Mesyuarat Agung
Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Jordan Johor (AGM BKPJJ) telah selamat
disempurnakan 26 hari lalu. Tapi, baru hari ini saya berkesempatan untuk mencoretkan
sesuatu tentangnya. Dan sebelumnya, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, tiada
kata lain selain pujian ke hadrat Ilahi sebaik AGM BKPJJ sempurna melabuhkan
tirainya.
Alfu mubarak
Pertama-tama sekali,
jutaan tahniah diucapkan kepada saf kepimpinan baru BKPJJ yang baru menaiki takhta
sebaik sahaja keputusan keramat pilihanraya disempurnakan oleh adik (yang telah
menghilangkan diri selama lebih dari 24 jam) merangkap ketua pengarah Biro JPR,
Akmal Asyraf Ab Jamal.
Dari dekat ku
mohon ampun
Dan kini, tanpa
membuang masa lagi, tiba kepada kemuncak tujuan surat alam maya ini dititip.
Saya, Nur Amalina binti Muhd Amin, bekas Setiausaha Unit Jawatankuasa
Pilihanraya BKPJJ 2012/2013 juga mewakili unit JPR ingin memohon seinfiniti
kemaafan dari pihak tetamu yang hadir dan rakan setugas AJK Pelaksana Program
AGM BKPJJ atas beberapa kesulitan yang disebabkan dari pihak kami, terutamanya
saya sendiri.
1.
Kelambatan dalam menyiapkan
senarai nama ahli rasmi BKPJJ (syabab) untuk proses pencalonan umum. Sebab :
Hal ini terjadi kerana senarai nama sedia ada mempunyai masalah dari segi :
ketidaklengkapan butir-butir diri (nama penuh, nombor keahlian, takhassus,
jamiah, tahun), status di dalam BKPJJ yang tidak tepat (ahli rasmi @ bersekutu
@ kehormat) dan ada juga ahli yang sepatutnya sudah grad dan berada di Malaysia
tetapi namanya masih berada di dalam senarai lagi. Kami mengambil masa yang
agak lama di sini untuk membersihkan senarai nama ahli.
2.
Ini antara kesilapan serius
yang pernah saya lakukan sepanjang bekerja di dalam persatuan. Sejurus selepas
mendapat senarai 10 nama calon terpilih selepas pencalonan umum dibuat, pihak
kami sepatutnya menghubungi 10 calon akhwat untuk memaklumkan kepada mereka
tentang prosedur berkempen dan menarik diri jika mereka mempunyai sebab musabab
yang munasabah untuk melakukan penarikan diri. Tetapi saya tidak melakukannya.
Nak tahu kenapa? >_< Sebab : Saya tidak tahu itu rupa-rupanya tugas saya.
Ngeee~ >_< Alasan ini mungkin satu alasan yang menyebabkan anda kena
backhand sedas atau paling-paling tidak pun kena sembur dengan ‘venom’ ketua
unit à
memang dah kena pun & I redha for it. Atau ketua pengarah AJK Pelaksana.
Atau calon-calon yang terpilih. Atau mungkin sesiapa saja yang terlibat. Tapi,
as my explanation in the last muhasabah meeting, saya seriously minta maaf
sebab pandang enteng dengan tugas khas itu. Yang saya fikir waktu itu, mungkin
itu tugas Timbalan Pengarah JPR memandangkan kami sama-sama work for it, so,
saya pun buat selamba dono je à
agak-agak rasa macam nak lempang tak? Sikap terlalu bergantung dengan orang
lain inilah yang membuatkan saya kurang cakna dan kurang ambil peduli dengan
tugas saya sendiri maka, sudilah kiranya sesiapa yang terlibat mengampunkan
kesilapan serius saya ini. >_<
3.
Satu lagi kesilapan kami
adalah pada peringkat penyulingan dalam membuat pertimbangan calon mana yang
patut diterima permohonan untuk menarik diri. 10 calon akhwat dan 10 calon
syabab yang sepatutnya bertanding merebut jawatan YDP dan YDPAH serta 3 kerusi
AMT bagi akhwat dan syabab akhirnya berkurang menjadi 5 calon bagi setiap
syabab dan akhwat. Mungkin kerana kami kurang pencerahan di samping tiada
pengalaman di dalam bidang ini, maka proses menerima permohonan tarik diri
calon berlaku dengan kurang strict dan kurang telus. Kesilapan sebegini
sepatutnya tidak berulang lagi dengan mengetatkan syarat-syarat penarikan diri
pada masa akan datang.
4.
Adalah sesuatu yang
sangat-sangat di luar dugaan apabila menerima aduan dari seorang peserta AGM
tentang seorang pengundi yang mengakui bahawa undiannya rosak. Perkara sebegini
berlaku kerana pengundi terbabit mengisi borang undian bukan di tempat yang
disediakan. Perkara sebegini tidak akan berlaku jika pengundi terbabit mengisi
borang undian di tempat yang disediakan kerana petugas JPR setiap saat dan
setiap detik berada di sana untuk menerangkan cara-cara mengisi borang undian dari
A-Z bagai nak rak. Tapi tak boleh nak salahkan pengundi terbabit tu jugak,
sebab silap saya juga di situ kerana tidak bersungguh-sungguh menggunakan kuasa
veto yang saya ada untuk memaksa pengundi terbabit duduk di tempat yang
disediakan. Kita pun tak boleh nak assume semua pengundi dah tahu cara
mengundi, sama je macam prosedur undian PERMAI kan kan kan? Boleh jadi ada di
antara mereka tidak turut serta dalam pilihanraya PERMAI tempoh hari.
Itu merupakan
antara kesilapan serius saya yang saya lakukan sepanjang kronologi Pilihanraya
BKPJJ vs AGM BKPJJ. Ketahuilah sahabat-sahabat sekalian, tiada kata keramat
yang mampu saya ucapkan saat ini melainkan permohonan seinfiniti kemaafan buat
saya khususnya dan sahabat seunit amnya. Andai waktu itu dapat diflashback,
sayalah orang pertama yang akan memperbetulkan segala kespoilan yang saya sudah
lakukan.
Sungguh,
pengalaman bekerja dengan antum terutamanya bersama unit JPR merupakan suatu
pengalaman yang bermakna. Walaupun sekala-sekala terasa bagai diazab dengan
azab yang pedih, namun itulah pengalaman. Dan saya sangat bertuah kerana
terpilih untuk melaluinya. Alaa.. Baru jadi Setiausaha unit JPR, belum yang
lain-lain lagi kan? Setiap unit pasti ada kesulitan dan ujian tersendiri. Dan
bagi saya sendiri, berada di dalam unit ini mungkin orang lain nampak macam – “apalah
sangat” dan “sikit je kerjanya” – tapi bila merasai sendiri, baru tahu betapa
seksanya orang-orang yang kerja dalam unit SPR takpun JPR.
Ya,
asyik kata susah, tak boleh buat, takde pengalaman… Kalau tak mulakan, sampai
bila-bila pun takkan ada pengalaman. We’ll never know till we try, right?
Akhir
kalam, saya ingin mengucapkan seinfiniti terima kasih kepada sesiapa jua yang
membantu saya dalam melicinkan kerja-kerja unit JPR terutamanya buat penasihat
AJK Pelaksana AGM BKPJJ 2012/2013, Nur Rasyidah Kamaruzzaman (mantan YDPAH
BKPJJ) atas bimbingan yang diberikan, sahabat seunit : adik Akmal Asyraf Ab
Jamal (Pengarah unit JPR) dan Nasreen Diyanah (Timbalan Pengarah unit JPR) –
yang bersama-sama terjatuh dan bangun semula dan buat famili AJK Pelaksana AGM
BKPJJ, saya seronok bekerja dengan kalian. Maaf atas segala kekurangan dan
terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk menunjukkan kemampuan
saya bekerja bersama kalian.
[Termotivasi
dengan kata-kata mantan YDPAH, Nur Rasyidah Kamaruzzaman : “Kesediaan untuk
bekerja itu sememangnya lebih penting dari pengalaman yang melangit tinggi.”
Saya
yang baru bertatih,
[Nur
Amalina binti Muhd Amin]
Mantan
Setiausaha unit Jawatankuasa Pilihanraya Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan
[BKPJJ]
Sesi 2012/2013.