Sebuah Catatan Rindu (Episod VIII)

22nd Day : 15 Disember 2009

Hari ini kami sudah mula berkemas-kemas sedikit demi sedikit. Embah sedari pagi tadi hanyut dalam dunianya sendiri. Begitulah embah semenjak mendapat buku cerita kanak-kanak kepunyaan Amirul. Embah memang tak pandai membaca tapi embah kata, embah suka sangat tengok gambar-gambar berwarna di dalam buku cerita Town Mouse & Country Mouse dan buku kecil Doa Ringkas untuk Kanak-Kanak milik Amirul. Maka, jadilah buku kanak-kanak itu milik embah…

::: Embah sudah berubah… Embah kembali ke asalnya, seperti kanak-kanak yang selalu memerlukan perhatian. Embah… Sungguh rasa tak sampai hati ini meninggalkan embah. Kalau masa dapat diputar kembali, saya tak akan mahu menyertai upgrading martial art. Saya rela stay in blue-belt. Tapi, semuanya sudah berlaku, dan abah sudah pun membeli tiket untuk kami balik bersama nanti. Maafkan cucumu, embah...

23rd Day : 16 Disember 2009

Akhirnya, Seharum Syahadah Zinnirah sudah sampai ke penghujungnya. Tetapi masih memerlukan sedikit sentuhan terakhir dan akan melalui proses editing sekurang-kurangnya dalam masa 2,3 hari lagi. Buat masa ini, belum terfikir untuk dihantar ke mana-mana penerbitan pun. Biarlah ia menjadi khazanah di dalam laptop saya buat sementara waktu ini.

::: Pagi-pagi lagi mama dan abah pergi ke Pekan Rabu Parit Yusof, seperti minggu-minggu lepas juga. Cuma minggu ini merupakan minggu terakhir abah dan mama memeriahkan ke'happening'an Pekan Rabu Pt Yusof ini.

::: Mak Mud dan suaminya datang menziarahi kami tidak lama selepas mama dan abah keluar. Agak kelam kabut juga kami kerana saya sedang sibuk membasuh pakaian. Terasa segan kerana Mak Mud pula sebagai tetamu yang menolong saya menyediakan minuman dan menghidangkan sedikit kuih bingka yang dibawanya.

::: Mungkin kerana tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu dengan mama, Mak Mud menawarkan dirinya untuk menjemput my parents di Pekan Rabu Pt Yusof dan mengajak saya untuk menemaninya. Lagi sekali saya kelam kabut kerana tak mandi lagi dan hanya sempat mencapai tudung 60 bidang kepunyaan Kak Ngah dengan baju dan seluar tidur yang tak sempat diganti. (Tak senonoh betul Kak Long ni). Nak buat macam mana, kalau tunggu saya mandi, tentu membuatkan Mak Mud tertunggu-tunggu lebih lama lagi.

::: Mission accomplished. Mama dan abah sudah dijemput dari pekan dan saya pun meninggalkan mereka untuk beramah mesra. Pakaian-pakaian yang berlambak sedang menanti untuk disidai.

24th Day : 17 Disember 2009

Hari ini terakhir di kampung. Hari terakhir bersama embah. Beberapa hari lepas, embah meminta mama membelikannya selimut baru. Dan hari ini, kami bertiga, mama,saya dan abah pergi ke Semerah membelikan selimut yang mengikut citarasa embah. Embah kata, hanya di Semerah saja selimut kegemarannya ada dijual. Tiada di tempat lain. Satu perintah yang tiada tidaknya. Dan yang terbaik hanya untuk embah.. ;-)

::: Hari terakhir kami bermain kejar-kejar dengan kambing-kambing Pak Mat, terutamanya dengan Boy yang peramah. Hurmmm… Semestinya kami akan merindui suasana ini nanti.

::: Senja ini, beberapa minit lagi sebelum Maghrib, kami adik-beradik berkumpul membuat halaqah. Membaca Doa Akhir Tahun dan bersedia untuk membaca Doa Awal Tahun sejurus selepas azan Maghrib kedengaran nanti.

::: Pak Aye tiba sebelum tengah malam seperti yang dijanjikannya. Esok, Pak Aye dan Pak Mat yang akan menghantar kami ke Senai Airport. Embah yang baru hendak melelapkan mata, terperanjat melihat Pak Aye balik tengah-tengah malam kerana selalunya Pak Aye akan memberitahu embah terlebih dahulu jika merancang untuk pulang ke kampung.

"Mimpi apa kau balik Ye?" embah bertanyakan soalan mautnya kepada Pak Aye. Saya, mama dan Kak Ngah sudah mula berpandangan. Ya, akhirnya terbongkar juga segalanya di hadapan embah.
"Nak hantar Kak Jah balik esok mak.." jawab Pak Aye selamba.

"Jah balik esok?" soal embah kembali, bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Kami yang sedang sibuk mengemas, mendengar dengan penuh debaran.

"Iya mak, Kak Jah balik esok."

"Bohong kau, Ye," suara embah mulai sebak. Embah yang sedang berbaring di atas tilamnya saya lihat sudah mula menitiskan air mata sambil didakap Pak Ye.

"Betul mak, tak percaya tanya Kak jah." Suara Pak Aye lembut memujuk embah. "Kak Jah, betulkan kau nak balik esok?"

"Iya mak.. Aku balik esok."

Akhirnya kata-kata mama menjadi bukti yang jelas kepada embah. Kasihan embah. Sungguh, saya tak berdaya menatap wajah embah kala ini. Sayu amat. Kami bakal pergi meninggalkan embah di saat embah memerlukan insan-insan tersayang berada di sisinya.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Wednesday, January 27, 2010

No comments:

Sahabat QQ