jajan dari embah. Embah risau cucu embah lapar. Embah bubuh semuanya di dalam container makanan. 

Sampai-sampai saja di asrama, Kak Long buka plastik berisi bekas makanan yang diletak di dalam beg pakaian. Bekas makanan itu pecah, mungkin sebab terhentak-hentak semasa di dalam bas ekspress. Nasi dan lauk habis terburai.

:’(

Menitik air mata. Bukan sebab tak dapat makan, tapi tersentuh mengenangkan kesungguhan embah menggoreng telur mata kerbau dan membuat sambal ikan bilis. Nasi putih lauk telur goreng mata kerbau dan sambal ikan bilis itu mungkin tiada nilai apa-apa jika nak dibandingkan dengan nilai kasih sayang embah.

***

Embah, please stay strong.
I will always keep you in my du’a.

Nuna sayang embah.
Kami semua sayangkan embah. 

"Ya Allah, sembuhkanlah nendaku, kuatkanlah dirinya. Aku mohon padaMu, dengan sebenar-benar permohonan, izinkanlah aku bertemu dengan nendaku, aku ingin menjaganya, merawatnya seperti yang pernah ku lakukan dahulu."

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Monday, September 3, 2012

No comments:

Sahabat QQ