11 April 2010.Ahad
Mulai hari ini, aku akan mulai catatan ini selepas Maghrib. Sebab apa? Sebab permulaan hari baru bagi sekalian Muslim adalah selepas Maghrib. Betul kan? Terima kasih kepada pemilik kelembutan yang telah mengingatkan aku yang pelupa ni. 

Malam ini, aku sudah berjanji dengan Nurul untuk menonton TV. Kasihan Nurul, boring sangat nampaknya dia di kampung ni. Aneh kan? Nak tonton TV pun kena berjanji dulu. Di rumah embah ini, kami memang agak jarang menonton TV. Sebabnya, embah lebih suka mendengar radio IKIM. Lagipun, agak leceh nak tengok TV kat rumah embah ni. Aerialnya asyik tersangkut-sangkut saja. Tapi, kerana Nurul tak mengapalah. Akan aku penuhi juga keinginan adik Nurul yang satu tu.
Ermmm… Sepanjang di kampung ini, inilah pertama kali aku switch on TV Panasonic ini. Kasihan embah kan? Kalau tak ada sesiapa yang switch on TV ini, memang embah tak menonton TV pun sebab embah tak reti nak switch on sendiri. Bagi aku pula, aku tak kisah kalau tak menonton TV pun. Sebabnya, aku layan baby QiQi. Oh, ya. Nama baru baby CompaQ mulai sekarang : Baby QiQi. Mengada-ngada sungguhkan? J Di rumah sendiri, bukannya aku menonton TV sangat. Cuma part berita saja aku tak missed. Yang program TV lain tu, depends on my mood jugalah. Kadang-kadang layan, kadang-kadang malas nak layan.
Tapi kan…
Kalau di rumah sendiri, TV tu nak kata 24 jam on air, tak juga. Tapi memang selalu on dan cuma off masa tidur hingga ke pagi selepas abah pergi kerja dan adik-adik ke sekolah. Jadi, rumah kami sentiasa happening. Di kampung ini, sunyinya mak aii….. Nak switch on TV 24 hours non-stop, itu mustahil bagiku. Tak beranilah nak menaikkan bil elektrik kat rumah embah ni. Aku duduk sini dapat berlindung dan makan minum free pun, sudah cukup malah terlebih baik.
Ermmm…
Selepas Isyak saja, aku terus mengotakan janjiku dengan adik Nurul ni. Kami dah siap-siap bentang tilam nipis di hadapan peti televisyen. Tempat tidur kami, memang di tengah-tengah ruang tamu ini, berhadapan dengan TV. Tempat tidur embah memang static kedudukannya di pinggir sudut ruang tamu ini, berdekatan juga dengan tilam kami cuma bertemu kepala dengan kepala. Malam itu, kami menonton Majalah Tiga.
Embah, punyalah excited dapat menonton rancangan dokumentari Majalah Tiga yang memaparkan isu tentang kerjaya seorang jurutera elektrik yang kerjanya di bahagian pencawang elektrik. Tak menang tangan melayan embah berborak sambil menonton ni. Embah sudah mengengsot sedikit ke bahagian tilamku – nampaknya, embah sudah mula suka menonton ni! Si Nurul pula… Bertuah sungguhlah… Tadi, dia yang beriya-iya minta aku switch on TV. Alih-alih, TV juga yang tengok dia tidur.
Akhirnya, embah juga yang temani aku menonton TV sampai habis rancangan pada jam 12 tengah malam.
~Bed time~

Awal pagi ini aku terjaga dengan harapan apabila pili dibuka, air akan mencurah-curah keluar.
Nampaknya…
Allah masih ingin menguji kami. Hari ini bermulalah aktiviti angkut-mengangkut air pili yang dibekalkan menerusi tangki. Itupun, kena berjimat-cermat kerana jika air tangki ini kering-kontang, kami memang tiada bekalan air bersih lagi. Nasib baik hari ini Pak Padil tak keluar bekerja. Pak Padillah yang tolong aku angkut air untuk kegunaan embah di bilik airnya dan juga untuk masak-memasak.
Menjelang Zohor…
Air tetap belum keluar. Jangan tanyalah tentang Cik Nuna. Dari semalam petang lagi dia belum mandi semata-mata nak jimatkan air. Rimas tu, tak usah katalah. Nurul pula sedang sibuk mengemas begnya kerana petang nanti Mak Chik Diah anak Tok Wandi tu akan datang menjemputnya di sini. Masing-masing muka monyok saja.
Tak ada air…
Nak buat apa-apa kerja pun, tak bersemangat langsung. Apa lagi nak memasak… Tapi terpaksa juga memasak ala kadar untuk embah, adik Nurul dan Pak Padil.
Aku sendiri?
Putus selera
nak makan…
nak makan…
Seperti yang dijanjikan, petang itu Mak Chik Diah datang bersama Nissan Sentra biru tuanya menjemput adik Nurul untuk menghantar Nurul dan juga anaknya kembali ke asrama Maahad at-Tanwiriah di Muar. Saat adik Nurul mencium tanganku sebelum dia melangkah masuk ke dalam Nissan Sentra itu, barulah aku nampak seulas senyuman terbit dari bibir comelnya. Kalau tak, monyok saja
– tension sebab tak mandi! Tak apa adik Nurul, balik asrama nanti adik Nurul bersiramlah puas-puas ya!
– tension sebab tak mandi! Tak apa adik Nurul, balik asrama nanti adik Nurul bersiramlah puas-puas ya!
Sampai ke Maghrib ini…
Setitis air
pun tak keluar lagi. L
pun tak keluar lagi. L
~Sabarlah hati…~
Parit Sempadan :)