Sebuah Catatan Rindu (Episod IV)

9th Day : 2 Disember 2009

Hari Rabu. Seperti biasa mama dan abah akan pergi ke Pekan Rabu Parit Yusof untuk berbelanja barangan dapur basah. Saya dan adik-adik di rumah seperti biasa menemankan embah sambil membuat persediaan untuk memasak tengah hari. Di kampung ini, seperti sudah menjadi kebiasaan kami akan memasak untuk makan tengah hari lebih awal berbanding di rumah sendiri.

Sedang saya leka membuat kerja di dapur, tiba-tiba adik saya Amirah membuat isyarat bunyi yang hanya kami fahami. Saya menoleh ke arahnya yang ketika itu sedang berada di ruang tamu. Dia menguit saya agar mendekatinya. Tanpa banyak bicara saya bergegas mendekatinya tanpa meninggalkan bawang yang sedang saya kupas di tangan saya.

Dari ruang tamu itu, saya melangkah menuju ke ruang hadapan mengikut langkah adik saya. Di sebalik laluan yang menghubungkan antara ruang tamu dengan ruang hadapan, Amirah tiba-tiba mendepakan tangannya menghalang pergerakan saya, seraya membuat isyarat supaya jangan mengeluarkan suara. Saya terus mengintai dari sebalik dinding. Mata saya terarah ke kamar tidur embah yang kami bertiga sering tumpangi saban malam untuk tidur.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati embah sedang menjalankan tugas ‘spot check’nya ke atas barang-barang kami yang ditumpangkan di dalam biliknya. Lagaknya seperti seorang warden sekolah asrama penuh. Habis segala barang-barang di dalam beg diteliti satu-persatu sebelum dimasukkan semula ke dalam beg.

Debaran yang saya alami tadi kini bertukar menjadi suatu perasaan yang lucu. Saya menoleh ke arah adik saya. Adik saya sedang menekan-nekan perut menahan geli hati. Manakan tidak, krim pencerah yang saya letak di satu sudut di atas rak pakaian embah, turut embah buka dan dihidu-hidu. Akhir sekali dicuitnya sedikit lalu disapu-sapu ke tangan. Sebotol penyegar yang saya letak berdekatan turut embah buka dan tadah isinya ke atas telapak tangan. Isinya kemudian disapu-sapu ke kaki seperti menyapu minyak urut.

Saya dan adik sudah tidak sanggup melihat insiden yang saya rasakan lucu. Ada ketikanya saya rasa kasihan pula. Di dapur, saya sudah tidak sanggup untuk gelak lagi. Rasa bersalah dan berdosa meresap dalam hati saya. Nasib baik embah tak menyedari kami memerhati gerak gerinya. Kalau tidak, mahunya terperanjat cipan dibuatnya embah.

Isyy.. Tak patut betul kami gelakkan embah macam tu. Zaman embah muda-muda dulu, bukannya ada alat-alat kosmetik seperti itu. Begitu yang mama katakan kepada kami apabila kami menceritakannya kepada mama. Sekali lagi saya rasa bersalah. Ya, saya tahu akan hal itu kalaupun mama tidak beritahu. Saya tak kisah pasal alat-alat kosmetik itu semua. Tak luak mana pun bagi saya. Cuma saya rasa betul-betul bersalah sebab gelakkan embah walaupun secara tidak sengaja.

Tak mustahil nanti apabila saya sudah tua macam embah,, saya akan lakukan perkara yang sama kepada anak cucu saya. Siapa tahu?

10th Day : 3 Disember 2009

Pagi ini menu sarapan ialah epok-epok atau nama komersialnya, curry puff. Nak lagi senang, karipap. Seawal malam tadi, saya dan adik-adik membantu mama menguli tepung, memasak intinya, seterusnya, membentuk dan mengelim tepi karipap.

Sudahnya, jam sudah melangkau pukul 12 tengah malam, barulah kerja-kerja membentuk dan mengelim tepi karipap selesai. Esok baru menggorengnya. Dan sudah tentu embah tersenyum gembira kerana kami memasak makanan kegemarannya.
Bahagia sungguh hati ini bila dapat menggembirakan hati embah tatkala meniti usia-usia emasnya…

11th Day : 4 Disember 2009

Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Seawal pagi saya sudah bersarapan bersama keluarga. Tak lama selepas bersarapan, perut saya tiba-tiba memulas. Ngilunya begitu terasa mencucuk-cucuk usus. Ini bukan sakit perut biasa. Sudah lama saya tidak mengalami sakit seperti ini. Saya pun tidak ingat bila kali terakhir saya mengalami symptom gastric seteruk ini.

Saya bertanyakan mama kalau mama ada bawakan magnesium trisilicate, sejenis pil gastric dari rumah. Hairan pula saya dibuatnya. Macam mana saya boleh mengalami gastric lagi sedangkan makan minum tak pernah tak cukup sejak berada di kampung ini. Malah, tak sempat nak berlapar.

gambar sekadar hiasan

“Mana taknya gastric. Sebabnya, kat kampung ni hari-hari minum air teh.” Jawab mama ringkas sewaktu saya mengajukan pertanyaan kepada mama. Pil gastric yang mama hulurkan, saya kulum perlahan-lahan di dalam mulut. Serasa mengunyah kapur sahaja.
Hurmm.. Betul juga kan. Lupa pula saya tentang hal ke’pantang’an orang gastric.

Maka, sejak hari itu, abah telah membelikan anak kesayangannya ini susu tepung untuk saya minum setiap hari. Setiap pagi dan malam, saya juga jadi seperti embah, sarapan dengan meminum susu. Sebelum tidur pun minum susu. Diet yang sihat.

Sayangi perut anda setiap hari… (iklan Vitagen)

12th Day : 5 Disember 2009

Lewat petang ini Kak Adah menziarahi teratak embah dengan hero kecilnya, Hakimi. Entah bila, abang Rudin bawa isteri dan anak tunggalnya balik, saya pun tak perasan. Boleh tahan sungguh budak Hakimi ni… Cakap dengan dia, kena speaking pulak..

Berbelit-belit lah lidah ni nak bercakap dengan si dak Kimi bertuah ni.. huhu~~
Petang ini, kami berempat bersama-sama Adlina dan si kecil, Hakimi exercise membuang seberapa banyak kalori dalam badan. Memang kecoh jadinya dengan adanya Kimi. Lagipun, bukan selalu dapat jumpa dengan si kecik ni.

Sangka kami, abg Rudin dan keluarganya serta ibu mentuanya yang dibawa sekali menziarahi besannya akan bermalam di rumah Mak Long. Rupa-rupanya, malam itu juga selepas Maghrib abag Rudin sudah berangkat balik menuju ke kampung Kak Adah di Pahang. Memang rushing sangat. Esok dah hari minggu. Selasa hadapan, abang Rudin pergi out station ke Russia. Masa dengan keluarga sangat-sangat berharga kerana masa yang sangat sedikit itulah dipenuhi bersama keluarga tersayang.

Tabahnya seorang isteri dan ibu bernama Kak Adah. Saya sendiri tak dapat bayangkan apabila seringkali terpaksa berjauhan dengan suami tercinta apabila tugas memerlukannya.

Hurmm.. Sekali lagi, inilah namanya pengorbanan. Baik pihak suami, mahupun dari pihak isteri, kedua-duanya harus berkorban masa dan perasaan. Kerana buah dari pengorbanan itu sangat manis untuk dirasakan akhirnya.

(Macam ada pengalaman pula cara saya bercakap ni…)

Apa-apa pun, doa saya semoga Allah memelihara mawaddah keluarga sepupu saya, abang Rudin dan keluarganya, juga keluarga besar saya umumnya. Ameen Allahumma Ameen.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Tuesday, January 5, 2010

No comments:

Sahabat QQ