12 April 2010.Isnin
Menjelang Maghrib itu, aku cuma mandi ala kadar sahaja. Badan sudah cukup melekit. Namun, sudah cukup bersyukur walaupun dapat mandi dengan air yang sedikit untuk menghindarkan sedikit rasa ketidakselesaan itu.
Entah sampai bila akan terus berkeadaan begini?
Sampai hati betullah JBA ni… Diaorang ingat orang kampung ni tak perlu mandi, tak perlu masak, tak perlu solat ke? Kalau ya pun nak tutup bekalan air tu, agak-agaklah… Ni tak, tutup terus macam kampung ni tak ada orang. Huh! (Kan Cik Nuna dah marah ni…)
Sabar Cik Nuna…
Ingat ayat Ma'thurat : al-Baqarah -286.
Subuh itu, dengan nama Allah aku memulas pili air di dapur. Kedengaran bunyi air bagaikan tersekat-sekat tapi setitik pun tidak keluar. Rasa macam nak menangis juga. Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya, bunyi air itu sudah cukup untuk menyenangkan hatiku. Mungkin tekanan air yang rendah untuk sampai ke tangki simpanan air menyebabkan air lambat keluar. Mungkin petang ini, atau selewat-lewatnya pagi esok air akan keluar.
Isbiri ya Nuna!
Inna ma'al 'usri yusra!
Fa inna ma'al 'usri yusra!
Ya Allah… Hari ini sahaja sudah masuk hari ketiga terputusnya bekalan air. Kalau di rumahku sendiri, memanglah selalu juga terputus bekalan air. Tapi, itupun selalunya berlaku menjelang Maghrib sahaja kerana waktu itu, budak-budak asrama yang ramai tak terkira tu bermandi-manda selepas tamatnya waktu persekolahan setiap petang. Selalunya memang tak lama sangat, selepas jam lapan, air pasti akan keluar lagi. Itupun, cuma berlaku pada hari-hari persekolahan. Kalau musim cuti atau hujung minggu bila budak-budak asrama balik bercuti, masalah ketiadaan bekalan air jarang sangat berlaku di tempat kami.
Semasa menuntut di Labuan dulu pun, selalu juga tak ada air walaupun Pulau Labuan yang seciput tu dikelilingi air belaka. Sesuatu yang amat membengangkan jika bangun pagi-pagi dalam kekalutan nak pergi kuliah tiba-tiba terputus bekalan air. Belum campur bab nak basuh pakaian yang bertimbun-timbun tu. Terpaksa menapak ke blok sebelah pagi-pagi buta yang sejuk dengan mengangkut baldi dan segala peralatan mandi.
Kat PD tu lagilah…
Nama saja asrama tepi pantai nan saujana mata memandang. Tapi bila time tak ada air… Terpaksa juga angkut air dari tingkat bawah ke unit apartment di tingkat tiga. Sampai-sampai saja, air dah tinggal separuh.
Tapi kat sini…
Dah lebih 24 jam selama tiga hari tak ada air terus-menerus! Melampau sungguh. Kata Stacy : Terlebih sudah!