Sabar itu Full of
Beauty (Episod 2)
17 April 2012, Khamis
Seperti yang
dijanjikan, hari ini saya keluar awal, 45 minit sebelum jam 11 pagi. Tak mahu
rasa tercungap-cungap bila sampai lambat. Sekurang-kurangnya, bila saya sampai
awal, saya dapat rehat-rehat sebentar, tenangkan fikiran, betulkan pernafasan
sebelum saya menghadap muka kertas soalan peperiksaan yang mengerikan!
Saya tak tahu apa
yang saya baca. Saya tak tahu apa yang saya tahu. Adalah sangat mustahil bagi
saya untuk cover 5 tajuk besar dalam masa 24 jam. Satu risiko yang tinggi
sebenarnya untuk bersetuju dengan cadangan (yang berbentuk fiil amar) Dr
Abdullah Robabaah untuk mengambil imtihan Dirosah Nasiah pada hari ini. Apakan daya,
saya tiada pilihan. Dan kalau ada pun pilihan, semuanya ada risiko tersendiri.
Dan memilih untuk imtihan hari ini merupakan satu pilihan yang berisiko minimum
(Walaupun risiko tinggi juga sebenarnya. Haih, pening!). Maka, saya pun baca
apa yang saya suka, tajuk terakhir, iaitu tajuk yang belum pernah masuk dalam
dua imtihan sebelum ini.
Saya mula merasakan
ketepuan otak. Baca apa pun tak lekat dah. Tak tahu apa yang harus dibaca lagi!
>_<
10 minit lagi pukul
11 pagi. Saya keluar dari Dewan Tilawah wa Hifz Thobiq Thalith, tempat saya
melepak sejak sampai di Kuliyah Syariah ini, kira-kira 20 minit lalu.
Menuju ke maktab Dr
Ali Umari, dari jauh lagi kelihatan susuk tubuh yang saya kenali. Siti Hawa!
Siti Hawa,
satu-satunya sahabat yang berkongsi masalah yang sama – 3 imtihan dalam sehari,
hari yang sama dan memilih untuk ‘mengalihkan’ imtihan Dirosah Nasiah ke hari
yang lain. Iaitu hari ini.
Kami sama-sama
menunggu detik 11 pagi. Belum pun tepat 11 pagi, tiba-tiba terlihat susuk tubuh
kecil molek Dr Ali Umari membuka pintu maktabnya. Sejenak kami berdua
berpandangan. Tanpa membuang masa kami terus menyerbu Dr Ali Umari, bimbang
beliau lupa akan temu janji kami pada hari ini.
Dr Ali Umari yang
pada mulanya macam blur tiba-tiba tersenyum
sebaik kami mengingatkan beliau tentang imtihan yang sepatutnya berlangsung
pada waktu itu. Terukir wajah lembut seorang atok. >_< (chewah!)
Apa jawapan beliau?
“Kamu berdua akan
imtihan pada hari Rabu, 23 April 2012 di maktabah saya. Jam 10 pagi, kuwayyis?”
Ya Allah, rasa macam
nak pengsan pula.
“Kuwayyis duktur.
Jazakallahu khayran katheeran. Wallahu yu’tika al-afiah.”
Saya dan Siti Hawa
sama-sama berpandangan lagi. Serentak lidah kami melafazkan syukur.
Alhamdulillah! Ya Allah, tak dapat nak digambarkan betapa bersyukurnya saya
saat itu kerana dipanjangkan lagi tempoh untuk membuat isti’dad. Terbayang-bayang
lagi senyuman seorang atok – Dr Ali Umari. Kalau tak kerana Dr Ali Umari itu
seorang ajnabi, dah lama saya cium tangan beliau kerana saya sangat menghormati
beliau, macam atok saya sendiri – walaupun tak pernah rasa kasih sayang seorang
atok. Inikah hadiah berhikmah yang Allah nak bagi setelah berjuang
habis-habisan semalam?
Di luar jangkaan
saya, akhirnya tarikh asal yang saya pilih – Rabu, 23 Mei 2012 – menjadi tarikh
muktamad untuk saya dan Siti Hawa menduduki peperiksaan akhir Dirosah Nasiah.
Allah telah menyelamatkan kami dari diazab oleh soalan-soalan peperiksaan yang
mungkin kami tak mampu menjawabnya kerana kekurangan persediaan!
What a miracle day.
Perancangan Allah itu sungguh cantik. Akal manusia tak mampu mencapainya. Saat
ini, tiada perkataan lain seindah – Alhamdulillah, Alhamdulillah, thumma
Alhamdulillah!
ما شاء
الله كان, و ما لم يشاء لم يكن.
~Apa yang dikehendaki
Allah pasti terjadi, apa yang tidak dikehendakiNya pasti takkan terjadi.
Kadang-kadang kita
rasa perancangan kita paling teliti.
Bila segalanya tidak berjalan seperti apa yang kita inginkan,
rasa terkilan mula menguasai diri.
dan mula memujuk hati untuk menerima hakikat,
Allah tahu apa yang terbaik buatmu wahai diri.
Rupa-rupanya,
Allah ingin kita lihat,
Betapa perancanganNya sangat teliti,
Sesempurna dzatnya yang Maha Sempurna.
Kerana Allah sudah janjikan,
Setelah kita lalui marhalah susah, sulit lagi payah itu,
Allah janjikan kemudahan bagi hambaNya.
Asal saja kita berusaha dan bertawakal.
Kerana tiada tawakal tanpa usaha,
Melainkan usaha yang mendahului tawakal itu.
Bila segalanya tidak berjalan seperti apa yang kita inginkan,
rasa terkilan mula menguasai diri.
dan mula memujuk hati untuk menerima hakikat,
Allah tahu apa yang terbaik buatmu wahai diri.
Rupa-rupanya,
Allah ingin kita lihat,
Betapa perancanganNya sangat teliti,
Sesempurna dzatnya yang Maha Sempurna.
Kerana Allah sudah janjikan,
Setelah kita lalui marhalah susah, sulit lagi payah itu,
Allah janjikan kemudahan bagi hambaNya.
Asal saja kita berusaha dan bertawakal.
Kerana tiada tawakal tanpa usaha,
Melainkan usaha yang mendahului tawakal itu.
:: حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم ::
"Cukuplah Allah bagiku, Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, Dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung."
[9:129]
Dari kalam hati seorang Amalina Amin.
p/s : Amalina tak
payah nak syok sangatlah. Bila Dr Ali Umari bagi peluang, grab it! Mesti buat
yang terbaik kali ini! Ingat nazarmu!