Catatan Lavender La Nuna : Bermulanya Hari Baru Cik Kak Nuna

3 April 2010.Sabtu

Seawal pagi lagi bunyi kicauan burung dari alat rakaman pemikat burung sudah menyapa pendengaranku. Sudah tiga bulan lebih gegendang telingaku tidak disapa bunyi-bunyi alam begini. Buka sahaja tingkap gelangsar, dingin udara pagi desa yang bertasbih bertiup sepoi-sepoi bahasa menampar-nampar lembut wajah budak yang digelar Nuna tu. Sinar mentari pagi yang bersinar lembut turut menampakkan wajahnya ke serata alam. Indahnya. Subhanallah.
Dan hari ini seawal pagi lagi aku vs' Pak Chop bergotong-royong memasak. Dari sarapan pagi sehinggalah ke makan tengah hari, Pak Chop dan aku pegang tender memasak. Sebetulnya, aku assistant sahaja, Pak Choplah chef leadernya! Hari ini juga aku baru hendak mempraktikkan semula segala kemahiran memasak yang sudah aku tinggalkan berkurun lalu sejak aku habis diploma. Semestinya mak tengah gelakkan aku dari jauh sekarang, sebab tiada siapa-siapa yang tolong aku memasak. Hari ini boleh lagilah relax sikit, sebab Pak Chop ada. Esok-esok?
Hari Sabtu yang tenang-tenang sahaja ini, Pak Mat tak balik pula. Selalunya Pak Mat pasti akan singgah sekejap di kampung; paling tidak pun menjenguk kambing-kambingnya untuk diberi susu. Entah kenapa ya? Ada program lain kut. Dan aku jadi bertambah sunyi bila menjelang Asar, Pak Chop pula yang meminta diri untuk pulang ke rumahnya di Parit Seman. Tinggallah aku, embah dan kucing-kucing Pak Chop. Eh, ada lagi yang tertinggal. Dan Pak Padil juga.
Ooppss… Belum sunyi lagi. Pada sebelah petangnya pula, Pak Din dan Chik Atun, menantu embah yang sangat sopan santun lagi lemah lembut itu datang menziarahi. Memang dari dulu lagi, Pak Din dan Chik Atun yang menetap di bandar Batu Pahat selalu datang menjenguk embah dengan kekerapan seminggu sekali. Kalau tak petang Jumaat, hari Sabtu atau Ahad pasti mereka akan datang. Tak pernah lalai sedikit pun akan kewajipannya sebagai anak. Pak Din dan Chik Atun datang tak lama. Sempat juga berbual bertanya khabar sebelum meminta diri selepas menunaikan solat Maghrib di sini.
Dan rumah embah kembali sunyi…

~AsmaAmaninaJParitSempadan~

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Saturday, June 19, 2010

No comments:

Sahabat QQ