BICARA CINTA BUATMU, RASULULLAH

Bermulanya suatu saat
Detik lahirmu suatu rahmat
Nur melimpah ke serata Makkah
Sedang istana kisra Parsi runtuh menyembah tanah
Api biara Majusi jua terpadam kalah.

Wahai kekasih Allah,
Indah senyummu itulah tawamu
Indah akhlaqmu seindah Quran mukjizatmu
Indah pimpinanmu menyatukan umat di zamanmu
Kerana engkau insan mulia sepanjang waktu.

Ya Rasulullah,
Engkaulah teladan, engkaulah qudwah
Jalan dakwahmu tak pernah sunyi dari mehnah
Engkau peniup semangat mujahadah
Buat para syuhada perindu jannah
Tak pernah berundur walau selangkah
Demi menegakkan kalimah wahidah.

Ya Rasulullah,
Sungguh aku mengerti
Biar setinggi mana rindu untuk bertemu denganmu
Siapalah aku untuk mengintai redup wajahmu
Siapalah aku untuk mendengar damai suaramu
Kerana aku malu di hadapanmu yang mulia
Kerana sunnahmu masih culas aku amalkan
Kerana Quranmu masih gagal untukku khatamkan semalaman
Kerana semangat juangmu masih gagal untukku pertahankan
Kerana aku tak sanggup berhadapan denganmu
Dengan wajah penuh terpalit dosa
Kerana aku umat yang hina tanpa syafaatmu.

Ya Rasulullah,
Walau saat nafasmu ditarik perlahan
Kasihmu tetap pada umat.
Walau kini setelah sealaf dirimu bersemadi,
Kasihmu tetap mewangi seharum kasturi
Bersemi di hati para muttaqin perindu syafaatmu.

dari kalam hati seorang;
Nur Amalina Muhd Amin
Enhanced by Zemanta

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Wednesday, February 22, 2012

No comments:

Sahabat QQ