Catatan Lavender La Nuna : Mu7asabah & 1qrar.

Muhasabah 1432 H.

1432 H berlalu dengan begitu pantas seperti tahun-tahun sebelumnya. Seperti biasa, tatkala menjelang akhir tahun, pastinya saya dan mungkin sahabat-sahabat lain pasti akan merasa begitu cepatnya masa berlalu. 

Dan pasti akan terasa, sekian begitu banyaknya perkara-perkara yang belum  tertunai dan belum terlaksana sepanjang tahun yang bakal pergi meninggalkan kita.

Dan pasti akan lebih menyesali perkara-perkara yang tidak tertunai dan tidak terlaksana itu sebenarnya berasal dari kecuaian diri sendiri dalam memanfaatkan masa yang ada. Juga dari kegagalan diri mengutamakan perkara yang patut diutamakan di antara perkara-perkara penting di dalam hidup.

Usia tidak dapat tidak pasti bertambah, seiring dengan tanggungjawab yang menanti.
1432 H. Ia punya kenangan tersendiri, tidak dapat dinafikan. Sama ada suka mahupun duka, pahit mahupun manis, ia tetap meninggalkan memori. Yang manis, ia tetap akan menjadi kenangan terindah tanpa lupa untuk muhasabah agar jangan terlalu selesa dengan saat-saat gembira. Yang pahit, itulah yang perlu diperhalusi, diperbaiki agar tidak diulangi pada masa hadapan.

Selamat tinggal 1432 H.

1433 H menjengah dengan harapan yang menggunung tinggi.

..

Iqrar 1433 H.

Tajdid azam.

Tajdid niat.

Tetapkan matlamat.

Rancang dengan strategi.

Laksanakan dengan penuh komitmen.

Doa dan tawakkal kepada Ilahi.

Merancang memang mudah, tapi melaksanakannya tidak dapat tidak pasti perlukan mujahadah. Berusaha untuk mewujudkan dunia yang lebih indah. Kalau pun bukan untuk orang lain, biarlah ia dicipta untuk diri sendiri terebih dahulu.

Apa saja bidang pun, ghoyahnya biarlah kerana Allah. Pokok pangkalnya, hubungan dengan Allah perlu diperhalusi dari masa ke semasa. Hasilnya biarlah bermanfaat untuk ummah. Menjana ummah beragenda biarlah bermula dengan diri sendiri.

Akademik | Hafaz Al-Quran | Bidang Penulisan | Tarbiyah

Akademik : Iqrar pada diri untuk lebih struggle. Muaddal bukanlah segala-galanya, ijazah bukan tanda kemasyhuran tapi ijazah adalah wasilah untuk menyampaikan risalah buat ummah. Tidak dapat tidak, mumtazah biar untuk ummah!

Hafaz Al-Quran : Tasmi3, Muroja’ah dan Hifzul Jadid. Untuk melahirkan generasi professional-huffaz, kita perlu mulakan dengan diri sendiri. Tekad untuk menjadi hamalatul Quran, selewat-lewatnya sebelum bergelar zaujah.  (ok, tak mahu komen lebih).

Penulisan : Sebagai langkah awal untuk menyumbang sesuatu kepada ummah, mulakan dengan penulisan. Tak dapat menyumbang banyak, biarlah sedikit tapi berterusan.

Tarbiyah : In the end, tarbiyah adalah pelengkap segala-galanya. Hidup ini takkan bermakna tanpa tarbiyah. Seperti kata mantan Pengerusi Masjid Al-Irfan KML 2004/2005, Akh Zulhilmee Makmud, “Akademik itu penting dan tarbiyah juga penting. Akademik semestinya di tempat pertama tetapi tarbiyah bukan di tempat kedua.” Bermakna, akademik dan tarbiyah seharusnya selari. Tidak dapat tidak.

Akhirnya buat renungan diri sendiri, yang selalu alpa.

Demi masa! Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh. Dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
[103 : 1-3]

1433 H akan menjadi lebih bererti jika kita yang berjaya membuatkannya bermakna.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Friday, November 25, 2011

No comments:

Sahabat QQ