Catatan Lavender La Nuna : Aku dan 'Angin Jahat' itu

4 April 2010.Ahad

Subuh-subuh lagi aku terjaga. Mana taknya, SMS dari mak telah membuatkan aku segar bugar bagaikan dijirus segayung air macam yang mak buat tujuh tahun lepas; waktu itu aku liat sangat bangun Subuh. Tiada sepicing pun rasa mamai. Tapi aku sempat jadi bingung sekejap. Soalan mak yang satu ini, sungguh-sungguh menguji tahap KBKK aku untuk membuat keputusan terbaik. Antara hari ini dan esok sahaja. Mak tanya, bila kau nak ke kolej? Kalau aku pergi esok pagi, sudah tentu akan terlewat sampai ke kolej. Esok juga aku akan serahkan segala dokumen berkaitan untuk urusan ke Jordan ni. Itu belum masuk bab penat nak cari bas ke Masjid Tanah lagi, penat nak tunggu Pakcik Aris jemput di Masjid Tanah lagi. Sekurang-kurangnya, kalau aku pergi hari ini, banyak kerja yang aku dapat settle esok. Dan yang penting, aku dapat rehat sepuas-puasnya sebelum bertemu muka dengan Kak Ti dan zawjunya esok. Oh, ya. Nak merempat di mana malam ini, kalau aku jadi pergi hari ini? Awal-awal lagi aku sudah mengisytiharkan keberangkatan tiba aku yang terhormat ini pada ex-roommate aku; siapa lagi kalau bukan Cik Faizin Ayer Hitam kita tu…
Akhirnya, kini pasti! Setelah menimbang-nimbang buruk baiknya, aku membuat keputusan yang tak terduga dan aku juga sudah memaklumkan kepada mak; aku akan berangkat ke kolej pagi ini juga, walau apa pun yang akan terjadi. Chewah! Macam yakin saja. Tengok pada frasa; walau apa pun yang akan terjadi – Baiklah, kita tengok apa yang akan berlaku kepada cucu embah ini nanti.
Mak sempat berpesan lewat panggilanku pagi itu – usai menyediakan sarapan yang alakadar buat kami berdua; aku dan embah – supaya aku memberitahu Pak Mat terlebih dahulu sebelum bergerak. Kalau aku buat keputusan sendiri, aku takkan beritahu sesiapa sehinggalah aku selamat tiba di lokasi kejadian kerana aku tidak mahu menyusahkan Pak Mat. Cukup-cukuplah dengan segala bantuan Pak Mat yang tak terhingga selama ini. Kalau asyik Pak Mat saja – sikit-sikit Pak Mat – bila aku nak berdiri di atas kaki sendiri?
Tapi, mak kata lagi, "Sekurang-kurangnya sebelum bergerak tu, cakaplah pada Pak Mat. Mak dah amanahkan Pak Mat untuk jaga awak kat kampung tu. Kalau Pak Mat tak diberitahu, kecil hati Pak Mat."
Sedikit sebanyak aku termakan juga dengan pujukan emak, pujukan buah hati pengarang jantungku itu. Ya, Nuna. Jagalah adab tu sikit. Aku memberitahu embah baik-baik akan rancanganku pagi itu. Takut embah terkejut pula. Baru saja sampai, dah nak tinggalkan embah. Sebenarnya, aku pun berat hati nak tinggalkan embah seorang diri tanpa Pak Padil ni. Kalau embah masih boleh berjalan macam dulu - walaupun dengan badannya yang sudah bongkok tiga tu - aku tak kisah sangat. Tapi sekarang ini, embah nak ke mana-mana pun cuma mengengsot - sejak sebahagian kakinya dipotong akibat diserang gangren. Aku bersiap sekadarnya dengan pakaian yang cukup untuk beberapa hari, dokumen-dokumen yang wajib dibawa dan semestinya baby Compaq yang tak boleh berenggang dari tuannya (atau tuannya yang tak boleh berenggang dari baby Compaq?).
Tepat jam 9 pagi, aku cepat-cepat menghubungi Pak Mat untuk memaklumkan tentang rancanganku pagi itu. Aku harap sangat Pak Mat lepaskan aku pergi sendirian pagi ini. Beg-beg sudah aku letakkan berhampiran pintu gelangsar, menunggu masa untuk aku bawa pergi keluar. Aku memang sudah begitu nekad untuk menapak ke persimpangan kampung yang jauhnya adalah dalam 2 km juga. Nak buat macam mana, terpaksa jugalah menapak sebab Pak Padil yang belum diberitahu tentang rancangan aku ini awal-awal lagi sudah keluar dengan Honda Wave merahnya entah ke mana. Kalau tak, boleh juga minta belas ihsan buat muka lima sen kat Pak Padil ; minta tolong hantarkan sampai simpang di hadapan kampung. Tak jauh dari persimpangan kampungku itu, ada sebuah perhentian bas dan di situlah aku akan menunggu bas atau teksi untuk ke bandar Batu Pahat nanti.
Aku sudah mengagak apa jawapan Pak Mat. Aku dilarang sama sekali untuk pergi bersendirian.
Tapi, aku sempat berdalih : Aku cakaplah, "Nuna dah pakai tudung siap-siap, tinggal nak jalan saja lagi ni." Dalam hatiku berdoa, mudah-mudahan tiada lagi jawapan 'tidak' dari Pak Mat.
"Nak pergi macam mana?" Aju Pak Mat.
"Nuna pergi simpang, lepas tu tunggu bas tak pun teksi ke Batu Pahat."
"Dengan siapa pergi simpang?"
"Jalan kaki. Pak Padil tak ada. Hehe…" jawabku sambil tersengih bagai kerang busuk, macam bercakap secara live di hadapan Pak Mat saja.
Begitulah sesi soal-jawab antara aku dan Pak Mat yang tetap berakhir dengan jawapan menghampakan. Aku faham, Pak Mat sungguh caring fasal aku macam his own daughter. Dengan mak, aku boleh lagi berdolak-dalik : mentang-mentanglah mak tak ada kat sini. Tapi dengan Pak Mat – aku jadi macam tikus – sumpah, aku tak berani step the border! Pak Mat berkata dengan tegas, dia akan menghantar aku awal-awal pagi esok. Kalau sungguh bagai dikata, hamba pun menurut saja. Aku pun, bolehlah, dah Pak Mat kata begitu. Oh, ya. Dengan mak pun aku sudah maklumkan tentang planku yang tak menjadi tu.
Aku pun menukar pakaianku yang sudah lawa-lawa ni kepada pakaian basahan. Embah jadi terkejut bukan kepalang pula bila dengar aku tak jadi pergi. Embah pula yang risau : Embah bimbang aku tak sempat sudahkan urusan pejabat esok. Siap suruh aku call Pak Padil lagi, minta Pak Padil hantarkan aku ke simpang. Aku jadi bingung sekejap. Nak dengar saran embah ke Pak Mat ni? Aku cakap baik-baik pada embah; Nuna pergi dengan Pak Mat saja esok, sebab Nuna sudah berjanji taat setia dengan Pak Mat. Sudahnya, aku yang terpaksa menahan telinga mendengar bebelan embah yang nampaknya marah Pak Mat. Aku balik-balik tersengih saja, tak tahu nak bagi jawapan terbaik lagi untuk embah!
Hampir menjelang tengah hari ketika aku sedang memulakan operasi 'warung'ku, Pak Mat datang juga akhirnya. Pak Mat datang bersama dua anak lelakinya : Abang Acad dan Taghur. Kata Pak Mat, Mak Mah dan Kak Didi datang kemudian. Pak Mat sekali lagi meyakinkan aku yang esok Pak Matlah yang akan menghantar aku ke kolej. Terharunya aku dengar, bercampur-baur dengan rasa serba salah kerana menyusahkan Pak Mat.
Mak Mah dan Kak Didi datang ketika aku sudah hampir menyiapkan juadah tengah hari itu: ikan glamour a.k.a gelama masak pindang dan sayur sawi. Mak Mah dan Kak Didi yang baru sahaja shopping barang dapur itu menyambung operasi di warung dapur embah. Kali ini sudah tentu versi air tangan Mak Mah pula. Tengah hari itu, kami makan besar bersama-sama menikmati juadah air tanganku yang tak seberapa itu dengan masakan Mak Mah – yang walaupun simple, tapi aku pula yang terlebih-lebih berselera!
Tengah hari yang panas terik itu ditambah pula dengan perut yang penuh bagai ular sawa yang teroverdose kenyang bisa membuatkan sesiapa sahaja mudah mengantuk; tak terkecuali aku. Aku tengok rumah ni sunyi sepi saja. Kenapa ya? Sebab, embah sudah terlentok. Mak Mah sudah pengsan di sisi Taghur. Pak Mat pula sudah berdengkur di kerusi malas. Kak Didi dan Abang Acad? Rasa-rasanya Abang Acad di ruang hadapan, sebab dengar kipas di ruang hadapan menderu-deru laju berputar. Kak Didi pula di dalam kamar embah, tengah baring-baring agaknya. Aku usai solat Zohor pun cepat-cepat menyertai jemaah tidur ini! Memang pun, rasa mengantuk yang tak dapat dielakkan lagi. Amboi Cik Nuna… Nescaya akan cepat tembamlah kau, kalau hari-hari makan-tidur macam ni.
Aku hanya terjaga apabila…
"Nuna… Bangun. Jom, Pak Mat bawa pergi urut." Suara Pak Mat sayup-sayup di telingaku, bagai angin lalu.
Aku buka mata sekejap, kemudian sambung tidur balik. Bertuah punya budak Nuna! Ngantuk sangatlah, malas rasanya nak bangkit.
Seminit. Dua minit. Aku rasa tubuhku digerak-gerakkan seseorang.
"Na… Bangun nak. Hari tu kan Pak Mat dah janji nak bawa Nuna pergi berurut." Suara Mak Mah pula meniti satu-persatu di telinga, mengejutkan budak liat ini bangun.
Aku terjaga juga akhirnya, walaupun dengan rasa malas yang telah dilawan sepenuh hati. Isk..isk.. Nuna. Macam manalah nak sambung ngaji ke Jordan kalau bangun tidur pun liat sungguh? Mendengar kata 'berurut' tu, aku jadi tak enak. Pak Mat rupa-rupanya bersungguh-sungguh hendak membawa anak buahnya ini pergi berubat. Aku sangkakan, Pak Mat cuma bergurau sahaja semasa Pak Mat berkata begitu dua hari lalu - sewaktu di dalam perjalanan pulang dari airport. Yalah, masa tu kan aku tengah pening-pening lalat. Belum mabuk betul-betul lagi.
'Berurut'. Bunyinya macam best saja. Apa lagi kalau tubuh tengah lenguh-lenguh, penat-penat diurut. Asyiknya, bukan main. Tapi… Kata-kata Pak Mat yang merujuk kepada tukang urut refleksologi yang bakal mengurut aku ini - Wak Muji namanya – Kak Didi sampai menangis-nangis diurutnya. Wak Muji itu cuma urut bahagian tangan sehingga lengan dan tapak kaki sehingga betis sahaja. Bahagian tapak kaki itulah part yang paling mengerikan. Aku sudah dapat membayangkan, betapa brutalnya tapak kaki ini diurut Wak Muji nanti. Alahai… Dah kecut perut aku dibuatnya. Kalau Kak Didi yang lebih tough dari aku pun boleh nangis, apa lagi aku yang lembik (menurut Pak Mat) ni? Macam manalah agaknya Wak Muji tu mengurut sehingga boleh membuat seseorang itu meraung-raung bagai terkena sampuk? Aku tiada jawapan untuk itu. Aku sendiri tak pernah dibawa oleh mak dan abah pergi berurut dengan mana-mana tukang urut selama ini. Kalau tangan kaki terseliuh pun, paling-paling mak atau abah yang akan bertukar profesion: menjadi tukang urut tak bertauliah.
Aku segera bersiap seadanya. Pergi ke rumah Pak Mat di Banang Height terlebih dahulu untuk menghantar trio tiga beradik – Abang Acad, Kak Didi dan Taghur – balik ke rumah. Aku sekereta dengan Kak Didi dan Taghur, manakala kereta Perodua Kancil dibawa oleh Pak Mat dengan Mak Mah dan Abang Acad di dalamnya. Di dalam kereta Myvi yang dipandu Kak Didi, macam-macam yang kami bualkan. Taghur yang setahun lebih muda dari aku tu pula, diam saja di belakang. Macam bertukar watak pula, aku dan Taghur ni : sepatutnya aku yang pendiam. Sampai satu tahap, aku jadi diam dan Kak Didi pula yang bercakap. Aku cuma senyum dan angguk-angguk geleng-geleng saja. Nak tahu kenapa aku berubah watak dengan drastiknya?
Sebab…
Setibanya di Bagan, aku sudah mula tidak sedap badan. Kepala aku tiba-tiba berdenyut-denyut, sakitnya tak terperi dengan kata-kata. Nak kata migraine, aku sendiri tak pasti migraine tu sakitnya bagaimana. Aku cuma berusaha untuk terus bertahan. Aura-aura nak muntah memang sudah ada. Aku cuma memperbanyakkan selawat di dalam hati, mohon diringankan sakit ini. Hanya apabila Myvi ini sampai di hadapan Hospital Pakar Putra, Kak Didi mula menyedari perubahan diriku dan segera melakukan pertolongan cemas dengan membuka tingkap automatik untuk memberi ruang udara dari luar masuk. Aku sudah tidak dapat berkata-kata. Kerusi tempat aku menyandar ini aku rendahkan serendah-rendahnya sehingga tubuhku tersandar dengan sudut mencakah. Mata terpejam menahan sakit yang gila-gila ini dan cuma terdaya menyapu-nyapu minyak angin cap kapak - yang memang sudah tersedia di dalam handbag aku – ke sekitar tengkuk dan kepala. Aku dapat merasakan, bila-bila masa sahaja kalau aku buka mulut, isi perutku yang full tank ini akan berhamburan. Memang sudah agak tenat dan kritikal sangat ni. Sempat lagi aku membayangkan: Kak Didi – pemandu ambulans, tapi yang hairannya, aku – pesakit duduk di sebelah pemandu dan Taghur – attendant pula yang duduk di belakang.
Tiba-tiba saja aku jadi teringat pula dengan lawak tak masuk akal animasi negara Barat yang Faizin muatkan ke dalam folder My Document aku. Masih ada di dalam laptop lama, Baby Twinhead. Animasi yang berwatakkan seorang pakcik tua mat saleh itu termuntah semasa menaiki kenderaan komuter. Muntahnya pula dimasukkan ke dalam bekas minuman plastik, kemudian dihirup semula. Eeeiii.. So
disgusting! Kenapalah aku boleh teringat dengan lawak tak masuk akal itu di saat-saat genting ini? Kalaulah aku dapat tahu siapa yang mencipta animasi stupid tu, aku rasa macam nak sumpah dia jadi walrus. Biar jadi makanan orang Eskimo! Tensionnya! Sebab idea tak masuk akal dialah yang membuatkan aku asyik terimaginasi animasi stupid tu!
Sebaik sahaja Kak Didi memberhentikan keretanya di hadapan rumahnya, aku cepat-cepat buka pintu dan mencari port yang sesuai lagi terlindung dari khalayak ramai untuk menghamburkan segalanya. Tanpa memandang ke serata alam lagi dan setelah menyelak sedikit tudung labuhku, – dah tak menyempat-nyempat ni – aku terus… (Scene ini terpaksa dipotong kerana bimbang ada pembaca yang termuntah hijau apabila membayangkannya). Aku dah tak nak ambil tahu lagi, kalau-kalau ada orang yang ternampak aksi tak senonoh anak dara sesat ni. Cepat-cepat aku masuk rumah Pak Mat. Nasib baik Kak Didi yang baik hati itu sudah membawa masuk handbag aku.
Bila masuk saja ke dalam rumah, aku sudah terkulai layu di atas lantai beralaskan kusyen lembut… Macam sayur sawi yang terkena panas lama sangat. Lega, memang lega Alhamdulillah. Sebab angin jahat dari badan semua sudah melarikan diri dari sendawa berpanjangan. Abang Acad dan Taghur sedang bersiap-siap - akan kembali ke KL sebentar lagi. Kak Didi yang akan menghantar mereka ke terminal bas Batu Pahat. Pak Mat dan Mak Mah pula akan menghantar aku berubat dengan Wak Muji tu. Memang kena sangatlah waktunya ini, waktu aku tengah sakit tenat.
Aku sudah rasa semakin sihat setelah vomit dengan banyaknya tadi. Rasa makin slim pula bila segala isi perut sudah keluar semula. Tapi, aku sangkakan panas sehingga ke petang rupa-rupanya angin jahat tu dengki sangat dengan aku, maka 'dia' menyerang aku untuk second round lagi. Kali ini, aku naik ambulans yang betul kerana aku sebagai pesakit tersadai di belakang. Semasa di dalam perjalanan ke Seri Medan (rumah Wak Muji), aku sekali lagi terkulai layu di belakang tempat duduk Perodua Kancil yang sedang dipandu Pak Mat. Pak Mat seakan faham dengan situasiku, maka Pak Mat mempercepatkan halaju pemanduannya kerana pesakit sudah semakin tenat!
Setibanya di perkarangan rumah Wak Muji, keadaannya lengang sangat. Pintu dan tingkap semua bertutup. Bagi salam berkali-kali tapi tidak berjawab. Pak Mat cuba call tukang urut itu berkali-kali tapi tak berjawab juga. Untuk kali yang entah ke berapa – akhirnya, Wak Muji jawab juga – rupa-rupanya dia ke kebun.
Aku di mana ketika ini?
Aku macam biasa – mencari port yang sesuai – terpaksa menggunakan bilik air orang tanpa izin tuan rumah. Tiada apa-apa isi perut lagi yang keluar kerana sememangnya semua sudah terkeluar tadi, kecuali yellowish fluid itu – jus gaster. Nasib baiklah bilik airnya di luar rumah. Dan memang sah-sah pun rumah-rumah kampung di Johor ini, majoritinya suka sangat buat bilik air di luar rumah. Termasuklah rumah my only embah di Kampung Parit Sempadan itu.
Punyalah Pak Mat bengang sebab orang tua itu tiada di rumah. Buat penat saja Pak Mat racing macam Mika Hakkinen tadi. Menurut beliau lagi, sepatutnya hari Ahad ini memang orang tua itu tidak offline seperti hari ini kerana hari Ahad ramai customer datang dari seluruh pelusuk dunia. Nak buat macam mana Pak Mat… Dah tak ada rezeki untuk Nuna.
Dan kami pun berpatah balik ke Kampung Parit Sempadan. Dalam perjalanan – sama saja kesnya – angin jahat itu masih tidak puas-puas menyerang urat nadiku sehingga separuh nyawa-nyawa ikan puyu. Aku betul-betul tenat, sehinggakan terpaksa membuka tudung labuhku dan baring diam-diam di belakang. Tubuhku yang senipis papan lapis ini meringkuk macam tenggiling sambil menahan kesakitan. Sakitnya; aku tak pernah rasa seumur hidup. Tapi sudah tentulah tak sehebat azab sakaratul maut yang lebih dahsyat. Masya Allah… Dalam hati, sentiasa terulang-ulang kalimah syahadah dan tahlil untuk diriku sendiri : takut juga tak sempat sampai ke rumah. Waktu inilah baru aku terasa-rasa rindu sentuhan tangan mak mengurut-urut tubuhku – rasa macam nak menangis pun ada. Dan ketika ini, aku amat berharap supaya tiada sesiapa yang menjenguk ke dalam tingkap Perodua Kancil Pak Mat. Kalau tidak, memang nak cari nahas dengan Nuna!
Sampai-sampai saja, aku terus merebahkan diri di sisi tempat perbaringan embah. Embah pun hairan yang amat melihat aku. Segala handbag dan tudung, Mak Mah yang terpaksa bawakan sebab keadaan aku betul-betul kritikal. Agaknya Pak Mat kasihan melihat keadaan aku yang agak tenat itu, maka beliaulah menjadi pengganti Wak Muji. Lalu di ruang tamu inilah menyaksikan aku sekejap-kejap nangis kerana kesakitan, sekejap-kejap tergelak-gelak kerana kegelian, sampai tak tahu, nak gelak ke nak nangis! Dan tangan Mak Mahlah yang aku ramas-ramas kerana tidak tertahan dengan penangan urutan refleksologi yang ganas dari Pak Mat. Itu baru Pak Mat yang buat refleksologi tapak kaki, belum lagi Wak Muji. Kalau Wak Muji yang urut, tak tahulah apa yang akan terjadi pada aku. Histeria agaknya.
Memang dahsyatlah Pak Mat urut. Boleh jadi business partner Wak Muji. Sehinggakan embah berkata, bibir aku sudah memerah semula selepas diurut. Tak macam tadi. Pucat lesi macam tiada darah mengalir. Sejak petang itu sehinggalah hendak masuk tidur, tak habis-habis sendawa yang berpanjangan. Itulah angin-angin jahat yang dengki sangat kat aku. Pak Mat awal-awal sudah berpesan; Tidur awal malam ni, ya nak. Memang pun aku nak tidur awal sebab kepalaku berbisa kembali, kali ini lebih luar biasa sakitnya sehinggakan aku terpaksa menelan dua biji paracetamol; mungkin juga tindak balas selepas diurut Pak Mat.
Tidurku diiringi berulang-ulang kali kalimah syahadah dan tahlil buat diriku sendiri; bimbang tak terbangun lagi esok!

*Selamat ulang tahun kepada pemilik hati yang lembut itu.*

~AsmaAmaninAJParitSempadan~

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Saturday, June 19, 2010

No comments:

Sahabat QQ