Kisah Dua Bersaudara (A Tale of Two Sisters) : Kak Long & Kak Mie

13 April 2010.Selasa

Masya Allah… Selepas Maghrib, baru aku tersedar siang tadi – 12 April – ulang tahun adikku, Kak Mie yang ke-20. Langsung tak teringat nak wish birthday kepadanya. Mak pun dah tentu lupa nak ingatkan aku pagi tadi sewaktu aku menghubunginya. Cepat-cepat aku capai Nokia hitamku lantas mendail nombor Kak Mie.

Kak Mie…

Happy birthday!!! 

~Kek kecik je untuk Kak Mie!~

Kak Long sentiasa doakan yang terbaik untuk Kak Mie. Segalanya yang terbaik untuk Kak Mie!

Ameeennnn....

Kak Long rasa tak sedar waktu beredar secepat ini. Sedar tak sedar, Kak Mie sekarang sudah pun berusia genap 20 tahun. Sudah dua dekad Kak Mie menjadi adik Kak Long! Ingat tak Kak Mie, sewaktu Kak Long menginjak ke usia 20 tahun empat tahun lepas, Kak Mie beriya-iya gelakkan Kak Long. Kak Mie kutuk Kak Long dah tualah… Tak apa Kak Mie, Kak Long tak kisah. Sebab, hari ini dah tiba masanya Kak Long pula kutuk Kak Mie. Hahhahha… (ketawa dalam hati ala-ala taiko)

Kak Mie

Kak Long masih ingat, 20 tahun silam. Sebelum Kak Mie lahir, hampir empat tahun Kak Long hidup bahagia sebagai anak tunggal. Tiba-tiba suatu hari tu, Kak Long tergerak nak tanya mak, kenapa dengan perut mak yang all of sudden membesar begitu bulat macam ada tembikai di dalamnya? Mak kata… Nuna akan jadi kakak. Dan dalam perut tu, mak sedang bawa adik kakak

Kakak???

Kenapa mesti ada adik? Kenapa Kak Long mesti jadi kakak? Kan – mama, Nuna dan abah – dah hidup happily ever after sekarang? Kak Long tak pernah bermimpi akan jadi seorang kakak sehinggalah lahirnya Kak Mie… Sakit hatinya Kak Long semasa Kak Mie dibawa balik dari hospital setelah beberapa jam dilahirkan. Tergamak sungguh Kak Long suruh Wak Bedah (arwah) bunuh adik semasa Wak Bedah mandikan Kak Mie.

Yang paling buat Kak Long menyampah, sikit-sikit mesti Kak Mie. Mama tak tidur sebelah Kak Long lagi sejak Kak Mie lahir.

Isk, isk, isk…

Jahat dan kejamnya Kak Long kan?

Waktu kecil kita dahulu, Kak Long sering saja cari idea busuk hati untuk bertengkar dengan Kak Mie. Kadang-kadang, Kak Long cari pelbagai muslihat supaya Kak Mie dimarahi mak dan abah.

Dan Kak Mie tentu ingatkan…

Bagaimana Kak Long dengan sadisnya lemparkan mainan Kak Mie sampai pecah kira-kira dua belas tahun yang lalu? Waktu itu, tiada apa yang Kak Mie boleh lakukan kecuali menangis. Dan Kak Long terkedu melihat mata sayu Kak Mie menangis tapi Kak Long masih boleh buat lagi muka selamba macam tak bersalah langsung. Tapi hari ini, bilamana Kak Long teringatkan peristiwa itu, Kak Long boleh menangis sendiri!

Kak Long memang jahat dan kejam! Macam Hitler!

Kak Mie

Terlunas rasa rindu walau hanya dapat mendengar suara Kak Mie yang ceria. Kali terakhir kami bersama, bulan Februari lalu. Masa tu, Land Cruiser abah masih belum siap dibaiki di bengkel akibat kemalangan akhir Januari lalu. Jadi, Kak Mie tumpang sahabatnya, Zie untuk balik ke rumah sempena cuti seminggu itu. Teringat lagi saat Kak Long dan Kak Mie keluar bersama untuk membeli barang-barang keperluan Kak Mie selepas balik bercuti musim cuti lalu. Waktu itu, kami berjalan kaki sahaja dari rumah ke bandar. Abah tak dapat menghantar kerana Land Cruiser masih belum siap dibaiki lagi.

Waktu kami sedang berjalan itu…

Sang Suria bersinar lembut. Tak terlalu panas dan redup-redup saja. Mak dah suruh bawa payung, bimbang anak-anak gadisnya ini kehujanan. Buat pula iklan lari-lari slow motion dalam hujan nanti. Sedang berjalan itu, aku sudah merencana sebuah 'Mission Impossible' di dalam otak licikku.

Destinasi pertama kami ialah di Faho Stationery Bookstore. Aku pula tak setuju! Daripada beli kat Faho Stationery Bookstore ni, lebih baik pergi ATM BSN terlebih dahulu, untuk withdraw duit aku. Lagipula, selepas ini nak pergi ke supermarket Everrise dan H&L. Bukannya tak ada stationery kat situ pun…
Sebab yang paling penting ialah, nak jimat masa. Mak pun dah pesan suruh belikan sayur bayam, roti, tauhu, mihun, tauge dan bunga kantan. Takut tak terbeli barang-barang pesanan mak ni pula! Mana nak laksanakan Mission Impossible aku tu nanti! Takut tak sempat pula…

Tapi, untuk Kak Mie – sekali ini sahaja – aku turutkan.

Destinasi kedua : kami pertingkatkan halaju menuju ke BSN. Mak aihh… Panjangnya line! Nak buat macam mana kan, takkan nak potong line orang kut. Berbaris sajalah. Lama-lama, sampai juga turn kita.

Sekarang, Kak Mie yang lebih tinggi 2 cm dari Kak Long dan tough sikit dari Kak Longnya yang stay cute tu, jadi pengawal peribadi Kak Long. Macam nak keluar duit beribu-ribu pula!

Kami baru saja nak melangkah dari ATM itu apabila tiba-tiba seorang 'babeh' (atok dalam bahasa Bidayuh) berbangsa Bidayuh yang berdiri di belakangku mencuit bahuku meminta bantuan untuk mengeluarkan duitnya. Kasihannya atok ini, beliau tak reti nak guna kad ATM tu. Maka, aku dan Kak Mie pun membantu pak cik tersebut mengeluarkan duitnya dari ATM Bank Putra namun malangnya, gagal. Percubaan kali kedua. Turut gagal. Kali ketiga. Gagal juga. Mesin tersebut bagai menolak kad ATM atok yang malang ini. Dengan rasa terkilannya, aku dan Kak Mie menyerahkan semula kad ATM kepada atok itu. Sedihnya tak dapat tolong atok tu! L

Kami mula melangkah meninggalkan kawasan ATM itu apabila tiba-tiba…

"Kakak… Kesianlah tengok atok tu…" Kak Mie bersuara. Wajahnya tergambar rasa terkilan, seperti Kak Long juga. "Mesti dia harap sangat dapat keluarkan duit dia, kan?"

"Yalah… Memang kesian. Tapi nak buat macam mana lagi? Takkan nak korek mesin tu?" jawab Kak Long.

"Kakak," Langkah kami semerta terhenti. "Apa kata kalau kita tolong atok tu keluarkan duit guna ATM CIMB? Mana tahu dapat?"

Aku merenung wajah Kak Mie sejenak. Wajah qurratu ainku itu. Tak sampai hati pula untuk menghampakan hati seorang adik yang ku panggil Kak Mie, lebih-lebih lagi setelah melihat bening matanya. Baru ku sedar, Kak Mie punya hati tulus lagi mulia!

Kami segera berlari-lari anak ke arah atok itu yang sudah beberapa langkah meninggalkan kami di hadapan. Terkejut cipan atok itu dibuatnya, macam kami ni nak menyamun beliau saja. Aku segera menyatakan hasrat kami untuk membantunya. Kak Mie tu diam saja, padahal tadi dialah yang beriya-iya nak membantu atok itu. Kami pun membawa atok itu ke ATM BCB yang terletak di seberang jalan, di Bangunan Arked MARA.

Sampai sahaja di sana, barisan manusia yang berbaris di mesin-mesin ATM itu tak kurang juga ramainya. Bila tiba giliran kami, kami memasukkan ID ATM atok itu dan memilih jumlah yang dia hendak keluarkan. Namun seperti tadi juga, percubaan kami tetap saja gagal. Mungkin ada masalah dengan kata laluan pak cik ni, kataku kepada atok itu. Atok itu tetap saja mengucap terima kasih kepada kami sebelum berlalu pergi, walau kami gagal membantunya.

Sayunya tengok atok tu berlalu dengan hampanya… Jauh-jauh datang dengan harapan, alih-alih tak kesampaian pula. L

Kami meneruskan perjalanan kami. Kali ini, perjalanan kami adalah untuk menyempurnakan Mission Impossible yang sudah berlegar-legar di dalam otak licikku sejak semalam.

Apa Mission Impossible kami tu?

Kini, kami melangkah menuju ke bangunan KFC yang terletak di pinggir jalan utama Kch-Serian-Sri Aman. Ya! Misi kemuncak Kak Long hari ini ialah untuk menjadi penaja rasmi kami breakfast di KFC! (saja nak menambah kekayaan KFC Holding)

Jam 11.10 pagi.

Kak Long dan Kak Mie 'membaham' ayam (macam musang) KFC dengan penuh nikmatnya. Ketika ini, suasana di tingkat atas bangunan fast food restaurant itu agak lengang. Itupun, payah sangat nak habiskan hidangan snack plate yang kami tempah sedari tadi – cuma dua potong daging ayam (spicy), tangy coleslaw, whipped potato, bun, cheezy wedges dan secawan (regular) pepsi - setiap seorang. Kak Long sudah tersandar kekenyangan macam ular sawa. Bahagian Kak Long sudah licin habis! Tergelak melihat Kak Mie yang masih terkial-kial hendak menghabiskan bahagiannya. Awal-awal lagi Kak Long sudah berpesan agar tidak meninggalkan sebarang kesan mahupun bukti kami berjoli di KFC walau hanya secalit sos Life! Jangan cakap kat siapa-siapa pun tau! Ini rahsia kita berdua. Begitu pesan Kak Long. Memang niat Kak Long nak belanja semua sekali, tapi… Duit Kak Long tak cukuplah… Untuk kali ini, biarlah Kak Long luangkan masa untuk Kak Mie dulu. Dan syukurlah… Kak Mie memang penyimpan rahsia kerajaan yang sangat baik. J

Destinasi terakhir kami ialah di Supermarket H&L. Mak pesan belikan roti dan bayar bil elektrik di sini. Kak Mie pula mengambil kesempatan untuk mencari-cari alat-alat tulisnya di sini, tapi satu pun dia tak berkenan. Kak Mie yang cerewet ni punya pasal, kami menapak sebatu lagi ke bangunan Supermarket Everrise. Kalau ikutkan hati, memang nak balik saja, tapi tak sampai hati kalau tak dapat penuhi hajat Kak Mie. Bukan selalu kan, Kak Long nak manjakan Kak Mie?

Mama call Kak Mie. Mula-mula mama call Kak Long, tapi Kak Long tak perasan. Kami kata, barang-barang mak semua settle, cuma nak beli alat-alat tulis Kak Mie saja lagi. Kak Long dan Kak Mie saling berpandangan lantas ketawa dalam senyap. Haa… Kan mama dah risau tu, sebab balik lambat!

Waktu kami menapak tu, rintik-rintik halus mula turun. Kak Long peluk bahu Kak Mie rapat-rapat di bawah naungan sekaki payung rona lavender sambil seiringan berlari-lari anak. Sweetnya saat tu! Waktu kami hampir sampai di perkarangan Supermarket Everrise tu, rintik-rintik halus tadi sudah mula menjadi kasar. Tubuh kami basah sedikit namun nasib baiklah sempat berlari masuk ke dalam bangunan pasar raya itu. Nampaknya, terpaksalah kami berlindung di Everrise menanti hujan reda.

Dan Kak Long sangat ingat tatkala Kak Mie membuat muka welfare kala kami menapak untuk balik… Kak Long memang dah agak, kalau Kak Mie buat muka tak ada sen tu, tentu ada yang Kak Mie nak dari Kak Long.

"Kakak…"

Langkah kami terhenti lagi. Hujan sudah agak reda, cuma renyai-renyai sahaja.

"Hah, nak apa lagi?" soal Kak Long buat-buat garang, macam kakak tiri Cinderella. Suka tengok Kak Mie buat muka kasihan bila nak sesuatu dari Kak Long. J

"Kak ada duit lagi?"

"Kenapa? Nak beli apa lagi?" tanya Kak Long, garang-garang lagi. Sengaja nak menyakat Kak Mie.

"Nak beli bagpack macam kakak… Tapi duit saya dah habis." Kak Mie bersuara lirih dan sayu – sengaja nak menimbulkan suasana touching. Dahlah tengah gerimis, memang kena sangat kalau nak berlakon babak-babak 'touching ni'. Kak Mie ni la!

~Kak Mie… Kak Mie… Sekilas ikank di air, Kak Long dah tahu, hop mano jatey, hop mano tino… (broken Ganu)~

Dari hari pertama Kak Mie bercuti lagi, Kak Mie dah tunjukkan tali sandang bagpacknya yang sudah putus gara-gara bawa bebanan yang berat sangatlah tu… Macam nak bagi hint pada Kak Long saja : Kak Mie nak beg baru! Tapi Kak Long saja yang buat-buat tak faham. Dan Kak Long macam biasa : ada saja idea jahat Kak Long nak buli Kak Mie.

"Alaa… Tali beg tu, jahit je dengan tali guni. Tak pun, kalau susah-susah, ganti je dengan guni beras mak kat stor tu." Balas Kak Long sambil ketawa 'evil'.

"Jahatnya, ada kakak macam ni…" Jawab Kak Mie. Muka Kak Mie sudah masam berkerut tapi tergelak juga. "Yalah… Kalau susah sangat, nanti orang bayarlah balik harga beg tu…" Buat-buat merajuk pula Kak Mie ni!

Kak Mie, Kak Mie… Tanpa perlu Kak Mie merayu pun, Kak Long memang dah tersentuh dah… Walaupun Kak Long dan Kak Mie saling buli-membuli dengan cara tersendiri, tapi dalam hati Kak Long sayang sangat dengan Kak Mie.

Tapi kan Kak Mie…

Duit yang ada ni pun, sebenarnya mak dah pesan supaya bayar hutang PTPTN. Tak banyak mana pun, tapi cukuplah untuk bayar hutang PTPTN bulan ini.

Tapi kan Kak Mie…

Untuk Kak Mie, Kak Long korbankan sedikit wang yang ada ni, untuk belikan beg yang Kak Mie idam-idamkan… Biarpun Kak Mie tak pernah tahu… Supaya bila Kak Mie pakai beg yang Kak Long belikan ni nanti, dan waktu tu kita berjauhan, sekurang-kurangnya beg yang tak seberapa harganya ini akan membuatkan Kak Mie ingat pada Kak Long.

Dan walaupun harga beg tu tak seberapa harganya, jenama pun taklah sefamous mana, itulah hadiah dari Kak Long yang paling mahal pernah Kak Long beri pada Kak Mie. Jaga baik-baik beg tu ya Kak Mie! Kak Long dah pilihkan yang paling tahan dan utuh fabriknya buat Kak Mie… Warnanya pun, warna favourite kita kan : hitam dan biru. Haa… Kan dah terharu-biru jiwa Kak Long ni… Huhu

**********************************************

Itu baru sebuah kisah klasik yang kami alami. Kak Long & Kak Mie : sebuah kisah klasik dalam hidup seorang Kak Long. Terlalu banyak cerita manis dan duka yang kami kongsi bersama. Dulu masa Kak Mie baru lahir, Kak Long bukan main benci lagi dengan Kak Mie. Kak Long anggap Kak Mie perampas, setelah 4 tahun Kak Long hidup sebagai puteri tunggal intan payung Puan Khadijah dan Encik Amin. Kak Long jadi Kak Long yang jahat macam kakak tiri dalam cerita Cinderella tu. Jahatnya Kak Long zaman dahulu!

Tapi, bila dah lama-lama tu…

Kak Long rasakan Kak Mielah adik yang paling serasi dengan Kak Long! Bukan Kak Long tak sayangkan adik-adik yang lain, Kak Long sayang sangat… Sayang tu… Tak terucap dengan kata-kata. Cuma bagi Kak Long, Kak Mielah yang paling memahami dan pandai mengambil hati Kak Long.

Dan…

Kak Long rasakan – Kak Long & Kak Mie – dah macam jadi pelakon cerita Korea, A Tale of Two Sisters tu. (Kak Long berangan lebih!) Kak Long memanglah amat tak gemar menonton Korean movie, tapi bila Kak Mie yang beriya-iya suggest, Kak Long pun on sajalah. Ingat lagi tak, waktu tu kita di rumah embah, kita menonton movie tu dari laptop Kak Mie. Malam-malam selepas Isyak dan tutup lampu lagi : ala-ala dalam panggung. Tiba part yang ngeri, kita – Kak Long, Kak Mie, Amirul dan Kak Nah – sama-sama berpelukan. Amirul tu lah, menjerit saja lebih. Cerita tu, pada permulaannya bahagia saja tapi ending partnya sedih (kata Kak Mie sebab Kak Long tak tonton sampai habis). Bezanya dengan cerita Kak Long-Kak Mie, permulaan kita asyik jahat-jahat saja dan akhirnya kini, Kak Long-Kak Mie hidup happily ever after. Hehehe… Bila tiba part Su-Yeong (kakak) bunuh adiknya, Su-Mi tu, Kak Long dah tak sanggup nak tengok lagi. Sedih bercampur ngeri… Tapi ngerilah yang lebih.

Lewat Maghrib itu kami tamatkan perbualan kami setelah Kak Mie meminta izin untuk berundur diri kerana azan Isyak di tempatnya sudah berkumandang. Suara Kak Mie tidak lagi sesedih beberapa hari sebelum Kak Long bertolak ke Johor : waktu itu Kak Mie menangis sungguh-sungguh bila dapat tahu Kak Long dapat tawaran melanjutkan pengajian ke Jordan.

Dan malam itu, Kak Long tidur dengan lena sekali. Sebab hutang dah langsai : Dah call Kak Mie!

*********************************************

Subuh 13 April itu aku melafazkan tahmid semahu-mahunya kala mengambil wudhu dengan kecuran air pili yang mengalir deras lagi mendinginkan. Meskipun airnya agak keruh dan berwarna kekuningan, tetapi aku sudah merasa lebih dari lega dan amat bersyukur kerana air pili sudah mula keluar setelah tiga hari kami berada di dalam keadaan darurat. Maka pagi ini, selesai saja bersarapan, bermulalah aktiviti cuci-mencuci segala pakaian terkumpul selama tiga hari dan projek nazhafah. Projek nazhafah iaitu menyental lantai anjung dapur embah yang semakin dicemari najis-najis mutawassitah ayam-ayam Selebet Pak Padil yang degil-degil tu.

Pagi ini Pak Padil menjemput Tok Timah datang ke rumah. Mulanya, aku ingat siapalah orang tua ni, rupa-rupanya Tok Timah dijemput khas untuk mengurut badan embah bagi melancarkan perjalanan darahnya. Kalau tak, badan embah memang kerap lenguh-lenguh walaupun akhir-akhir ini embah jarang amat melakukan kerja-kerja berat.

Tengah hari itu, aku baru saja ingin bermanja-manja dengan Baby QiQi apabila tiba-tiba Mak Mah datang menjengahku di bilik. Bila masanya Mak Mah sampai, Cik Nuna pun tak perasan. Rupa-rupanya Pak Mat dan Mak Mah masih lagi ingat akan janji mereka minggu sebelumnya untuk membawa aku berubat dengan Wak Muji di Parit Warijo itu.

Tapi, Mak Mah…

Awal pula Mak Mah habis kerja hari ni? Siapa pula yang hantar Mak Mah ke kampung dari SK Bandar Batu Pahat tu?

Menurut Mak Mah, dia dihantar oleh seorang rakan sekerjanya yang juga kebetulan balik ke Semerah. So, Mak Mah tumpanglah sekali. Dan sekarang, kami bertiga – aku, Mak Mah dan Pak Mat – di dalam perjalanan ke Seri Medan, di Kampung Parit Warijo menuju ke rumah Wak Muji.

Alhamdulillah, ketika kami sampai di perkarangan rumahnya Asar itu, Wak Muji ada di rumah. Di rumah Wak Muji ketika itu hanya ada Wak Muji, anak lelakinya dan seorang anak perempuan kecilnya. Isteri Wak Muji belum balik dari bekerja lagi.

Pak Mat kata :
"Nuna dulu!"

~Jangan takut Nuna… Wak Muji urut bahagian kaki-betis dan tangan-siku saja. Sebab tu lah para pesakitnya bukan terdiri dari kaum lelaki sahaja, kaum perempuan pun boleh dapatkan perkhidmatan urut refleksologi dari beliau.

Sudah… Pak Mat suruh Nuna dulu yang kena urut oleh Wak Miji. Dah nervous semacam ni… Pak Mat dan Mak Mah pula gelak-gelak tengok Nuna jadi serba tak kena. Akhirnya, Nuna pun duduk di kerusi kayu berhadapan dengan Wak Muji, dengan kaki diletakkan di atas meja kecil : bersedia untuk diurut oleh Wak Muji. Wak Muji mula menyapu tapak kaki Nuna dengan losen yang diguna sebagai pelincir menggantikan minyak angin, sebelum menekan sedikit tapak akaki Nuna dengan menggunakan sejenis alat seakan-akan tanduk berwarna putih.

Nuna ketap gigi. Sakitnya bukan main! Sesekali Nuna ramas-ramas kusyen kerusi kayu sambil matanya terpejam-pejam menahan rasa tapak kaki ditekan-tekan. Tak tahu nak gambarkan macam mana rasanya : sakit pun ada, geli pun ada. Dan sesekali Wak Miji tanya, sakit? Nuna mengangguk cuma. Tak larat nak sebut apa-apa perkataan. Sesekali rasa nak terjerit, tapi Nuna tahankan rasa tu. Malulah nak jerit-jerit di tempat orang ni. Pakcik Wak Muji tu pun, selamba relax saja tekan-tekan tapak kaki orang. Tahu pula tu, mana part yang boleh membuatkan orang rasa macam nak terkeluar biji mata. Haizz… Mestilah Wak Muji tu tahu part mana yang sakit. Kalau tak, bukan urut refleksologi lah namanya!

Dari tapak kaki kanan, beralih ke betis sehingga ke paras lutut. Begitu juga untuk bahagian kaki kiri. Kemudian, habis part kaki, beralih pula ke bahagian tangan. Wak Muji urut dengan alat yang menyerupai tanduk itu dari sehinggalah ke paras lengan, untuk kedua-dua tangan kiri dan kanan ini.

Pak Mat kata, setiap kali aku menggeliat sakit ketika diurut, memang ada something yang tak kena dalam kehomeostasisan tubuh badan aku ni. Dari firasat Pak Mat, aku ada penyakit : darah gemuruh (anxiety disorder) dan tekanan darah rendah (hypotension).

Hehe… Magic betullah Pak Mat ni. Aku tak beritahu pun, Pak Mat dah dapat baca kelemahan aku. Walaupun perubatan bukan bidang pak Mat tapi ilmunya dalam bidang ni, bukan calang-calang tau! Tabik spring sama Pak Mat!

Asar itu kami kembali semula ke Parit Sempadan setelah Wak Muji selesai mengurut Pak Mat.
Alhamdulillah. Feel so relieved selepas sesi urutan refleksologi… J

Parit Sempadan J~

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Thursday, July 15, 2010

No comments:

Sahabat QQ