Catatan Lavender La Nuna : Hari yang Dinanti

Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba. Dari ruang hadapan sehinggalah ke dapur dan bilik air, semuanya dikemas serapi-rapinya. Alhamdulillah, lantai ruang hadapan teratak embah berjaya juga disiapkan dengan chantiquenya sebelum mak, abah dan adik-adik sampai. Cuma tak sempat nak pecahkan lantai ruang tamu utama ini.

Subuh-subuh lagi embah dah tanya tentang mak. “Mak engkau balik hari ni kan?” tanya embah kala saya melintasi embah yang terbaring di atas tilam nipisnya. “Ya embah.” Duduk sebentar, meraikan soalan-soalan embah. “Tengah hari lepas solat Jumaat, insya Allah mak sampai.” Tambah saya, sebelum embah bertanya. Macam tahu-tahu saja soalan embah yang seterusnya memerlukan skema jawapan seperti di atas.

Syukur, Pak Chop tak ke mana-mana hari ini. Dia pun tahu adiknya akan balik ke kampung hari ini, maka aktiviti memikat burung ditangguh buat sementara waktu. Untuk santapan tengah hari, pada mulanya saya ingin memasak asam pedas cencaru. Tapi, disebabkan Pak Chop dah muak kot, maka Pak Choplah jadi chef leader hari ini, menunya : Cencaru Masak Pecal.

Tengah hari itu, embah bagi satu lagi tugasan buat saya. Jahit cadar. Perlukan penelitian yang baik. Sakit belakang dibuatnya. Ngantuk, satu hal. Nak minta postpone, takut pula. Jahit dan terus jahit walau ada kalanya terserong, embah dengan kuasa vetonya  berkata, buka semula, jahit semula. Teruskan juga menjahit dalam keadaan tersengguk-sengguk – tapi buat-buat gagah – sehingga kedengaran bunyi enjin kereta. Kereta siapa?

Pak Yeh!!

Mak, abah dan adik-adik dah sampai! Terus hilang segala perasaan mengantuk. Cadar yang separuh siap ditinggalkan. Pergi serbu mak dan abah! Rindu infiniti!

Rindu itu rahmat. Rindu itu nikmat. Selagi rindu itu dalam syariat, selagi itu ia dikira ibadat. Hari ini terlerai segala rindu. Rindu antara kami anak-beranak.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Saturday, September 24, 2011

No comments:

Sahabat QQ