Catatan Lavender La Nuna : Kak Amal dan Hari Selasa yang Bosan

6 April 2010.Selasa

Aku masih di hostel Uniti Village, di sebuah unit kediaman yang suatu waktu dahulu aku diami. Unit apartment pelajar ini masih sahaja seperti dahulu, cuma terdapat perbezaan dari segi susun atur hasil kreativiti adik-adik baru ini. Seawal azan Subuh yang sayup-sayup berkumandang dari musolla hostel banin aku sudah terjaga. Kalau dulu, sewaktu aku masih menuntut di sini, waktu-waktu senangku aku akan bersolat Subuh di musolla banat yang terletak di ground floor apartment ini. Selalunya akan hadir empat hingga lima orang banat untuk berjemaah. Dan selalunya, aku akan stay di musolla sehingga waktu dhuha tiba untuk aku menunaikan solat sunat dhuha. Cuma hari ini, aku berasa agak berat tulang sedikit untuk keluar bersolat di musolla memandangkan penat semalam yang belum hilang lagi. Kerana penat yang belum hilang ini jugalah, aku menangguhkan rancangan ke kolej pada hari ini. Insya Allah, kalau aku rajin esok aku akan ke kolej.
Pagi ini, aku hanya tinggal di hostel sahaja bersama Hafizah AQ. Mereka yang lainnya sudah menaiki bas ke kolej seawal jam 8.30 pagi tadi. Hafizah seorang saja yang tiada kuliah hari ini. Sepanjang hari ini aku cuma di rumah menghabiskan masa bersama Hafizah AQ yang peramah. Aku yang sedang menonton movie
'The Da Vinci Code' di laptop boleh terhenti pula sebab nak layan Hafizah berborak. Nasib baiklah Hafizah AQ ini jenis yang peramah, kalau tidak memang senyap sajalah rumah ini. Tapi, seronok jugalah sebab kami bagaikan ada chemistry. Tak kekok untuk aku berborak dengannya. Sempat aku berfikir, sepanjang aku hidup, ramai 'Hafizah' yang aku kenali dan semuanya jenis yang peramah dan senang bergaul dengan mereka. Memanglah kut, orang yang bernama 'Hafizah' ini mudah mesra dan mudah bergaul dengan orang yang malu-malu kucing Parsi macam budak bernama Nur Amalina @ Nuna ni.
Oh, ya. Kenapa aku label dia sebagai Hafizah AQ? Sebab yang pertama, banyak sangat Hafizah yang aku kenal. E.g., Fizah Bujang, Fiza Sa-ud, Fiza Bintulu, Kak Fiza Perlis etc. Sebab yang kedua, Hafizah ini pernah memasuki Akademi Quran - tak pastilah AQ yang ke berapa - tetapi tiada rezeki untuk sampai ke peringkat akhir. Tapi suara sahabat yang aku baru nak rapat ni, memang sedap, lemak merdu sampai aku boleh terhenti baca Al-Quran semata-mata nak dengar dia alunkan bacaan al-Quran. No wonderlah kalau Hafizah berjaya memenangi tempat pertama di dalam pertandingan tilawah al-Quran peringkat zon dan akan mewakili Port Dickson (if I'm not mistaken) ke peringkat negeri Jun ini.
Jam 10.30 pagi. Aku sedang ralit membaca majalah IKIM di ruang hadapan sementara Hafizah sedang sibuk membasuh pakaian di bilik air. Allahu Akbar! Tiba-tiba satu ketukan kasar di pintu membuatkan aku terperanjat bagai nak terlompat. Cepat-cepat aku capai tudung labuh hitamku di sisi. Pakaianku nasib baiklah senonoh dipandang mata, maka tak perlulah tukar. Aku buka pintu sikit-sikit, intai siapa di luar… Berdebar-debar sungguh. Suspen ni… Rupa-rupanya ada adik junior yang baru mendaftar di kolej ini dan akan menghuni unit apartment ini. Adik ini bakal sebilik dengan Ayuni dan nampaknya Ayuni takkan sunyi lagi. Adik Haziqah namanya, berasal dari Banting dan bakal menjadi penuntut jurusan Fiqh Muamalat. Setelah bermesra-mesra dengan keluarga Haziqah beberapa ketika, mereka – Haziqah, ibu bapanya dan adiknya - meminta izin untuk keluar ke bandar. Nasib baik tak lama – adalah dalam 30 minit – kasihan dengan Hafizah yang terperangkap di dalam bilik air! Yang Cik Kak Amal ni pula terpaksa buat-buat selamba di hadapan penyelia hostel agar tembelangnya – menumpang secara illegal – tidak pecah! Nasib baiklah Encik Penyelia itu tak syak apa-apa tentang kehadiran seorang pendatang asing di unit apartment itu.
Hanya pada tengah hari itu ahli bait yang lain balik dari kolej. Aku dan Hafizah sudah makan tengah hari terlebih dahulu tanpa sempat menunggu mereka sebab sudah kebulur sangat-sangat. Lagipun pagi tadi tak sarapan, kenyang berborak dengan Hafizah AQ. Petang itu pula kami – aku, Faizin dan Nori – menjamu mata di pasar malam yang dibuka berhadapan dengan pintu masuk Uniti Village dan sempat lepas gian membeli sebungkus nasi kerabu yang sudah setahun aku tak jumpa. Rambang mata sekejap menjamu mata dengan beraneka jenis makanan yang oily dan boleh menggemukkan ni. Akhirnya, aku cuma beli tiga cucuk crunchy fish ball dan sebungkus nasi kerabu. Terubat sikit rindu dengan nasi kerabu walaupun rasanya kurang power berbanding nasi kerabu yang akak mek Qlate jual di pasar malam Batu Empat.
Aku sudah berkira-kira nak balik ke kampung pada esok hari, tetapi budak-budak ni sayang sangat nak lepaskan Cik Kak Amal yang cute lagi berbudi bahasa ni. Susah nak cari kakak house-mate yang best lagi memahami hati remaja macam Kak Amal. (Perasan sungguhlah Cik Kak Amal ni kan?!) Padahal, sebenarnya Cik Faizin yang ajak Cik Kak Amal balik bersama dengannya memandangkan destinasi kami yang sama : Batu Pahat. Pada mulanya, beliau nak balik pada pagi Jumaat sebaik selesai kuliah ICT tapi diawalkan pada petang Khamis kerana ada urusan diraja. Bagus juga plan Cik Faizin ni, at least boleh save budget bila naik prebet sapu ke Masjid Tanah. Akhirnya setelah puas dipujuk Faizin, Cik Kak Amal pun bersetuju juga nak balik bersama walaupun pada awalnya jual-jual mahal sikit. Dan jangan dilupa… Mesti isytiharkan juga keberangkatan pulang kepada Pak Mat selaku penjaga Cik Nuna di Semenanjung Tanah Melayu ini dan mak abah tercinta yang jauh di mata.

p/s : Itupun, mak dengan abah dah bising sebab Cik Nuna balik lambat! Kalau tak diberitahu, lagilah panjang bebelnya kan?

~AsmaAmanina_UVJParitSempadan~

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Thursday, June 24, 2010

No comments:

Sahabat QQ