7 Mei 2010 . Jumaat
Siapakah makhluk bermotosikal itu? [tak habis lagi isu semalam rupanya…]
Nuna dah report kat Pak Padil. And what Pak Padil said about the mysterious guy : “Owhh.. Pak Cik Awinlah tu. Pak Cik Awin memang selalu datang saja-saja ke belakang tu.”
Nuna tiba-tiba teringatkan Pak Cik Awin yang selalu datang pagi-pagi menjemput Pak Padil untuk ke kebun bersama-sama. Apa motif beliau datang melawat belakang rumah embah malam-malam?
Seriau Nuna dibuatnya.
Kalau Pak Cik Awin, Nuna tak kisah sangat.
Tapi, kalau bukan Pak Cik Awin?
Hopefully Pak Padil tak tinggalkan embah berseorangan malam-malam, sepanjang peninggalan Nuna ke Port Dickson hari ini, insya Allah untuk satu malam saja.
Satu malam saja Pak Padil!
Dan pagi ini seperti yang dijanjikan, Nuna akan ke Pejabat Imigresen Batu Pahat lagi untuk menuntut passport. Punyalah lama menunggu giliran sampai, akhirnya, encik imigresen yang berwajah iras-iras selebriti Awal Ashaari suruh datang petang selepas solat Jumaat pula. Grrrr….. Sabar ye hati. Syukur, dapat siap hari ini juga dan kalau boleh, biarlah petang ini petang terakhir berurusan dengan Encik berwajah Awal Ashaari ini.
Habis berurusan dengan Encik ‘Awal Ashaari’. Alhamdulillah. Sangat lega. Dan petang itu, sekali lagi Pak Mat hantar ke Terminal Bas Batu Pahat. Perjalanan yang sama ke Terminal Bas Melaka Sentral. Dan seperti biasa, sampai saja di Melaka Sentral, call Pak Cik Aris minta jemput di Terminal Bas Masjid Tanah sebelum menaiki bas ke sana. Sampai di Masjid Tanah dan waktu sudah beranjak melepasi Maghrib. Alhamdulillah, sebab sebaik menjejak kaki ke tanah Masjid Tanah, Pak Cik Aris sudah tercegat di hadapan mata bersama Kancil comelnya. Turut menjadi penumpang Pak Cik Aris, seorang junior DPI – destinasi yang sama – Uniti Village. Jimat budget. Tambang boleh bahagi dua. Alhamdulillah lagi.~
Dan malam itu, berukhwah lagi bersama Faizin, Yana dan adik-adik yang lain. Maafkan kakak ya, adik-adik. Insya Allah ini kali terakhir akak menyusahkan antunna sebelum meninggalkan antunna semua. Insya Allah, semoga dipermudahkan perjalanan urusan pada esok pagi. Insya Allah, jika selesai semua urusan esok, esok juga akak akan pulang.
Dan insya Allah, jika segala urusan dipermudahkan untuk selesai esok, maka segalanya akan beres dan semoga ini kali terakhir untuk aku berulang-alik dari Batu Pahat ke Pasir Panjang, Port Dickson. Sangat melelahkan, menuntut bukan sedikit pengorbanan kerana itulah jalan yang aku pilih.
Sebelum tidur, menyusun agenda untuk esok hari.~
يا الله, أنا الفاقرة إليك, لا أرجو أحدا غيرك.

Parit Sempadan~