5th Day : 28 November 2009
Pagi-pagi lagi Pak Aye, Mak Teh, Faidhi dan si kecil, Nafis sampai ke rumah embah. Malam semalam, mereka menziarahi rumah Pak Mat di Banang Height. Oleh kerana sudah lewat malam, mereka bermalam di rumah Pak Mat. Tinggal Wahida dan Nadirah yang tidur di rumah embah bersama kami. Manakala Pak Ni sekeluarga sudah balik ke Muar, ke kampung Mak Cik Ikin petang semalam.
Dan seperti biasa kalau balik ke kampung, Pak Aye selalu akan bermurah hati mengajak kami adik-beradik ke Gersik Hot Spring di Muar. Cuma saya dan Amirah tak ikut sama. Segan… Anak-anak Pak Aye, Wahida dan Nadirah, anak Kak Idah, Adlina, abah, Amnah dan Amirul yang ikut mereka. Abah? Hurmm.. Tak lain tak bukan, kerjaya sambilan abah saya yang seorang ini, photographer tak bertauliah…

Hari ini baru kami berpeluang bermanja-manja dengan si Nafis yang keletahnya seringkali mengundang tawa di bibir kami. Si kecil yang baru berusia dua tahun ini bukan sahaja peramah, malah lincah sekali. Jika semalam Nafis kelihatan pasif bila diajak bergurau, tetapi hari ini sebaliknya. Riuh teratak embah dengan gelagat Nafis. Mood kanak-kanak ini memang sukar ditelah.

Seperti yang dijanjikan, Mak Nah sekeluarga sampai juga akhir hari kedua Aidil Adha ini. Hanya Izzati anak Mak Nah yang ikut balik. Kedua-dua abangnya tidak ikut kerana bekerja dan seorang lagi di kampus.
Malam selepas Maghrib, Pak Ni sekeluarga balik semula ke rumah embah dari Muar. Mereka singgah sekejap sahaja kerana malam ini juga mereka akan balik ke Pasir Gudang. Sangka saya mereka akan balik keesokan harinya kerana pada esok hari, Pak Cik Maliki akan mengadakan walimah anak gadisnya di kampung ini. Apa boleh buat, esok juga Pak Ni harus menghantar anaknya, Umairah pulang ke asrama kerana Umairah belum selesai lagi menduduki peperiksaan SPMnya. Sedih juga kerana kemesraan antara kami dan Helmi, anak kecil Pak Ni baru mula berputik.

Ingatan saya tiba-tiba menerawang mengingati sahabat yang jauh di mata. Sahabat yang suatu masa dahulu pernah berkongsi tangis dan tawa bersama saya. Lama saya tidak mendengar khabar dari mereka. Faizin dan Noriana. Lekas-lekas saya capai fonsel lalu saya taipkan SMS ucapan Aidil Adha sekaligus bertanyakan khabar mereka. Beberapa minit menanti, akhirnya SMS dari Noriana saya terima. Faizin tidak membalas. Mungkin juga tiada kredit, sangka baik saya dalam hati.
Apa yang saya dapat tahu dari Noriana, mereka sedang berhempas pulas menghadapi imtihan akhir semester, di sebalik cuti Aidil Adha ini. Dan apa yang lebih mengejutkan, Noriana memberitahu yang sahabat serumah kami dahulu, Aziemah akan melangsungkan pernikahannya pada 10 Disember kelak. Saya sebak bercampur gembira. Gembira kerana Allah telah menemukannya dengan ‘separuh jiwanya yang hilang’. Sebak kerana selepas ini, tak dapatlah kami bersama-sama lagi seperti sebelumnya. Aziemah sudah punya tanggungjawab sendiri dan saya entah bila akan memikul tanggungjawab sepertinya…
6th Day : 29 November 2009
Hari ini kami ingatkan semua orang di dalam rumah ini akan pergi ke walimah anak Pakcik Maliki. Rupa-rupanya, sepupu-sepupu kami, Faidhi, Wahidah, Nadirah dan Izzati pun malas nak ikut. Saya dan Amirah juga mengalah untuk tidak turut serta. Bukan tak sudi menghadiri undangan itu, tapi kalau kami ikut juga, siapa yang nak jaga embah? Siapa pula nak masakkan makanan tengah hari untuk embah?
Menjelang tengah hari saya dan Amirah sudah mula bising di dapur. Mereka semua sudah pergi ke walimah. Rumah embah lengang seketika. Sepupu-sepupu kami semuanya melepak di rumah Mak Long yang terletak di sebelah rumah embah sahaja. Rupa-rupanya, kamceng mereka anak-anak Kak Idah, si Asfar dan Adlina tidak ikut ke kenduri itu juga. Patut pun mereka berkumpul di rumah sebelah.
Hari ini juga selepas Zohor, Pak Aye sudah berkemas-kemas untuk pulang ke JB. Mak Teng pun akan tumpang Pak Aye sekali untuk balik ke rumahnya di Taman Perling. Hurmm.. Sedihnya nak berpisah dengan mereka, lebih-lebih lagi berpisah dengan Mak Teng dan Nafis si budak Ben 10 tu.
Menjelang Asar, kenalan Pak Chop datang. Datang yang saya sangkakan datang nak beraya, rupa-rupanya datang nak membantu Pak Chop memasang alat pemikat burung. Setelah alat tersebut dipasang dan mengeluarkan bunyi riuh seakan-akan burung berkicauan, kami lihat di dada langit yang luas terbentang, berpuluh-puluh ekor burung terbang berlegar-legar di atmosfera menghampiri rumah burung yang terbina di belakang rumah embah. Satu petanda yang baik. Mudah-mudahan selepas ini, lebih banyak lagi burung akan bersarang di rumah burung yang dibina atas titik peluh Pak Chop. Semoga usaha Pak Chop kali ini membuahkan hasil.
Lewat petang ini kian sunyi apabila Mak Nah sekeluarga pun meninggalkan kami. Dan senja kian berlabuh dengan kicauan unggas di dada langit yang kian memerah…
7th Day : 30 November 2009
Hari ini kami melakukan tugas seperti biasa. Teratak embah juga kembali lengang seperti biasa. Seperti waktu mula-mula kami sampai di rumah embah seminggu yang lepas. Ya, sedar tak sedar, rupa-rupanya sudah seminggu kami di kampung ini.
Dengan tak semena-mena lewat pagi itu sedang saya sibuk memasak di dapur, saya telah menerima satu SMS dari seorang sahabat yang amat saya rindui. Sahabat yang pernah berkongsi hidup serumah dengan saya semasa di kolej, berkongsi makan minum, jerih payah menyiapkan assignment juga sudah saya anggap sebagai sebahagian dari hidup saya. Dia bagaikan darah daging saya juga.
SMS yang saya terima menyatakan kepada saya berita gembira seperti yang sahabat saya, juga bekas teman serumah saya, Noriana nyatakan dua hari lepas. Tetapi hari ini perasaan saya lebih terharu kerana Aziemah sendiri yang menyatakan perkhabaran gembira itu kepada saya. Gembira tidak terkata. Sudah tentu gembira kerana dia tidak melupakan saya seperti apa yang saya sangkakan.
Entah kenapa hari ini keboringan mula bersarang di hati saya. Mungkin juga sebab semua sepupu kami sudah balik ke rumah masing-masing meninggalkan kami. Mungkin juga waktu-waktu seperti ini kalau di rumah sendiri, sudah saya isi dengan kegiatan online yang seakan sudah menjadi sebahagian dari rutin hidup saya. Mungkin juga…
Ya..!!
Ingatan saya tiba-tiba terarah kepada kucing-kucing di rumah yang sudah seminggu kami tinggalkan. Apa khabar agaknya; Onew, June, Ayu, Abon, Puan Comel dan Adeq? Sudah makankah mereka? Tidur pula mesti dalam kedinginan. Kami tak pernah tinggalkan kucing-kucing kami lama-lama. Paling lama pun tiga hari, kalau balik ke kampung abah. Inilah kali pertama kami meninggalkan kucing-kucing kami sebegini lama.
Sejenak saya membayangkan cucu-cucu Pak Chop; Abg Nek (paling hensem), Kohak (tiada dalam gambar), Abom (paling gemuk) dan Adeq (sama nama). Merekalah yang menjadi pengubat rindu saya dan keluarga terhadap kucing-kucing yang kami tinggalkan. Saya tak sanggup membayangkan perkara-perkara buruk yang kemungkinan akan berlaku. Saya terlalu lemah untuk menghadapi kehilangan lagi.
Saya hanya mampu berserah kepada Allah. Hanya Dia sahaja yang saya harapkan agar menjaga dan melindungi rumah dan kucing-kucing saya.
8th Day : 1 Disember 2009
Hari pertama dalam bulan terakhir untuk tahun ini. Hari ini tiba-tiba saya menjadi seorang pengkhayal. Bukan berkhayal yang bukan-bukan. Tetapi satu permulaan untuk cerpen terbaru saya. Setelah sekian lama menyepikan diri dalam dunia penulisan kreatif, hari ini saya mula bangkit.
Nantikan kemunculannya…
Seharum Syahadah Zinnirah…