Sebuah Catatan Rindu (Episod VI)

16th Day : 9 Disember 2009

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Baru sebentar tadi saya menghubungi pihak pengurusan Kolej Uniti untuk bertanyakan status PTPTN saya yang masih menjadi tanda tanya sejak saya di semester akhir di kolej itu lagi. Walaupun jawapan akak kerani tu agak mengecewakan pada awalnya, namun akhirnya saya tetap bersyukur menerima mehnah yang saya tak ketahui apa hikmahnya ini.
Statusnya, saya memang disahkan sebagai ‘telah tamat pengajian’ oleh PTPTN semenjak saya menuntut di semester lima lagi. Ya, antara hikmah yang saya nampak, saya tak perlu berhutang banyak-banyak dengan PTPTN. Pinjaman yang diberikan kepada saya cuma RM10,000. Tak tahu pula berapa interest yang akan dikenakan kepada saya kerana saya belum menerima ‘surat hutang’ dari PTPTN lagi.

Walau apa pun, ini baru langkah pertama. Selepas ini, esok akan muncul langkah kedua, ketiga dan seterusnya…..

17th Day : 10 Disember 2009

Alhamdulillah, hari ini langkah kedua dan ketiga sudah berjaya saya laksanakan. Siang tadi, saya bersama abah dan Pak Mat pergi ke Bank Muamalat cawangan Batu Pahat untuk melunaskan hutang RM5000 ke akaun Kolej Uniti. Sebelum kami ke Bank Muamalat yang terletak di kawasan Taman Bukit pasir, terlebih dahulu kami singgah ke BSN Batu Pahat untuk memeriksa gaji saya sama ada sudah masuk ke dalam akaun atau belum.

Syukur kepada Allah, gaji saya akhirnya masuk dan saya mengambil hanya sebahagian daripada gaji saya untuk digunakan membayar hutang. Sebahagian lagi, ditaja oleh mama dan abah.
Akhirnya separuh dari beban yang ditanggung saya berkurangan. Beban hutang yang amat terasa beratnya selagi saya tidak lunaskan.
Langkah keempat dan terakhir bakal menyusul…
::: Menjelang tengah hari tadi, saya sempat menghubungi sahabat saya, Aziemah yang bakal menjadi seorang zawjah keesokan hari. Terhibur hati saya mendengar suara cerianya. Terubat rindu saya padanya.

Maafkanku sahabat kerana tidak dapat menghadirkan diri melihat wajah bahagiamu, walaupun aku sangat-sangat merinduimu… Hanya doa yang mampu ku utuskan mengiringi hari bahagiamu… Kepadamu sahabat, ku doakan semoga dikurniakan zuriat soleh dan solehah, penyeri hidup kalian… Ameen Allahumma Ameen.

18th Day : 11 Disember 2009

Hari ini sepatutnya saya pergi ke kolej bersama Pak Mat tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Puan Syikin yang bertanggungjawab mengeluarkan slip keputusan peperiksaan bercuti pada hari ini. Petang ini juga saya dan abah ke rumah Pak Mat untuk melayari internet. Ada perkara yang mengharuskan saya untuk melayari internet. Semuanya berkaitan tentang masa hadapan saya. Dan saya tidak mahu ketinggalan lagi…..
Alhamdulillah… Syukur, saya belum terlambat lagi. Berdasarkan jadual tarikh penting yang saya muat turun dari laman web MOHE, tarikh untuk membeli nombor unik id BSN dijadualkan pada 4 Januari 2010 dan permohonannya akan diadakan pada hari itu juga selama sebulan. Sangka saya, permohonan tersebut akan dibuka pada hujung tahun ini, tetapi ternyata meleset. Walaubagaimanapun, saya amat bersyukur kerana masih ada peluang lagi untuk saya memohon.

Hampir tengah malam baru kami bertolak balik ke kampung. Malam ini, Pak Mat dan keluarganya ikut bersama bermalam di kampung menemani embah. Baru terasa sedikit meriah pada malam ini.
::: Jam 5 petang tadi, sahabatku, Nur Aziemah sudah sah menjadi isteri kepada Mohd Saifuddin. Semoga menjadi isteri dan seterusnya ibu yang solehah sahabatku. Semoga keredhaan Allah mengiringi perjalanan hidup kalian. Kak Amal sayang Azie…

19th Day : 12 Disember 2009

Petang ini rumah embah bakal sunyi. Melihat emak, abah, Amnah dan Amirul yang sedang bersiap-siap, saya rasakan hampir separuh semangat saya hilang. Sungguh ‘mood’ saya hilang petang ini.

Sebentar lagi, mereka semua akan ke pergi ke Tampok, menziarahi keluarga sepupu saya, Kak Ani dengan dihantar oleh Pak Mat dan Mak Semah. Bermakna, tinggal kami berempat sahaja di rumah ini termasuk Thagur. Tapi tidak bermakna yang saya dan Kak Ngah tak sudi untuk menziarahi keluarga Kak Ani. Ingin sangat… Tapi dalam masa yang sama, kami tak sampai hati meninggalkan embah berseorangan tanpa teman. Embahlah keutamaan kami.
Akhirnya mereka pergi jua dengan diiringi doa dan lambaian selamat tinggal dari kami.~(macam nak pergi seminggu je bunyinya..padahal, pergi satu malam je..)
Senja permai itu, seusai mandi sebelum masuk Maghrib, saya dan Kak Ngah baru sahaja berkira-kira merancang untuk memasak nasi dan sedikit lauk malam ini apabila tiba-tiba Achik Yati datang membawakan sebungkus nasi dan lauk berkat yang cukup untuk kami empat beranak makan pada malam ini.

Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada Achik Yati. Murah rezeki kami, ~anak-anak yang ditinggalkan mak ayah malam ini.
Selepas Isyak kami terus membentangkan tilam di ruang tamu. Awal-awal lagi mama sudah pesan tadi supaya tidur di ruang tamu menemankan embah. Sebelum ini, mama dan adik yang selalu tidur di ruang tamu menemani embah. Sejak embah jatuh sakit pertengahan tahun ini, embah tidak lagi tidur berseorangan di dalam biliknya. Senang bagi embah untuk berulang alik ke tandas apabila memerlukan. Lagipun, kedudukan bilik embah yang agak terperosok dan sunyi membuatkan embah tidak berani tidur bersendirian.
Malam semakin larut. Lampu utama sudah dipadamkan. Tinggal lampu dapur sahaja yang memang sengaja tidak dipadamkan.
Jam menunjukkan hampir sepuluh minit lagi tepat jam 12 tengah malam. Saya dan Kak Ngah masih terkebil-kebil lagi di atas tilam memandang siling dengan kipas yang berputar sederhana laju. Tangan kami bertaut erat. Taghur sudah senyap di ruang hadapan. Mungkin juga sedang enak dialun mimpi.
Embah? Embah saya lihat sedang enak berdengkur. Siap selimutkan cucu Pak Chop, Si Abg Nek yang tidur nyenyak di hujung kaki embah dengan kain batik lagi. Abom tidur di atas meja makan di sebelah peti sejuk. Adeq pula tidur di atas gerobok atuknya. Si Kohak saja yang selalu merayau dan tidak pernah balik pada sebelah malam.
Sementara melayan mata yang semakin mengantuk ini, saya sudah berkira-kira untuk membuat sarapan apa pagi esok. Teringat mama, abah dan adik-adik. Mungkin mereka sudah dibuai mimpi kala ini. Entah jam berapa kami terlena, saya pun tak sedar…….

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Sunday, January 17, 2010

No comments:

Sahabat QQ