Catatan Lavender La Nuna : Fatiha buat Embah

Selama ini Kak Long hanya dengar dan baca cerita orang pergi belajar jauh-jauh, dan tiba suatu saat yang tidak diduga mereka diuji dengan kehilangan orang tersayang. Saat ini, Kak Long rasa apa yang mereka rasa. Jam 2.45 pagi tadi waktu Malaysia, embah tak mampu nak bertahan lagi. 

Embah dah penat. Embah dah terlalu gigih bekerja membesarkan 10 anaknya. Embah dah puas timang 22 cucu dan 8 cicitnya. Sekarang Allah nak bagi masa untuk embah rehat. 

Embah, maafkan nuna tak dapat nak temankan embah. Masa embah sakit tak dapat nak jaga embah. Cukup bererti pengalaman 3 bulan menjaga embah satu masa dahulu, pakaikan baju embah, sikatkan rambut embah, masakkan sarapan makan tengah hari makan malam embah, bersihkan embah, pakaikan pampers untuk embah sebelum tidur, layan embah bercerita… Pendek kata setiap saat adalah untuk embah. Mana mungkin Nuna boleh lupa. Takkan. Sampai mati pun.

18 September ini genap 2 tahun kita berpisah dan bila balik nanti, kita memang takkan berjumpa lagi. Kalau ikutkan hati ini, sangat berat nak lepaskan embah pergi. Teringat Amna cerita, Ramadan lepas, embah selalu tanya Amna tentang Nuna, bila Nuna nak balik? Mama pula cerita, embah tanya, bila Nuna nak habiskan jahit sarung bantal ni? Embah masih ingat lagi jahitan Nuna yang terbengkalai dulu. Embah rindukan Nuna kan? Nuna lebih lagi. :’)

Sesedih-sedih Nuna, mungkin sedih lagi anak-anak dan cucu-cucu embah yang lain. Mereka selalu berada di sisi embah, 24/7 melihat dan melayan sakit pening embah. Paling-paling pun dapat balik hujung minggu menjenguk embah. Pak Ni lagi sedih. Hari embah pergi meninggalkan kita semua, hari ini jugalah ulang tahun kelahiran Pak Ni yang ke-48. Hari memperingati betapa seorang ibu berjuang antara hidup dan mati melahirkan anaknya yang ke-9. Mama pula. Cukup lima hari mama jaga embah, mama pun balik menjenguk Amirul dan abah yang ditinggalkan di rumah. Tapi Allah lagi sayangkan embah. Allah ambil embah betul-betul selepas mama balik dan mama tak sempat nak tengok embah dikebumikan.

Hati ini akan dididik supaya redha dengan ketentuan ini, walaupun sangat berharap agar semua ini hanya mimpi. Sakit ya embah, sebak dalam dada ni sangat sakit. Macam mana embah lalui saat-saat akhir hayat, Nuna tak mampu nak bayangkan. Embah, doa ini hanya untuk embah, sepertimana embah hantar Nuna dengan doa, satu ketika dulu.

اللهم اغفر لها وارحمها و عافها و اعف عنها. وأعذها من عذاب القبر و فتنته و من عذاب النار
 .
Ya ayyatuhan-nafsul-mutmainnah.
Irjiei ila robbiki rodhiyatam-mardhiyyah.
Fa-dkhuli fi eibaadi.
Wa-dkhuli jannati.

[Al-Fajr, 89:27-30]

Embah,
Kau tetap disayangi kerana kau menyayangi.

Tenanglah ruhmu di sana.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Thursday, September 6, 2012

No comments:

Sahabat QQ