Mengirai Pelangi Oktober

September pergi bersama dua kehilangan yang cukup memilukan. Tragis. Mengharap mendung itu kan segera berlalu, walau kenangan itu terkesan di memori.
Hilang. Hilang itu cukup perit, lebih-lebih lagi jika yang hilang itu something yang disayang dan hilangnya tak kembali. Tak pernah akan kembali. Mati. Walau yang mati itu hanya seekor haiwan lemah dan tak bermakna pun pada mata dunia. Lantaklah apa pun orang nak kata, perasaan yang datang ini pun bukan aku yang minta, kerana ia kurniaan Tuhan untuk aku. Dan apa yang aku terdaya lakukan sebagai makhluk ialah, bagaimana cara aku mengendali perasaan ini agar tidak sampai memudaratkan diri.

Bunyinya kedengaran macam berat amat, tapi Alhamdulillah. Aku masih boleh jalani hidup seperti biasa. Murung untuk beberapa ketika, sedaya upaya mengeluarkan diri dari belenggu kesedihan. Aku tahu, Tuhan punya agenda sendiri di luar jangkauan pengetahuan aku.

Oktober.

Aku tak tahu, apa yang bakal berlaku di hari mendatang, namun yang pasti hari ini aku akan berdoa agar esok pagi ada pelangi. Andai panas mahupun hujan rebut petir lagi esok hari, akan ku redahi tanpa sekelumit pun gentar di hati. 

Lion, Singa Putihku.

Tak siapa sangka, Lion akan pergi dulu di antara 10 ekor kucing yang di rumah ini. Tak siapa pun sangka akan ketentuan Yang Maha Esa itu.

Lion, kucing yang taat, paling sopan, paling gentleman. Bunyi Lion mengiau halus - menusuk kalbu. Tak pernah nak pedajal orang.

My white Lion.

Limah Hilang

Semuanya bermula dengan kehilangan kembar seiras Lion yang kami panggil Limah. Hari Selasa, satu hari suntuk Limah langsung tak pulang. Dipanggil-panggil namanya, tetap tak datang. Selalunya tak macam ni. Kakak dah susah hati. Bukan kakak sahaja, satu keluarga kami tertanya-tanya.

Teringat malam sebelumnya, mereka 3 beradik – Tajab & si kembar siam Lion vs Limah – tidur berpeluk-pelukan atas mesin basuh. Paling lama mereka tidur bersama sebelum kakak keluarkan mereka, sebab takut mereka berak kencing dalam rumah.
Satu hari itu berlalu tanpa Limah. Susah hati. Entah ke mana Limah pergi. Dah makan ke belum. Makan apa. Tidur di mana. Jangan-jangan? Tidak! Kakak tak mahu fikirkan yang bukan-bukan. Harus positif, kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Walaupun sebenarnya, kakak dah menangis berjurai-jurai air mata lepas Maghrib atas sejadah pada hari Limah hilang. Nangis dalam bilik, tak mainlah nangis depan mak.

with his twin, Lily-mah aka Limah

Demam

Esoknya, seperti biasa. Awal-awal pagi lagi buka pintu rumah dan panggil nama Limah. Namun hampa. Lain yang dipanggil, lain yang datang mengiau.
Tak apa, Limah ada je dekat-dekat sini. Mesti dah sampai masa dia nak cari pasangan. Limah kan dah besar – ayat-ayat nak sedapkan hati sendiri. Heh.
Pagi itu, selepas sarapan, bermula rutin kakak seperti hari-hari cuti biasa. Sidai baju. Sapu daun kering yang bertebaran di garaj kereta abah.Tiba-tiba, kakak nampak sesuatu yang familiar, dalam kotak berisi tin-tin kosong untuk kitar semula. Macam Lion, tapi bukan ke Lion tengah main panjat pokok rambutan? Kakak toleh ke sebelah kanan, lihat pokok rambutan. Ya, betul. Lion sedang asah-asah kuku pada perdu pokok rambutan.

Jadi, kucing putih-putih-perang dalam kotak tin recycle itu – tak lain tak bukan – Limah?

Limahhhhhhhh!!!

Kakak berlari-lari menuju ke bawah rumah tempat segala barangan recycle ditempatkan. Dukung Limah. Bawa Limah ke dalam garaj. Limah batuk-batuk. Hidungnya berair. Mulutnya kehitaman, kesan dari air liur dan cecair hingusnya yang meleleh. Matanya bertahi. Limah muntah kuning. Kalau manusia muntah kuning, itu tandanya perutnya kosong dan muntah kuning itu adalah jus gaster dari perut. Pendek kata, baru sehari Limah tak balik, keadaannya sudah seperti tidak terurus. Keadaannya, macam dah teruk sangat. Tak sampai hati nak tengok Limah macam ni. :’(

Limah demam. Bukan Limah sahaja, Emot pun selsema dan batuk. Tajab. Tajab nampaknya lebih diam dari biasa. Kucing-kucing yang lain semuanya kelihatan biasa-biasa sahaja, Alhamdulillah.

Hari itu juga kakak berkejar ke pet shop, belikan ubat demam dan antibiotic untuk mereka. Habis RM20 sahaja, tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan nyawa mereka.

Lion : Detik Terakhir

Keadaan Limah sudah semakin stabil selepas diberi ubat demam dan antibiotic. Emot pun begitu, selsemanya semakin berkurangan. Sekarang, giliran Tajab pula. Tajab, keadaannya tidak begitu membimbangkan, perubahan ketara Tajab hanya pada kelakuannya. Tajab jadi pendiam sangat, tak macam selalu. Selalunya, kalau kakak nak masukkan pakaian kotor ke dalam washing machine,Tajab pun sibuk terjun sekali dalam mesin basuh, duduk dalam kain kotor. Kalau mak nak siang ikan, Tajab pun sibuk duduk tepi mak, mengiau-ngiau tak tahan cium bau ikan. Tapi sejak demam, Tajab diam, tidur memanjang. Tubuh pun hangat, hilang selera makan.
Dalam masa yang sama, Lion yang sebelumnya tak menunjukkan tanda-tanda sakit tiba-tiba tak balik rumah. Macam Limah pada hari kehilangannya.

Kali terakhir kakak lihat Lion, Lion berada di atas bumbung garaj. Kakak panggil Lion masuk rumah. Lion tak turun pun. Lion Cuma mengiau, sambil gesel-gesel kepala pada bumbung garaj. Macam nak minta izin, malam tu dia tak nak balik rumah.

Kakak masih ingat lagi, suara Lion mengiau yang lembut dan sayu.
Satu hari Lion tak balik. Entah ke mana dan di mana Lion tidur tak siapa tahu. Pagi Sabtu Lion balik, Lion asyik berkurung di satu sudut kering dalam bilik air. Keadaan Lion tak membimbangkan sangat. Tak macam Limah yang muntah-muntah. Lion duduk diam sahaja, sebab tu kami semua sangka yang demam Lion tak seteruk mana.

Malam Ahad itu, kami semua sedang sibuk tolong mak siapkan nombor peserta larian merentas desa tanpa sedikit pun mempedulikan Lion. Sehinggalah keesokan harinya, waktu itu jam 8.30 seingat kakak, kakak sedang sibuk nak bersiap ke kelas latihan SBD, tiba-tiba terlihat Amirul duduk mencangkung hulurkan semangkuk air pada Lion yang sudah terkulai lemah di atas lantai. Mak dan abah waktu itu keluar ke pasar minggu.

Kakak terkejut, sangat terkejut, panik, gelabah, pendek kata memang rasa separuh nyawa melayang bila tengok keadaan Lion. Kakak jerit kat Amirul, cepat cari ubat demam dan syringe sekali! Siap call mak, Tanya mana syringe bila Amirul cari tak jumpa.

Kakak dukung Lion, dakap tubuh lemah Lion. Lion lemah, tak berdaya sangat. Kakak dah tak sedap hati. Lagi-lagi bila pandang mata Lion yang sudah tidak bersinar, tidak berkelip. Matanya seolah tenggelam, ke dalam. Mulutnya separuh terbuka dan comot kerana air liur. Perasaan kakak memang dah kuat mengatakan Lion dah nazak, tapi kakak tetap cuba usaha untuk selamatkan Lion. Kakak tetap positif, Lion akan kembali sembuh. Bila dah jumpa syringe dan ubat demam, dengan dibantu Amirul, kami suapkan ubat ke dalam mulut Lion yang sudah lemah itu.

Dalam keadaan itu, kakak hanya mampu nangis. Sayu sangat tengok keadaan Lion. Bertambah pilu lagi bila mengingatkan kecuaian kelalaian kakak yang sepatutnya awal-awal lagi suapkan ubat untuk Lion sebaik tahu Lion tak sihat. Amirul Cuma terdiam, mungkin terkejut sebab tak pernah tengok kakak berubah jadi panic & tak keruan sampai macam tu sekali. Hisyy Amirul ni lain kali kena ajar dia cara nak menenangkan orang yang tengah kalut!

Damai

Tubuh Lion yang terbaring dalam dakapan kakak bergerak perlahan seiring nafasnya yang semakin lemah. Inisiatif terakhir kakak, kakak ambil sesudu air (yang dibacakan ayat suci), kemudian kakak suapkan ke mulutnya yang separuh terbuka itu. Berharap sangat… Walaupun tahu, harapannya memang sangat tipis, mungkin lebih nipis dari epidermis bawang.

Sebaik sahaja air itu masuk ke dalam mulut Lion, tiba-tiba Lion terbatuk-batuk diiringi muntah kekuningan.

Luluh hati kakak. Luluh.

Badan Lion mengejang. Sambil mulutnya seakan mengerang yang tidak jelas kedengaran.

Saat itu, apa yang kakak tahu, dada kakak sakit tahan sebak. Kakak tahu, Lion tak akan bertahan lama. Kakak usap-usap bulu Lion. Tubuh Lion mengejang untuk kesekian kali dan selepas itu tubuhnya kaku.

8.52 pagi.

Lion sudah pergi.

Pergi dalam dakapan kakak.

Lion, dekat sungguh malaikat maut dengan kami tadi. Dekat.

Dada kakak masih sakit menahan sebak melihat tubuh kecil Lion.

Kakak tahu kakak wajib redha untuk lepaskan Lion pergi, sungguhpun hati ini, jiwa ini perlukan masa untuk sembuh seperti sediakala.

Lion, buat kesekian kalinya.

Maafkan kakak, atas kecuaian ini.

Damailah Lion di sana, kakak akan merinduimu.

We'll miss you, Lion.

****

Sehingga entri ini ditaip, iaitu selepas genap seminggu kematian Lion, kini kami kehilangan Emot pula. Emot sudah lama menderita lebih lama dari Lion. Kakak redha Emot pergi, sebab kakak sendiri sudah tak tertanggung melihat Emot menderita. Hari ini, mereka – Tajab, Limah & Katang – genap 8 bulan tanpa kembar mereka Lion dan Emot.

Setakat ini, sudah banyak kali mengalami kehilangan dan kematian kucing-kucing tersayang. Jumlahnya mungkin sudah menjangkau belasan ekor. Cuma sejak dah tua-tua begini, sering kali Tuhan ilhamkan & Tuhan jentik hati dan jiwa ini agar berfikir. Terima kasih Tuhan, aku tahu, ujian yang kau datangkan bukan untuk melemahkan, malah menguatkan.

Dan aku tak tahu – mungkin suratan – sejak mereka (kucing-kucingku) sakit, telah berulang kali aku mengulang-hafaz ayat-ayat dari surah Ali-Imraan juzuk 3, ayat ke 145 & 185. Teguran yang baik buat jiwa ini.

Analisa siapa diri ini.

1.    Dia milik Tuhan, kita juga milik Tuhan. Macam mana pun kita sayang, akhirnya kita harus redha dia dan kita akan kembali juga kepada Tuhan. Tak ada satu pun milik mutlak kita. Tak ada, sesungguhnya.

2.    Bila Tuhan uji begitu, mungkin juga Tuhan nak uji, bagaimana penerimaan kita terhadap haiwan lemah itu. Bila mereka sihat comel gebu, kita sayang, kita peluk, kita belai. Bila mereka sakit, kotor, comot, busuk – adakah perasaan sayang itu masih berbaki lagi? Atau geli benci? Atau buang tendang?

3.    Tuhan sebenarnya, tak mahu kita terlalu taksub, sayang berlebih-lebihan dengan makhluk melebih Pencipta makhluk itu sendiri. Untuk situasi ini, aku sedar, terkadang aku juga lupa. Mungkin – kehilangan, satu cara paling berkesan untuk aku – manusia pendosa ini kembali pada Tuhan. :’(

Bagaimanapun, terima kasih Tuhan. Kerana Engkau campakkan dalam hati ini (dan hati-hati mereka pengasih haiwan), rasa ingin berkongsi kasih dan rezekiMu dengan makhluk kecil bergelar kucing.

Kembar 3.

Catatan Lavender La Nuna : Lady Jaja Kembali!

Tiga hari lepas, Manja aka Lady Jaja hilang. Dua hari tak balik rumah. Hati ibu (?) mana yang tidak resah bila anak (kucing)nya tidak pulang ke rumah?

Tak senang duduk.

Mungkin inilah yang dinamakan ‘bagai kucing hilang anak.’

Dua hari sebelum itu, Manja kurang sihat. Suhu tubuhnya tidaklah terlalu tinggi, tapi Manja selalu terbatuk-batuk. Dan setiap kali Manja membuka mulut untuk mengiau, setiap kali itu juga suaranya terdengar serak.

I feel pity for her.

Kucing pun boleh hidap sakit tekak. Paling tak boleh blah suara serak-serak.
Sebelum ini, Manja tak pernah sakit. Semasa sihat, Manja selalu menjerit-jerit. (?) Okay, mungkin tak sesuai term menjerit untuk haiwan, itu cuma berperanan untuk mencantikkan rima sahaja. Sebenarnya nak kata si Manja aka Lady Jaja ni acting like a queen di rumah ini. Mana-mana kucing foreigner selain Abang Comel, Hans dan Lofa pasti Manja akan serang dan terjadilah pergaduhan besar merebut wilayah ini. This is Lady Jaja’s Territory okay!

Sehari sebelum Manja sakit tekak, kaklong ternampak Manja bergaduh besar dengan Dewi. Dewi memang tidak disenangi Manja. Pantang berjumpa mesti gaduh besar. Sebelum kejadian tu pun dah banyak siri pergaduhan Lady Jaja ni dengan gangster kucing yang famous  di sini : Broga. Dengan Siam the Juling yang selalu nak cuba tackle Manja pun, Manja bantai juga. Manja bukan setakat gangster. Tyco pun dia.

Haishhh la si Lady Jaja ni. Kucing jantan yang berebut wilayah jajahan – too mainstream. Lady Jaja sudah membuktikan kepada dunia bahawa wanita juga boleh menjadi penakluk hebat!

Mama pernah cerita, dulu masa Hans dan Lofa masih dalam umur susuan, mereka pernah tumpang menyusu dengan si Manja. Dulu la, sebelum anak Manja hilang entah ke mana. Mulanya Manja yang garang dengan haiwan sespesiesnya ini melempang Hans dan Lofa yang tergedik-gedik tumpang susu Manja. Tapi bila dah lama-lama, Manja pun dah tak larat nak marah lagi. Maka jadilah si Manja ni ibu susuan Hans dan Lofa.

Hurmm. Manja.

Sepanjang dua hari Manja tak balik rumah, Kaklong asyik-asyik buka pintu, mana tahu entahkan Manja duduk di muka pintu menanti pintu dibuka. Selalunya, dengar bunyi pintu dibuka je, terus budak-budak ni meluru macam peluru tak menyempat langsung nak bagi salam. Kaklong panggil nama Manja, tapi kelibatnya langsung tak kunjung tiba.

Tapi Manja tak ada.

Mama kata, kucing kan memang macam tu. Bila sakit, dia akan pergi jauh-jauh. Dah sihat baru balik. Ermm, ye Kaklong tahu. Mama bagitahu pun mungkin cuma nak sedapkan hati Kaklong.

Tapi mama kata lagi. Ada dua kebarangkalian. Sama ada balik atau tak. Kalau dia balik, tandanya sakit dia taklah tenat sangat. Tapi kalau dia tak balik, bersedialah terima hakikat kehilangannya. Sobss… Jika itu yang terjadi, ia mungkin taqdir yang akan memakan masa untuk menerimanya.

Manja, baliklah… :'(

Sepanjang dua hari itu, kaklong langsung tak bermaya nak buat kerja. Asyik terfikirkan Manja. Sesekali bayangan ngeri muncul dalam fikiran. Nauzubillah, kaklong serahkan pada Allah untuk lindungi Manja!

Betul kata mama. Kita jarang menghargai sesuatu/seseorang yang berada di hadapan mata. Bila dah hilang baru tercari-cari!

1 Disember 2013

Kaklong buka pintu. Bakul pakaian disorong perlahan-lahan hingga ke muka pintu. Macam biasa, awal-awal pagi rutinnya adalah menyidai pakaian.

Sejenak terpana.

Manjaaa!!

Manja sedang bersantai berdekatan tangki air biru di belakang rumah. Lantas berlarian mendapatkan Manja, dukung dan bawa masuk ke dalam rumah.

Welcome home my sayang Lady Jaja!!

Hari ini kaklong rasa bersyukur sangat, gembira dan lega. Syukur sangat sebab Allah masih izinkan Manja untuk menjadi sebahagian dari keluarga kecil kami. Segangster-gangster Manja pun kaklong tetap sayangkan Manja.

Start from now on, Kaklong nak treat Lady Jaja macam kucing diva!

masa tengah sihat

a week before sick

tengah demam

Manja dah balik!! Terus tidur dengan anak susuan - Hans

Catatan Lavender La Nuna : November dan Memori.

2 November 2011

Aku takkan pernah lupa tarikh ini. Flashback dua tahun sudah. Malam itu aku sudah bersedia untuk melayarkan bahtera mimpi [peh ayat sastera komsas sangat]. Tiba-tiba satu-satunya kawan aku yang berbangsa Thai yang sangat fluent berbahasa Melayu tanpa dipengaruhi dialek pantai timur masuk ke bilik tidurku – Yasmin namanya; mengembalikan aku ke alam nyata setelah aku baru nak terawang-awang di alam kayangan.

“Kak Amal, ni ada surat chenta untuk akak.”

“Surat?” Dalam nada menyoal balik, aku bersuara kemamai-mamaian. Mata terpisat-pisat, adohai… Kepala rasa macam ada bintang-bintang menari.

Sampul surat putih itu aku capai lalu buka dengan cermat. Di dalamnya terdapat sekeping kertas A4 putih berlipat empat. Slowly aku buka dan tatkala melihat logo Akademi Tahfiz Azzikr jantung ni pam darah laju-laju pulak dah. Well, it’s ok. Cover nervous anda. Teruskan bacaan.

Alhamdulillah. Kesimpulannya; aku diterima masuk menjadi salah seorang ahli Akademi Tahfiz AzZikr. Akademi ni akademi legend kat Irbid yang menjadi dambaan ramai siswa siswi non-tahfiz yang teringin sangat nak menceburkan diri dalam bidang tahfiz Al-Quran. Ramai yang join interview, namun yang terpilih hanya 12 orang (akhwat sahaja) setelah melalui saringan yang ketat. Cerita malam itu berakhir begitu sahaja sebab aku sudah mengantuk tahap gaban ultimate dan bukan sahaja perlu malah wajib melayarkan sauh bahtera mimpi yang tertangguh.
Zzz.

First meeting & Taaruf

Selang beberapa hari selepas itu, kami (12 orang calon AzZikr yang terpilih) dipertemukan (actually ada pertemuan pertama sebelum tu, but unfortunately I’m absent  -_- ) untuk saling taaruf dan taklimat ringkas tentang perjalanan kelas yang bakal diadakan. Serius teruja! Dan tak sesabar nak tasme3 depan pembimbing. Oh ya, introducing our muallimah of Gen 7 : Wan Maslukma. :)

PINTAZ

Kelas demi kelas diadakan dan kami mula merapat-rapatkan ukhwah yang baru terjalin. Aku cuba untuk ingat semua nama ahli Gen 7 AzZikr – Tiqa Rawi, Syifa, Safiah, Farzana, Syahida, Sayyidah, Yuni, Fiqah, Najah, Farhana dan Nadhi. Walaupun pada mulanya asyik tersasul dan lupa nama, bila dah lama-lama bersama-sama, akhirnya ingat juga nama-nama sebelas orang adik-beradik baru ni.

Minggu berikutnya, kami diwajibkan untuk menyertai minggu orientasi yang diberi nama khusus PINTAZ – Program Intelek Huffaz buat intake baru AZzikr (kami lettew). Actually, tak adalah sampai seminggu pun, cuma 3 hari 2 malam dan bertempat di Musolla AzZikr. Akhwat dikehendaki tidur di musolla manakala syabab pula di rumah muallim gen 7 (kot~ tak amik pot sangat pasal syabab. Heh~)

Serasa berkobar-kobar semangat selepas menjalani PINTAZ. Apalagi selepas mendengar pengisian dari senior-senora huffaz yang hebat-hebat belaka. Ok, harapnya semangat ini sentiasa membara walau dibalut dingin syita.

Hari demi hari berlalu. Rasminya kelas tahfiz kami diadakan tiga kali seminggu – kelas tasme3 (memperdengarkan bacaan baru), hifzu jadid (mengulang bacaan baru) dan murojaah (mengulang lima muka bacaan lama). Termasuk juga kelas Tafsir Quran yang diadakan seminggu sekali.

Ragam AzZikr

Ada kala semangat menyala. Ada masa jiwa futur. Ada ketika kami ditegur kerana sambil lewa. Ada waktu kami dirai kerana punya semangat luar biasa. Itu biasa. Semuanya kami lalui bersama. Semuanya kami kongsi bersama. Susah mengingat ayat-ayat hafazan, asyik-asyik lupa, merangkak-rangkak, sakit tekak hilang suara selepas tasme3 – puas kami harungi. Ya, kami tiada basic, tak pernah pun hafaz 30 juzuk sebelum ini. Tapi kerana Allah campakkan rasa yang sama di hati-hati kami (untuk menjadi sebahagian dari hamalatul Quran insya Allah)  kami gagahi jua, seperit mana pun.

Ada orang kata, kalau lambat menghafaz  itu tandanya banyak dosa. Ya, kami tak nafikan. Memang setiap hari kami berbuat dosa sama ada sedar atau tanpa sedar. Siapa kita untuk menidakkan diri kita tidak pernah berbuat dosa? Ada juga orang kata, jadi hafiz/ah ni berat. Kalau tak ingat hafazan, dalam kubur kena seksa.

Aku kata : Jangan dengar cakap orang, kalau kata-kata mereka hanya melumpuhkan semangat yang ada. Aku kata lagi : Memanglah kena seksa kalau tak ingat DISEBABKAN tak teruskan hafazan. Kalau tak ingat sebab dah banyak kali menghafaz, itu cerita lain. Kemampuan setiap dari kita berbeza. Ada yang Allah kurniakan otak yang cepat menghafaz, maka bertuahlah dia dapat hafaz banyak dan laju. Adapun sebaliknya manusia macam aku, haruslah lipat gandakan usaha. (tapi mustahillah kalau practice banyak kali langsung tak ingat kot) Allah akan nilai usaha kita, as long as kita tak putus berusaha. Juga tak berputus asa. Bukan sebegitu Allah kejam nak menghukum kita, setelah berhempas pulas kita berusaha kan? Wallahu Sami’un ‘Alim. :)

Dulu-dulu sebelum berpindah musolla, Musolla Tahfiz AzZikr terletak di antara Mat3am Doi3ah dan restoran fast-food Dalle3 Karsyak. Laluan lorong ke rumah sewa yang menjadi markaz akademi itu bukanlah bersih, selalu dihiasi dengan sisa buangan makanan dan selalu terserempak dengan tikus-tikus sebesar anak kucing berlari-larian. Bila malam pula, lorong ini jadi sangat gelap walaupun di hujung sebelah sana (Mat3am Doi3ah) dan hujung sebelah sana juga (Dalle3 Karsyak) merupakan jalan raya yang ‘hidup’. Boleh dikatakan lorong tersebut lorong hitam, malah pernah berlaku kes-kes jenayah melibatkan pelajar Malaysia di lorong itu. Mahu tak mahu, suka tak suka, tiada jalan pintas, inilah satu-satunya lorong yang perlu kami lalui bersama mashaf dalam genggaman – demi impian yang satu. :)

Tausiyah Guru

Kadang, aku dan adik-beradik gen 7 berkongsi pengalaman dan masalah. Masalah berkisar pada isu yang sama – lambat menghafal dan keterbatasan waktu. Mana-mana ahli tak terkecuali aku, pasti dua masalah ini yang sering mengekori. Aku jadi terinspirasi + kagum dengan ahli gen yang mengambil course medic/dentistry – umum mengetahui jadual mereka lebih packed dari jadual Yarmoukian - agak cemburu dengan mujahadah mereka yang sentiasa memanfaatkan setiap masa yang terluang, walau beberapa minit untuk menatap Al-Quran.

 Aku sentiasa ingat dan nasihat pembimbing kami yang aku cuba aplikasikan sesuai dengan jadual aku.

“Kalau kita ada daya, kita takkan cari alasan.”

Macam tu lah lebih kurang apa yang Wan nasihatkan, nak cakap panjang-panjang aku macam tak reti pula. Ni pun dah berjela aku taip. Eh?

Lagi satu nasihat Wan yang melekat dalam hati sampai sekarang;

“Dalam sehari, cuba cari masa untuk baca Al-Quran. Sebusy mana pun.”

Senang cerita maksudnya, hamalatul Quran dan mashafnya berpisah tiada. Okay?

thanx to the owner of camera mahal
location : Syurhabeel Park

Bi’ah Baru di Tempat Lama

Kini setelah beberapa bulan berpisah dengan AzZikr, aku akui agak susah untuk mewujudkan biah tahfiz di tempat yang lama even tempat itu adalah rumah aku sendiri, yang aku tinggalkan selama 3 tahun. Lagi-lagi aku seorang diri.

Lalu Allah ilhamkan aku untuk berfikir. Ini jalan yang aku pilih, kenapa mesti berhenti setelah separuh jalan aku harungi? Tidak, ini bukan penamat. Penamat sebenar, bila nyawa aku terhenti. Futur atau bati2 (lambat), itu soal kedua. Yang penting, aku mesti paksa diri. Tanpa paksaan, semuanya takkan berjalan. Tanpa mengulang atau hafazan baru, semuanya akan kekal static, takkan berubah atau mungkin hilang terus dari memory. Daya (force, F) itu mesti ada untuk menghasilkan tenaga kinetik. (Eh, dah merapu macam nak masuk tajuk Fizik je) Siapa yang mampu mengubahnya?

Tiada lain. Aku. Diri sendiri. Moga Allah hidupkan hati ini dan hati-hati hambaNya dengan kalamNya yang mulia.

Nahya bil-Quran!

:)

Sekian, coretan picisan November dan Memori (tajuk macam tak kena)

Nota Kaki

:: Aku sasarkan agar bebelan-maya ini siap sebelum 2 Disember 2013 (sebulan selepas ulang tahun ke-3 Gen 7 AzZikr) & Alhamdulillah I’m done!

:: Buat pembimbing gen 7 AzZikr, tiada ucapan selain jazakillahu khayr kerana sudi terima dan bimbing akak. Segala apa yang Wan nasihatkan, walau tak semua yang akak ingat, yang sedikit tu akak cuba praktikkan. Buat adik-adik gen 7, teruskan istiqamah. Kalian beruntung kerana jalan masih panjang, masih cerah peluang untuk jadi graduan AzZikr in future inshaallah. Doakan Kak Amal istiqamah! :’)

Memori Ramadan : Iftor Berkembar

9 Ramadhan 1434 H | Khamis

Ok, hari ini memang terkejar-kejar. Tengah hari selepas Zohor start buat mixture untuk kuih bakar/bingka jagung. 1 mixture untuk iftar rumah & 1 lagi mixture untuk potluck Iftor Jam3ei JoJo.

Kesian kat menumpang-mate, Puan Wani. Dia iftor sorang pula hari ini. Kakmal & Cik Masilah pergi iftor Batch Perintis 10. That’s why buat bingka jagung ni sampai dua loyang. Sebab nak bagi Puan Wani gembira sikit, even tak ada kami semasa iftor tapi air tangan kami tetap menemani saat iftornya. Chewah!

Mungkin ini iftor jam3ei yang terakhir buat batch Perintis 10. Ya, aku tak nafikan sebab tamat sahaja soifi ini, Perintis 10 bakal jadi super senior of Yarmouk University. Dah masuk tahun 4 adik-adik Perintis 10.

sebahagian batch Perintis '10 akhwat yang berbaki
om nom nom nom!~

ermphh~ sedap sangat dah tu!

Sebaik sahaja habis makan nasi ayam Perintis 10, terus pula berkejar-kejar panjat tangga ke tingkat empat ke bayt Bujang Beriman [nama bayt boleh tahan]. Fuh fuh fuh senak perut juga dibuatnya.

sebahagian ahli BKPJJ Irbid yang tak balik cuti
Sempat buat video lagi!
Salam Lebaran 2013 Anak-Anak Johor

Seronok. Suka. Sayu. Sedikit sayu sebab semakin hampir dengan tarikh itu. :’(

Memori Ramadan : Ahlen Raudhah Ramadhan!

# Krik Krik Krik #

After about 6 months of neglecting my lonely blog.

3 Ramadhan 1434 H | 12 Julai 2013

Ramadhan memasuki hari ketiganya. Dan ya absolutely Ramadhan ke-3 ciknuna berpuasa di sini. Dan ya lagi, Jumaat pertama dalam bulan Ramadan 1434 H.
Iklan penaja : Have you done your Kahfi?

And as usual, meriahnya jamu mata dalam FB ramai dok pakat upload gambar makanan dari 1st day iftor yang slurp slurp belaka.

Tak apalah [nada pasrah]. 1st day berbuka dengan nasi goreng belacan + rendang ayam, 2nd day berbuka dengan nasi goreng belacan [lagi!] + nasi ayam dah cukup bersyukur walaupun kombinasi yang agak tak-pernah-dibuat-orang.

Ciknuna sangat bahagia menumpang di sini, sebabnya tuan rumah – Cik Masilah sangat tak kisah pun bab makan ni. Apa saja ciknuna masak walaupun campak-campak, tetap telan dengan jiwa yang redha. Itu yang ciknuna sayang sangat dengan beliau! Then, of course lah cik Masilah masak apa pun, ciknuna bantai saja, sebab memang tak memilih pun kalau orang lain yang masak. Heee~

Satu lagi yang bahagianya, kitorang makan dalam talam! Weeeee….. Dah lama tak makan dalam talam sama-sama. Makanan pun sentiasa habis dan yang penting mata tak allergic melihat pembaziran makanan berlaku secara berleluasa. Itu yang sangat ditekankan dalam bulan mulia ini. Chewah!

Bazar Ramadhan?

Apa? Ingat kat Jordan tak ada Bazar Ramadhan ke? Siapa lagi yang nak buat Bazar Ramadhan kalau bukan student Malaysia an an an? Tapi Alhamdulillah setakat hari ini masih mampu bertahan lagi untuk tidak membuka langkah ke bazaar Ramadhan hewhewhew.

Tak pi Bazar Ramadhan pun Alhamdulillah sangat-sangat setakat hari ini juadah kami masih mampu membuatkan kami sehhah wal afiah seperti orang lain. Yang penting, makanan yang dimakan itulah yang menjadi asbab kekuatan tubuh untuk bangkit bertarawikh dan kemudian menunaikan qiam di malam hari pula.

: )

Makan : sumber kekuatan untuk ibadah.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Wednesday, October 1, 2014

Saturday, September 27, 2014

Tuesday, December 3, 2013

Friday, November 29, 2013

Saturday, July 20, 2013

Memori Ramadan : Iftor Berkembar

9 Ramadhan 1434 H | Khamis

Ok, hari ini memang terkejar-kejar. Tengah hari selepas Zohor start buat mixture untuk kuih bakar/bingka jagung. 1 mixture untuk iftar rumah & 1 lagi mixture untuk potluck Iftor Jam3ei JoJo.

Kesian kat menumpang-mate, Puan Wani. Dia iftor sorang pula hari ini. Kakmal & Cik Masilah pergi iftor Batch Perintis 10. That’s why buat bingka jagung ni sampai dua loyang. Sebab nak bagi Puan Wani gembira sikit, even tak ada kami semasa iftor tapi air tangan kami tetap menemani saat iftornya. Chewah!

Mungkin ini iftor jam3ei yang terakhir buat batch Perintis 10. Ya, aku tak nafikan sebab tamat sahaja soifi ini, Perintis 10 bakal jadi super senior of Yarmouk University. Dah masuk tahun 4 adik-adik Perintis 10.

sebahagian batch Perintis '10 akhwat yang berbaki
om nom nom nom!~

ermphh~ sedap sangat dah tu!

Sebaik sahaja habis makan nasi ayam Perintis 10, terus pula berkejar-kejar panjat tangga ke tingkat empat ke bayt Bujang Beriman [nama bayt boleh tahan]. Fuh fuh fuh senak perut juga dibuatnya.

sebahagian ahli BKPJJ Irbid yang tak balik cuti
Sempat buat video lagi!
Salam Lebaran 2013 Anak-Anak Johor

Seronok. Suka. Sayu. Sedikit sayu sebab semakin hampir dengan tarikh itu. :’(

Friday, July 12, 2013

Sahabat QQ