Hikmah di Sebalik Kegagalan

Lebih kurang 2 bulan yang lalu, saya pernah terduduk dan menangis. Saat itu, saya rasa seluruh semangat saya terbang menghilang. Terbang dibawa bersama khabar pahit yang saya terima. Khabar pahit itu; yang paling pahit sejak saya gagal dari matrikulasi, betul-betul membuat saya rasa terpukul.

Manakan tidak, sudah berapa liter keringat saya mengalir demi menyempurnakan taklim saya di syu'bah ad-diblum fi ad-dirasat al-islamiyyah di Kolej Uniti dan alhamdulillah, dengan natijah PNGK 3.54 [je pun], tetapi akhirnya, apabila saya melihat keputusan permohonan kemasukan IPTA untuk pengambilan Julai 2009, ternyata nasib tidak menyebelahi saya.

Saya gagal untuk menjadi warga penuntut ilmu di jami'ah.
Saya tahu. Saya terima dengan redha.
Allah sedang menguji saya.
Allah sedang menguji hamba-Nya yang kerdil ini...

Dalam seminggu itu, saya masih dilanda kesedihan yang amat. Saya sudah cuba memohon untuk rayuan, tetapi ternyata, saya masih lagi terpilih untuk menjalani ujian dari Allah. Ya Allah, cubaan apakah yang Engkau turunkan kepadaku? Besar sangatkah dosaku sehingga aku terpilih untuk menjalani ujianMu yang amat perit ini? Apakah hablum minallah aku masih belum utuh hingga Engkau menurunkan ujian ini kepadaku agar aku kembali akrab denganMu? Ya Allah.. Masih adakah hikmah untukku di sebalik ujian ini? Atau aku yang benar-benar buta dengan kebesaranMu?

Alasan mengapa saya di'reject' dua kali oleh pihak universiti senang sahaja. Semuanya kerana kelalaian saya sendiri. Tapi itu mungkin hanya sebab atau wasilah untuk saya menjalani ujian ini. Walau apa pun alasannya, saya tak mungkin dapat mengingkari ketetapan yang telah tertulis untuk saya.

Selama lebih kurang 2 bulan saya menjadi penganggur terhormat di rumah. Yakni, bukan penganggur suka-suka goyang kaki di rumah, tapi sekaligus menjadi tulang belakang ibu saya untuk melaksanakan tugas-tugas harian di rumah. Walau cuma menjadi pembantu di rumah, saya sudah menetapkan di dalam minda saya, bahawa saya akan terus mencuba lagi untuk memohon kemasukan ke universiti menjelang November ini.

Akhirnya pada petang Rabu, 12 Ogos 2009, saya menerima sms dari ibu yang antara isinya menyatakan bahawa ada kerja sedang menanti saya. Kerja sebagai guru sementara! Dan tidak lama kemudian, ada panggilan dari Puan Hadijah, rakan sekerja ibu yang mensahihkan tawaran kerja yang ibu saya khabarkan melalui sms.

Masya Allah.. Saya benar-benar tak menyangka secepat itu rezeki tak terduga yang Allah kurniakan untuk saya. Secepat khabar pahit yang saya terima 2 bulan lalu. Kedua-duanya saya tak pernah jangka. Dan kini, walau baru 2 hari menjalani tugas sebagai guru sandaran, saya amat bersyukur dengan hikmah yang tak terduga ini. Hikmah dari kegagalan yang membawa saya ke pintu rezeki yang terbuka luas untuk saya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

::: al-Ankabut : 2-3 :::

Subhanallahi wa bihamdihi..
Subhanallahil adziim..

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Sunday, August 16, 2009

2 comments:

Anderia H Selamat said...

Assalamualaikum...Nur Amalina, bila kita bniat tuk ke jln Allah...akan ada 1000 ujian(Nuna lbh arif tntng itu).menangisla..mgadulah pd Dia tuk reda kn perasaan tu...tp bangunlah smula selepas itu...

A m a l i n A m i n said...

Wassalam,, thanx Kak DD... sblum apa2,, thanx sbb sudi jenguk blog nuna..huhu~~ thanx juga sbb sudi berkongsi rasa dgn nuna.. isk22... terharu sbb msh ada org yg sokong.. (T.T)

Sahabat QQ