Catatan Lavender La Nuna : Meniti Titi Uniti

 7 April 2010.Rabu

Pagi ini aku mengikuti Faizin dan Nori ke kolej. Awal-awal pagi lagi sudah bersiap dengan bersemangat sekali untuk ke kolej. Atas tujuan apa ya? Tiada apa-apa yang mustahak cuma aku akan merasa cepat bosan jika tinggal seorang diri di apartment tanpa berbuat apa-apa. Sekurang-kurangnya di kolej ini, boleh juga aku pergi ke maktabah melayan Facebook dan Friendster. Lagi pula, aku sudah berjanji dengan Hafizah kelmarin untuk membantunya mencari kitab rujukan fiqh untuk mabhath Fiqh Munakahat bab Nikah Mut'ah itu.
Alhamdulillah setibanya di kolej, aku bertemu dengan ramai lagi adik-adik seperjuanganku dahulu ; Durriyatul Jannah, Shidah, Munira Sabah, Dewi, geng ukhti Azreen dan Ezzah Thuraya. Geng ukhti Azreen; Zulizah, Syahida dan Dayah Yaakob (tiga ahli lain Fadilah, Azreen, Marliza dan Shila belum ditemui). Aku namakan geng ini dengan nama Geng Ukhti Azreen kerana keakraban mereka dan Azreen bagaikan 'Kak Long' mereka. Mereka seapartment dan selalu berada di dalam kelompok yang sama, tidak kira semasa kuliah mahupun di luar kuliah.
Masuk saja ke dalam maktabah, aku terus memanjangkan langkah ke destinasi utama : IT Corner. Fiqh Munakahat? Nikah Mut'ah? Relaxlah dulu… Awal lagi ni. Baru nak menghangat-hangatkan pagi yang ceria ini dengan Facebook. Senyumanku melebar bila membuka inbox email dengan bilangan email mencecah 5000+. Baru tiga hari tak buka, email sudah bertimbun-timbun sehingga melampau sungguh banyaknya. Emel-emel itu, bukannya aku baca sangat. Sekadar notification email dari Facebook dan Friendster. Kalau sehari duduk menghadap computer, memang sah-sah rabunlah aku. Sehari belum tentu cukup untuk mendelete semua email yang aku tak perlukan ini.
Nasib baiklah limit masa untuk aku melayari internet di IT Corner ini hanya sejam sahaja kerana ketidakcukupan PC. Laptop ada aku bawa, tapi sayangnya Baby Compaq tak dapat detect wireless connection di kolej ini. Kecewa sungguh. Baru saja berangan-angan nak download video dari YouTube. Password sudah dimasukkan. Tak tahulah apa lagi masalahnya. Selepas aku puas menggunakan PC ini, Ezzah Thuraya menggantikan tempatku. Dan aku kini berada di celah-celah timbunan kitab-kitab turath, membelek-belek kitab rujukan fiqh untuk bab Nikah Mut'ah. Tak semua kitab rujukan fiqh yang mempunyai perbahasan untuk tajuk ini kerana Nikah Mut'ah cuma tajuk yang kecil.Itulah yang agak rumit kerana aku harus berhati-hati dengan bab Nikah Mut'ah dan Mut'ah (pemberian sagu hati selepas cerai – jika cerai tanpa sebab munasabah mengikut syara'). Bimbang keliru. Dan jangan keliru juga antara nikah mut'ah, tuntutan mut'ah dan Universiti Mu'tah di Jordan!
Kalau dua tiga tahun yang lepas, di sinilah geng kuliah kami – aku, Azie, Kak Tini, Jun, Ana, Mila dan Fiza Sa-ud – akan melepak mencari kitab rujukan untuk mabhath tergempar. Selalunya, lecturer yang suka bagi mabhath tergempar ialah Ustazah Hayati dan Ustaz Nafis. Kami – geng banat – memang suka buat mabhath awal-awal dan hantar pun awal-awal sebelum deadline supaya tak kelam kabut, tak macam budak banin yang manja mengalahkan baby tu. Sampaikan budak-budak lelaki kuliah kami yang tinggal sejemput tu – Abg Rahmat, Hilmi, Fahmi, Fitri, Redza, Afiq the Black dan Mizi S'pore – takut nak menceroboh empayar kami. Selalunya kami yang akan jadi 'Emperor' menakluki dan menguasai wilayah kitab-kitab terlebih dahulu sebelum mereka. Kami memang selalu berebut kawasan dan siapa cepat dialah dapat. Tapi selalunya, banatlah yang menang kerana kami lebih terror berstrategi berbanding budak-budak banin yang agak manja dan lambat tu. Kadang-kadang, mereka buat muka welfare untuk meminjam kitab selepas kami selesai menggunakannya. Untuk urusan pinjam-meminjam ni, mereka – banin DPI batch 2006-2009 – akan berurusan dengan Mila atau Kak Tini yang baik hati. Dengan aku, mereka agak kecut sikit sebab aku tak pernah nak bagi muka dengan mereka. Lagipun, memang aku selalu buat muka serius dan fierce supaya mereka takut. Hahaha… Mafia sungguh banat DPI batch 2006-2009 kan? Memang muka mafia sebab muka kami yang selalu keluar masuk pejabat selepas 'bertekak' dengan orang-orang pejabat untuk urusan PTPTN yang sangat membengangkan. Tengoklah siapa ahli kuat firqah banat yang otai-otai belaka tu. J
Akhirnya, setelah 90 minit melekat di wilayah kutubkhanah ini, inilah hasilnya.

  1. Al-Muntaqa Syarah Muwatta' Malik.al-Mujallid al-Khamis.safhah 140-144

  2. Jami' al-Ahkam al-Fiqhiyyah lil Imam al-Qurtubi.al-Juz-uth-Thani.safhah 200-202

  3. Ahkam al-Quran.al-Qism-uth-Thalith.safhah 1311

  4. Subul as-Salam.al-Juz-uth-Thalith.safhah 1001-1003

    1 jam setengah baru dapat 4 kitab? Dulu, aku buat tajuk yang sama juga : Nikah Mut'ah, tapi aku dapat cari sampai 6 kitab. Puas aku cari dua kitab yang still missing, tapi tiada. Sampaikan rasa macam nak mabuk pula tengok kitab-kitab yang banyak ni. Nak kata student pinjam, tak mungkinlah sebab kitab-kitab macam ni limited dan memang tak boleh dibawa keluar dari maktabah. Kalau nak buat fotostat pun, ada perkhidmatan fotostat disediakan di dalam maktabah ini.

    Dalam pada aku sibuk menjaga kitab-kitab yang baru dijumpai ini, Hafizah AQ datang untuk mengambil kitab-kitab seperti yang dijanjikan. Baru tamat kuliah dan sedar tak sedar waktu sudah melewati jam 12 tengah hari. Rasa-rasanya kalau duduk di hadapan PC sambil menanti Faizin 'menjemput' Cik Puan Seri Kak Amal ni, sempat tak? Dah, jangan buang masa! Selagi ada masa terluang, isi saja dengan melayari Facebook anda!
Baru saja melabuhkan punggung di kerusi PC, tiba-tiba Nokia 6080 aku berbunyi perlahan namun sudah cukup untuk aku dengari. Iskk… Kan betul aku cakap. Faizin ni laa... Dah ajak aku balik pula. Tergesa-gesa aku keluar dan mengemas segala barang-barang kerana Cik Faizin dan bas sudah menunggu.
Alhamdulillah… Misi me'reveal' kitab-kitab fiqh hari ini berakhir dengan jayanya!
Malam ini malam terakhir aku di sini. Rasa sayu menyusup di hati hendak meninggalkan daerah damai yang cukup klasik dan nostalgic ini. Apa boleh buat, telinga ini sudah terngiang-ngiang suara embah di kampung memanggil balik. Lagipun, rasa tak betah berlama-lamaan di tempat orang.
Seusai Maghrib tadi, Nori, Aini, Deeba dan Faizin sudah bersiap-siap. Mereka akan ke kelas Pengajian Malaysia (MPW 1133) untuk mengadakan sesi pembentangan dalam bentuk perbahasan ala parlimen. Wah… Keren sungguh budak-budak ini! Isyak ini aku sudah bertekad untuk ke musolla banat. Nak pergi Maghrib tadi tak sempat sebab aku terlambat mandi. Rasa rindu sudah begitu membuak-buak untuk berjemaah Maghrib dan Isyak dengan adik-adik junior. Rasa rindu untuk menjadi makmum kepada ukhti Azreen atau ukhti Nori sudah sangat memberat di dalam hati ini. Tapi mustahillah Nori akan mengimami solat jemaah nanti kerana dia akan menghadiri kelas gantian.
Usai Maghrib saja, aku keluar dari rumah menuju ke musolla. Tinggal Hafizah seorang di rumah. Setibanya di musolla, jemaah yang tinggal cuma Ayuni, Haziqah dan dua orang akhwat junior yang aku kenal wajahnya tapi tak tahu nama. Mereka sedang berbincang dan bertazkirah sesama sendiri. Bagus betul adik-adik ini! Tak buang masa cakap benda yang tak berfaedah. Sementara ukhti Azreen and the gang yang aku tunggu sedari tadi belum tiba. Mungkin juga balik ke rumah mereka di tingkat atas sementara menanti Isyak tiba. Aku sendiri memenuhi waktu yang terluang ini dengan memperelokkan lagi hafazanku. Rugi tau, kalau sehari tak baca dan tadabbur Quran!
Sehingga azan dilaungkan oleh ikhwan di musolla banin pun, kelibat ukhti Azreen and the gang tak kunjung tiba. Hurmm.. Nampaknya, kempunanlah aku nak solat berimamkan ukhti Azreen. Aku suka dengar bacaannya yang sayu tu. Setelah menunaikan solat sunat qabliyah, aku duduk meneruskan hafalan sementara menanti imam menyeru jemaah. Baru saja nak taawuz, aku disapa oleh seorang adik cute yang gebu-gebu yang sebentar tadi ku lihat asyik bertazkirah. Namanya aku tak pasti siapa.
Dia menghampiriku lantas bersalaman dan berdakapan denganku. Tahu pula budak cute ni dengan namaku. Setelah berbasi-basa sekadarnya, adik tu mempelawa aku menjadi imam. Aku menolak dengan baik setelah berkali-kali dia memujukku. Aku lebih selesa menjadi makmum. (Kecualilah kalau Kak Ti yang mengeluarkan arahan, baru aku takut sikit!) Akhirnya, kami berlima pun berjemaah Isyak dengan berimamkan adik cute itu.
Usai wirid dan doa juga setelah bersalam-salaman dengan jemaah yang hanya berlima ini, aku terus mengerjakan solat sunat ba'diyah. Sampai aku nak melangkah pulang ke rumah, mereka berempat masih sahaja meneruskan perbincangan yang tertunda tadi. Sibuknya perbincangan mereka membincangkan masalah ummah. Aku harus segera sampai ke rumah sebab Hafizah bersendirian. Bimbang pula nak tinggalkan anak gadis orang sorang-sorang. Rumah tu dulu pun ada sejarahnya. Lokasinya yang agak terpencil dan paling belakang agak memudahkan kerja-kerja licik kalau ada orang nak buat kerja dajal. Lagipun, memang dah pernah dimasuki orang pun dan laptop Deeba pernah dirembat 'dajal' tu.
Sampai saja di muka pintu unit itu, aku terus mengetuk pintu sehingga beberapa kali namun tiada siapa yang menjawabnya. Pintu tak berkunci rupanya. Sunyinya. Haziqah dan Ayuni masih di musolla lagi. Deeba, Faizin, Nori dan Aini belum pulang lagi. Mesti kecoh punya, sidang parlimen diaorang ni. Hafizah? Biliknya berkunci. Masih solat di bilik lagi barangkali.
Aku cuma duduk di ruang tamu bertemankan majalah IKIM. Baru terasa ngilunya perut. Lapar… Terasa macam nak mengajak Hafizah ke café. Tapi… Kami baru saja memesan Faizin untuk singgah di café membeli makanan ala carte dalam perjalanan mereka pulang dari kelas nanti. Nak tak nak, terpaksalah tunggu Faizin dengan sabarnya macam anak burung tunggu ibu dia pulang ke sarang bawa makanan. Huhu… Dah macam bunyi disco pula perut ni…
Tunggu punya tunggu…
Makin berkeroncong remix disco techno pula perut ni. Si Ayuni dan Haziqah pun sudah pulang. Aku macam biasa, buat senaman lidah berborak-borak bersama Hafizah yang peramah. Topik utama yang lebih hangat dari biasa malam ini : Budaya Menuntut Ilmu di Kalangan Siswa IPT – Berorientasikan Peperiksaan Atau Risalah Dakwah Anbia? Wahh… Macam topic Bicara Siswa Dr Fazley pula. Agak-agak, macam manalah YB Faizin dalam sidang parlimen diaorang tu ya?
Tunggu punya tunggu…
Kebulur yang kronik dah ni!! Budak Ayuni dan Haziqah tu selamba rilex saja, main laptop aku macam tak lapar langsung. Tiba-tiba aku dapat SMS dari Faizin. Katanya, café dah tutup!!!!! Sempat beli burger yang dipesan Hafizah saja. Mihun tomyam aku? Ya Allah….. Kempunanlah aku yang mengidam tomyam ni nak makan tomyam. Tak lama kemudian, mereka berempat - Faizin, Nori, Aini dan Deeba – balik dari Sidang Parlimen tergempar tu dengan wajah lesu dan bengang sebab tak dapat beli makanan.
Aku pada waktu ini… Cuba menerima hakikat… Aku akan tidur dengan perut yang memberontak malam ini. Aku cuba redha. Huhu… Ramai lagi saudara yang kelaparan di Palestin… Afghanistan… Somalia… Wahai perut yang manja, sabarlah… Untuk malam ini saja.
Dalam pada kami semua yang kelaparan, (Hafizah dengan semangat setiakawannya pun tak jadi makan burger kerana tak sanggup melihat panorama kebuluran yang menyayat hati itu. Nak bahagi-bahagi burger tu pun tak cukup untuk kami yang bertujuh) tiba-tiba Faizin yang cerdik macam Sang Kancil tu mendapat satu idea yang boleh diterima akal. Beliau telah menghubungi lecturer MPW1133 mereka untuk menemani mereka – Faizin, Aini dan Nori – untuk membeli makanan di luar dari kawasan UV ini. Felo pun dah diberitahu. In the meantime, budak Ayuni tu pula menggoda aku dengan sebungkus Maggi Tomyam di tangan. Alaa… Budak Ayuni ni… Macam tau saja taste aku. Aku buat-buat jual mahal padahal dalam hati….. Go! Go! Ayuni! Cepat masak! Kak Amal lapar ni… (Nak masak Maggi orang – malu konon!)
Baru saja mereka – tukang beli makanan – keluar, Ayuni datang kepadaku dengan dua biji mangkuk yang beraroma Maggi Tomyam. Alahai… Baik sungguh budak ni. So touchinglah! Tiba-tiba rasa macam nak buat adik angkat pula. Kalau aku ada adik laki yang dah besar, mahunya aku tolong pinang si Ayuni ni buat jadi adik ipar aku. Kami ajak si Deeba dan Hafizah makan sekali, tapi diaorang tak mahu pula. Kami berdua pun candlelight dinner Maggi Tomyam ni. Tak ada mihun tomyam, Maggi Tomyam pun jadilah…
Alhamdulillah… Nikmatnya…
Nikmat sungguh walaupun hanya dengan Maggi perisa tomyam. Sayang Ayuni! J Alamak! Dah kenyang begini, mana nak sumbat dengan makanan yang Faizin beli nanti? Cepat-cepat aku capai handset dan membatalkan pesanan makanan yang dipesan tadi. Cuma pesan teh tarik saja. Jam pun sudah menghampiri 11.00 malam. Budak-budak bertiga tu bersama lecturer mereka, cari makan sampai ke warung makanan di jambatan Linggi kerana kebanyakan kedai makan di sekitar Pasir Panjang sudah ditutup.
Jauhnyalah rehlah cari makanan. Kasihan pula dengan mereka.
Hampir jam 11.30 malam, baru mereka sampai ke rumah. Itupun, kami semua yang hampir ketiduran paksa-paksakan mata ini agar terbuka untuk menikmati makanan yang sudah dibeli (kecuali aku, kerana aku cuma pesan teh tarik saja).
~Makan makan tengah malam (End of story… Zzz)

~AsmaAmanina_UVJParitSempadan~

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Thursday, June 24, 2010

No comments:

Sahabat QQ