Catatan Lavender La Nuna : Rindu Terlerai!

5April2010.Isnin

Azan Subuh yang berkumandang dari surau di hadapan rumah embah ini membuatkan aku terjaga awal. Subhanallah. Alhamdulillah. Aku masih bernyawa lagi rupa-rupanya. Sakit-sakit yang aku alami semalam bagaikan terhapus begitu sahaja, tanpa ada kesan sedikit pun. Aku rasa lebih sihat Alhamdulillah seperti sebelumnya. Kesakitan yang dahsyat semalam membuatkan aku merasa pagi ini aku akan berada di alam lain. Tapi, syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi diberi peluang lagi untuk menunaikan solat Subuh pada Subuh nirmala ini.
Pagi ini, aku siapkan sarapan lebih awal dari biasa. Sebabnya, Pak Mat sudah berjanji untuk datang awal pagi ini. Dan usai menyiapkan sarapan buat embah, aku terus mempersiapkan diri, bimbang Pak Mat pula yang terpaksa menunggu aku nanti.
Seperti yang dijanjikan, Pak Mat sampai pada jam 8.30 pagi. Mak Mah pun ikut juga, temani Pak Mat. Aku sendiri sudah bersiap dengan beg-beg; macam pelarian Vietnam pula. Pak Mat sudah pandang-pandang jeling-jeling pada beg-beg aku; beg Baby Compaq, handbag dan beg pakaian. Banyak sangat ke? Ermm… Normallah ni. Tapi kan… Dari lirikan tajam mata Pak Mat bagaikan memberitahuku satu perkara: Tak payah nak mengada-ngada bermalam rumah kawan. Full stop.

+Huhu… Janganlah sampai terjadi macam tu. Aku dah rindu sangat hendak bertemu dengan adik-adik serumahku.
~Haa.. Tak apa. Kalau Pak Mat tak bagi, cakaplah Nuna dah janji dengan kawan-kawan tu. Memang betul pun dah janji kan?
+Yes, my heart… Pandai juga kau berfikir untuk aku!

Kami mulakan perjalanan pagi itu dengan doa setelah aku bagi morning kiss kat embah aku yang manja tu. Belum pun aku pergi, embah sudah tanya bila aku balik. Aku cuma berjanji akan balik setelah segala urusan selesai. Berapa lama tu, tak pasti lagilah. Aku tahu, embah ni macam anaknya juga, Puan Khadijah tu. Sangat risau tentang anak kepada Puan Khadijah yang lembik ini, lebih-lebih lagi setelah apa yang berlaku kepada Cik Nuna semalam.
Perjalanan kami ke Pasir Panjang, Alhamdulillah lancar sahaja. Syukur ke hadrat Ilahi kerana hanya dengan limpah kurniaNya, perjalanan ini menjadi mudah. Kak Ti sudah aku beritahu tentang kedatanganku, dan dia sedang menunggu kedatanganku di kolej.
Kami tiba di perkarangan Kolej Uniti apabila jarum jam sudah menghampiri ke angka 12 tengah hari. Kolej ini tidak banyak berubah, setelah hampir setahun aku tinggalkan. Tetap klasik dan menimbulkan rasa nostalgic pada pandangan mataku - bukan seperti kolej-kolej swasta lain yang punya facilities mewah-mewah – kolej Uniti tetap tampil sederhana sahaja. Biar apa pun orang kutuk kolej Uniti, tapi jauh di dalam hati masih terselit sedikit rasa sayang aku pada kolej kecil ini kerana di sinilah tempat aku mentarbiah rohani. Dan di sinilah juga tempat aku mengemis ilmu dengan muallim muallimah yang banyak membentuk peribadiku. Rindunya aku dengan kolej ni….. J
Kami – aku, Pak Mat dan Mak Mah – bertemu dengan Kak Ti di bilik pensyarah lelaki. Ustaz Sofee ketika ini sedang menjaga dewan peperiksaan sempena imtihan pertengahan semester. Kak Ti menyerahkan borang permohonan untuk aku isi. Sementara Mak Mah dan Pak Mat pula ralit bermain dengan cucu angkat mereka - Baby Aidah – di sofa yang disediakan di ruang pensyarah lelaki itu. Segala dokumen yang diperlukan sudah diserahkan kepada Kak Ti untuk diproses. Yang tinggal sekarang hanyalah, passport dan aku pula perlu membuat medical check-up.
Tengah hari yang terik itu juga Pak Mat dan Mak Mah menemankan aku membuat medical check-up di Port Dickson. Kak Ti cadangkan supaya medical check-up ini dibuat di Klinik Mesra di Teluk Kemang. Aku yang ingat-ingat lupa dengan jalan di Port Dickson jadi tour guide ke Teluk Kemang. Nasib baik tak jadi pelancong yang sesat. Sesampainya di sana, klinik tersebut tutup. Macam tahu-tahu saja aku nak datang. Kebetulan waktu itu merupakan lunch hour. Maka, untuk tidak melengahkan masa lagi Mak Mah mencadangkan agar kami makan tengah hari terlebih dahulu. Kereta penaja program jalan-jalan cari makan ini akhirnya berhenti di hadapan sebuah bangunan kedai. Lokasi ini berhampiran Bandar Baru Sunggala, iaitu tidak jauh dari Kolej Kejururawatan Port Dickson dan kondominium Port Dickson Perdana yang pernah menjadi kolej kediaman siswa siswi Kolej Uniti. Secara spontannya, mataku terpandang sebuah premis perniagaan berlabel biru – Klinik Othman. Baru aku teringat dengan kewujudan klinik ini. Aku segera memberitahu Mak Mah dan Alhamdulillah, nampaknya klinik ini dibuka 24 jam. Mak Mah semerta membatalkan program asal jalan-jalan cari makan dan menemani aku untuk membuat medical check-up terlebih dahulu. Alhamdulillah, syukur, menurut Dr Osman yang mesra alam itu aku sihat walafiat cuma disahkan rabun saja.
Kata Dr Osman yang aku akan ingat sampai bila-bila, "Kalau mata clear, otak pun clear. Sebab mata dan otak ada connection. Ni sebab mata tak clearlah awak tak dapat straight A's dalam SPM." Jelasnya sambil tangannya mengunjukkan keputusan SPM aku yang berwarna-warni pada borang permohonan. Kata-katanya halus tapi menusuk kalbu, rasa macam nak kecil hati pun ada. PMR aku straight A's, Dr Osman, jeritku dalam hati. SPM teruk pun sebab aku banyak main. Padan muka aku, kan? Tapi, betul apa kata doktor tu. Aku macam biasa - senyum saja – sambil mengiyakan kata-kata doktor itu.
Selesai saja medical check-up di klinik, acara kemuncak yang tertangguh sebentar tadi diteruskan. Kali ini, krew Jalan-jalan Cari makan telah memilih sebuah restoran India Muslim sebagai lokasi penggambaran. Tema hari ini : Spices of India. Nak cerita juga ke apa yang kami makan? Lauknya, yang berkari-kari dan berempah ratus itu sangat mengundang selera. Desertnya, Horlick ais yang pekat lemak berkrim disukai ramai. Tapi disebabkan Cik Nuna kita tu – nak kata on diet pun tidak – selera makannya belum terbuka lagi selepas terbau ubat-ubatan di Klinik Osman. Cik Nuna tengok bos makan pun, sudah boleh sendawa. Jadi, dia pun menurut saja apa yang bos JJCM makan tanpa cerewet. Tapi, kali ini Cik Nuna tak isi sampai full tank sebab takut kebocoran tangki di pertengahan jalan.
Pertengahan jalan?
Nak ke mana pula Cik Nuna kita ni?
Cik Nuna akan kembali ke kolej untuk menyerahkan keputusan medical check up kepada Kak Ti. Selesai saja urusan borang permohonan, Pak Mat bertanya dengan serius, macam nak gertak Cik Nuna ala-ala gertak komando. Pertanyaannya berbunyi begini :
"Kau nak ikut Pak Mat balik ke tinggal kat rumah kawan?"

~Pak Mat dah bagi pilihan tu! Apa lagi? Hooray!!!!
+Nanti dulu my heart… Jangan obvious sangat. Cover-coverlah sikit rasa keterujaan tu.

"Boleh ke tinggal sekejap kat rumah kawan? Sebab Nuna dah janji dengan kawan tu…" Nuna meminta izin dengan sopannya – berserta sengihan - dari Pak Mat. Takut-takut lagi.
Akhirnya, tak sia-sia taktik sengihan kerang busuk ini, sebab Pak Mat dah bagi green light! Cuma satu saja pesan Pak Mat : Nanti kalau dah nak balik, cakap dengan pak Mat. Ok, no hal punya Pak Mat!
Petang itu, aku bertemu lagi dengan adik-adik yang serumah denganku sewaktu pengajian dulu. Faizin dan Nori. Yana tiada kerana masih di rumahnya di Beranang, kerana ayahnya sakit. Ahli bait yang lainnya : Hafizah AQ, Deeba dan Aini – baru masuk ke rumah ini sepeninggalan kami ahli bait terdahulu yang lebih senior. Seorang adik junior yang baru masuk, Ayuni.
Rinduku terubat sedikit walau belum sepenuhnya kerana kuorum tidak cukup : Yana tiada bersama.

~Asma Amanina UV J Parit Sempadan~

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Tuesday, June 22, 2010

No comments:

Sahabat QQ