Sebuah Catatan Rindu (Episod V)

13th Day : 6 Disember 2009

Seawal pagi lagi Pak Mat balik ke rumah embah kerana hendak menjenguk kambing-kambing peliharaannya di sebuah kandang di belakang rumah embah. Kami sarapan bersama.
Dan saya sudah jangkakan bahawa soalan ini akan keluar juga dari mulu Pak Mat pada hari ini.

“Bila kau nak pergi kolej?”

Saya jadi gementar pula nak jawab soalan Pak Mat. Entah kenapa tiba-tiba gementar, saya sendiri tidak pasti. Apa yang saya tahu, saya segan sangat sebab selalu menyusahkan Pak Mat dan keluarganya.

Sebenarnya kepulangan saya kali ini, saya sudah merancang untuk pergi ke kolej sewaktu saya menuntut dalam jurusan diploma Dirasat Islamiyyah dahulu. Kepergian saya nanti adalah untuk melunaskan segala hutang-piutang saya dengan kolej yang tertunggak sebanyak RM5000 bersamaan dengan RM2500 untuk satu semester. Bermakna, 2 semester berturut-turut, iaitu pada semester ke-5 dan terakhir, saya berhutang dengan kolej.

Dan sebenarnya, saya sudah merancang untuk pergi ke kolej itu bersama adik saya, Amirah. Saya berusaha mencari alternatif sendiri walaupun saya sudah menjangka ianya bakal mendapat tentangan hebat dari mama dan abah saya. Mama tetap mahu saya pergi bersama Pak Mat. Hurm.. Mama.. Sangat-sangat risaukan anak gadisnya ini. Walhal saya sudah tersangat biasa menyendiri menjadi ibnu sabil di tanah beradat itu selama 3 tahun.

Kalau mengikut perancangan asal, kami akan menumpang di rumah bekas teman serumah saya dahulu di UNITI Village. Kebetulan mereka sedang menghadapi imtihan an-nahyu al-fasl.
Malangnya, saya tidak sempat untuk menemui sahabat-sahabat saya itu. Semuanya kerana saya harus menunggu gaji bulanan sepanjang saya menjadi GSTT dulu masuk ke dalam akaun saya. Lamanya menunggu gaji masuk sehinggakan abah terpaksa menghubungi kerani yang bertugas di pejabat sekolah kami bertanyakan tentang masalah tersebut. Lamanya sehinggakan sahabat-sahabat saya sudah selamat menyelesaikan imtihan paper akhir, namun gaji saya tetap belum masuk lagi.

Apakan daya… Kami hanya mampu merancang,tetapi Allah lah sebaik-baik perancang.
Terima kasih Pak Mat kerana sangat mengambil berat. Sangat mengambil berat tentang kebajikan anak-anak saudaranya. Sehinggakan saya sudah terlalu segan untuk meminta pertolongannya.
Tak termampu rasanya membalas jasa Pak Mat yang tidak ternilai besarnya kepada saya. Semoga Allah sahaja yang membalas segala jasa-jasa baikmu dan keluargamu,, dari awal saya dilahirkan, sehingga saya melanjutkan pelajaran di kolej, lalu sehinggalah ke saat ini.

14th Day : 7 Disember 2009

Genap dua minggu kami bermukim di desa ini. Juga masuk hari ketujuh saya menulis cerpen ‘Seharum Syahadah Zinnirah’. Bermakna, sudah tujuh halaman saya taipkan untuk cerpen ini.
Kelembapan idea mula terasa. Namun klimaks dari cerita ini belum dapat saya garap.
Sedangkan sebelum ini, idea lebat mencurah-curah bagaikan air terjun.
Malam mulai terasa dinginnya sedingin otak saya yang kian membeku. Adik-adik pula berkerumun di hadapan laptop Kak Ngah mereka, Amirah menonton drama Korea yang sempat di’download’ dari internet sebelum balik ke kampung. Entah apa judulnya, saya pun tidak tahu.

Apa yang membuatkan saya hairan dengan kegilaan adik-adik saya dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Korea. Pelakon Korea, penyanyi Korea, drama Korea, bahasa Korea, stail Korea dan segalanya yang berkaitan dengan Korea. Malah, jika ada peluang di rumah, adik perempuan bongsu saya akan menukar channel TV ke channel KBS yang merupakan channel khusus untuk drama dan berita Korea.
Pelik sungguh saya dengan fenomena ini.

Jika dulu, masyarakat terlalu fanatic dengan drama-drama Bollywood, diikuti dengan telenovela Sepanyol yang pernah menjadi fenomena, Rosalinda atau sinetron Indonesia yang juga pernah menjadi fenomena di negara ini, Bawang Putih Bawang Merah, juga telenovela Filipina (yang
saya sendiri tak ingat judulnya), sekarang telah beralih angin ke Korea pula.

Sekalipun saya pelajar syariah yang menuntut ilmu agama, namun saya bukanlah malaikat yang tugasnya hanya beribadat kepada Allah. Saya bukan manusia yang terlalu syadid sehingga langsung menolak sebarang media hiburan seperti televisyen dan radio kerana tidak semua rancangan televisyen yang boleh membawa mudharat. Itu semua bergantung kepada kita sebagai pengguna. Kita sebagai penggunalah yang seharusnya bijak memilih rancangan-rancangan televisyen yang bermanfaat.
Kenapa saya kurang gemar dengan drama-drama dari luar walaupun sebenarnya saya bukanlah peminat tegar industry hiburan? Faktornya mudah sahaja. Pertama, kerana pakaian aktresnya yang amat menjolok-jolok mata. Kedua, kerana factor bahasa (kecuali filem Hollywood yang bukan dari klasifikasi 18SX).

Justeru, saya agak terkilan dengan golongan yang amat fanatic dengan budaya hedonism ini. Walaupun saya bukanlah orang yang alim dalam bidang agama, tetapi kita seharusnya jangan terlalu fanatic dengan hiburan semata-mata. Biar apa yang kita manfaatkan dari kemudahan media seperti televisyen, radio, internet dan sebagainya kita salurkan sebagai kemudahan untuk kita kembangkan lagi medan dakwah. Biar kita bersederhana dalam memanfaatkan media hiburan. Jangan terlalu melampaui batas, kerana amalan bersederhana itu dituntut juga dalam agama kita.

Saya tidak menyalahkan mereka yang menonton televisyen kerana saya juga penonton seperti mereka. Cuma, berpada-padalah. Dan pandai-pandailah memilih rancangan televisyen yang sesuai dengan kedudukan kita sebagai masyarakat Melayu beragama Islam di Nusantara ini.
Satu lagi persoalan yang sering bermain di minda saya..
Sejauh manakah kebanjiran drama-drama tempatan mahupun luar dapat membantu membendung permasalahan umat akhir zaman ini terutamanya salah laku remaja yang kian membimbangkan? Adakah mampu mengajak ummah meng’awla’kan seruan dakwah daripada berTuhankan hiburan?
Wallahu a'lam bissawab...

15th Day : 8 Disember 2009

Pagi ini seusai membaca zikir Ma’thurat, saya bergegas ke dapur untuk menolong mama menyediakan sarapan. Hari ini mama membuat sarapan yang sudah pasti akan membangkitkan senyuman dan selera embah. Roti canai special yang mama uli sendiri tepungnya, canai sendiri dan saya hanya menjadi tukang bakar roti canai.

Pada mulanya saya ingin turut mencanai doh yang mama sudah bentuk bulat-bulat. Tetapi mama tidak membenarkan. Mama kata, kalau nak belajar buat roti canai, kena belajar dari menguli tepungnya dulu.

gambar cuma hiasan

Rupa-rupanya, seawal malam tadi, sewaktu kami semua sudah masuk tidur, mama menguli tepung untuk dibentuk bulat-bulat. Semuanya mama kerjakan seorang diri. Kenapalah mama tak ajak saya sekali… Saya cuma menahan geram di dalam hati melihat doh bulat-bulat yang mama letakkan di dalam dulang, menunggu masa untuk dicanai. Geram melihat tangan mama yang lincah mencanai doh. Ikutkan hati, rasa macam nak capai doh tu dan buat seperti yang mama lakukan. Tapi, takut juga kalau mama marah…

Beberapa keping roti canai yang sudah siap, saya asingkan ke dalam pinggan lain sebagai sarapan untuk embah berserta dengan kuah kari kentangnya. Terimbau kembali semasa zaman embah masih cakah dulu. Seperti mama juga, seawal malam lagi embah sudah menyiapkan doh yang dibentuk bulat-bulat seperti pau untuk dicanai pada keesokan harinya. Embahku yang gigih,, kini sikapnya diwarisi pula oleh anak-anak embah…

gambar cuma hiasan

“Sarapan embah.” Saya mempelawa embah sarapan. Embah sedang menyikat rambutnya yang tinggal sedikit untuk disimpul menjadi sanggul yang comel. Melihat wajah tua embah, sayang
saya semakin tumpah buat embah.
“Pandai mak engkau buat roti canai ya..” ujar embah saat menikmati hidangan roti canai.
Senyuman terpamer di wajahnya.
“Mestilah.. Anak embah..,” saya berkata sambil tersenyum. Embah tergelak kecil. ‘Cucu embah ni je yang belum pandai..’ gumam saya dalam hati.
Embah mengajak saya makan sekali bersamanya namun saya enggan. Seronok melihat embah begitu berselera menghadap hidangan pagi itu. Cawan bekas minuman susu dan bijirin oat saya alihkan dan gantikan dengan minuman teh.

Wajah embah saya tatap dalam-dalam tanpa embah menyedarinya. Embah belum tahu lagi yang kami akan meninggalkan kampung ini minggu hadapan. Mama sendiri pun tak sampai hati untuk memberitahu embah. Dan tak sanggup untuk membayangkan jika embah tahu kami akan meninggalkannya. Sebak merias di dada. Saya tahankan juga agar tidak ketara pada penglihatan embah kesedihan ini. Mana mungkin kami sanggup melihat embah sedih?

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Saturday, January 9, 2010

No comments:

Sahabat QQ