14April2010.Rabu
Pagi ini aku bangun dengan tubuh yang sangat segar. Segarnya, lebih segar dari biasa. Alhamdulillah, tak pernah aku rasa sesihat lagi segar begini. Dan yang lebih menakjubkan, dengan izin Allah sakit gigi yang ku alami sejak dua tiga hari kebelakangan ini hilang begitu sahaja. Langsung hilang, macam tak pernah sakit gigi. Semalam sebelum tidur, asyik sendawa saja – buang angin jahat dari badan. Syukur kepada Allah kerana hanya dengan izinNya segala kesakitan ini terhapus.
Dan…
Terima kasih Wak Muji!
Sekitar jam 9 pagi, Pak Mat datang dengan membawa semangkuk tingkat sarapan. Ayam panggang ala-ala Kenny Rogers! Nuna dan embah makan ayam panggang Pak Mat dengan seronok sekali. Syukurnya, dapat seorang uncle yang caring
macam Pak Mat ni. Syukur lagi dapat menikmati ayam panggang setelah lama tak membaham ayam sejak duduk di kampung ni. Maklumlah, di rumah embah ni, everyday Nuna masak bermacam-macam jenis masakan yang berasaskan ikan. Kalau tak ikan cencaru, Pak Padil akan beli ikan gelamalah (a.k.a. glamour), ikan Uji Rasyidlah (coz it has big-big eyes like Uji Rasyid! >,<), ikan tongkollah, ikan tenggirilah bla..blaa… But frequently, Pak Padil suka sangat beli ikan cencaru. Tapi bahagian yang paling leceh tentang ikan cencaru ini tentulah bahagian 'jaket'nya yang keras dan tajam tu. Kalau Nuna yang siang, Nuna tak buang pun 'jaket'nya. Biarlah masak sekali dengan 'jaket-jaketnya' tu. Tapi kalau Pak Chop datang, dah tentu-tentu Pak Chop takkan benarkan Nuna siang apa jenis ikan sekalipun, apa lagi kalau ikan cencaru yang tajam tu. Sebab… Tentulah sebab Pak Chop sayangkan anak saudaranya yang bertuah ni…

Alhamdulillah… Sedapnya… Nikmatnya…
Hari ni Nuna takkan cakap banyak-banyak. Sebab dah kena sumbat dengan ayam panggang ala Kenny Rogers Pak Mat!
Hari yang ceria. Lalala~~~