2 November 2011
Aku takkan pernah
lupa tarikh ini. Flashback dua tahun sudah. Malam itu aku sudah bersedia untuk
melayarkan bahtera mimpi [peh ayat sastera komsas sangat]. Tiba-tiba
satu-satunya kawan aku yang berbangsa Thai yang sangat fluent berbahasa Melayu
tanpa dipengaruhi dialek pantai timur masuk ke bilik tidurku – Yasmin namanya;
mengembalikan aku ke alam nyata setelah aku baru nak terawang-awang di alam
kayangan.
“Kak Amal, ni ada
surat chenta untuk akak.”
“Surat?” Dalam nada
menyoal balik, aku bersuara kemamai-mamaian. Mata terpisat-pisat, adohai…
Kepala rasa macam ada bintang-bintang menari.
Sampul surat putih
itu aku capai lalu buka dengan cermat. Di dalamnya terdapat sekeping kertas A4
putih berlipat empat. Slowly aku buka dan tatkala melihat logo Akademi Tahfiz
Azzikr jantung ni pam darah laju-laju pulak dah. Well, it’s ok. Cover nervous
anda. Teruskan bacaan.
Alhamdulillah. Kesimpulannya;
aku diterima masuk menjadi salah seorang ahli Akademi Tahfiz AzZikr. Akademi ni
akademi legend kat Irbid yang menjadi dambaan ramai siswa siswi non-tahfiz yang
teringin sangat nak menceburkan diri dalam bidang tahfiz Al-Quran. Ramai yang
join interview, namun yang terpilih hanya 12 orang (akhwat sahaja) setelah
melalui saringan yang ketat. Cerita malam itu berakhir begitu sahaja sebab aku
sudah mengantuk tahap gaban ultimate dan bukan sahaja perlu malah wajib melayarkan
sauh bahtera mimpi yang tertangguh.
Zzz.
…
First meeting & Taaruf
Selang beberapa hari
selepas itu, kami (12 orang calon AzZikr yang terpilih) dipertemukan (actually
ada pertemuan pertama sebelum tu, but unfortunately I’m absent -_- ) untuk saling taaruf dan taklimat ringkas
tentang perjalanan kelas yang bakal diadakan. Serius teruja! Dan tak sesabar
nak tasme3 depan pembimbing. Oh ya, introducing our muallimah of Gen 7 : Wan
Maslukma. :)
…
PINTAZ
Kelas demi kelas
diadakan dan kami mula merapat-rapatkan ukhwah yang baru terjalin. Aku cuba
untuk ingat semua nama ahli Gen 7 AzZikr – Tiqa Rawi, Syifa, Safiah, Farzana,
Syahida, Sayyidah, Yuni, Fiqah, Najah, Farhana dan Nadhi. Walaupun pada mulanya
asyik tersasul dan lupa nama, bila dah lama-lama bersama-sama, akhirnya ingat
juga nama-nama sebelas orang adik-beradik baru ni.
Minggu berikutnya,
kami diwajibkan untuk menyertai minggu orientasi yang diberi nama khusus PINTAZ
– Program Intelek Huffaz buat intake baru AZzikr (kami lettew). Actually, tak
adalah sampai seminggu pun, cuma 3 hari 2 malam dan bertempat di Musolla
AzZikr. Akhwat dikehendaki tidur di musolla manakala syabab pula di rumah
muallim gen 7 (kot~ tak amik pot sangat pasal syabab. Heh~)
Serasa berkobar-kobar
semangat selepas menjalani PINTAZ. Apalagi selepas mendengar pengisian dari
senior-senora huffaz yang hebat-hebat belaka. Ok, harapnya semangat ini
sentiasa membara walau dibalut dingin syita.
Hari demi hari
berlalu. Rasminya kelas tahfiz kami diadakan tiga kali seminggu – kelas tasme3
(memperdengarkan bacaan baru), hifzu jadid (mengulang bacaan baru) dan murojaah
(mengulang lima muka bacaan lama). Termasuk juga kelas Tafsir Quran yang
diadakan seminggu sekali.
Ragam AzZikr
Ada kala semangat
menyala. Ada masa jiwa futur. Ada ketika kami ditegur kerana sambil lewa. Ada
waktu kami dirai kerana punya semangat luar biasa. Itu biasa. Semuanya kami
lalui bersama. Semuanya kami kongsi bersama. Susah mengingat ayat-ayat hafazan,
asyik-asyik lupa, merangkak-rangkak, sakit tekak hilang suara selepas tasme3 –
puas kami harungi. Ya, kami tiada basic, tak pernah pun hafaz 30 juzuk sebelum
ini. Tapi kerana Allah campakkan rasa yang sama di hati-hati kami (untuk
menjadi sebahagian dari hamalatul Quran insya Allah) kami gagahi jua, seperit mana pun.
Ada orang kata, kalau
lambat menghafaz itu tandanya banyak
dosa. Ya, kami tak nafikan. Memang setiap hari kami berbuat dosa sama ada sedar
atau tanpa sedar. Siapa kita untuk menidakkan diri kita tidak pernah berbuat
dosa? Ada juga orang kata, jadi hafiz/ah ni berat. Kalau tak ingat hafazan,
dalam kubur kena seksa.
Aku kata : Jangan dengar
cakap orang, kalau kata-kata mereka hanya melumpuhkan semangat yang ada. Aku
kata lagi : Memanglah kena seksa kalau tak ingat DISEBABKAN tak teruskan
hafazan. Kalau tak ingat sebab dah banyak kali menghafaz, itu cerita lain.
Kemampuan setiap dari kita berbeza. Ada yang Allah kurniakan otak yang cepat
menghafaz, maka bertuahlah dia dapat hafaz banyak dan laju. Adapun sebaliknya manusia
macam aku, haruslah lipat gandakan usaha. (tapi mustahillah kalau practice
banyak kali langsung tak ingat kot) Allah akan nilai usaha kita, as long as
kita tak putus berusaha. Juga tak berputus asa. Bukan sebegitu Allah kejam nak
menghukum kita, setelah berhempas pulas kita berusaha kan? Wallahu Sami’un
‘Alim. :)
Dulu-dulu sebelum
berpindah musolla, Musolla Tahfiz AzZikr terletak di antara Mat3am Doi3ah dan
restoran fast-food Dalle3 Karsyak. Laluan lorong ke rumah sewa yang menjadi
markaz akademi itu bukanlah bersih, selalu dihiasi dengan sisa buangan makanan
dan selalu terserempak dengan tikus-tikus sebesar anak kucing berlari-larian.
Bila malam pula, lorong ini jadi sangat gelap walaupun di hujung sebelah sana
(Mat3am Doi3ah) dan hujung sebelah sana juga (Dalle3 Karsyak) merupakan jalan
raya yang ‘hidup’. Boleh dikatakan lorong tersebut lorong hitam, malah pernah
berlaku kes-kes jenayah melibatkan pelajar Malaysia di lorong itu. Mahu tak
mahu, suka tak suka, tiada jalan pintas, inilah satu-satunya lorong yang perlu
kami lalui bersama mashaf dalam genggaman – demi impian yang satu. :)
Tausiyah Guru
Kadang, aku dan
adik-beradik gen 7 berkongsi pengalaman dan masalah. Masalah berkisar pada isu
yang sama – lambat menghafal dan keterbatasan waktu. Mana-mana ahli tak
terkecuali aku, pasti dua masalah ini yang sering mengekori. Aku jadi
terinspirasi + kagum dengan ahli gen yang mengambil course medic/dentistry –
umum mengetahui jadual mereka lebih packed dari jadual Yarmoukian - agak
cemburu dengan mujahadah mereka yang sentiasa memanfaatkan setiap masa yang
terluang, walau beberapa minit untuk menatap Al-Quran.
Aku sentiasa ingat dan nasihat pembimbing kami
yang aku cuba aplikasikan sesuai dengan jadual aku.
“Kalau kita ada daya,
kita takkan cari alasan.”
Macam tu lah lebih
kurang apa yang Wan nasihatkan, nak cakap panjang-panjang aku macam tak reti
pula. Ni pun dah berjela aku taip. Eh?
Lagi satu nasihat Wan
yang melekat dalam hati sampai sekarang;
“Dalam sehari, cuba
cari masa untuk baca Al-Quran. Sebusy mana pun.”
Senang cerita
maksudnya, hamalatul Quran dan mashafnya berpisah tiada. Okay?
![]() |
thanx to the owner of camera mahal location : Syurhabeel Park |
Bi’ah Baru di Tempat Lama
Kini setelah beberapa
bulan berpisah dengan AzZikr, aku akui agak susah untuk mewujudkan biah tahfiz
di tempat yang lama even tempat itu adalah rumah aku sendiri, yang aku
tinggalkan selama 3 tahun. Lagi-lagi aku seorang diri.
Lalu Allah ilhamkan
aku untuk berfikir. Ini jalan yang aku pilih, kenapa mesti berhenti setelah
separuh jalan aku harungi? Tidak, ini bukan penamat. Penamat sebenar, bila
nyawa aku terhenti. Futur atau bati2 (lambat), itu soal kedua. Yang penting,
aku mesti paksa diri. Tanpa paksaan, semuanya takkan berjalan. Tanpa mengulang
atau hafazan baru, semuanya akan kekal static, takkan berubah atau mungkin
hilang terus dari memory. Daya (force, F) itu mesti ada untuk menghasilkan tenaga kinetik. (Eh, dah merapu macam nak masuk tajuk Fizik je) Siapa yang mampu mengubahnya?
Tiada lain. Aku. Diri
sendiri. Moga Allah hidupkan hati ini dan hati-hati hambaNya dengan kalamNya
yang mulia.
Sekian, coretan
picisan November dan Memori (tajuk macam tak kena)
Nota Kaki
:: Aku sasarkan agar
bebelan-maya ini siap sebelum 2 Disember 2013 (sebulan selepas ulang tahun ke-3
Gen 7 AzZikr) & Alhamdulillah I’m done!
:: Buat pembimbing
gen 7 AzZikr, tiada ucapan selain jazakillahu khayr kerana sudi terima dan
bimbing akak. Segala apa yang Wan nasihatkan, walau tak semua yang akak ingat,
yang sedikit tu akak cuba praktikkan. Buat adik-adik gen 7, teruskan istiqamah.
Kalian beruntung kerana jalan masih panjang, masih cerah peluang untuk jadi
graduan AzZikr in future inshaallah. Doakan Kak Amal istiqamah! :’)