Catatan Lavender La Nuna : Miss My Buddies…

9 April 2010.Jumaat

Hari keempat di kampung. Rutinku sebagai grandma-sitter merangkap orang kanan embah berjalan seperti biasa.
Oops… Ya, baru aku ingat! Hari ini birthday sahabat lamaku ketika di zaman persekolahan : Azira Abdul Hadi. Dia yang ku panggil Azie. Dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah kami sekelas. Dia bukan sekadar sahabat rapat malah dia punya hubungan darah denganku. Aku ni, kira makcik dialah, walaupun dia tua 4 bulan 2 minggu 2 hari daripadaku. Ayah dia pula, kira sepupu yang dah bau-bau bacang denganku. Tapi kan, dia tak pernahlah nak panggil aku makcik ke, auntie ke… Kita orang dah tinggalkan semua gelaran-gelaran terhormat tu. Nak panggil Nur makcik? Haha… Boleh saja… Click Me~
Kalau di sekolah rendah, - aku, Azira dan Mariani - trio yang sering bersama walau di mana jua kami berada. Kami menjadi rapat, sejak berada di darjah empat. Darjah Empat Melur, iaitu dua tahun setelah aku dan keluarga berpindah ke daerah itu. Kalau musuh ketat kami yang jahat tu – Palie, Sham dan Pian (terutamanya, sebenarnya ramai lagi) – kami bertiga saling berganding bahu untuk menumpaskan mereka. Click Me~ Bukan kami bertiga sahaja, selalunya kami akan berkolaborasi untuk menjatuhkan mereka dengan sesiapa sahaja terutamanya budak-budak perempuan yang pernah menjadi mangsa penganiayaan pembulian mereka.
Budak-budak lelaki ni laa… Geram sungguh! Ada saja perbuatan khianat mereka kepada kami insan yang lemah ini. Kes yang sering berlaku ialah, kes main tarik tudung. Suka sangat kalau dapat menarik tudung sampai tertarik kepala kami ke belakang. Sudahnya, terherot-berotlah tudung kami yang sudah lawa-lawa tu. Masa tu, Ya Allah… Sakitnya hati bukan kepalang! Mana yang cengeng sikit tu, menangis terlolonglah sebagai senjata untuk menakut-nakutkan mereka. Kalau yang gagah perkasa macam aku, akan kukejar mereka sampai ke lubang cacing kerawit! Bila dapat saja, aku hempuk mereka sepuas-puas hati. Padan muka. Cari nahas lagi dengan Nur!
Nur? Ahaaa… Nur ialah gelaran aku semasa di sekolah rendah. Sejak aku berpindah ke daerah ini pada tahun 1994 dan didaftar di Darjah 2 Melur SK Serian, guru darjahku ketika itu, Cikgu Hamidah Jamali menggelarku dengan nama Nur. Tak boleh panggil Amalina lagi dah, sebab takut terconfuse dengan seorang lagi sahabatku itu ; Nor Amalina. Bezanya cuma pada Nur-Nor saja.
Berbalik kepada cerita sahabat merangkap anak saudaraku yang cute tu… Masih ingat lagi pada awal kemunculannya di kelas kami pada tahun 1995, dia belum bertudung lagi semasa itu. Beberapa hari terawal dia di sekolah itu, dia dihantar ayahnya ke sekolah bersama adiknya, Fazia dengan rambut panjang separas pinggang yang diikat ponytail seperti ekor kuda. Adik-beradik itu, sama saja fesyennya : Rambut panjang, berkulit mulus dan berwajah kecinaan seperti ibunya. Cute sangat!
Pernah sekali aku terlupa janji taat setia di antara kami. Masa tu, kami di dalam darjah 5 Melur (kalau tak silap). Pelik-pelik sajalah perangai kami budak-budak masa tu. Kononnya, kami tak boleh terima budak lain masuk dalam geng kami. Tapi satu hari itu, aku telah 'terberkawan' dengan seorang sahabat ini. Namanya Siti. Aku ni, jenis yang open laa… Tiada masalah pun kalau hendak berkawan dengan sesiapa saja. Si Siti ni, ada masalahlah, kononnya. So, bila dia mendekati aku, aku pun beri layanan dengan baik sehingga menimbulkan rasa jealous di antara Azie dan Mariani kerana menurut mereka, kononnya, aku ni macam melebihkan budak Siti tu. Hmm… Entahlah. Aku rasa, aku layan Si Siti ni, sama saja macam aku layan Si Azie dan Si Mariani. Tapi, entah kenapalah makcik berdua tu emo sangat dengan persahabatan aku dan Si Siti tu. Biasalah tu… Nama pun otak budak-budak premature kan?
Haiyya….. Peninglah. Umur 11 tahun masa tu pun dah kenal erti stress sebab budak manja berdua tu tak restu aku berkawan dengan Si Siti ni. Budak-budak berdua tu, siap bagi sepucuk surat layang lagi yang ditujukan khas buat aku. Surat tu, aku simpan sampai sekarang sebagai bukti yang dia orang sayang kat aku (perasaan perasaan!).
Memasuki awal alam sekolah menengah, hubungan antara kami bertiga – aku, Azie dan Mariani – menjadi renggang. Renggang bukan sebab bergaduh atau ada orang keempat yang menghasut. Renggang kerana Mariani sudah tidak sekelas dengan aku dan Azie lagi. Sedih. Tiada lagi waktu untuk kami bersama-sama. Jarang sangat berjumpa. Kalau ada pun, cuma terserempak sekali-sekala pada waktu persekolahan. Aku dan Azie pula, nama saja sekelas tapi tempat duduk di dalam kelas pun cikgu sudah siap-siap aturkan untuk kami. Kami tidak duduk berdekatan lagi. Jadi, kuranglah komunikasi di antara kami.
Kami – aku dan Azie – kembali rapat setelah memasuki Tingkatan 4A (Pure Sc). Pada waktu ini, ada penambahan di dalam team kami : Mass, Ida dan Arma. Kumpulan kami, digelar dengan nama :

N
– Nur (aku sendiri)

A – Azie (Azira)
Arlida HaryaTi – Ida
Arma CarmElia – Arma
MaSseera – Mass

Isk… Isk… Isk… Brutal dan ganas sungguh nama team kami ini kan? Cuba baca terbalik… Na'uzu billah… Ni semua pengaruh cerita TV yang tak bermorallah ni. Isk, isk… Cik Nur ni pun lah… Dah tahu cerita TV tu tak bermoral, masih juga nak ikut. Siapa suruh kan? Sendiri mau ingatlah! Masa tu memang melampau sungguh keganasan otak kami. Tapi melampau-melampau kami pun, taklah sampai terjebak dalam budaya Black Metal, Gothic, Emo, Punk etc. Tak pernah pun kami berfoya-foya melepak di bandar. Ganas kami pun setakat di dalam lingkungan kumpulan kami saja. Nakal-nakal kami pun kami tak pernah tak hantar homework dan lab report. Brutal-brutal kami pun, kami tak pernah ada kes disiplin walaupun haunted class kami – Form 4A – merupakan 'wanted class' dan selalu dikomen para guru kerana kemasyhurannya di dalam industri bunyi-bunyian : membuat bising dan kecoh. Sejahat-jahat kami pun, kami cuma ada seorang saja hamba sahaya – Shahizam namanya – itupun dia tak pernah tahu-menahu tentang watikah pelantikan tak rasmi itu. Kalau dimarahi guru kerana bising pun, nama-nama NATES tak pernah naik sebab, kami bukan kaki bising di dalam kelas pun. Dan group tak rasmi kami ni kira bertuahlah, sebab paling rapat dan pakar bodek guru kelas merangkap cikgu Kimia kami – Cik Saripah (masa tu masih 'cik' lagi).
Hubungan di antara kami sangat rapat sehinggalah tingkatan lima. Setiap ulang tahun di kalangan kami berlima pasti akan diraikan atau paling tidak pun, acara tukar-tukar hadiah tu tetap akan berlaku. Selepas tingkatan lima, hubungan di antara kami mula menjadi renggang kerana masing-masing membawa haluan. Tapi, kami masih berhubung melalui internet terutamanya di laman social Friendster. Dulu, sekitar enam tahun lalu, paling tidak pun hantar ucapan ulangtahun melalui SMS. Sekarang ini, susah sangat nak hubungi mereka kerana kerap kali menukar nombor talian.
Cepatnya masa berlalu. Apa-apa pun kan… Aku tetap ingat sahabat-sahabatku yang berempat itu. Terutamanya Azie, walaupun dia selalu dan tak bosan-bosan membuliku selepas peristiwa itu. Malah, semakin bertambah-tambah idea jahatnya untuk menyakat aku. Peristiwa apa ya? Peristiwa yang memalukan Cik Nur ini tentunya. Dan jangan tanya apa peristiwa itu! Lain kali sajalah ya? J
Ooppss… Emergency brack! Sekian dulu cerita ' Tentang Aku dan Dia' yang sudah melalut-lalut tu!
Tengah hari itu setelah selesai mencuci pinggan mangkuk kotor usai makan tengah hari, Nurul Wahida Insyirah – anak Pak Ye, balik bercuti sempena cuti hujung minggu. Budak Nurul ni, baru saja bersekolah di tingkatan satu di sekolah agama berasrama, SMA at-Tanwiriah yang terletak di Parit Jawa, Muar. Aku tanya dia, dengan siapa balik ke rumah embah ini? Dia jawab, ikut dua pupunya ke mari. Oh, itu saja jawabku tanpa bertanya apa-apa lagi.
Ehemm… Kali ni kita masuk segmen drama penyiasatan ala-ala Nancy Drews pula.
Bila Inspektor embah pula bertanya dengan budak Nurul ni, jadi satu soalan yang beranak-anak pula! Inspektor Embah tanya, dua pupunya itu tinggal di mana? Nurul jawab, di kampung ni juga. Inspektor Embah jadi a bit curious mungkin, macam Detektif Nuna juga. Kami saling tertanya-tanya, siapa ya dua pupu si Nurul ni? Ada ke saudara mara belah Mak Teh tinggal di kampung ni? Tak ada… Tak syak lagi, memang tak ada. Kalau ada, mustahillah Inspektor Embah yang merupakan anak jati kampung ini sejak berpuluh-puluh tahun lamanya pun tak tahu! Tiba-tiba Nurul membuat kenyataan bahawa Pak Ye kenal dengan ibu budak yang didakwanya dua pupunya itu. Hah! Soal siasat ini menjadi semakin menarik dan penuh tanda tanya. Ehmm… Nurul tahu tak siapa nama mak dua pupu Nurul tu? Tanya Detektif Nuna. Nurul cakap tak tahu… Aduhai laa… Nurul ni kan… Kalau tahu satu-satunya klu itu kan dah boleh membantu siasatan kami. Rumah dia kat rumah pakcik yang jual ubat tu, tukas Nurul tiba-tiba. Kami terdiam sesaat. Pakcik jual ubat? Detektif Nuna pandang ke dalam mata Inspektor Embah dalam-dalam. Bukan Tok Wandi ke embah? Ya lah, siapa lagi yang kerjanya jual ubat homeopathy kalau bukan Tok Wandi kami tu, adik embah yang kelima. Ha'a….. Dialah tu. Anak Chik Diah agaknya, yang didakwa Si Nurul sebagai dua pupunya itu. Sebab, di antara tiga orang anak perempuan Tok Wandi dan Tok Lah, Chik Diah saja yang tinggal bersamanya. Kalau begitu, bukan pakcik jual ubat dik, itu namanya, atok kita yang jual ubat… Dan dua pupu tu. Adoi laa Nurul ni.... Macam dia seorang saja punya dua pupu tu… Dua pupu kita lah dik… Hikhik
Oh…. Jadi, Chik Diahlah yang menjemput Nurul di asrama dan menghantar Nurul ke mari rupanya! Tak sedar pun bila masa kereta Chik Diah menurunkan Nurul di sini. Terjawab sudah misteri yang menyelubungi Inspektor Embah dan Detektif Nuna. Tak sampai setengah jam pun soal siasat dijalankan, Detektif Nuna berjaya membongkar sebuah lagi misteri! Nilah faedahnya suka membaca novel siri penyiasatan Hardy Boys dan karya thriller Ramlee Awang Mursyeed yang penuh dengan segala taktik penyiasatan tu!Click Me~

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Wednesday, July 7, 2010

No comments:

Sahabat QQ