Sebuah Catatan Rindu (Episod II : Erti Sebuah Pengorbanan)

2nd Day : 25 November 2009

Saya terjaga bila terdengar sayup-sayup azan Subuh dilaungkan di surau di hadapan rumah ini. Sejurus kemudian, mama pula masuk ke bilik embah tempat kami tiga beradik tidur lalu membuka suis lampu. Mak aihh.. Silaunya mata. Ngantuk serta merta hilang.

Pagi ni tolong Mak Teng sediakan sarapan nasi goreng. Pagi-pagi lagi kena buat susu campur oat untuk embah. Kalau dulu, semasa embah masih kuat, embah yang akan buat sendiri minuman sarapannya itu. Sekaranglah masanya untuk kami, anak cucu embah berbakti untuknya. Lebih-lebih lagi kami yang jauh dan balik pun hanya sekali sekala.

Riuh rendah jadinya dapur embah dengan kombinasi mama-Mak Teng. Beginilah selalunya bila sudah berkumpul. Baru dua beradik, belum berkumpul lagi 10 orang adik beradik mama.

Hari ini, rutin hidup bermula seperti biasa. Buat kerja-kerja rumah macam duduk di rumah sendiri. Tak perlu mama suruh lagi, dah mesti kena buat. Kalau nak tunggu mama bising, cari nahas lah jawabnya.

butterfly

3rd Day : 26 November 2009

Pagi yang indah. Nyamannya menghirup udara desa. Segar terasa udara yang disedut masuk ke dalam peparu. Perghh.. Terasa cam buat iklan Ambi Pur pulak..

Selepas sarapan, mama ajak ke rumah Mak Long. Baju-baju kotor tu, biarlah Amirah & Amnah yang basuh.. Hehe.. Curi tulang sekejap. Lagipun ‘boss’ yang ajak curi tulang.

beautiful scene

Sampai saja di rumah Mak Long, sunyi sepi saja macam tak berpenghuni. Tiba-tiba terdengar satu suara yang saya kenali. Toleh belakang ke bangsal Mak Long, rupa-rupanya Achik Yati yang berada di situ menggamit kami agar ke bangsal tersebut. Terus saja saya meluru ke arah Achik Yati dan bersalam lalu mendakap tubuh kecilnya. Rupa-rupanya menurut Achik Yati, dia baru sahaja nak singgah di rumah Mak Long apabila didapati Mak Long dan Pak Long tiada di rumah. Mungkin juga keluar ke pekan Parit Yusof. Baru saya perasan.. Sejak Achik Yati dan Pak Chop berpindah dari teratak embah ke rumah sewa, teratak embah saya rasakan sunyi. Kalau dulu, sekurang-kurangnya ada juga teman embah kalau Mak Teng balik ke JB. Cuma kini, Pak Chop akan balik menjenguk embah tiap-tiap hari untuk member cucu-cucunya yang berempat itu makan.

Hari ini juga mak dengan abah merancang shopping barang dapur di pekan kecil Parit Yusof. Membeli sedikit keperluan dapur sebagai persiapan untuk menyambut Aidil Adha esok hari.

Selepas selesai mandi dan menyidai pakaian, saya ke dapur membantu Mak Teng mengupas bawang, kentang dan lain-lain jawatan kosong di dapur embah ini. Mulanya saya agak pelik kerana baru jam 9 dah start nak masak tengah hari. Awalnya? Kemudian, terfikir pula yang esok nak raya haji. Hurmm.. Elok pun sediakan awal-awal supaya tak kelam kabut malam nanti.

Aidil Adha..
Aidil Adha pertama yang kami sambut di sisi embah tersayang.

Mungkin tidak semeriah Aidil Fitri, tapi sungguh bererti bagi yang menghayati erti pengorbanan. Dan malam Aidil Adha ini saya lena diiringi takbir syahdu yang saya laungkan di dalam hati.

4th Day : 27 November 2009 (Hari Raya Aidil Adha)

greeting,quranic verses

Pagi-pagi lagi saya terjaga dengan automatic selepas terdengar bunyi azan dilaungkan di surau berhadapan rumah ini. Sayupnya menyentap sanubari. Mama seperti biasa, akan masuk ke dalam bilik ini dan akan membuka suis lampu bertujuan untuk mengejutkan anak-anak daranya yang bertuah ini.

Thanks God, saya lebih dulu terjaga sebelum mama kejutkan..
Dalam samar-samar cahaya lampu dapur, saya terpandang banyak tubuh yang masih melingkar di tilam yang dibentang di ruang tamu.

‘Sape pulak lah ramai-ramai ni..’ getus hati saya dalam keadaan separuh mamai.
Saya cuba mengamati dalam keadaan samar-samar. Tiba-tiba sliding door di ruang hadapan itu dibuka dan terpacul kepala Pak Ni di sebalik langsir panjang. Pak Ni tersenyum melihat saya lalu menegur saya. Saya membalas sapaannya dan bersalaman dengannya. Rupa-rupanya keluarga Pak Ni yang datang. Baru teringat, Pak Ni selalunya akan sampai ke rumah embah waktu dinihari, dalam pukul 2-3 pagi. Mungkin juga hendak mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Pagi ini tinggal nak memasak sambal goreng saja lagi. Ketupat segera sudah direbus semalam. Kari ayam pun sudah siap dimasak. Juadah ringkas saja sesuai dengan keperluan Aidil Adha.

Pagi-pagi begini, kami yang perempuan ni memberi laluan kepada yang lelaki untuk mandi terlebih dahulu sebab mereka akan pergi ke surau di hadapan rumah ini untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha. Kalaulah surau kecil itu punya ruang untuk jemaah wanita, teringin juga saya hendak mengimarahkan sekali solat Aidil Adha pagi ini.

Pagi raya ini, selepas solat sunat Aidil Adha, masih ramai lagi yang berada di perkarangan surau untuk ‘mengerjakan’ lembu yang bakal dikorbankan. Ada berapa ekor lembu, saya sendiri tak pasti. Yang saya tahu, for sure saya takkan tengok acara penyembelihan itu dijalankan. Takut saya pula yang pitam mabuk darah nanti..huhu~~

korban
sumber : http://dppkt.wordpress.com

Tetamu yang tidak disangka-sangka datang, Tok Yati (atok muda), Buyut Minah & tiga orang anaknya yang saya tak tahu namanya datang menziarah kami di pagi raya ini. Isteri CEO KFC Holding ni makin muda pula pada penglihatan saya. Padahal, anak-anak bujangnya ada yang sebaya dengan saya.

Teratak embah semakin meriah dengan pulangnya Pak Aye and family. Adik-beradik mama semakin ramai memeriahkan teratak embah. Daripada 10 orang adik beradik mama, Mak Nah seorang yang tidak dapat balik hari raya pertama Aidil Adha ini kerana menjenguk anaknya di Muadzam Syah. Esok insya Allah Mak Nah akan sampai.

Petang ini, Kak Ani sekeluarga datang menziarahi kami seperti yang dijanjikan. Dua buah kereta datang. Rupa-rupanya, sebuah kereta lagi itu kepunyaan menantunya. Ya, anak Kak Ani, sepupu saya ini sudah bermenantu dan bercucu. Maknanya, cucu Kak Ani, cucu saudara saya! Aduhhhh… Terasa tuanya diri ini…

Fuhh.. Boleh tahan juga penatnya hari ini. Setara dengan penat Aidil Fitri.

Begini rupanya Aidil Adha di Parit Sempadan. Kalau selalunya, Aidil Adha yang sebelum-sebelumnya saya cuma beraya di bandar dan pernah dua kali beraya di kolej, saya tidak merasakan suasana tolong-menolong menyediakan juadah Aidil Adha, dan tidak pernah merasa daging korban kalau beraya di bandar. Juga tidak merasa kemeriahannya beraya bersama saudara-mara yang berjumpa hanya sekali sekala.

Begini rupanya Aidil Adha setelah 23 tahun saya dipinjamkan nyawa untuk hidup.

Indahnya Aidil Adha ini bagi siapa yang meraikannya bukan sekadar untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha dan merasa daging korban semata. Indahnya Aidil Adha ini bagi siapa yang mengerti maksud pengorbanan itu sendiri. Menghayati luhurnya hati seorang nabi Allah Ibrahim a.s. yang sanggup mengorbankan putera sendiri, Nabi Ismail a.s. demi memenuhi tuntutan kekasihnya yang mulia, Rabbul Izzati. Menghayati kesanggupan seorang anak merelakan diri sendiri untuk dikorbankan kerana taatkan seorang ayah tercinta dan perintah Khaliqnya. Dan akhirnya, kesetiaan dua orang Nabi Allah yang mulia itu terbalas dengan kibas yang menggantikan tempat korban putera Nabi Ibrahim a.s.

Itulah keindahannya apabila pengorbanan yang kita lakukan hanya semata-mata kerana Allah.

Erti Pengorbanan yang Indah

Betul.. Hidup ini memang penuh dengan pengorbanan. Tak perlu pergi jauh. Pengorbanan mama selama 24 tahun menjadi isteri abah sudah cukup menginsafkan saya. Mungkin dulu saya terlalu naïf untuk memahami pengorbanan seorang isteri yang berkahwin dengan orang jauh seperti abah saya. Mungkin dulu saya agak gila-gila untuk menyelami pengorbanan seorang ibu seperti mama. Tapi kini, insya Allah, Allah telah memberi kematangan untuk saya lebih memahami erti kehidupan dan tulusnya pengorbanan mama untuk suaminya, juga untuk putera puterinya.

Mungkin ada tetapi tak ramai di kalangan isteri yang menjadi isteri ‘orang jauh’ sanggup untuk mengikut telunjuk suaminya untuk pulang beraya di kampung suaminya selama 14 tahun berturut-turut. Tak ramai isteri yang sanggup mempamerkan wajah manis di hadapan suaminya apabila berada di kampung suaminya yang serba kekurangan, terpaksa mandi air telaga dan tiada bekalan elektrik. Tapi mama sanggup berkorban segalanya dan apa saja demi tulusnya kasih kepada abah. Bukan abah tak pernah berkorban untuk kami, tapi saya dapat rasakan pengorbanan mama lebih besar dari segala-galanya dalam keluarga kami.

Itulah mama yang saya kenal. Pengorbanan mama yang cukup untuk membuatkan hati saya insaf. Pengorbanan mama yang mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih tegar jiwanya. Pengorbanan mama yang selalu membuatkan nurani saya tersentuh hingga mampu meleburkan kebekuan air mata saya.

usrah sa'idah

Sedikit pun mama tak pernah merungut apabila terpaksa menanggung panas terik mentari lantaran tiada kemudahan elektrik. Tak sekalipun mama berwajah masam setiap kali terpaksa mengangkut air dari telaga untuk diberi mandi suami dan anak-anaknya yang masih kecil. Apa yang saya tahu, wajah mama sentiasa tersenyum menghiburkan hati anak-anak kecilnya yang suatu ketika dahulu bersungut kerana tidak pernah hidup dalam suasana daif. (sayalah salah seorang dari anak itu!) Sampaikan ke suatu tahap, saya mula terfikir apakah mama ini hanya manusia biasa atau bidadari syurga yang Allah kirimkan buat abah? Betapa tulusnya pengorbanan seorang mama!

Mampukah saya menjadi insan yang banyak berkorban demi kebahagiaan keluarga seperti mama?

Buatmu mamaku, isteri yang taat, ku doakan semoga Allah menghadiahkan jannah buatmu di akhirat kelak.. Amiin.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Wednesday, December 30, 2009

1 comment:

hamba_tarbiyah said...

salam islah..jln2 smbil ziarah..ikuti kuliah Fiqh Daulah oleh Dr. Haron Din di http://amaltube.blogspot.com

Sahabat QQ