Catatan Lavender La Nuna : Kembali ke Parit Sempadan!

8April2010.Khamis

Hari ini hari perpisahan.

Sedar tak sedar sudah genap seminggu aku berada di bumi Semenanjung ini. Sudah tiba masanya untuk aku dan adik-adik junior yang aku sayangi ini berpisah. Yang tak bestnya, Yana tak balik-balik sejak aku ada di sini. Kasihan Yana, Yana terpaksa mengambil cuti sementara menjaga ayahnya yang sedang ditahan di wad kerana diserang minor stroke sementelah ibunya pula bekerja. Adik-adiknya yang lain masih kecil lagi dan bersekolah. Semoga Allah pulihkan kesihatan ayah Yana dan permudahkan urusan keluarga Yana.

Pagi ini – macam semalam – aku mengikuti Faizin, Nori dan Aini menaiki bas ke kolej. Deeba, Hafizah, Ayuni dan Haziqah, seawal 7.30 pagi lagi sudah ke kolej. Sebelum kami sempat melangkahkan kaki keluar jam 9.00 pagi itu, ada lagi adik junior yang baru mendaftar di kolej, ditempatkan di apartment ini. Awalnya adik ni datang! Semangat sungguh. Adik baru tu – Adilah namanya – berasal dari Kedah dan bakal menuntut di dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Patut pun Adilah datang awal kerana menurutnya, dia dan keluarga bermalam di hotel pada malam sebelumnya.

Kali ini misi aku ke kolej adalah untuk….. Berfoya-foya! Isk Isk… Ala-ala bohsia pula bunyinya, nak berfoya-foya segala ni. Nauzubillah. Aku ke kolej sebab tak ada agenda nak dibuat kat hostel tu. At least, kalau tak surf internet pun boleh juga aku jadi ulat buku di sofa di tengah-tengah maktabah. Kalau tak pun, jika ada adik-adik yang memerlukan perkhidmatan penterjemahan atau mencari kitab-kitab rujukan fiqh, hadharah, hadith wa ghairu dzalik, insya Allah, Cik Kak Amal dengan senang hatinya menawarkan bantuan secara sukarela. Seronok tau, tolong adik-adik ni walaupun aku bukanlah dari kalangan pelajar mumtaz. Boleh juga berkongsi ilmu yang tak seberapa ni. Lagipun aku suka mencuba sesuatu yang adventorous. Nikmatnya tak terhingga!J

Alhamdulillah, aku jadi seronok sangat dengan fenomena baru di Kolej Uniti ini. Baru pagi ini aku terserempak dengan seorang akhwat junior yang berniqab dan ukhti Azreen juga turut berniqab di kolej tanpa apa-apa sekatan dari pihak atasan. Tak sia-sia aku menjadi perintis para muntaqibah di kolej ini, kerana walau baru dua orang yang mengikut jejak langkahku, itu sudah cukup untuk menjadi pewaris perjuangan mempertahankan niqab di kolej kecil ini. Dan baru hari ini, buat pertama kalinya di kolej ini aku berasa tidak kekok lagi untuk memakai niqab, kerana aku sudah punya teman berniqab – ukhti Azreen dan adik junior yang belum aku ketahui namanya.

Jam-jam terakhir di maktabah ini berlalu dengan bosannya sehingga Cik Kak Amal nyaris-nyaris terlelap di sofa merah di tengah-tengah maktabah ini. Bilalah Faizin nak ajak balik ni? Semalam, masa tengah syok nak berFacebook, ajak balik awal pula. Sekarang ni, bila orang dah tak surfing, balik lambat pula. Bukan tak nak surfing sebenarnya, tapi dari tadi IT Corner asyik full saja. Tak ada chance langsung nak masuk kuorum.

Oh, ya. Sementara bosan-bosan tunggu Faizin ni, apa kata kita budget masa nak 'mengisytiharkan detik-detik keberangkatan pulang' Cik Nuna ke Kampung Parit Sempadan. Pengisytiharan ni wajib dibuat, supaya orang-orang penting ini – Pak Mat, Pak Padil, mak dan abah – tidak risau tentang perkembangan semasa Cik Nuna. Tadi pagi, Nuna sudah call Pak Mat, mak, abah dan SMS Pak Padil. Waktu-waktu seterusnya (untuk call atau paling tidak pun SMS):

  1. Sebelum bertolak (sebelum kereta berjalan)
  2. Setibanya di Masjid Tanah
  3. Setibanya di Melaka Sentral (selepas membeli tiket)
  4. Sebelum bas bertolak
  5. Ketika bas berhenti di Bandar Maharani, Muar
  6. Sampai di simpang kampung

    Sedar tak sedar, dalam pada Cik Kak Amal sedang ralit membelek-belek jaridah di sofa merah dengan duduk ayu bagaikan seorang puteri dikelilingi dayang-dayangnya, tiba-tiba Cik Kak Amal terasa suatu gegaran. Hisss… Ada sajalah yang mengganggu minit-minit tenang Cik Kak Amal ni. Cik Kak Amal segera mencapai Nokia 6080 di atas ribanya lalu membuka inbox mesej. Seperti yang dijangka, Faizin sudah menanti di luar maktabah dan Kak Amal tentu saja sepantas Pink Panther memanjangkan langkah menuju keluar maktabah. Baru saja buka pintu maktabah, kedengaran bas sudah bergerak pergi meninggalkan kami. Kak Amal cuma menghadiahkan sebuah sengihan di sebalik niqab hitamnya – tak taulah Faizin perasan atau tak – dengan jari runcing tirusnya dirapatkan ke dada tanda minta maaf. Sempat Kak Amal main kenyit-kenyit mata – mentang-mentanglah nampak mata sahaja - dengan Faizin dari jauh semasa tengah memasang zip sandal yang leceh ini. Faizin cuma jeling buat-buat garang saja. Kak Amal pandang sekeliling, bukan kami saja yang ketinggalan bas, rupa-rupanya Akhi Ira Amirul and the gang pun senasib kami juga.

    Azan Zohor sedang berkumandang tidak lama kemudian di surau Kolej Uniti. Kak Amal baru hendak mengajak Faizin berjemaah di surau apabila perut Kak Amal tiba-tiba buat hal. Jus gaster baru merembes dan mengakibatkan permukaan dinding usus terhakis lantas merintih sakit terkena rembesan asid itu. Kak Amal sedang diserang….. Gastrik! Kak Amal buat muka selamba saja, sedangkan hakikatnya, Ya Allah… Macam nak terguling-guling sakitnya. Syukurlah Faizin cepat bertindak dengan menghubungi Pak Cik prebet sapu untuk menjemput kami pulang walaupun dia tidak tahu Kak Amal sedang menderita di dalam diam. Manakan tidak, dari pagi lagi Kak Amal belum sarapan sampailah ke Zohor ini.

    Setibanya di UV, kami terus membeli nasi bungkus dan terus makan apabila sampai di rumah. Rush hour! Janji dengan Pakcik prebet sapu, kami akan bertolak pada jam 2.30 petang. Sekarang sudah pukul 1.45 petang. Solat fardhu Zohor pun belum tertunai lagi ni. Yang membuatkan kami lama sangat nak sampai ke hostel UV ni tadi ialah, kami terpaksa menanti seorang lagi penumpang pakcik prebet sapu di pekan koboi Pasir Panjang itu. Itulah yang membuatkan Cik Kak Amal sempat mabuk kerana gastric di dalam kereta tadi. Tapi tiada siapa pun yang sedar Kak Amal mabuk sebab dia buat-buat gagah. Hendak makan nasi bungkus yang sejemput ini pun, Kak Amal sudah putus selera sebab gastric. Tapi makan juga sesuap dua, at least perut ini taklah kosong sangat.

    Alhamdulillah, sempat juga bersiap-siap sebelum jam 2.30 petang. Sempat bersalam-salaman sambil berpeluk-pelukan tapi tidaklah sampai bertangis-tangisan dengan Ukhti Nori, Aini, Deeba, Hafizah yang mesra alam, Ayuni, Adilah dan Haziqah. Nori, Aini dan Deeba – Kak Amal tak kisah sangat, sebab insya Allah kami akan bersama-sama terbang ke Jordan. Adik-adik yang lain tu, entah bilalah akan bertemu lagi. Sebelum keluar dari unit apartment ini, ada lagi seorang ahli baru yang masuk, tapi tak sempat bertemu muka. Tak kisahlah, janji rumah itu akan berkurangan sempitnya dengan perginya penumpang illegal yang seorang ini.

    Kami berjalan bersama-sama menuju ke pagar utama UV. Singgah sekejap di bangunan pentadbiran UV kerana Cik Adik Faizin ada urusan mustahak. Cik Kak Amal jugalah yang jadi penunggu beg-beg Faizin yang macam nak lari dari rumah ni. Kelihatannya Pakcik prebet sapu sudah sedia menanti kami di tepi jalan berhadapan pagar utama ini. Aku segera menuju ke arah Kancil biru tua Pakcik prebet sapu itu kerana bimbang dia tercari-cari akan kami. Sampaikan jalan pun dah tak tegak kerana mengangkut beg-beg yang beratnya macam besi sukan angkat berat. Habislah, balik nanti mesti tumbuh muscle kat bahu aku. Ngerinya! Itu belum kira bab bayu petang Selat Melaka yang bertiup semilir, meniup niqabku sampai terbalik ke belakang. Nampak sebahagian wajahku. Alamak… Malunya! Terpaksa berhenti seketika sehingga angin berhenti bertiup, barulah aku kembali melangkah pantas menuju Kancil pakcik itu.

    Setelah beberapa lama menanti Cik Adik Faizin berurusan dengan pihak pejabat, kami pun bertolak. Jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. Keadaan yang panas terik – lebih hangat dari biasa – membuatkan aku hampir pitam. Pening sangat. Faizin yang duduk di sebelah pemandu sudah terlentok. Senangnyalah budak ni terlentok macam Sleeping Beauty. Aku yang tengah pening-pening lalat ni, cuba memejamkan mata untuk menghilangkan 'angin jahat' tapi tidak berjaya. Sudahnya, aku cuma menyapu-nyapu minyak angin cak kapak di sekitar tengkuk untuk mengurangkan sakit ini.

    Sampai di Masjid Tanah, rasa pening ini tidak juga berkurangan. Sampai Faizin pun susah hati melihat episod mabuk Kak Amal ni. Kebetulan ada caravan putih kecil yang menjual jajan, kami singgah untuk membeli sedikit jeruk buat ubat mabuk Cik Kak Amal yang sedang kronik ini. Rasa macam nak pitam, tapi aku gagahkan juga diri. Beli jeruk mangga yang massssam punya! Lebih masam lebih baik supaya tekak tak loya. Untuk kes mabuk ni sajalah. Kalau pada keadaan biasa, aku memang tak berapa gemar dengan junk food terutamanya yang banyak preservatives ingredients ni. Buat mencari penyakit di usia muda sahaja. Bukan nak poyo, tapi memang aku tak suka. Nak buat macam mana kan?

    Kami menaiki bas ke Melaka Sentral yang berpendingin hawa itu. Bau pewangi di dalam bas ini semacam saja. Satu hal lagi. Aku takut tak kebah lagi sebab mabuk ini musuh ketatnya ialah air-cond! Hairan ya? Kalau di dalam flight pun fully air-conditioned juga, tapi aku tak pernah mabuk. Selesa lagi. Aku mabuk bila berada di dalam kenderaan atas darat sahaja. Dan aku insya Allah tidak akan mabuk pada keadaan ini :

    1. Di dalam penerbangan
    2. Di atas darat : di dalam kereta yang dipandu abah
    3. Di atas darat : di dalam kereta yang dipandu aku sendiri

      Tawakkal sajalah. Doa bertawakkal dan selawat terus bergema di dalam hati berselang-seli walaupun aku sudah dapat mengagak kesudahannya : vomit! Cuma aku berharap agar aku dapat bertahan – sekurang-kurangnya - sehingga tiba di Melaka Sentral. Janganlah hendaknya muntah macam budak kecil di dalam bas ini. Aku mengunyah sedikit jeruk mangga yang masam ini. Sedikit saja kerana aku bimbang juga diserang gastric. Bukan setakat makan jeruk, sapu lagi banyak-banyak minyak angin sampai satu bas ini beraroma minyak angin cak kapak aku. Dari tengkuk dan dahi sampai ke mata terasa panas berangin pijarnya.

    Hasbunallahu wa ni'mal wakeel…

    Sejam kemudian kami tiba di Melaka Sentral. Rupanya, dalam tak sedar tu aku terlelap sebentar. Sedar-sedar saja, Faizin sudah menggerakkan aku. Pening yang aku alami tadi serasa sudah tidak tertahan lagi. 'Angin jahat' di dalam badan belum keluar-keluar juga. Puas aku cari 'urat' sendawa tapi tak jumpa. Sengsaranya… Ya Allah. Turun saja dari bas, aku rasa sudah terhuyung-hayang. Pandangan mata berbinar-binar tapi aku masih lagi dapat 'berpijak di alam yang nyata'. Niqab aku lepaskan dari pin yang tersemat di sisi tudung labuhku. Aku memang sudah tak hiraukan keadaan di sekeliling kerana aku ada Faizin sebagai 'bodyguard'.

    Kami terus memasuki bangunan Melaka Sentral dan terus menghayunkan langkah ke kaunter tiket. Urusan membeli tiket, aku serahkan bulat-bulat kepada Faizin. Dompet aku pun, aku serahkan kepadanya kerana untuk menarik wang keluar dari dompet pun aku sudah benar-benar tidak berdaya. Cik Kak Amal sendiri? Cik kak Amal dengan langkah jejak tak jejak tanah pergi ke musolla perempuan. Sampai saja terus pengsan. Mujur jugalah tak berapa ramai pengunjung musolla ini. Terus buka segala tudung dan baring luruskan badan menanti Faizin datang.

    Memang dah nasib aku. Memang sengaja nak buat aku….. Tergelak-gelak, macam nak terguling-guling. Fuhh.. Baru saja nak tenang-tenangkan diri, ada seorang ibu dan anak lelakinya – berusia dalam lingkungan 2-3 tahun – masuk lalu duduk berhampiran aku dan Faizin. Aku tak kisah sangatlah dengan mereka dan aku pejam mata semula, mengembalikan semula ketenangan. Tiba-tiba aku rasakan abdomen aku diketuk dengan sesuatu. Rasa geli-gelilah! Aku buka mata, dan aku lihat budak kecil itu rupa-rupanya yang main ketuk-ketuk perut aku macam ketuk tong dram dengan botol air mineral. Aku gelak-gelak saja dengan telatah budak kecil ini. Tak padan dengan kecil, nakal sungguh. Degil pula tu, ibu dia marah-marah sayang dia pun, dia buat-buat muka innocent saja.

    Terima kasihlah dekat adik boy yang nakal tu, sebab membuatkan aku terbangun. Aku bangun saja, terus sarung tudung labuh dan terus melangkah pantas ke hamam yang letaknya tidak jauh dari musolla perempuan. Sempat cakap dengan Faizin, sepatah perkataan saja, "Tandas!" dan itu sudah membuatkan dia faham yang sudah tiba masanya Cik Kak Amalnya ini untuk vomit!

    Alhamdulillah. Lega! Alahan yang aku alami ini mengalahkan morning sickness ibu mengandung saja. Sikit-sikit nak muntah. Nak muntah pun bukannya sikit-sikit. Sampai lembik aku dibuatnya.

    Faizin menanti aku di luar dengan beg laptop dan handbag hitamku. Faizin memang bodyguard tak bergaji aku yang paling bagus! Baru kali ini aku dapat bernyawa dengan nafas baru yang lebih lega lagi menyegarkan. Angin-angin jahat? Semuanya sudah pergi jauh-jauh dengan sendawa yang berpanjangan. Sendawa tu pun, pandai-pandailah cover dengan sopan santunnya di khalayak ramai ni. Bukan cover cun tau! Ni namanya jaga perilaku. Perut aku kini sudah kembali kosong kerana semuanya sudah aku luahkan sebentar tadi sampai jus gaster pun terikut-ikut sekali.

    Kami berjalan beriring-iringan berlegar-legar di kompleks Melaka Sentral ini. Menemani cik adik yang seorang ini mencari kedai komputer untuk membeli pendrive. Kemudian, sama-sama window shopping. Beli sebuah beg rona biru laut sederhana besar untuk tujuan mengisi buku-buku dan kertas-kertas Bahasa Arab yang aku bawa dari rumah. Kemudian, beli long-pant basahan sehelai – kes tak cukup long-pant basahan di kampung – dan pashmina hitam yang besar sehelai. Nak buat apa dengan pashmina? Nuna bukannya reti menggayakan pashmina yang melilit-lilit macam Waheeda Wassini pakai di awal kemunculannya dahulu. Rimaslah, tudung kalau membelit leher. Nuna bukan pakai pashmina ini untuk dibuat sebagai tudung. Tapi, sebagai niqab yang pandai-pandailah Nuna modified nanti (kes ketidakcukupan niqab). J

    Ooopppss… Emergency brack sekejap! Jom solat Asar dan Mathurat!

    Kami bertolak tepat pada jam 7 petang. Sebaik sahaja melabuhkan punggung pada kusyen empuk bas ekspres Orkid yang menuju ke Bandar Maharani, Batu Pahat dan terus ke Kluang itu, aku segera memeriksa handset. Mak aihh…. 6 miscalled(s) from Pak Mat and the other three from Pak Padil! Itu belum masuk mesej dari Pak Mat dan Pak Padil lagi! Sudah…..Habislah aku! Mesti 'uncle-uncle' kesayangan aku tu bengang yang teramat sebab aku tak jawab call dan mesej. Memang patut pun aku tak sedar, Pak Mat call dan Pak Padil SMS semasa aku sedang sakit tenat tadi. Tanpa berlengah lagi, aku segera menghantar SMS kepada Pak Mat dan Pak Padil untuk memaklumkan keadaanku sekarang. Tapi, aku sedikit pun tak beritahu mereka yang aku mabuk, bimbang mereka susah hati. Kalau tidak kerana bateri handset yang sudah tinggal satu bar sahaja lagi – bila-bila masa saja akan off – tentu saja aku call Pak Mat dan Pak Padil.

    Dalam bas aku cuba melelapkan mata. Membuang separuh dari lelahku. Melepaskan separuh dari perkara yang membebankan jiwaku. Alhamdulillah, kali ini sakit kepalaku berkurangan. Aku pandang-pandang jeling-jeling Faizin yang berada di kerusi sebelah : sedang berSMS dengan seseorang dan kelihatannya bersedia untuk melelapkan mata.

    Matahari senja semakin melabuhkan tirainya. Dada langit yang sepatutnya gelap dilabuhi tirai malam kini cerah dengan dominasi pancaran neon. Bas Ekspres Orkid kini melepasi sempadan Melaka-Muar. Sempat juga aku terlelap tadi. Tibanya bas ini di Bandar Maharani bermakna aku harus menjaga mata supaya tidak lena – agar tidak terlajak destinasi. Aku sekali lagi mencapai handset Nokia hitamku di dalam beg sandang. Dan…

    Masya Allah!

    Darahku tersirap seketika. Terasa terhenti getaran jantung sesaat. Bateri dah habis! Macam mana ni? Ya Salaam… Aku tiba-tiba mati kutu. Mataku mengerling Faizin di sebelah. Sedang lena lagi. Mataku berkalih pula melihat keadaan di luar melalui cermin bas. Malam. Ekspres Orkid sedang meluncur laju melepasi bangunan Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah di Parit Jawa, Muar.

    Ya Allah… Apa aku nak buat ni?

    Kalau aku pinjam handset Faizin, aku nak hubungi siapa? Dalam otak aku yang serba sempit ni, yang berlegar-legar cuma nombor handset mak. Tak ingat langsung nombor dua orang terpenting saat ini : Pak Mat dan Pak Padil.

    +Ya Allah… Rasa macam nak menangis saja.

    ~Sabar Nuna… Jangan manja sangat! Perah otak cepat! Cari ikhtiar lain!

    Masa terus berputar. Melewati 8.45 malam. Bas sedang mara menuju ke pekan Semerah yang masih terang benderang. Lebih kurang 10 minit lagi bas ini dijangka melewati persimpangan Kampung Parit Sempadan. Katakanlah aku berhenti di simpang kampung, macam mana nak hubungi Pak Padil? Public phone pun tiada. Sudahlah gelap. Depan dan belakang cuma hitam gelap pekat kebun kelapa sawit. Ada ke orang yang menunggu di pondok perhentian di simpang kampung itu? Ya Rahman… Kurniakanlah aku secebis ilham…..

    Ngeri dan seram sejuk bercampur-baur.

    Kalau aku biarkan saja bas ni bergerak terus ke Terminal Bas Batu Pahat?

    Sekurang-kurangnya sudah dekat dengan rumah Pak Mat. Kalau nak guna public phone, ada di terminal. Call mak dulu, kemudian minta tolong mak call Pak Mat. Minta jasa baik Pak Mat pungut Nuna di terminal.

    Ya!!

    Aku sudah memasang tekad. Bas ini melewati persimpangan Kampung Parit Sempadan. Mataku singgah di pondok perhentian di simpang kampung itu melalui cermin tingkap bas. Gelap. Tak nampak apa-apa pun. Lampu jalan pun tidak mampu meminjamkan cahayanya ke pondok itu. Atau akukah yang rabun-rabun ayam? Walau apapun, sahlah memang aku tidak nampak kelibat sesiapapun di pondok itu.

    Tapi kenapa dada ini berdebar-debar sangat?

    +Tenanglah hati….. Jangan buat aku runsing lagi. Insya Allah, Nuna akan selamat.

    Hasbiyallahu laa ilaaha illa,

    huwa 'alayhi tawakkaltu,

    wa hua rabbul arsyil adzeem…

    Bas terus meluncur laju. Melewati Hentian Mahkota, Parit Simin. Bagan. Simpang Lima. Peserai. Hospital Pakar Putra. Dan terus menuju ke pusat bandar Batu Pahat menurunkan penumpangnya sebelum bergerak semula ke Kluang.

    Aku terus dilanda debaran. Nyata jantungku mengepam darah lebih laju dari biasa. Hinggakan aku mampu mendengar bunyi ritma degupan jantungku sendiri!

    Bas akhirnya berhenti di terminal. Sempat aku bersalaman dengan makcik friendly yang duduk di sebelahku, yang pada awal kemunculannya tadi begitu ramah berbual-bual denganku sehingga tertidur-tidur dibuatnya. Kemudian aku bersalaman dengan Faizin yang menanti bas bergerak lagi ke Ayer Hitam sebelum berhenti di terminal terakhirnya di Kluang. Cium, peluk Cik Adik Faizin yang tersayang ini. Walaupun Cik Adik Faizin selalu tak kalah membuli Cik Kak Amal yang cute, tapi Cik Kak Amal tetap sayang Faizin sebab selalu membuat hari-hari Kak Amal ceria dengan tersengih, tersenyum, tergelak dan terguling-guling gelak. Biasalah, orang cute kan memang selalu kena buli oleh adiknya yang nakal (perasaan perasan!). Kemudian dia pun mencium tanganku sebelum aku melangkah turun dari Bas Ekspres Orkid itu tanpa mengetahui sedikit pun Kak Amalnya ini sedang dilanda taufan resah. Sayunya nak tinggalkan Faizin, setelah 3 malam menjadi sleeping-mate setilam dan sebantal lagi… Sayunya… L

    Setapak sandal bertali halusku memijak lantai bertar di terminal itu : aku rasa macam bukan di bandar Batu Pahat. Serasanya macam di pekan koboi Pasir Panjang di waktu malam! Sunyi! Memang patut pun sunyi, kerana ku kira waktu ini sudah melangkaui jam 9 malam. Aku tidak tahu waktu yang sebenar kerana aku hanya bergantung pada waktu yang tertera di telefon selularku yang sudah kehabisan bateri beberapa jam lalu. Jam tangan hadiah ulang tahunku yang ke-21 dari mak dan abah pun sudah lama tidak berganti baterinya.

    Tanpa membuang minit-minit emas ini lagi, aku segera memanjangkan langkahku ke arah deretan telefon awam di bangunan terminal itu. Coin purse sudah berada di dalam genggamanku, menanti masa untuk disedekahkan ke dalam telefon awam ini. Tak sia-sia aku menjadi pengumpul syiling banyak-banyak. Ada juga gunanya pada saat-saat terdesak.

    "Assalamualaikum mak….." ucap Cik Nuna dengan suara separuh merintih.

    Berkali-kali dail baru dapat disambungkan taliannya. Mata separuh sepet yang terlihat dari balik niqabnya, terus alert dengan keadaan sekeliling : sebagai langkah untuk berjaga-jaga.

    "Apa hal ni?

    Kat mana sekarang?

    Dah sampai rumah embah?"

    soal emak - bertubi-tubi macam bertih jagung digoreng – selepas menjawab salamku.

    Aku menjawab soalan emak satu persatu (dimulai soalan ke-3, ke-2 dan akhirnya pertama) selepas menarik nafas panjang untuk tiga soalan bonus itu. Dari alif ila ya aku ceritakan segalanya kepada emak tanpa sedikit pun yang tertinggal.

    Mak berjanji akan menghubungi Pak Mat secepat mungkin sambil tidak lupa berpesan agar aku berhati-hati. Suara mak yang terpisah beribu batu oleh samudera China Selatan kedengaran benar-benar risau dengan keadaanku. Risau seorang ibu. Menyesal pula kerana membuatkan emak susah hati.

    Aku menghayunkan langkah gontai menuju deretan bangku di terminal itu. Aku pilih deretan bangku yang tengah-tengah sekali kerana dua sebab : nampak strategic untuk mengesan kereta Pak Mat dan juga kerana ada teman sejantina di situ. Kakak manis bertudung bawal kelabu asap dan berpakaian kasual ini mungkin juga sedang menanti ahli keluarganya menjemputnya di sini.

    Gedung perabot Courts Mammoth yang berada di hadapan mataku ini sudah tutup. Gedung pakaian dan Restoran India Muslim Zam Zam yang terletak bersebelahannya juga sudah lengang. Malah, kompleks terminal bas Batu Pahat ini berserta dengan kaunter-kaunter tiketnya juga turut sepi. Cuma yang membuatkan bandar Batu Pahat ini sedikit hidup kerana deruan kenderaannya yang tidak putus-putus walau hadir sekali-sekala. Kelihatannya, ada juga dua tiga manusia berlegar-legar di sekitar terminal bas ini dengan beg-beg, macam aku juga. Hatiku tetap risau! Tetap berdebar seperti tadi juga.

    Tak sampai lima minit aku duduk, kakak yang menjadi teman tanpa bicara ini juga sudah mahu meninggalkanku. Ada sebuah kereta menjemputnya. Keluarganya atau kenalannya barangkali. Aku rasa keseorangan walaupun ada lagi beberapa batang tubuh manusia di sini. Rasa takut-takut juga menjengah sekali-sekala.

    Allahumma hassin farjiy minal fawahisy..

    Ya Allah, peliharalah maruahku dari sebarang noda dan cela. Jauhkanlah diriku dari kejahatan syaitan terkutuk. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung bagiku!

    Terminal Bas Batu Pahat kian lengang. Kenderaan sudah semakin jarang kelihatan. Tapi, manusia-manusia di sekelilingku ini…. Membuatkan aku takut saja. Pelik-pelik sungguh appearancenya! Semua orang aku pandang jahat yang bila-bila masa sahaja akan attack aku. Dan aku pula, harus bersedia untuk membuka langkah – sekurang-kurangnya – flying kick. Oooppss… Nanti dulu. Mana boleh flying kick! Aku kan pakai skirt! Tak boleh! Aku cuma kena buka langkah seluas-luasnya… Dan pecut! Itupun, in case lah kalau kena serang. Nauzubillah. Cubalah jangan fikir yang bukan-bukan.

    Dalam keadaan sekarang, aku sudah tidak mampu untuk husnu-dzh-dzhon dengan semua orang. Aku harus utamakan diri sendiri terlebih dahulu. Aku harus berjaga-jaga. Apa lagi dengan tersebar meluasnya kes-kes pencabulan mutakhir ini. Na'uzu billah. Skirt hitam gypsi ini, janganlah terselak-selak. Cara duduk aku betul-betulkan juga, supaya tak menarik perhatian sang kumbang tanduk. Beg-beg, semuanya aku kepit kemas-kemas. Niqab pula aku betul-betulkan biar nampak syadid sikit. Biarlah orang pandang pelik. Biarlah orang nak gelar Taliban ke, al-Arqam ke, Ninja Turtle ke… Asalkan maruahku terpelihara sepanjang masa.

    Seminit. Dua minit. Dan akhirnya berminit-minit. Kelibat Kancil metallic silver yang dinanti-nanti belum juga kunjung tiba. Mak belum call Pak Mat kah? Kalau tadi - semasa call mak - mak beritahu waktu sudah menginjak ke pukul 9.30 malam, barangkali kini sudah menghampiri 10 malam. Aku berlalu ke deretan telefon awam lagi sambil mataku tak lepas-lepas memerhati ke jalan raya. Jari-jemariku lincah mendail nombor mak.

    "Mak….." ucapku selepas memberi salam terlebih dahulu. "Mak dah call Pak Mat?"

    Mak kata, baru sebentar tadi mak call Pak Mat. Mungkin sekarang Pak Mat di dalam perjalanan. Dan kini, sempat pula emak berkhutbah malam Jumaat yang berbunyi begini :

    "Itulah, lain kali salin siap-siap nombor telefon yang penting-penting dalam buku kecil. Kalau nak harapkan memori handphone saja, nilah jadinya!"

    "Baik, mak. Sedia menurut perintah."

    Tapi, oopss… Belum habis lagi khutbah mak rupanya.

    "Kalau kau berhenti kat simpang kampung tadi pun lagi bagus. Boleh minta tolong Tok Wan atau Tok Sarip hantarkan ke rumah embah. Kalau dari sana, dah dekat. Tak payah nak menyusah-nyusahkan Pak Mat."

    Ya Allah… Aduhai ibuku… Kenapalah kepala otakku tadi tak terfikir langsung tentang kewujudan rumah dua datuk saudaraku yang terletak dekat-dekat saja di simpang kampung. Rumah banglo Tok Wan – sepupu embah - yang terletak di seberang jalan raya dan rumah papan antik pusaka Tok Sarip –adik bongsu embah – yang punya markaz PAS berhadapan sahaja dengan pondok perhentian di simpang kampung itu. Kenapalah aku tak terfikir perkara semudah itu, ya?

    ~Janganlah pertikaikan soal takdir, wahai Nuna… Perjalananmu hari ini sudah tertulis sejak azali lagi, di Luh Mahfuz. Bersyukurlah, kerana kau masih selamat.

    +Astaghfirullah al-adzeem… Insya Allah kita akan selamat, kerana sebentar lagi kita bakal dipungut oleh Pak Selamat…

    Seusai berbual dengan buah hati pengarang jantungku itu, aku kembali semula ke tempat asal. Dari jauh mataku tertancap pada Kancil metallic silver yang sedari tadi aku nantikan kemunculannya. Niqab ini segera aku lepaskan dari sematan pin. Aku sudah bersiap sedia untuk melangkah ke Kancil itu dan menanti siapakah yang keluar dari Kancil itu. Mahu sahaja aku terus melangkah ke arah Kancil itu, tapi takut tersilap orang pula.

    Pintu kereta bersebelahan pemandu dibuka dan sayup-sayup, kelihatan seorang wanita melambai-lambai ke arahku. Mak Mah! Lambaian keramatnya – slow
    motion – bagai menyambut ketibaan anak yang jauh dari perantauan. Aku dengan senyum manisku membalas lambaian Mak Mah juga – slow motion – sambil kakiku berlari-lari anak – slow motion - menuju ke arah Kancil yang terletak di seberang jalan raya besar.

    "Mak Mah….."

    Suara Nuna sayup-sayup dari jauh bagaikan ada echo. Macam dalam iklan raya juga.

    Dan dari jauh juga, aku nampak Pak Mat keluar dari tempatnya sambil berdiri dan bercekak pinggang dengan mata di balik kaca mata bulatnya - ala-ala bengang - memandang tepat ke arahku. Gulpp! Aku dah kecut perut!

    "Bertuah punya budak." Ujar Pak Mat sebaik aku menghampiri mereka dengan sengihan dan seraut wajah welfare.

    Terus mematikan adegan sebabak lambaian berbalas lambaian slow motion macam dalam iklan raya tahun bila entah tu.

    "Ampun Pak Mat… Minta ampun…. Nuna tak sengaja…" Sebelum apa-apa, baik aku bersalam dan cium tangan, minta ampun dari Pak Mat.

    Belum sempat aku hendak bersalam dengan Mak Mah, Pak Mat menangkap kepalaku dan menggosok-gosok kepalaku semahu-mahunya macam aku ni budak kecil empat tahun - geram barangkali - sambil terus meleteriku :

    "Orang semua susah hati dengan dia. Pak Mat call banyak kali tak jawab. Pak Padil sampai naik angin call pun kau tak jawab. Lain kali, Pak Mat takkan lepaskan kau pergi seorang!"

    Nuna dah meronta-ronta sambil minta ampun dan tergelak-gelak, minta 'kepala'nya dilepaskan. Kedengaran suara Mak Mah turut tergelak menyaksikan pesalah juvana bernama Nuna dihukum di tempak letak kereta ini. Macam pesalah hukum hudud di Afghanistan pula, dihukum di khalayak ramai. Mujurlah suasana sudah lengang, dan kelibat manusia lain hampir tiada.

    Adoi laa Pak Mat ni….. Rasa senget sikit kepala otak Nuna selepas kena 'cekup' dan 'diberus' Pak Mat. Inilah hukuman untuk pesalah kes juvana macam Nuna.

    Dalam Kancil sepanjang perjalanan balik ke Parit Sempadan itu, Nuna ceritakan semua yang berlaku dari alif ila ya. A sampai Z. Tak tertinggal sedikit pun, sama seperti apa yang Nuna ceritakan pada mak sebentar tadi. Perutnya sudah semakin kecut bila dapat tahu Pak Padil naik angin.

    "Kau tak tahu, Pak Padil tunggu kat simpang tu dari pukul lima petang. Ni kan dah gelap, memanglah tak nampak motor dengan orangnya." Mak Mah pula mencelah sebaik aku menghabiskan ayat-ayat hujah bagi membela diri.

    Mak aihh… dari pukul lima? Setianya Pak Padil tunggu anak saudaranya yang comel lagi membawa tuah ni! Tunggu makwe pun tak macam tu. Kasihan Pak Padil, penat-penat tunggu Nuna. Rasa-rasanya inilah perkara yang membuatkan Cik Nuna berdebar-debar kencang macam berlari 100 meter sepanjang perjalanan ke terminal bas Batu Pahat tadi. Alahai… Makinlah bertambah-tambah kecut perut Nuna. Memang patut pun Pak Padil naik angin, sebab tunggu Nuna berjam-jam. Habis tu, memang salah Nuna pun. Siapa suruh tak cas bateri handset tu awal-awal? Siapa suruh pandai-pandai melajakkan diri sampai ke Batu Pahat?

    ~Tak… Nuna tak boleh dipersalahkan sepenuhnya walaupun ada part yang dia bersalah juga, kerana kes ini terjadi di luar kemahuannya dan pengetahuannya. Lagipun, Allah takkan jadikan sesuatu yang berlaku itu tanpa disertai hikmahnya. Dan hikmahnya ialah, Nuna akan jadi lebih berhati-hati selepas ni. Kalau terjadi juga kes sebegini pada masa akan datang, ingatlah dua atuk saudaramu di simpang tu. Tok Wan dan Tok Sarip! Sekali lagi, ingat Tok Wan dan Tok Sarip!

    Yalah, siapa sangka, bateri handset yang masih full bar pada awal pagi tadi, boleh tinggal satu bar pada sebelah petangnya? Ini semua gara-gara bateri yang low
    quality tu… Nuna tersilap beli bateri!

    Pak Mat baru teringat untuk menghubungi Pak Padil untuk memaklumkan tentang situasiku.

    "Assalamualaikum." Pak Mat berjeda. "Budak ni dah ada pada aku. Nanti balik kau tahulah apa nak buat, nak sebat ke…"

    "Dahlah tu, yah… Nuna dah nak nangis tu…" sambung Mak Mah diselangi gelak kecil.

    Alaa.. Pak Mat ni. Aku rasa macam dah jadi tawanan perang zaman purbakala pula. Sempat lagi nak takut-takutkan Nuna macam momok-momokkan budak kecil. Aku cuma diam saja di belakang tanpa mencelah. Baru terasa penat amat. Kalau Mak Mah dan Pak Mat masih nak menyakat Nuna pun, sakatlah. Dah tak terlayan Nuna dibuatnya sebab penat sangat.

    "Kenapa diam ni?" Tanya Pak Mat. "Takut kena marah? Nak nangis dah?"

    "Eh, taklah…" jawabku menyembunyikan rasa sebenar, sambil tergelak kecil. "Penat je…" dan memang takut kena marah Pak Padil juga, sambungku di dalam hati.

    "Tak apalah, Na… Engkau selamat ni pun, dah syukur Alhamdulillah. Nasib baiklah Pak Mat belum bergerak lagi. Inipun memang Pak Mat ingat nak balik kampung, nak hantar barang ke rumah Tok Mansur. Buatnya Pak Mat dah jalan tadi, tinggallah kau sorang-sorang kat tengah-tengah bandar tu…"

    Aku cuma… "Hehehe…" Dalam hati, sudah bersarang-sarang rasa bersalah terhadap Pak Mat, Mak Mah dan Pak Padil. Tak ketinggalan juga mak, sebab buatkan mak yang jauh-jauh tu susah hati kerana aku.

    Akhirnya, Kancil yang dipandu Pak Mat ini tiba di simpang kampung. Pak Mat turunkan aku di simpang kampung kerana dari sini Pak padil akan menjemputku, manakala Pak Mat dan Mak Mah pula akan terus ke rumah Atok Mansur. Sebelum turun, sempat aku menyalami Pak Mat dan Mak Mah sambil meminta ampun lagi kerana menyusahkan mereka malam-malam begini. Dan kini, aku menapak ke arah motorsikal Honda Wave Pak Padil – yang baru kelihatan samar-samar dek kegelapan – dengan penuh debarnya dan suspen.

    Apakah reaksi Pak Padil, anak teruna bongsu embah yang handsome ni?

    Pak Padil sedang berborak-borak dengan geng-geng lepaknya di pondok perhentian itu. Rupa-rupanya ramai lagi anak-anak teruna di pondok ini selain Pak Padil. Hanya nampak samar-samar sahaja tanpa cahaya lampu terang. Pak Padil yang terlihat kelibatku, segera bergerak menuju ke Honda Wavenya lantas menghidupkan enjin.

    Aku pula…

    "Pak Padil, Nuna minta maaf sangat-sangat buat Pak Padil tunggu lama-lama…" Ujarku selepas bersalam dan mencium tangan Pak Padil.

    Sukar pula bagiku mengesan reaksi wajahnya kala ini kerana gelap gelita. Kampung ni pun laa… Cubalah pasang lampu jalan. Baru nampak terang dan meriah sikit.

    "Tak apa… Belum lama pun…" Jawab Pak Padil selamba.

    Aikk… Tak marah pun? Atau Pak Padil tak mahu aku terus-terusan diburu rasa bersalah?

    Honda Wave yang membawa kami berdua mula bergerak meninggalkan simpang kampung.

    "Pak Dil tunggu Nuna dari pukul berapa?" Tanyaku.

    Saja-saja bertanya memecahkan suasana beku yang hanya dilatari dengan bunyi motorsikal Pak Padil.

    "Pukul lapan tadi Pak Dil tunggu. Kenapa lama benor sampainya?"

    Pukul lapan? Macam berlaku percanggahan fakta di sini. Dan macam ada konspirasi yang berlaku untuk menakut-nakutkan aku saja. Sahlah….. Hidup-hidup Nuna kena main-mainkan Mak Mah. Nuna pun dengan lurus bendulnya percaya bulat-bulat. Ataupun Pak Padil memang tunggu dari pukul lima, balik sebentar sebelum Maghrib dan kembali menanti pada jam lapan tadi. Macam tu, kut.

    "Handset Nuna habis bateri dari Muar lagi. Dah tu, tak ingat nombor Pak Mat dan Pak Padil. Bila bas dah sampai sini, jadi teragak-agak pula nak turun, takut Pak Padil tak tunggu." Balas Nuna panjang lebar.

    Pak Padil tak marah pun? Kalau nak marah pun, benda dah jadi kan? Nuna pun dah tiba dengan selamatnya. Baiknyalah Pak Padil ni… Ni yang buat Nuna makin rasa kasihan dan serba salah.

    Akhirnya, selepas menempuh kegelapan jalan kampung yang hanya diterangi lampu motosikal Pak Padil, kami sampai dengan selamatnya. Embah pula yang sedari petang tadi menungguku, terus menyerbu aku dengan pelbagai soalan 'cepu cemas'nya. Risaunyalah embah dengan aku, cucunya yang bertuah ni sebab balik malam. Memang patut pun embah risau, anak dara macam aku balik lewat-lewat malam begini…..

    Aku pula?

    Taubat… Lain kali takkan pilih bas malam lagi!

    ~Asma Amanina J Parit Sempadan ~

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Saturday, June 26, 2010

No comments:

Sahabat QQ