Seruan Cinta Ilahi : Illham Ellani

Dia sudah pergi. Dia sudah tiada. Dia, Mohd Illham Ellani bin Jamal. Dia, saya tidak pernah kenali secara dekat. Dia tidak pernah menjadi sahabat saya. Setahun lebih di Jordan ini, saya cuma mengenali Almarhum hanya pada nama. Itupun kerana namanya kadang-kadang meniti di bibir sahabat-sahabat saya yang seBAKSIS (Badan Kebajikan Mahasiswa Sabah) dengan Almarhum.

Almarhum Illham Ellani, berbaju light pink paling kiri. sumber : facebook Almarhum.

Illham Ellani : 8 Mac 1991 – 3 Disember 2011
Mengimbas kembali detik-detik pemergian Almarhum, melalui update status di akaun Facebook milik Almarhum, menyatakan beliau mengalami symptom demam-demam, pening kepala dan hidung berdarah (setiap 2-3 jam sekali). Ditahan di wad dan didiagnos sebagai mengalami Acute Mylogenous Leukemia (AML) di samping pendarahan (hemorrhage – M3) dan kegagalan paru-paru menerima oksigen.
3 Disember 2011 : Terbaca update status seorang JUSTian. Senior Dr. (to-be-insya Allah) Ahmad Hidayat Hasni, Presiden PERMAI.
السلام عليكم،
زميلنا الهام العاني -سنة ثالثة، ماليزي الجنسية- يتلقى العلاج في مستشفى الملك عبدالله وبحاجة الى نقل صفائح دموية.
بنك الدم لا يستقبل التبرعات اللا من الاردنيين، فمن يملك دم من فصيلة
O+ ويرغب بالتبرع له الرجاء التواصل مع:
أحمد هداية 0779667895

نتمنى له الشفاء العاجل
ولكم جزيل الشكر
.
Assalamualaikum.
Our colleague, Illham Ellani, 3rd year medical student, Malaysian citizen, currently is receiving a treatment in King Abdullah University Hospital, and requires a platelet transfusion.
The blood bank doesn't allow donation except from Jordanians.
Therefore, anybody who has O+ blood group, please contact me, Ahmad Hidayat, at 0779667895.

Tq.

Saat-saat terakhir hayatnya di KAUH. sumber : facebook BAKSIS Jordan

Difahamkan bahawa Presiden PERMAI, Ahmad Hidayat Hasni menerima mesej dari ramai kenalan Arab Urduni yang menawarkan diri untuk menderma darah mereka. Di saat-saat bantuan mencurah-curah datang, percaturan Allah mendahului segala-galanya. Tepat jam 3.15 petang (waktu Jordan), Illham Ellani menghembuskan nafas terakhirnya di wad kecemasan King Abdullah University Hospital, setelah 6 hari menerima rawatan intensif.
Jenazah selamat disempurnakan di KAUH dan disolatkan di Masjid berhampiran EMJ, Amman sebelum diterbangkan ke Malaysia diiringi ibu & ayah Almarhum yang tiba di saat-saat akhir hayat Almarhum.

1515 : 03122011
Belasungkawa. Satu Irbid berkabung. Tidak kira sama ada yang mengenali atau yang tidak mengenali Almarhum. Tidak kira senior mahupun junior. Tidak kira JUSTian mahupun Yarmoukian. Tidak kira Maliziyin mhupun Urduni.
Buat julung kalinya dalam hidup, terasa benar suasana ibarat ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa jua sakitnya.’ Jika di Malaysia, situasi ini mungkin tidak begitu dirasai kerana berada di tanah air sendiri.

Kehilangannya sangat dirasai kerana Almarhum Illham pergi sekelip mata, hanya beberapa hari selepas didiagnosis. Sekejap saja Almarhum menderita, dan Allah ambil dia buat selama-lamanya. Dan kerana berada di perantauan, jauh dari keluarga, suasana pilu lebih dirasai oleh kami, para mahasiswa Malaysia Irbid.

Hebatnya roh ukhwah atas sandaran aqidah yang Allah tunjukkan buat kami di sini walaupun ada antara kami yang tidak pernah mengenali Almarhum sebelum ini.
Yang nyata, kami berkongsi satu rasa – Pilu.

di KAUH. inna lillahi wa inna ilahi rojiun. sumber : facebook PERMAI.

Seruan Cinta Ilahi

Dia masih muda dan dia pergi dahulu sebelum saya yang lebih tua darinya. Padanya, masih banyak potensi yang belum dimanfaatkan. Itu hanya pandangan seorang hamba yang dhaif seperti saya. Hakikatnya, Allah lebih tahu apa yang Dia lakukan.

Allah ambil dia agar kita yang masih hidup dapat ambil iktibar dari pemergiannya. Terima kasih Allah kerana kurniakan Illham Ellani buat kami walaupun hanya mengenalinya untuk beberapa hari di alam maya.

Buatmu, Almarhum Illham Ellani, bertuah sungguh dirimu kerana terpilih untuk pergi di bumi anbia. Pergi dalam keadaan masih menuntut ilmu. Moga segala amalmu dinilai ibadah di sisiNya. Moga jannah menjadi kerehatan abadi buatmu, dik. Kami pasti akan menyusulmu kelak.

Benarlah, mati itu motivasi paling berkesan buat yang masih hidup.

Almarhum Illham Ellani, berjubah putih bersama kumpulan Gen AzZikr. sumber : saifulislam.com

Wahai jiwa yang tenang "
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. 
Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. 
Masuklah ke syurgaKu. "

[Al-Fajr, 89 : 27-30]

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Sunday, February 19, 2012

No comments:

Sahabat QQ