31 Ogos 2012 | 13 Syawal 1433 H
Kenduri walimah jarak jauh ini diadakan khas untuk meraikan sahabat kami yang telah selamat disatukan pada Jumaat lepas, Siti Nur Asyikin binti Karim dan pasangannya, Dr [to-be-inshaAllah] Faiq Nabil. Walaupun sodeh tak dapek nak poei walimah ekau Syikin, tapi takpolah. Nak buek camno… Takdo sapo nak sponsor tiket poei balik. Biarpun mereka jauh beribu batu, tetapi tembakan laser doa dari kami di sini yang menautkan hati-hati kami, insya Allah.
![]() |
Gambar ini adalah gambar kidnap. Sekian, kbai. |
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
Semoga ALLAH memberkati bagi kamu berdua,
dan ALLAH berkatkan ke atas kamu dari langit,
dan semoga ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebaikan.
Semoga menjadi isteri solehah, ibu yang mithali dan jiddah yang sentiasa mentarbiah cucu-cicitnya. Semoga bayt muslim yang dibina bahagia hingga ke jannah. Semoga masjid yang dibina menjadi wasilah untuk membangunkan ummah. Semoga semoga dan semoga Allah kurniakan yang terbaik buat enti & Mr Zauj. Hehe. Tiada apa yang lebih membahagiakan kami sebagai sahabat enti selain melihat enti meniti hari-hari bahagia di sisi ‘murokib’ yang sah. Lopeh ni tak buleh le lagi tidur umah akak ye Syikin, ekau dah ado housemate baru. :D
Semua ini di bawah kendalian ketua masak-memasak Chef Noriana Samat. Para-para sakura tukang memasak : Chef Wawa, Chef Aini & Chef Amal.