Catatan Lavender La Nuna : Babah, My Forever Hero

Dulu waktu kecil-kecil, saya masih ingat, saya selalu buat request ala-ala princess kat abah dan mama. Dan selalunya, yang approvekan request saya tu, mestilah abah. Abah kan banyak duit. Kecik-kecik, manalah saya tahu susah cari duit. Saya tahu, apa yang saya nak, mesti dapat punya. So, sayalah pisau cukurnya.

Kalau setakat Tora dan Dendang tu, confirm dapat punyalah.

Kalau jajan ciput-ciput tu, lagilah dapat.

Pada suatu hari, tiba-tiba saya tersuka tengok orang main piano dalam satu siaran televisyen. Masa kejadian berlaku, saya baru berusia 5 tahun. Saya pun memulakan strategi membodek abah. Dan yeayy! Akhirnya saya berjaya. Beberapa hari kemudian, abah membawa balik sebiji piano comel, secomel princessnya.

But then, nak tahu tak apa yang berlaku?

Esoknya tiba-tiba ada satu lori bawa sebuah keyboard besar ke rumah saya. Piano besar gedabak macam yang saya nampak dalam rancangan televisyen tempoh hari. Owh, rupa-rupanya abahnya pun teringin nak main piano bila tengok princessnya main piano. Ini ‘like father like daughter’ ke ‘like daughter like father’?

Pernah suatu hari, saya ke rumah jiran. Waktu kejadian berlaku, saya berumur lingkungan lima tahun juga. Umur macam ni memang umur pisau cukur betullah! Saya bermain-main dengan anak jiran yang saya panggil Lia, sebaya dengan saya. Dalam biliknya, banyak sangat teddy bear yang comel-comel lagi besar dan sedap dipeluk. Otak saya dah merancang strategi baru.

Malam itu kebetulan abah dan mama membawa kami sekeluarga keluar berjalan-jalan keliling bandar. Memang menyenangkan kerja saya. Dalam kereta Nissan Sunny putih kesayangan abah lagi saya sudah mula berkias-kias nak beli teddy bear baru. Abah pun dah maklum sangat dengan taktik saya. Maka, Abah pun kata, teddy bear kat rumah kan dah banyak… Abah pun berkias-kias tak nak belikan teddy bear barulah tu!

“Alaa… Nak yang macam teddy bear Lia. Teddy bear dia besar-besar sangat. Best! Teddy bear kita kecik-kecik je.”

Hamboi lah, demand pulak princess abah ni.

Malam itu juga, abah carikan teddy bear besar untuk saya, sebiji macam Lia punya. Besar punya tau! Masih terjaga dengan elok lagi di rumah saya sampai sekarang.

Satu lagi kisah patung Barbie. 

Di kala usia saya mencecah 9 tahun, telah muncul di siaran televisyen paparan iklan yang menarik perhatian kanak-kanak ‘gegirl’ yang berangan-angan nak jadi princess macam saya ketika itu. Dan sudah tentu, keadaan ini juga mengancam hal ehwal ekonomi abah saya.

Barbie Doll…

Agak cekci-mekci la Barbie Doll ni. Ini Barbie Doll yang paling bongsu yang abah beli untuk kami – the 3 Amin’s princess. Kakak-kakak Barbie Doll yang berempat tu entah ke manalah merayaunya dalam stor rumah kami. Itu tak campur lagi Barbie Doll yang cetak rompak punya. 

Mahal tau, seekor Barbie Doll ni. RM49.90. Itu tak campur lagi kalau beli pakej yang siap ada furniture bagai tu. Pernah sekali abah beli siap dengan bathroom set. Hampir RM100 jugalah melayang terbang. 

Tapi, ada abah kisah? Abah tak pernah kisah. Walaupun abah tegas dan nampak macam garang orangnya, tapi untuk menghampakan permintaan 3 tuan puteri beliau, abah tak pernah sampai hati. Abah tunaikan apa saja permintaan kami, selagi abah mampu.
Tapi lagi, itu semua hanya akan abah tunaikan bila abah tengah kaya-raya je. Kalau poket abah tengah sempit, maka tak perlulah nak mengharap sangat. Kesian abah. Anak-anak dia ni la haiii…!

. . .

1 Permintaan

Sejak saya aqil baligh dan mula memahami betapa sukarnya orang tua mencari rezeki, saya berhenti membuat permintaan yang bukan-bukan dari abah, mahupun mak. Oops, minta ngan mak confirm belum tentu dapat. Sebabnya, mak ibarat Presiden Bank Negara yang mengawal aliran masuk dan keluar mata wang. Oops lagi! Jangan ingat mak queen control ye. Mak cuma bertindak sedemikian supaya kami sekeluarga tak boros. >_<

Sambung balik. 

Sehinggalah tiba satu hari, setelah lama saya tidak membuat permintaan yang bukan-bukan, hari itu saya membuat permintaan paling besar dalam hidup saya. 

Permintaan yang bukan main-main.

Ini soal masa hadapan saya.

Permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah : Jordan.

Dan seperti biasa, abah itu tetap abah. Abah tersenyum gembira dan saya tahu senyuman abah itu tandanya abah merestui pemergian saya. Walaupun abah tahu, abah akan terpaksa berkorban harta dan segalanya untuk anak bertuahnya ini.

. . .

18 Mei 2012. Genap usia abah 54 tahun. Dah 25 tahun juga abah jadi abah saya dan abah kami semua – The Amins’.

Terima kasih abah. I’m proud to be your daughter.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Sunday, May 27, 2012

No comments:

Sahabat QQ