Catatan Lavender La Nuna : Keladi.. Oh, Keladi!

10 April 2010.Sabtu

Selamat pagi duniaku!
Click Me~

Alhamdulillah-il-ladzi ahyaana ba'da maa amaatana wa ilaihin-nusyur…

Pagi-pagi lagi embah sudah bertanya apa sarapan untuk pagi ini. Keladi yang Uncle Awin anak Tok Hassan Darat bagi, besar-besar dan banyak sangat. Pak Padil taruk gugusan keladi tu di sudut cabinet dapur. Tapi semalam Pak Chop kata, kalau besar-besar begini isinya tentu sudah tua dan ganyut. Jangan cepat terpesona dengan keladi yang besar-besar lagi gemuk-gemuk begini. Nuna ni, apalah yang dia faham sangat tentang keladi tua lagi ganyut tu. Kalau di rumah sendiri, tahu makan saja apa yang mak masak. Melainkan mak betul-betul busy, barulah mak akan pesan kepada Kak Long yang seorang ini untuk masak. Itupun, mak kena bagitahu siap-siap lagi terperinci methodnya supaya Kak Long tak buat silap.
Berbalik kepada keladi tadi, apa masalahnya kalau dah tua atau ganyut? Tak boleh makan ke? Biarkan Kak Long belajar dari pengalaman pertamanya ini…

Pengalaman apa?

Pengalaman mengupas kulit keladi!

Dan juga rebus keladi! (atas titah perintah embah kepada Nuna – tukang masak 'amatur' diraja – keladi harus direbus empuk dengan gula merah untuk santapan sarapan pagi yang berkhasiat)
Apa? Ingat Nuna ni manja sangat ke sampai kupas kulit keladi ni pun tak reti? Kat rumah, memanglah Nuna jarang (dan hampir tiada) buat kerja-kerja dapur ala-ala ibu mithali ni. Tapi dulu, sewaktu serumah dengan budak Pokok Sena, si Fiza Sa-ud tu, adalah juga dia bawakan ubi kayu dari kampung. Masa tu baru saja belajar-belajar memasak guna dapur elektrik. Fiza ni pun satu lah… Ada ke patut, ubi dia, kita pula yang disuruh masak? Isk… Kak Amal ni pun lagilah satu. Dah orang sudi bawakan jauh-jauh dari utara ke selatan pun, masih tak tau bersyukur lagi! Ringan-ringankanlah tangan tu bantu Adik Fiza masak. Dahlah dapur elektrik tu pun Fiza yang taja. Habis Kak Amal? Takkan senang-senang berlenggang macam itik pulang petang tinggal nak makan saja? Buruknya perangai tu! Mak tak pernah ajar pun macam tu tau! Tapi… Ssyhh… Diam-diam saja tau! Yang sebenarnya, Kak Amal ni mana reti nak kupas kulit ubi tu! Tu yang buat Kak Amal masih teragak-agak nak rebus ubi-ubi kayu yang sekarung besar banyaknya. Lalu kulit Kak Amal masa tu pun dah setebal kulit ubi kayu tu, terpaksa juga tanya dengan budak Fiza Sa-ud macam mana nak kupas kulit ubi yang masih bertanah-tanah tu…

~Imbas kembali~
Latar Masa : pagi, awal tahun 2007
Latar tempat : unit B4.6, apartment Ixora Permai

Awal pagi yang permai di kawasan apartment siswa Ixora Permai itu dirasakan tenang sekali. Panas sangat tidak, nak kata mendung pun tidak. Redup-redup saja. Tenangnya setenang tasik di hadapan blok B4 ini. Tenang pagi itu sesekali diselangi dengan bayu lembut Selat Melaka diiringi deru ombak yang menghempas pantai berhampiran kawasan apartment itu.
Deru ombak itu…
Bagaikan menghempas pantai hatinya juga!
Dia masih berdiri di balkoni apartmentnya. Berdiri sehingga tubuhnya merapati besi penghadang balkoni itu. Memandang lepas ke lautan Selat Melaka yang terbentang luas dari apartmentnya yang terletak di aras tiga. Tudungnya beralun-alun mengikut irama bayu Selat Melaka. Nun jauh di aras paling bawah sekali, kelihatan Kak Mieya yang berkerudung ungu muda sedang menyidai pakaian – tak menyedari dirinya sedang diperhati sepasang mata separuh bundar itu dari aras tiga. Kak Mieya yang selalu menegur adik-adik siswi supaya menjaga aurat walaupun hanya sekadar berdiri di balkoni. Semestinya dia hadam akan nasihat itu dan jika Kak Mieya tidak mengingatkan pun, Alhamdulillah dia sudah maklum akan perintah Allah itu.
Dan tangannya masih lagi memegang objek itu. Objek yang membuatkan jiwanya tertekan sejak tadi.
Kenapa?
Kenapa dia yang dipilih?
Kenapa bukan Az, rakan sebiliknya yang seorang itu? Atau Zie? Kenapa mesti dia?
Adakah kerana dia tua, lalu dianggap kakak, maka dia yang harus melakukannya? Atau dia sedang diberi penghormatan oleh Za untuk melaksanakan misi itu?
Dia tidak punya jawapan kenapa dia yang harus melaksanakan tanggungjawab yang bukan kecil baginya. Terdetik di hatinya untuk mengeluh namun cepat-cepat ditepisnya. Seboleh-bolehnya dia cuba untuk tidak mengeluh. Dia tahu, lambat laun, Za pasti akan meminta pertolongan darinya untuk melaksanakan misi tergempar itu.
Tangan kanannya masih menggenggam objek beraut kasar itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mencampak objek itu ke dalam tasik. Tapi dia tidak pernah sampai hati untuk melakukan kekejaman itu. Tambahan pula, itu suatu amanah. Malah, rezeki bagi seisi warga unit B4.6 yang seramai empat orang itu.
Tapi, Za…
Macam mana dia akan memberitahu Za akan keadaannya. Dia memang benar-benar tidak bersedia lagi. Tapi, sudah dua hari Za meminta pertolongannya. Dan usai Subuh tadi, sekali lagi Za merayunya. Dia jadi tidak sampai hati.
Dia jadi menyampah dengan objek yang berada di dalam telapak tangannya itu. Kerana objek itulah, hari tenangnya terganggu. Kerana objek itulah, dia dapat tidak tidur lena selama dua hari ini. Dia kembali menggenggam objek 'berhantu' itu. Menimbang-nimbang akan kewarasan akalnya. Dia teringat sewaktu di sekolah menengah dahulu, dia pernah beberapa kali menjuarai acara lontar peluru di kejohanan MSSM. Tubuhnya kecil sahaja, tapi lontarannya… Padu! Dia kembali membayangkan objek itu sebagai peluru yang harus dilontarkannya jauh-jauh. Jauh-jauh dari pandangannya. Jauh-jauh dari pandangan Za tentunya. Dan tasik yang terbentang luas di hadapannya… Itulah medan lontarannya.
Tangannya segera diangkat. Dia membayangkan penonton-penonton di stadium itu sudah bersorak memberi semangat kepadanya. Dengan gaya seorang pelontar peluru yang berkaliber, dia menimbang-nimbang jisim peluru itu sebelum dihayun-hayunkannya dan…..
"Kak Lin! Buat apa dengan ubi tu?" sergah Za di belakangnya.
Kuss… Semangat! Ya Allah… Serasa jantungnya berlari laju meninggalkan tuannya saat itu. Gulp! Air liur pun terasa tersekat di kerongkong. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang sambil tangannya yang tadi sudah bersedia untuk melakukan lontaran sulung kembali dirapatkan ke dadanya sambil menggenggam ubi kayu itu. Za ni pun satu lah! Bagilah salam dulu, kalau ya pun! Main terjah saja. Nasib baik otak belum menghantar impuls ke tangan untuk menghayun sekaligus membuat lontaran sulung yang padu.
"Takde apa… Nak testing taichee dengan ubi kayu." Kak Lin hanya tersengih-sengih.
Mengarut dan tak masuk akal sungguh jawapannya! Perbuatan jahatnya hampir tertangkap! Dahi anak jati Pokok Sena itu sudah berkerut-kerut, memerhatikan gerak-geri Kak Lin yang mencurigakan dengan penuh waspada. Yang lebih mencurigakan, Kak Lin tu tahu ke buat taichee segala ni?
"Merepeklah Kak Lin ni. Tak pernah pun Za dengaq apek tua dok taichee guna ubi." Tukas Za tergelak kecil sambil mengelap-ngelap rambutnya yang basah dengan tuala sebelum menyambung, "Kak Lin, bak mai kita rebus ubi tu. Za takut biaq lama-lama kang jadik tak elok."
"Err… Yalah…" Kak Lin makin jadi tak tentu arah! "Tapi Za… Sebenarnya…"
Za berpaling semula ke belakang.
"Kenapa kak?"
"Kakak tak reti nak kupas kulit ubi tu!"
Akhirnya terluah juga pengakuan kamikaze dari bibir nipis Kak Lin. Kulit mukanya, terasa lebih tebal dari Tembok China dan lebih menggerutu dari kulit ubi kayu itu. Kak Lin sudah buat muka welfare dengan ubi kayu di tangannya. Tersipu-sipu malu lagi. Dengan perlahan kakinya menyusul Za menapak masuk ke dalam ruang tamu apartment mereka.
"Laa… Awat tak habaq kat Za awal-awal! Kak ni laa…"
"Kak takut Za gelak kat akak… Malu besaqlah kak nanti! Lagipun… Akak ni mana reti masak… Dok jauh dari mak ni lah baru terkial-kial nak belajaq masak." ujar Kak Lin dalam pengakuan kamikazenya lagi. Rasa inferior pula dengan Za kalau melibatkan hal-hal dapur ni. Kak Lin pun sudah pandai cakap ala-ala Anak Mami the Movie sejak dapat kawan sebilik orang Kedah.
Dia sudah silap sangka dengan Za. Dia sangkakan Za akan gelakkannya sampai esok pagi, tapi secebis gelak pun tak terdengar dari ulas bibir comelnya. Senyum adalah. Bukan senyum menyindir. Tapi senyum tulus yang terlahir dari hati dan diserlahkan di bibirnya. Kak Lin dapat fahami itu. Tiba-tiba pula dia rasa sayang sangat pada Za!
"Kak ni… Sampai hati tau, sangka buruk kat Za! Za tak tau pun kak tak reti. Maafkan Za na!" ucap Za serba salah. Tangannya sudah menggenggam sebilah pisau untuk melaksanakan misi tertangguh itu.
"Takpa… Za ajaqlah kakak."
Tiga biji ubi yang sederhana besar mereka basuh kulitnya yang bertanah-tanah itu. Kemudian, dengan pisau yang tergenggam kemas di tangan, Za pun mula mengajar Kak Lin mengupas kulit ubi kayu itu. Bagus betullah Za ni! Za tu, Kak Long juga macam Kak Lin. Tapi Za yang muda dua tahun dari Kak Lin lebih cekap di dapur berbanding Kak Lin. Kalau di kampung Za kata, dialah yang selalu memasak untuk adik-adiknya yang seramai 5 orang itu semenjak ibunya jatuh sakit. Abang sulungnya dan ayahnya pula bekerja. Jadi, siapalah yang nak diharapkan di dapur kalau bukan Za.
Betullah kata mak Kak Lin dulu-dulu, sewaktu Kak Lin masih bersekolah. Kesusahan mengajar kita berdikari. Mak Kak Lin pun hidup susah juga, tapi bila tiba generasi Kak Lin, Kak Lin sudah hidup senang hasil kerja keras mak dan abah Kak Lin juga. Kak Lin pula, tak pernah nak ambil iktibar dari cerita zaman mak susah-susah dulu. Yalah… dah jadi orang senang! Bila berjauhan dari mak begini, barulah terasa susahnya. Barulah nak ambil iktibarnya. Barulah belajar nak hidup di atas kaki sendiri.
Rupa-rupanya, taklah susah mana pun nak kupas ubi kayu ni. Kalaulah Kak Lin tak berat mulut nak bertanya, sejak kelmarin lagi mereka sudah buat festival ubi rebus. Za ni lah punya fasal! Nak juga makan ubi rebus yang Kak Lin buat. Sambal ikan bilis tu, Kak Lin tak kisah sangat. Kalau di rumah, abah dah bagi darjah kebesaran untuk segala jenis sambal yang Kak Lin buat. Sebutlah sambal apa, just name it! Sambal kicap, sambal ikan bilis, sambal goreng, sambal tumis… bla..bla.. Antara rajin dengan malas Kak Lin saja. Jangan tak tau, Kak Lin sekarang pun tengah melebarkan sayapnya dalam bidang kulinari!

*Cereka fiksyen di atas merupakan adaptasi sebuah kisah benar yang sudah diubahsuai mengikut citarasa penulis. Watak-watak di dalam cereka sudah diubah suai untuk mengelakkan salah faham dan menjaga perasaan individu yang terbabit.

Huh! Itu dululah… 2 tahun lepas. Waktu pertama kali kupas kulit ubi kayu. Sekarang ini pula, pertama kali mengupas kulit keladi. Oleh kerana keladi ini besar, Chef Nuna sudah berkira-kira untuk merebus sebiji keladi ini sahaja. Selebihnya, untuk sarapan besok-besok dan lusa-lusa. Cik Adik Nurul pun sudah berdiri di sebelah chef Nuna, untuk menyaksikan upacara mengupas kulit keladi secara langsung.
Air pili dibuka untuk membersihkan kotoran tanah yang melekat pada keladi itu. Masya Allah… Betullah! Tua keladi betul! Miangggggg! Baru mengerjakan sebiji keladi yang sudah tua ganyut ini, Chef Nuna sudah tergaru-garu macam kera. Kalaulah mak tengok insiden ini, dah tentu mak gelak sampai pengsan sebab anak daranya tak pernah kupas kulit keladi. Dari sebiji keladi yang besar ini, hanya tiga suku sahaja yang boleh dimakan kerana sebahagian yang lain sudah buruk.
Selesai satu hal mengerjakan keladi tua yang miang ni. Sekarang, nak rebus pula. Mak kata lewat SMSnya, keladi ni kena rebus sampai empuk dulu. Jangan lupa bubuh garam sikit! Bila dah empuk, baru bubuh gula merah. Tunggu sampai kuah gula merahnya mendidih dan menggelegak, barulah padam api. Owhh… Macam tu rupanya. Taklah susah mana pun.
Pagi itu kami sarapan keladi rebus gula merah. Simple saja kan? (resepi chef malas)
Ermmm… Bolehlah tahan rasanya. Cukup rasa, cukup manis. Kira ok lah tu kan? Lagipun budak Nurul tu makan saja, tak banyak komen pun. Embah pun, kalau tak ada komen tu maknanya kira luluslah tu…
Menjelang tengah hari di rumah embah, kami diuji dengan terputusnya bekalan air. Syukurlah kerana ketika itu, Chef Nuna sudah menyiapkan juadah tengah hari. Pak Padil sudah mengerah keringat mengangkut air dari pili di luar. Pili yang airnya bersumberkan air tangki sahaja. Mujurlah ada bekalan air tangki yang, insya Allah cukup untuk kegunaan kami berempat, jika bekalan air ditakdirkan tidak disambungkan lagi untuk tempoh 2-3 hari ini. Cuma kena kerja keras sikit, mengangkut air dari pili luar untuk kegunaan kami di dalam rumah ini.

---<> End of Story <>---

Photobucket

Parit Sempadan J

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Friday, July 9, 2010

No comments:

Sahabat QQ