Catatan Lavender La Nuna : The 50 cents & the Banana Balls

Subuh itu, mak kejutkan saya macam biasa. Macam biasa juga, saya akan bangun lambat-lambat, layan mata yang masih kelat. Usai solat, mak panggil lagi, supaya mandi cepat. Dan seperti biasa, dengan langkah yang lambat-lambat, menuju ke bilik air. Letak baldi di hadapan pintu, tunggu mak curahkan air panas dalam baldi.

Uniform sekolah, mak dah siap sterika. Tinggal nak sarung. Mak panggil lagi, sarapan cepat, nanti lambat.

Duduk di meja makan.

Cekodok pisang dan air milo panas masih berasap-asap nipis, menanti untuk disantap.
‘Cekodok pisang je?’ terdetik dalam hati. Muka dah kelat, tapi makan juga.
‘Boringnya cekodok pisang.’ Pun cakap dalam hati juga. Tak berani nak cakap luar hati, takut mak dengar, maka mak akan membebel. Hai la, menyampahnya tengok cekodok pisang yang ‘ireng’ ni. Kalaulah dapat ‘blink’ sekali cekodok pisang ni jadi burger Mc’D alangkah indahnya dunia ni.

“50 sen ni kalau tak ada beli apa-apa, nak buat apa?” soal mak sebaik menghulurkan sekeping 50 sen kepada saya.

Hari itu bukan hari persekolahan biasa. Jika sebelah petangnya ada kelas KAFA di sekolah, mak akan bagi duit RM1, untuk beli nasi lemak yang berharga 50 sen kerana saya akan stay di sekolah sepanjang tengah hari sebelum kelas KAFA bermula.

“Simpan dalam tabung.”

“Bagus, anak mak.”

’50 sen je?’ hati merungut lagi. Hurmmm…

. . .

Nilai Kasih Pada Sebiji Cekodok

Jam 9.45 pagi. Loceng berdering nyaring tanda waktu yang dinanti tiba – rehat. Suasana sekolah rendah itu mula riuh dengan murid-murid yang berduyun-duyun keluar dari kelas, menuju ke kantin atau mencari ‘port’ yang sesuai untuk memakan bekalan yang dibawa dari rumah.

Seperti biasa, adik saya, Amirah [darjah 1 ketika itu] akan naik ke bilik darjah saya dan kami akan memakan bekal bersama-sama. Cekodok pisang. Air mineral. Bilik darjah kurang sedikit riuhnya, masing-masing enjoy di luar kelas.

Sedang kami bersama-sama menikmati keempukan cekodok pisang mak, tiba-tiba mata saya terpandang seorang sahabat yang dikenali dengan nama Fifi [bukan nama sebenar], duduk sendirian. Saya ajak beliau makan bersama kami. Mula-mula, macam jual mahal, tapi akhirnya beliau menyertai kenduri cekodok pisang kami.

“Mak awak tak masak bekal untuk awak ke, Fifi?” dengan rasa tak bersalah, tiba-tiba ‘mulut lepas’ saya bertanya.

“Mak saya tak bangun lagi masa saya pergi sekolah.” Dia pun tak segan cakap mak dia tak bangun lagi.

Owhhh…

Termenung dan terfikir.

. . .

Semuda usia 11 tahun itu membuatkan saya terfikir, ada orang lain yang lebih susah dari saya. Selalu saya merasakan saya boring sangat dengan makhluk bernama cekodok kalau mak bekalkan cekodok pisang sebagai bekalan ke sekolah. Saya selalu berangan-angan mak bagi duit lebih-lebih sikit supaya saya boleh beli apa saja makanan yang saya mahu di kantin.

Tapi selepas peristiwa itu, saya bersyukur sangat. Bersyukur sebab mak tak pernah lalai dari tanggungjawabnya. Bersyukur sebab mak tak pernah membiarkan anak-anak dan abah kami kelaparan di pagi hari, walaupun hanya dengan sarapan cekodok pisang. Mak sakit macam mana pun, mak tetap akan bangun sediakan keperluan untuk kami sebelum kami pergi sekolah dan abah pergi bekerja.

Dan kisah 50 sen itu…

Saya tak pernah bermewah-mewah membeli jajan yang saya sukai melebihi harga 50 sen. Paling-paling pun, beli gula-gula 10 sen 2 biji. Selebihnya, mak kata – simpan dalam tabung.

Mak tak pernah ajar anaknya bermewah, walaupun mak mampu untuk memewahkan anaknya.

Mak sudah rasai peritnya jadi orang susah, jadi mak mahu kami menghargai setiap sen yang mak bagi.

Mak mahu anak-anak mak merasai air tangan kasihnya, selagi mana mak mampu memasak untuk anak-anaknya. 

Mak sudah buktikan! 

Saya hidup dengan air tangan mak, bekal yang mak masak – dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah.

. . .

Kisah itu mungkin sudah 15 tahun berlalu. Cekodok itu mungkin saya pandang sebelah mata saja jika saya berada di Malaysia.

Tapi di rantau ini, seriously, saya rindu cekodok. Nasib baik kat sini ada pisang, maka bolehlah buat cekodok a.k.a banana balls untuk hilangkan rasa rindu dengan cekodok pisang mak yang sebelah mata pun saya menyampah nak pandang dulu.

Itu lah, siapa suruh sombong-sombong sangat dengan cekodok?

 p/s : Mama, terima kasih atas segalanya. Selamat Hari-hari menjadi Ibu.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Tuesday, May 15, 2012

No comments:

Sahabat QQ