Dari Serambi Dataran Syuhada : 365 Hari Melangkah Tanpa Henti

18 September 2010 – 18 September 2011

Genap 365 hari melangkah tanpa henti di Bumi Syam ini. Jika setahun yang lalu, diri ini masih teraba-raba, masih ragu-ragu dengan hari esok yang lebih mencabar…

Hari ini, dengan keizinan Allah dan berkat doa ibu ayah, saudara-mara dan sahabat sahabiyah, kaki ini melangkah dengan begitu yakin dan pasti. Matlamatnya cuma satu. Ya, matlamat ijazah dengan natijah mumtaz [walaupun hampir mustahil untuk mumtaz]  -  itu sudah pasti. Apa yang lebih penting, tanamkan niat raih ilmu untuk redha Ilahi. Walau ada kalanya terpaksa berhadapan dengan ujian futur, walau ada kalanya terpaksa mengalir air mata ini dek kerana peritnya menuntut ilmu, itu semua bukan perencat semangat. 

Mak dan abah – Bukan sedikit harta yang dilaburkan hingga mencapai ke tahap ini. Tak perlu dihitung semenjak lahir, kos belanja untuk ke luar negara ini hampir memakan belanja puluhan ribu. Apa yang kurang, mak dan abah cuba sedaya upaya lengkapkan. Semuanya supaya saya merasa selesa di tempat orang. Apa lagi jika dihitung semenjak lahir, memang tak terbalas budi mak dan abah. Budi harta dan budi kasih sayang. Budi kasih mak dan abah yang menghantar saya ke tanah ini.

Ya Allah, apa lagi yang saya perlukan? Nikmat apa lagi yang lebih bermakna selain punya kedua ibu bapa yang sangat menyayangi dan mengambil berat?

Saudara-mara – Perhatian mereka, bantuan mereka, sangat saya hargai. Saat saya berjauhan dengan ibu ayah, tiada tempat lagi saya bergantung harap melainkan dengan saudara-mara. Bergantung harap dengan Allah itu sudah pasti. Lebih bersyukur lagi, kerana Allah kurniakan saya dengan saudara mara yang sangat mengambil berat, tak kira saat senang mahupun saat sulit.

Sahabat-sahabat & para muallim – Sahabat-sahabat, merekalah yang menjadi kekuatan saya. Para muallim dan muallimah, doa dan usaha mereka mendidik saya sehingga ke tahap ini, hanya Allah yang layak membalasnya.

Terima kasih Tuhanku, terlalu banyak nikmatMu melebihi ujian yang Engkau timpakan ke atasku.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Sunday, October 30, 2011

No comments:

Sahabat QQ