Sebuah Catatan Rindu (Episod VII)

20th Day : 13 Disember 2009

Awal-awal pagi lagi kami sudah bangkit dari tidur. Usai solat, berwirid Ma’thurat dan mengemas tempat tidur kami segera ke dapur untuk menyediakan sarapan.

gambar cuma hiasan

Menu pagi ini untuk anak-anak yang ditinggalkan mak ayahnya ialah,,, Cheezy Wedges dan goreng pisang…
Untuk embah, seperti biasa minuman bijirin oat sebagai pengalas perut sebelum bersarapan berat. Kelihatan embah tiada di tempat biasanya. Ke mana ya? Spot check lagi ke?

Ohh.. Rupa-rupanya embah sedang berbual-bual dengan Taghur di dalam bilik embah. Nasib baik bilik embah sudah berada dalam keadaan rapi dan tersusun. Saya memanggil embah untuk minum bijirin oat terlebih dahulu sementara saya pergi ke dapur untuk menggoreng pisang dan kentang Cheezy lagi.

Goreng pisang yang saya goreng dan Cheezy Wedges yang Kak Ngah buat kami asingkan di dua pinggan, ambil sebahagian daripadanya sebagai sarapan buat embah. Satu pakej sarapan khas buat embah.
Baru sahaja hendak mengangkat kaki melangkah ke ruang hadapan untuk menghantar sarapan buat embah, tiba-tiba Taghur meluru ke dapur dan pergi menyelongkar tong sampah. Saya dan Kak Ngah saling berpandangan kehairanan, namun tak terfikir pula nak bertanya. Tanpa berlengah, saya terus menghantar hidangan sarapan buat embah di ruang hadapan.
“Engkau ada nampak sanggul embah, Na?” soal embah sejurus saya meletakkan sarapan di sisi embah.
“Sanggul? Embah letak kat mana?” Iskk.. Saya ni pun.. Kalau embah tahu, takkanlah dia tanya saya pula.
“Entah.. Lupa embah letak mana tadi. Ni macam mana nak sanggul rambut. Sanggulnya takde..” Ngomel embah lagi. Aduh.. Gawat nih. Patut pun Taghur beria-ia menyelongkar tong sampah. Tapi, kalau saya menyapu pagi tadi pun, sampahnya terus saya buang keluar. Bukan dalam tong sampah.

Adeshhh.. Boleh panggil reporter nih.. >_<

OPS SANGGUL – Menjejak Sanggul Keramat

PT SEMPADAN, 13 Disember – Penyiasat DiRaja Parit Sempadan (PDRPS) hari ini sekali lagi menggegarkan dunia spy setelah mencatatkan satu lagi sejarah kejayaan apabila salah seorang detektif mudanya berjaya menemukan sanggul seorang nenek berusia 90-an yang dikenali sebagai Mbah Yom yang dikatakan hilang awal pagi ini. Operasi yang diketuai oleh Det. Taghur itu bermula seawal jam 7.30 pagi sebaik menerima aduan.

Detective Conan~rasa macam jadi Shinichi Kudo lak...huhu

Kehilangan sanggul berkenaan adalah dikenalpasti bukan berpunca daripada perbuatan khianat sesetengah pihak. Kebarangkalian nenek tersebut tersalah letak sanggulnya di merata tempat adalah sangat tinggi berikutan kes kehilangan buku cerita kanak-kanak yang dialami oleh nenek yang sama juga.
Seramai tiga orang detektif bersaudara terlibat dalam misi pencarian ini. Pencarian dimulakan oleh ketua misi yang merangkap ketua detektif dengan menyelongkar tong sampah di dapur premis berkenaan. Namun, sangkaan awal beliau ternyata meleset apabila tiada tanda-tanda sanggul dijumpai melainkan sisa-sisa buangan dapur belaka.

Gerakan mencari diteruskan lagi dengan strategi yang lebih terancang. Kali ini para detektif meneruskan usaha mencari di bawah tilam Mbah Yom. Hampir kesemua bantal dan cadar digeledah, namun tetap belum ditemui.

Usaha mencari diperhebatkan lagi dengan memperluaskan wilayah pencarian. Ketiga-tiga detektif yang ditugaskan di dalam misi ini akhirnya berpecah ke tiga kawasan berbeza. Gerakan ini hampir menemui jalan buntu setelah setengah jam pertama yang tidak menampakkan tanda-tanda keberhasilannya. Ini sekaligus mencabar kredibiliti skuad penyiasat yang selama ini tidak pernah gagal dalam misi pencariannya.

Menurut seorang saksi yang namanya enggan disiarkan, kali terakhir beliau melihat Mbah Yom memegang sanggulnya adalah ketika di dalam bilik, 45 minit yang lepas. ~Aduyaii lahh… Nape la tak cakap awal-awal.>_<

Kalau tak, tak payahlah sampai nak selongkar tong sampah…. Adeshhhhh…
Akhirnya, pada jam 8.17 pagi waktu tempatan, sanggul Mbah Yom berjaya ditemui oleh seorang detektif wanita yang hanya mahu dikenali dengan nama Detektif Na. Sanggul berkenaan ditemui di rak pakaian Mbah Yom yang paling bawah sekali. Ia dipercayai diletakkan Mbah Yom di situ sementara beliau sedang berbual-bual dengan cucu lelakinya awal pagi tadi.
Kejayaan PDRPS kali ini merupakan kejayaan kali kedua dalam tempoh dua minggu berturut-turut. Ini sekaligus membuktikan kemampuan skuad detektif PDPRS dalam menyelesaikan kes-kes kehilangan barang bertaraf antararumah dalam masa kurang dari sejam. Mbah Yom turut memuji kecekapan skuad PDPRS.-NONAME

::: Fuhh.. Selesai satu kes. Sebaik saja kes selesai, kami sarapan bersama.

::: Hari ini dalam sejarah. Sanggul embah yang tak pernah hilang tu tiba-tiba saja hilang. Dalam sejarah lagi, hari ini kami memulakan operasi memasak untuk makan tengah hari seawal jam 8.30 pagi, sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh Mak Teng sebelum ini iaitu pada pukul 9 pagi.

Saya dan Kak Ngah sudah berkira-kira untuk memasak asam pedas ikan parang dan sayur kubis apabila tiba-tiba Pak Din dan Cik Atun datang menziarahi kami. Tidak lama kemudian, Mak Semah dan Pak Mat pula datang. Cik Atun yang baru saja balik dari pasar lambak Semerah membawa balik sayur ranti, sayur kegemaran embah. Pagi itu, Mak Semah dan Cik Atun yang membantu kami memasak.

Di dapur embah, kini Mak Semah yang take over. Sekarang Mak Semah jadi leader kami memasak. Maka, menu yang saya dan Kak Ngah plan seawal malam semalam turut berubah disebabkan perubahan chef leader. Menu yang bakal kami persembahkan buat embah ialah, masak tumis sayur ranti, ikan parang masak pindang, sambal tempe dan ayam asam pedas bersos.

::: Kasihan Mak Semah. Sepatutnya singgah ke rumah embah sekejap nak jemput Taghur dan kemudian pergi kenduri jemputan kenalannya. Alih-alih, kena tolong kami memasak pula. Apa-apa pun, terima kasih sesangat Mak Semah, sebab tolong kami. p/s : Ini bukan satu bodekan~sedap giler ayam goreng Mak Semah.. Macam tak pernah makan ayam goreng je…

::: Alhamdulillah, mama, abah dan adik-adik selamat sampai ke rumah selepas Asar tadi. Baru terisi kekosongan dalam jiwa ini. Baru terasa kembali separuh jiwa saya yang hilang itu. Mamalah kekuatanku. Sayang mama & sayang semuanya….

21st Day : 14 Disember 2009

Sekali lagi tak terhingga kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana hari ini segalanya selesai. Siang tadi, saya ditemani abah, Kak Ngah dan Pak Mat pergi ke kolej saya untuk mendapatkan slip keputusan semester 5 dan 6 yang ditahan tempoh hari kerana belum menjelaskan baki yuran tunggakan.

Kolej Uniti yang kami tinggalkan siang tadi sunyi sepi. Semua pelajar senior balik bercuti semester. Yang tinggal, cuma sekumpulan pelajar yang baru masuk untuk memulakan sesi pembelajaran tahun baru kelak. UV yang bakal berpindah dan beroperasi sepenuhnya di tapak UV yang baru. UV yang sudah banyak berubah. Perubahan yang bakal memberi keselesaan kepada adik-adik yang masih dalam perjalanan menuntut ilmu di kolej yang jauh dari kesibukan kota ini. Sempat berbual ringkas dengan Ustaz Razman dan zawjahnya, Kak Aida di tapak kolej lama namun, sayangnya tak sempat nak beramah mesra dengan Asma' bint Razman kerana kesuntukan masa.

Kolej yang banyak mentarbiah diri saya. Sedikit sebanyak terhapus rindu saya dengan UV dan atmosferanya.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Tuesday, January 19, 2010

No comments:

Sahabat QQ