Lion, Singa Putihku.

Tak siapa sangka, Lion akan pergi dulu di antara 10 ekor kucing yang di rumah ini. Tak siapa pun sangka akan ketentuan Yang Maha Esa itu.

Lion, kucing yang taat, paling sopan, paling gentleman. Bunyi Lion mengiau halus - menusuk kalbu. Tak pernah nak pedajal orang.

My white Lion.

Limah Hilang

Semuanya bermula dengan kehilangan kembar seiras Lion yang kami panggil Limah. Hari Selasa, satu hari suntuk Limah langsung tak pulang. Dipanggil-panggil namanya, tetap tak datang. Selalunya tak macam ni. Kakak dah susah hati. Bukan kakak sahaja, satu keluarga kami tertanya-tanya.

Teringat malam sebelumnya, mereka 3 beradik – Tajab & si kembar siam Lion vs Limah – tidur berpeluk-pelukan atas mesin basuh. Paling lama mereka tidur bersama sebelum kakak keluarkan mereka, sebab takut mereka berak kencing dalam rumah.
Satu hari itu berlalu tanpa Limah. Susah hati. Entah ke mana Limah pergi. Dah makan ke belum. Makan apa. Tidur di mana. Jangan-jangan? Tidak! Kakak tak mahu fikirkan yang bukan-bukan. Harus positif, kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Walaupun sebenarnya, kakak dah menangis berjurai-jurai air mata lepas Maghrib atas sejadah pada hari Limah hilang. Nangis dalam bilik, tak mainlah nangis depan mak.

with his twin, Lily-mah aka Limah

Demam

Esoknya, seperti biasa. Awal-awal pagi lagi buka pintu rumah dan panggil nama Limah. Namun hampa. Lain yang dipanggil, lain yang datang mengiau.
Tak apa, Limah ada je dekat-dekat sini. Mesti dah sampai masa dia nak cari pasangan. Limah kan dah besar – ayat-ayat nak sedapkan hati sendiri. Heh.
Pagi itu, selepas sarapan, bermula rutin kakak seperti hari-hari cuti biasa. Sidai baju. Sapu daun kering yang bertebaran di garaj kereta abah.Tiba-tiba, kakak nampak sesuatu yang familiar, dalam kotak berisi tin-tin kosong untuk kitar semula. Macam Lion, tapi bukan ke Lion tengah main panjat pokok rambutan? Kakak toleh ke sebelah kanan, lihat pokok rambutan. Ya, betul. Lion sedang asah-asah kuku pada perdu pokok rambutan.

Jadi, kucing putih-putih-perang dalam kotak tin recycle itu – tak lain tak bukan – Limah?

Limahhhhhhhh!!!

Kakak berlari-lari menuju ke bawah rumah tempat segala barangan recycle ditempatkan. Dukung Limah. Bawa Limah ke dalam garaj. Limah batuk-batuk. Hidungnya berair. Mulutnya kehitaman, kesan dari air liur dan cecair hingusnya yang meleleh. Matanya bertahi. Limah muntah kuning. Kalau manusia muntah kuning, itu tandanya perutnya kosong dan muntah kuning itu adalah jus gaster dari perut. Pendek kata, baru sehari Limah tak balik, keadaannya sudah seperti tidak terurus. Keadaannya, macam dah teruk sangat. Tak sampai hati nak tengok Limah macam ni. :’(

Limah demam. Bukan Limah sahaja, Emot pun selsema dan batuk. Tajab. Tajab nampaknya lebih diam dari biasa. Kucing-kucing yang lain semuanya kelihatan biasa-biasa sahaja, Alhamdulillah.

Hari itu juga kakak berkejar ke pet shop, belikan ubat demam dan antibiotic untuk mereka. Habis RM20 sahaja, tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan nyawa mereka.

Lion : Detik Terakhir

Keadaan Limah sudah semakin stabil selepas diberi ubat demam dan antibiotic. Emot pun begitu, selsemanya semakin berkurangan. Sekarang, giliran Tajab pula. Tajab, keadaannya tidak begitu membimbangkan, perubahan ketara Tajab hanya pada kelakuannya. Tajab jadi pendiam sangat, tak macam selalu. Selalunya, kalau kakak nak masukkan pakaian kotor ke dalam washing machine,Tajab pun sibuk terjun sekali dalam mesin basuh, duduk dalam kain kotor. Kalau mak nak siang ikan, Tajab pun sibuk duduk tepi mak, mengiau-ngiau tak tahan cium bau ikan. Tapi sejak demam, Tajab diam, tidur memanjang. Tubuh pun hangat, hilang selera makan.
Dalam masa yang sama, Lion yang sebelumnya tak menunjukkan tanda-tanda sakit tiba-tiba tak balik rumah. Macam Limah pada hari kehilangannya.

Kali terakhir kakak lihat Lion, Lion berada di atas bumbung garaj. Kakak panggil Lion masuk rumah. Lion tak turun pun. Lion Cuma mengiau, sambil gesel-gesel kepala pada bumbung garaj. Macam nak minta izin, malam tu dia tak nak balik rumah.

Kakak masih ingat lagi, suara Lion mengiau yang lembut dan sayu.
Satu hari Lion tak balik. Entah ke mana dan di mana Lion tidur tak siapa tahu. Pagi Sabtu Lion balik, Lion asyik berkurung di satu sudut kering dalam bilik air. Keadaan Lion tak membimbangkan sangat. Tak macam Limah yang muntah-muntah. Lion duduk diam sahaja, sebab tu kami semua sangka yang demam Lion tak seteruk mana.

Malam Ahad itu, kami semua sedang sibuk tolong mak siapkan nombor peserta larian merentas desa tanpa sedikit pun mempedulikan Lion. Sehinggalah keesokan harinya, waktu itu jam 8.30 seingat kakak, kakak sedang sibuk nak bersiap ke kelas latihan SBD, tiba-tiba terlihat Amirul duduk mencangkung hulurkan semangkuk air pada Lion yang sudah terkulai lemah di atas lantai. Mak dan abah waktu itu keluar ke pasar minggu.

Kakak terkejut, sangat terkejut, panik, gelabah, pendek kata memang rasa separuh nyawa melayang bila tengok keadaan Lion. Kakak jerit kat Amirul, cepat cari ubat demam dan syringe sekali! Siap call mak, Tanya mana syringe bila Amirul cari tak jumpa.

Kakak dukung Lion, dakap tubuh lemah Lion. Lion lemah, tak berdaya sangat. Kakak dah tak sedap hati. Lagi-lagi bila pandang mata Lion yang sudah tidak bersinar, tidak berkelip. Matanya seolah tenggelam, ke dalam. Mulutnya separuh terbuka dan comot kerana air liur. Perasaan kakak memang dah kuat mengatakan Lion dah nazak, tapi kakak tetap cuba usaha untuk selamatkan Lion. Kakak tetap positif, Lion akan kembali sembuh. Bila dah jumpa syringe dan ubat demam, dengan dibantu Amirul, kami suapkan ubat ke dalam mulut Lion yang sudah lemah itu.

Dalam keadaan itu, kakak hanya mampu nangis. Sayu sangat tengok keadaan Lion. Bertambah pilu lagi bila mengingatkan kecuaian kelalaian kakak yang sepatutnya awal-awal lagi suapkan ubat untuk Lion sebaik tahu Lion tak sihat. Amirul Cuma terdiam, mungkin terkejut sebab tak pernah tengok kakak berubah jadi panic & tak keruan sampai macam tu sekali. Hisyy Amirul ni lain kali kena ajar dia cara nak menenangkan orang yang tengah kalut!

Damai

Tubuh Lion yang terbaring dalam dakapan kakak bergerak perlahan seiring nafasnya yang semakin lemah. Inisiatif terakhir kakak, kakak ambil sesudu air (yang dibacakan ayat suci), kemudian kakak suapkan ke mulutnya yang separuh terbuka itu. Berharap sangat… Walaupun tahu, harapannya memang sangat tipis, mungkin lebih nipis dari epidermis bawang.

Sebaik sahaja air itu masuk ke dalam mulut Lion, tiba-tiba Lion terbatuk-batuk diiringi muntah kekuningan.

Luluh hati kakak. Luluh.

Badan Lion mengejang. Sambil mulutnya seakan mengerang yang tidak jelas kedengaran.

Saat itu, apa yang kakak tahu, dada kakak sakit tahan sebak. Kakak tahu, Lion tak akan bertahan lama. Kakak usap-usap bulu Lion. Tubuh Lion mengejang untuk kesekian kali dan selepas itu tubuhnya kaku.

8.52 pagi.

Lion sudah pergi.

Pergi dalam dakapan kakak.

Lion, dekat sungguh malaikat maut dengan kami tadi. Dekat.

Dada kakak masih sakit menahan sebak melihat tubuh kecil Lion.

Kakak tahu kakak wajib redha untuk lepaskan Lion pergi, sungguhpun hati ini, jiwa ini perlukan masa untuk sembuh seperti sediakala.

Lion, buat kesekian kalinya.

Maafkan kakak, atas kecuaian ini.

Damailah Lion di sana, kakak akan merinduimu.

We'll miss you, Lion.

****

Sehingga entri ini ditaip, iaitu selepas genap seminggu kematian Lion, kini kami kehilangan Emot pula. Emot sudah lama menderita lebih lama dari Lion. Kakak redha Emot pergi, sebab kakak sendiri sudah tak tertanggung melihat Emot menderita. Hari ini, mereka – Tajab, Limah & Katang – genap 8 bulan tanpa kembar mereka Lion dan Emot.

Setakat ini, sudah banyak kali mengalami kehilangan dan kematian kucing-kucing tersayang. Jumlahnya mungkin sudah menjangkau belasan ekor. Cuma sejak dah tua-tua begini, sering kali Tuhan ilhamkan & Tuhan jentik hati dan jiwa ini agar berfikir. Terima kasih Tuhan, aku tahu, ujian yang kau datangkan bukan untuk melemahkan, malah menguatkan.

Dan aku tak tahu – mungkin suratan – sejak mereka (kucing-kucingku) sakit, telah berulang kali aku mengulang-hafaz ayat-ayat dari surah Ali-Imraan juzuk 3, ayat ke 145 & 185. Teguran yang baik buat jiwa ini.

Analisa siapa diri ini.

1.    Dia milik Tuhan, kita juga milik Tuhan. Macam mana pun kita sayang, akhirnya kita harus redha dia dan kita akan kembali juga kepada Tuhan. Tak ada satu pun milik mutlak kita. Tak ada, sesungguhnya.

2.    Bila Tuhan uji begitu, mungkin juga Tuhan nak uji, bagaimana penerimaan kita terhadap haiwan lemah itu. Bila mereka sihat comel gebu, kita sayang, kita peluk, kita belai. Bila mereka sakit, kotor, comot, busuk – adakah perasaan sayang itu masih berbaki lagi? Atau geli benci? Atau buang tendang?

3.    Tuhan sebenarnya, tak mahu kita terlalu taksub, sayang berlebih-lebihan dengan makhluk melebih Pencipta makhluk itu sendiri. Untuk situasi ini, aku sedar, terkadang aku juga lupa. Mungkin – kehilangan, satu cara paling berkesan untuk aku – manusia pendosa ini kembali pada Tuhan. :’(

Bagaimanapun, terima kasih Tuhan. Kerana Engkau campakkan dalam hati ini (dan hati-hati mereka pengasih haiwan), rasa ingin berkongsi kasih dan rezekiMu dengan makhluk kecil bergelar kucing.

Kembar 3.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Saturday, September 27, 2014

No comments:

Sahabat QQ