16 dan 17 April 2012.
Dua hari ini, sebuah perjalanan hidup yang penuh miracle.
Kenapa?
.
.
.
Sabar itu Full of
Beauty (Episod 1)
16 April 2012, Rabu
Hari ini, cuacanya
panas. Owh, minta maaf. Ini bukan siaran ramalan cuaca Irbid. Cuma ceritanya,
cuaca Irbid panas dan langit sangat cerah, sesuai dengan musim panasnya. Tapi
dalam hati saya kelam, sekelam langit dalam gambar ini.
Oklah, ceritanya
bermula begini…
.
Pagi itu saya bersiap
awal. Selepas menyiapkan sarapan untuk ahli beyt Raudhatul Haneen, saya segera
bersiap. Target saya, mesti sampai ke Kuliah Syariah sebelum atau pada jam 9.30
pagi. Alhamdulillah, dalam pukul 9.20 lebih sikit saya sudah terpacak di
hadapan maktab (pejabat) Dr Ali Umari. Betapa ekspressnya saya sepantas
kelajuan cahaya, kerana didorong perasaaan debar yang tiada hentinya.
1 minit.
3 minit.
5 minit.
Dan akhirnya 10 minit
berlalu.
Waktu yang terpapar
di skrin Nokia E63 saya melewati jam 9.30 pagi. Tapi bayang Dr Ali Umari tak
sekilas pun terlintas di hadapan mata saya.
Sabar menanti.
Saya merayau-rayau tanpa
tujuan di sekitar Thobiq Thalith, Qisim Fiqh wa Usuluhu dengan harapan
setidak-tidaknya akan bertembung dengan Dr Ali Umari. Siswa siswi Arab tak Arab
yang berkeliaran di sekeliling tidak langsung saya endahkan. Kerana matlamat
saya adalah…
Dr Ali Umari!!
Saya sudah nampak
beliau! Dari belakang pun saya dah cam, susuk tubuh kecil lelaki berjubah
kelabu dan berserban putih lepas itu adalah Dr Ali Muhammad Umari. Alhamdulillah,
syukur sangat-sangat. Sudah melepasi satu marhalah penantian.
Saya menurutinya dari
belakang, dengan jarak kira-kira 3 meter – siap kira jarak lagi! Dr Ali Umari
berjalan memasuki maktab Rois Qisim (Dekan Fakulti) Syariah, Dr Abdullah
Robabaah.
Intai punya intai…
Dr Ali Umari sedang
duduk berborak-borak dengan Dr Abdullah Robabaah. Berkira-kira sama ada nak
masuk campur atau tunggu sampai kedua-duanya selesai berbual. Kalau terus
masuk, rasa macam kurang beradab. Maka, saya pun mengambil keputusan untuk
menunggu sahaja Dr Ali Umari di luar maktab Dr Abdullah Robaba’ah.
Dan tunggu punya
tunggu…
Hampir setengah jam.
Saya sudah merayau sampai ke hadapan dewan tilawah dan hifz kerana hampir putus
asa menunggu. Nampak bayang Dr Ali Umari keluar dari maktabah Dr Abdullah
Robabaah. Alhamdulillah, tarik nafas lega. Sekilas terpandang Dr Ali Umari
memandang saya. Eheh, adakah beliau sudah cam satu-satunya anak murid Malizi
dari muhadharah Dirosah Nasiah yang selalu berjumpa beliau untuk menagih
simpati?
Ujian pertama
“Assalamualaikum
duktur…”
Salam bersambut. Kami
beriringan menuju ke maktab beliau. Saya ceritakan masalah yang saya hadapi.
Thalath imtihanat fi nafsil youm. Tiga paper killer subject untuk satu hari,
Selasa (22 Mei 2012). Nizom al-Hukm, Dirosah Nasiah dan Mafahim Asasiah fi
Tarbiyah. Berderet-deret lagi. Gap setengah jam untuk setiap subjek.
Maka, saya dengan
rendah hati dan muka temboknya pun memohon agar subjek Dirosah Nasiah yang
waktu imtihannya berada di antara imtihan Nizom al-Hukm dan Mafahim Asasiah fi
Tarbiyah agar ditaajilkan ke hari Rabu, 23 Mei 2012. Owh, tiga exam berderet
dalam satu hari itu satu azaabun aliim bagi seorang budak Malizi tahun dua, nak
nak yang ‘sangat cepat pick-up’ macam saya.
“Ma besir.” Tak
boleh, begitu putus Dr Ali Umari. Dalam lembut-lembut pensyarah ni, tegas juga
orangnya. Sambung beliau lagi, kalau nak taajil, ambil balik madah Dirosah
Nasiah ini fasal awal akan datang. Aduhai, itu lagi parah dan kerja kurang
siuman. Tak sanggup rasanya nak ulang balik subjek ini pada semester akan
datang.
Saya cuba lagi
merayu, tapi kali ini Dr Ali Umari yang saya anggap macam atok saya ini dah tak
nak bagi muka lagi dengan saya. Saya ni mengada-ngada sangat ke? (sedih, down,
futur pula rasanya saat ini).
Dengan berat hati dan
pasrah, selepas mengucapkan terima kasih, maka saya pun melangkah meninggalkan
maktab Dr Ali Umari. Terasa masa hadapan yang gelap. Tapi otak masih berfikir
plan B. Ok, nasib baiklah otak masih mampu berfikir.
Plan B
Maka, plan B nya
adalah…
Kali ini saya akan
menebalkan muka menghadap Dr Ahmad Ridhwan, pensyarah Mafahim Asasiah fi
Tarbiyah di Kuliyah Tarbiyah. Ok, Alhamdulillah, walaupun Dr Ahmad Ridhwan tak
setuju dengan keputusan saya untuk taajil imtihan subjek beliau tapi bersetuju
untuk awalkan ke hari Isnin (21 Mei 2012). Itu pun saya sudah cukup bersyukur
asalkan bukan 3 subjek imtihan dalam sehari.
Tapi bukan semudah
itu…
Prosedurnya, saya
perlu berjumpa dengan Rois Qisim Fiqh Wa Usuluhu, Dr Abdullah Robabaah untuk
memohon surat tuqaddim imtihan. Dan baru sahaja mahu mengetuk pintu maktab Dr
Abdullah Robabaah, saya terpandang Dr Zakaria Syatnawi di dalam, berbual
bersama Dr Abdullah Robabaah. Ok, postpone lagi. Tunggu sampai Dr Zakaria
Syatnawi keluar. Tapi tak keluar-keluar.
Dewan 304 di hadapan
mata. Berhadapan juga dengan maktab Dr Abdullah Robabaah. Di situ saya
melepaskan lelah selepas dari tadi keliling jamiah, panjat turun kuliah demi
memperjuangkan hak mendapatkan waktu imtihan. Tak semena-mena saya termenangis.
Haishh, ni apa hal pula boleh tertouching ni? Baru berjuang sikit dah nak menangis
ke? Haduyai lah. Luckily saya seorang. Tak payahlah nak cover malu. Betul kata
Pak Mat satu masa dahulu: orang perempuan ni sikit-sikit menangis, sikit-sikit
menangis. Akulah tu!
Dah tenang sikit,
saya seluk beg sandang. Ambil Quran biru. Ulang semuka ayat hafazan juzuk tiga.
Ok, emosi dah stabil. Tengok jam, dah hampir pukul 11 pagi. Hampir setengah jam
juga saya melayan emosi yang tak menentu ni.
Keluar lagi dan intai
maktab Dr Abdullah Robabaah. Hari ini memang kerja saya mengintai sajalah.
Kelibat dan suara Dr Zakaria Syatnawi sudah tidak kedengaran lagi. Saya pun
memberanikan diri memberi salam dan mengetuk pintu maktab itu. Satu suara garau
milik Dr Abdullah Robabaah yang pernah mengajar saya subjek Furoq Zawaj fil
Fiqh wal Qanun mempersilakan saya masuk.
Saya pun ulang balik
skrip yang sama. Asalnya nak mohon surat awalkan imtihan Mafahim Asasiyah fi
Tarbiyah tapi sekarang lain pula jadinya.
Selepas Dr Abdullah
Robabaah mengetahui bahawa dua subjek syariah saya bertembung pada hari yang
sama (Nizom al-Hukm dan Dirosah Nasiah), maka beliau pun menghubungi Dr Ali
Umari. Tak terdaya saya nak menahannya. Segalanya berlaku begitu pantas.
(chewah). Allah saja yang tahu betapa bercampur-baurnya perasaan saya ketika
itu. Risau pula kalau-kalau Dr Ali Umari menyangka saya ni mengada-ngada
sehinggakan terpaksa jumpa Dekan Fakulti. Adusss la.. Kacau sungguh.
‘Be cool, Nuna. Allah
tahu apa niatmu.’
Ya, hanya Allah tahu
apa niat Amalina. Bukan niat saya nak tukar waktu imtihan Dirosah Nasiah. Bukan
niat saya nak mengada-ngada pun kan? Saya cuma nak mohon tukar waktu imtihan
Mafahim Asasiah fi Tarbiyah. :,(
“Esok awak imtihan
Dirosah Nasiah di Dewan 304, pukul 11. Masyi?”
Saya cuma mengiyakan
dan mengucapkan terima kasih. Owh, akhirnya. Semuanya berlaku di luar jangkaan.
Awalnya memang nak tukar waktu imtihan Dirosah Nasiah ke hari Rabu minggu
hadapan, tapi Dr Ali Umari tak setuju. Pindah ke Plan B, nak tukar waktu
Mafahim Asasiah fi Tarbiyah tapi akhirnya Dr Abdullah Robabaah sendiri yang
tukarkan waktu imtihan Dirosah Nasiah ke hari esok. Esok pula tu! Entah sempat
atau tidak nak cover semua tajuk malam ni.
Terpaksa pula
berulang lagi ke Kuliyah Tarbiyah untuk memaklumkan kepada Dr Ahmad Ridwan,
bahawasanya saya tak jadi nak tukar waktu imtihan Mafahim Asasiyah fi Tarbiyah.
Ada hikmah sebenarnya waktu imtihan Mafahim Asasiyah fi Tarbiyah tak ditukar.
Kalau diluluskan, terpaksa pula saya memaklumkan penukaran waktu imtihan kepada
semua siswa siswi Malizi yang bersama saya mengambil madah tersebut. Kalau
seorang dua tak apalah juga, ni lebih dari 20 orang siswa siswi Malizi dan saya
pun tak kenal kesemuanya. Settle satu masalah.
Hari ini Hari
Guru!
Oh, ya. Hari ini Hari
Guru dan saya tak berkesempatan langsung untuk mengucapkan ucapan terima kasih
kepada guru-guru saya. Asalnya saya merancang nak buat video lagu nasyid
sempena Hari Guru, Firdaus : Kini Aku Kernamu, tapi tak sempat kerana kekangan
masa dan kerja.
Hari ini ‘hari’ itu
sendiri yang menjadi guru saya. Hari yang penuh pengalaman. Pengalaman yang
menggerakkan minda saya berfikir, menjadi guru yang mentarbiyah jiwa saya. Tarbuyah
jiwa agar bersyukur. Tak semua yang kita inginkan akan berlaku sesempurna yang
kita rancangkan.
Tipulah kalau saya
kata saya tak terkilan. Sekurang-kurangnya, pasti terselit sedikit rasa sedih
kerana saya cuma insan biasa. Tapi kerana kita ada Allah, maka kita didik hati
untuk redha. Terima hakikat. Apa yang berlaku hari ini, semuanya dalam
perancangan Allah. Hari ini mungkin hikmahnya belum nampak. Dan Allah lebih
tahu apa yang terbaik buat saya dan buat kita semua. – pujuk hati.
*Hari Complicated
Sedunia*
Barangsiapa yang
membaca post ini pasti akan berasa penat jua sepenat insan yang menaipnya.