Sudah seminggu lebih berlalu saya meninggalkan desa tercinta saya. Seminggu berlalu saya tinggalkan embah tersayang, Pak Chop dan cucu-cucunya yang comel. Namun seminggu yang sudah berlalu tak sedikit pun dapat menghakis kenangan bersama embah tersayang juga desa yang tercinta. Dan baru hari ini saya berkesempatan mengupdate blog sepi ini. Di kesempatan ini, ingin saya lakarkan sebuah catatan rindu buat segala apa yang berlaku di desa selama tiga minggu sudah, yang amat saya rasakan manisnya dan kukuh terpahat dalam jiwa saya.
23 November 2009 (malam sebelum berangkat)
Sejak siang tadi kami sibuk berkemas. Sibuk kemas rumah, supaya rumah ditinggalkan dalam keadaan kemas. Sibuk nak packing barang, bagi sesiapa yang belum packing. (Kak Long lah tu.. Mama dah cakap awal-awal, packing siap-siap segala pakaian dua, tiga hari sebelum berangkat. Sendiri tanggung lah).
Dalam pada itu, hati kami terasa berat amat nak tinggalkan budak-budak berenam tu.. Sape lagi kalau bukan jantung hati kami; Onew, June, Ayu, Abon, Puan Comel dan si kecil Adeq. Mungkin tak kisah bagi adik-beradik berempat dan Puan Comel sebab mereka dah biasa dengan dunia luar. Tapi macam mana pula dengan si Adeq? Sejak lahir sampai ke usianya 6 bulan ini, dunianya cuma di dalam rumah sahaja. Sejak seminggu yang lepas, mama dah keluarkan arahan supaya latihkan Adeq bermain-main di luar rumah supaya bila kami tinggalkan dia nanti, Adeq tak terlalu terkejut. Dan bila dibawa turun ke luar rumah, tak sampai sejam Adeq dah mengiau-ngiau sayu di luar pintu, minta masuk ke dalam. Hmmm… macam mana lah nak tinggalkan Adeq, kalau macam ni gayanya…
Dan malam ni akhirnya, kami semua tidur dalam keletihan hampir jam 3 pagi(tak termasuk Yun), setelah seharian non-stop berkemas.
Di sini bermulanya sebuah catatan rindu…
(24 November 2009 – 18 Disember 2009)
1st Day : 24 November 2009
Loceng penggera di handphone bergetar dan berbunyi. Cukup untuk membuatkan saya tersentak dari lena. Aduhhh.. Sakitnya kepala nak bangun. Gara-gara tak cukup tidur lah ni. Mata masih terpejam walaupun minda sudah terjaga. Sekarang dah jam 5 pagi, tapi alangkah…… Ahhh.. Malasnya nak bangun. Tiba-tiba terdengar derap langkah yang bagaikan sudah saya kenal rentaknya. Ya, abah sedang menuju ke bilik kami, apa lagi kalau bukan untuk mengejutkan anak-anak daranya yang bertuah ni lah. Oopss.. Sebelum abah membuka daun pintu kamar ini, saya sudah terlebih dahulu bangun dalam keadaan mamai dan terpaksa dan bila abah buka pintu, saya tengah melipat selimut dengan muka yang saya tak tahulah macam mana rupa dan keadaannya. Nasib baik saya dah bangun sebelum suara garau abah yang kami geruni memecah keheningan subuh itu.
Tiba-tiba, tengah kami sibuk bersiap-siap subuh itu, abah terima panggilan dari Pakcik Rosli yang akan menghantar kami ke airport. Kecoh seketika bila abah katakan yang Pakcik Rosli ada hal mustahak dan dia nak jemput kami jam 6.30 pagi ni. Ya Allah… Bayangkanlah.. Sekarang pukul 5.45 pagi. Bila nak siap kalau sekarang kami tengah sibuk mandi? Rasa geram pun ada. Manakan tidak, semalam janji pukul 7. Alih-alih pukul 6.30 pulak. Kalau ya pun nak ubah, kenapa tak cakap dari malam tadi. Aduhai… Nak tak nak, terpaksa kami tingkatkan halaju & stamina. Bersiap pun seadanya saja.
Tepat jam 6.30 pagi, Pakcik Rosli tiba di perkarangan rumah kami dengan… PROTON ISWARAnya?? Erkkkss.. Tersedak pulak. Saya dah rasa tak sedap hati. Saya pandang mama, mama pandang saya balik. Tak tahulah, kalau mama berfikiran seperti saya. Adik-adik dan abah saya lihat dah resah semacam. Saya susah hati bukan sebab kereta pakcik ni buruk ke apa.. Tak.. Kereta pakcik ni ok je. Tapi masalahnya.. Muat ke kereta ni untuk kami berENAM? Kalau kami ni masih kanak-kanak lagi, tak apa lah juga. Ni anak dara saja tiga orang dah besar panjang. Abah saya yang besar of course lah duduk sebelah pemandu. Amirul yang badannya persis abah tu nak selit kat mana?
Dalam rela yang terpaksa, kami naiki juga kereta Iswara pakcik tu dengan harapan supaya cepat-cepat la sampai airport. Sengsaranya bersempit-sempitan macam ikan sardine dalam tin. Dah elok-elok sihat dari rumah, tiba-tiba jadi sakit dalam keadaan macam ni. Aura mabuk sudah mula menguasai diri. Saya pasti mama juga sama seperti saya. Sempat mama bisikkan ke telinga saya, jewellery boxnya tertinggal atas peti tv. Saya hanya mampu mengucap dalam hati. Tak larat sudah rasanya nak berkata-kata. Inilah akibat gara-gara nak cepat. Semoga Allah lindungi rumah kami sepeninggalan kami.
Sampai saja di airport, saya masih dapat bertahan. Mama dah tersadai di kerusi airport. Bila semua luggage dah dipunggah ke dalam troli, saya segera dapatkan mama. Mama pening juga macam anak daranya ini. Yang lainnya, Alhamdulillah semua sihat walafiat. Cuma saya sahaja yang terpaksa muntah angin sebab terasa mual dan tiada apa yang terisi dalam perut ini. Alhamdulillah, pening yang saya dan mama alami tak berlarutan. Selepas check in luggage saya, kami bersarapan di restoran dalam airport ini.
Semua sedang berselera menghadap santapan di restoran. Saya langsung tak berselera. Tapi jamahlah sikit, takut masuk angin perut ni. 15 minit sebelum boarding time, saya minta diri, salam mama, abah dan adik-adik. Flight saya lebih awal dari mereka. Tapi, apa yang penting, ada misi yang wajib saya laksanakan. Misi memakai niqab!! Haha.. Kalau saya bersama mereka, misi ini dah tentu tak akan terlaksana. Maafkan Kak Long, mama dan abah… Kak Long terpaksa buat macam ni… :-(

Selepas saya memakai niqab di tandas balai berlepas, saya duduk-duduk la sementara nak tunggu announcement dibuat. Berborak la sekejap dengan makcik friendly sorang ni. Apa yang buat saya terkejut cipan, tiba-tiba ada satu wajah familiar, menegur saya. Mukanya saya kenal, tapi sayangnya, tak tahu nama. Bila dah berkenalan, rupa-rupanya Cikgu Zurina collegue saya di SMK Serian. Dia sama flight dengan saya nak balik Johor. Then, terus ke kampungnya di Muar. Alamak… Dia satu-satunya warga SMK Serian yang terserempak dengan saya dalam keadaan memakai niqab. Buat selamba je, kami pun berborak macam tiada apa yang berlaku. Tak tahulah apa yang dia fikirkan tentang saya, bila nampak anak Cikgu Amin pakai purdah. Harap-harap cerita ini tak dipanjangkan lagi bila dah kembali bekerja. But, I really wonder.. Cam pulak dia dengan saya, walaupun wajah saya berpurdah. How come? Instict dia memang kuat.
Sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, jam sudah menunjukkan pukul 12.05 tengah hari. Bermakna, saya harus menunggu keluarga saya untuk landing dalam masa lebih kurang setengah jam lagi. Ketika ini, saya sudah menanggalkan niqab, bimbang kalau Pak Ni sudah tiba dan tidak mengecam wajah saya. Setengah jam berlalu. Saya merujuk skrin yang memaparkan masa pesawat berlepas dan mendarat. Pesawat yang dinaiki keluarga saya sudah sepatutnya mendarat sekarang. Lima minit menanti, akhirnya wajah-wajah yang saya nantikan muncul juga.
Kami menanti Pak Ni yang sudah berjanji untuk menjemput kami di airport ini. Jenuh juga hendak menapak dari airport utama ke bangunan sementara. Di bangunan sementara ini, kami tersadai menanti Pak Ni yang khabarnya tengah tension dengan traffic jam di highway mana entah. Kasihan Pak Ni.. Itu yang saya dengar dari Mak Teng yang jadi orang tengah menghubungi office Pak Ni. Pak Ni sendiri tak guna handphone. Tak tahulah sebab apa.
Hampir sejam menanti, akhirnya Pak Ni tiba juga. Kasihan Pak Ni.. Terpaksa menyusahkan dia kali ini.
Di dalam van yang Pak Ni sewa dari kenalannya, kami pengsan puas-puas. Tidur mati kelelahan sampaikan Mak Teng call saya, saya tak sedar langsung. Maaf Mak Teng, mesti Mak Teng risau panggilannya tak diangkat. Sedar-sedar saja sudah sampai di surau (tak ingat nama surau tu), berhenti sekejap untuk solat Zohor. Selepas itu, kami menyambung semula perjalanan dan kami terlentok lagi. Tinggal Pak Ni dan abah saja yang rancak berbual di hadapan. Tak tahu berapa lama terlelap, saya tersedar bila van yang Pak Ni pandu sudah memasuki area Batu Pahat, di hadapan Pacific Mall yang tersergam megah. Saya lihat, emak, Amnah dan Amirah masih lena lagi. Amirul dan saya sudah segar-bugar.
Pacific Mall, Batu Pahat.
Akhirnya, setelah lebih kurang 2 jam perjalanan, van yang kami naiki memasuki jalan Kampung Parit Sempadan. Kampung Parit Sempadan tetap seperti dahulu, seperti saat terakhir saya tinggalkan desa ini, bulan Mei lalu. Rumah embah juga tetap seperti dahulu, masih sama, tidak banyak bezanya. Mungkin bagi mama, abah dan adik-adik, ada perbezaan ketara kerana kali terakhir mereka balik ke kampung ini pun dua tahun lepas. Cuma yang berbezanya bagi saya, embah. Embah sudah tidak larat berjalan. Embah hanya mengengsot jika hendak ke mana-mana. Kalau hendak ke bilik air, Pak Padil atau Pak Chop yang tolong angkat embah persis mendukung anak kecil.
Setelah menempuh satu perjalanan yang jauh, malam ini selepas Isyak, saya lena dengan aman sekali…
To be continued…