Review Ringkas 3 Novel : Noor Suraya

Panggil Aku Dahlia : 542 muka surat

Novel pertama Kak Su yang saya baca. Mengisahkan tentang permusuhan Wadi-Dahlia semenjak zaman persekolahan sehingga mereka meningkat dewasa. Kisah mereka saling berbalas serangan, sehingga meninggalkan parut kenangan di dagu Dahlia, sebagai bukti serangan kejam Wadi. Itu belum masuk lagi serangan mafia Dahlia yang menghadiahkan sarbat berudu yang berjaya diminum oleh Wadi. Euwww… Sungguh meng’uwek’kan scene minum sarbat berudu itu. Huhu.

Kepulangan Puteri Dahlia Megat Qais dari Australia sebagai seorang archeologist mengubah segala-galanya. Dahlia pulang kerana menurut amanat ayahnya, Megat Qais untuk menguruskan perniagaan ladang teh mereka. Mengenangkan dia satu-satunya waris ayahnya yang masih ada, dia pulang walaupun dengan separuh hati, kerana tidak begitu berminat dalam menguruskan hal ehwal perniagaan.

Siapa sangka, pertemuannya dengan Wadi mengimbau kembali nostalgia kejam kedua-duanya sewaktu di bangku persekolahan. Wadi, tampil dengan lebih matang tetapi Dahlia yang sentiasa meragui. Watak nakal Wadi mengaburi pandangannya, ditambah pula dengan kehadiran King Shah botak yang setia menjadi strategy planner Wadi.

Kepulangannya sebagai penerus perniagaan ayahnya yang semakin merosot, sekaligus mengorek rahsia kematian ibunya, Lorrinda yang punya kaitan dengan keluarga Wadi. 

Wadi dan Dahlia. Semakin Wadi cuba mendekati Dahlia, semakin Dahlia menjauhinya. Semakin Dahlia cuba menjauhi Wadi, ada saja kejutan Wadi yang tidak disangka-sangka buat Dahlia.
Berjayakah Wadi merebut hati Dahlia setelah meninggalkan parut di dagunya? Yang lebih penting, berjayakan Wadi menyatukan cinta ladang Teh Sutra dan Timor yang suatu ketika dahulunya menjadi pesaing hebat dalam arena perniagaan?

Panggil Aku Dahlia – sangat meninggalkan kesan di hati. Bukan sekadar novel cinta picisan!
Syabas Kak Su!

Surat Ungu Buat Nuha : 490 muka surat

Novel kedua Kak Su yang saya baca, macam novel pertama juga. Tak sah kalau tak diiringi dengan gelak. Senyum dan gelak yang bukan dipaksa, macam automatic je bila baca terus gelak. Itulah kelebihan Kak Su, humornya sangat santai dan natural.

Ok, perenggan pertama baru muqaddimah. Kita proceed kepada isi sinopsisnya. Awal cerita agak sedih juga, ala-ala cinta tak kesampaian gitu. Cinta Nuha yang tidak kesampaian membawa Nuha dan pembacanya mengembara menaiki keretapi malam menuju ke utara. Dalam perjalanan yang panjang dan penuh kesedihan bagi Nuha menjadi titik tolak bermulanya perkenalan Nuha dengan Muzammil [Alang Rebus Tak Empuk] yang sentiasa menyakat Nuha dan mencetuskan perang di antara mereka.
Satu kebetulan apabila Nuha yang bekerja menjadi jururawat masyarakat di sebuah kampung di utara tanah air menjadi penghuni rumah sewa orang tua Alang Rebus Tak Empuk, manusia yang selalu membuatkan Nuha tidak senang duduk. Ada saja idea Alang untuk mengenakan Nuha dan mereka saling berbalas serangan. Satu part yang sangat-sangat tak tahan, bila Nuha menjahit luka Alang tanpa ubat bius – tak dapat nak bayangkan, sakit dowhhhh – sebagai upacara serangan balas Alang yang selalu menyakat Nuha.

Saat paling tacing-macing, bila Alang ditimpa satu kemalangan dan Nuha berada di dalam dilemma. Dr Faisal dan isterinya Dr Rania yang cantik tapi tiada rasa belas bertindak menyerah anak mereka yang tak cukup sifat kepada Nuha sebagai anak jagaan Nuha.

Kebetulan-kebetulan yang berlaku dalam novel ini sangat logic dan bolehlah diterima akal. Penuh dengan ayat-ayat puitis Alang, tak mengantuklah puisi-puisi Kak Su yang diterjemahkan dalam penulisan Alang, sebab ayat-ayatnya segar dan kena dengan selera pembaca era terkini.
Jom, pakat ramai-ramai lariskan novel Kak Su!

Jaja & Din : 482 muka surat

Kisah Jaja, seorang media planner yang mempunyai kehidupan yang moden lagi sofistikated telah terjatuh hati dengan seorang ustaz, graduan Sastera Arab dari Al-Azhar. Jaja yang sebelumnya telah menetapkan garis panduan jodoh tentang lelaki yang bakal menjadi suaminya, terpaksa melupakan undang-undang yang ditetapkannya sendiri hanya kerana telah terpaut dengan seorang lelaki yang dikenali hanya melalui sekeping foto.

Jaja tetap tidak kisah, walau apa pun cabaran yang dihadapinya, Jaja tetap teruskan pencarian mengesan ‘lelaki muda berkopiah putih’ di dalam foto itu. Dengan kesabarannya mencari, akhirnya Jaja bertemu juga dengan empunya diri dan dari situlah bermulanya perjalanan merisik dan seterusnya meminang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Din itu.

Beraninya Jaja meminang Din. Agak-agak, bagaimana kehidupan Jaja setelah berkahwin dengan Ustaz Din yang hidupnya penuh dengan kezuhudan itu?
Ok, takkan nak cerita semua. Nak tahu bagaimana ending novel Jaja & Din yang super duper best, kena la support karya Kak Su a.k.a Noor Suraya. [Ngehehe, 3 novel ni pun saya pinjam dari Kak Didi ku sayang, belum ada rezeki lagi nak beli sendiri. =.= ]

Setakat ini saja ulasan novel yang mampu saya ulas. Kalau ulas panjang-panjang nanti, takut jadi novel online pula. Apa-apa pun, ini pengalaman pertama saya membaca novel yang sangat unik dan lain dari yang lain. Tak membosankan, ayat yang tak berjela-jela, humor tapi padat dengan pengajaran. Tidak terlalu cintan, dan bukan novel roman picisan. Awesome!

p/s : terima kasih Kak Didi!

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Monday, September 19, 2011

No comments:

Sahabat QQ