Log in akaun Facebook
Usrati. Dapat notification. Amna Amin tagged you in a post. Apekehallah pulak budak
Menah ni… Rindu lah tu kot.
Diam tak terkata.
Huh! Tutu dah mati?
. . .
1 tahun 7 bulan yang
lepas…
“Iskk… Menah la
Menah. Yang awak pegi kutip kucing kurap ni sape suruh!”
Muka Kak Long dah
berubah 360 darjah. Macam nak transform jadi mak tiri Cinderella pun ada.
“Mane la saya tau.
Abah yang suruh kutip.”
Kasihan Amnah. Dia
pula yang kena marah dengan Kak Long the mak tiri Cinderella. Rasa bersalah
pula terbit di hati Kak Long sebab tak memasal Amnah dimarah. Padahal Amnah
cuba menjunjung titah perintah abah untuk menyelamatkan anak kucing kurap yang
terperangkap di dalam longkang berhampiran pasar tani.
Kak Long bukan marah
sebab apa. Nanti akhirnya, Kak Long juga yang kena jaga segala hal ehwal
kebajikan kucing tersebut. Bukan seekor, bukan dua ekor. Tapi berekor-ekor. Penat
tahap koma. Ok Kak Long, merungut lagi. Dan merungut lagi dalam hati. Sudahlah
jual anggur, merungut lagi bila dah dapat kerja.
Dan bermulalah kisah
Kak Long bersama kucing kurap itu.
Kucing kurap yang hitam
dan berkutu itu mak perintahkan untuk menjalani proses kuarantin di dalam
sangkar kucing di satu sudut di garaj kereta abah. Setiap 2 hari sekali, budak
kecik comot itu dimandikan demi mematikan segala kuman kurap dan telur-telur
kutunya. Tapi kuarantin pun… Kadang-kadang Tuan General Abah dah tak
sabar-sabar nak pegang si comot hitam berkutu-kurap itu, maka beliau keluarkan
si comot itu dari sangkarnya. Hoh, sukalah si comot tu, dibelai-belai!
Namun, yang peliknya,
ada saja peristiwa yang membuatkan Kak Long tertouching. Hadoii lah! Si comot
tu pandai je buat something yang menyentuh hati. Tak boleh terlihat kelibat Kak
Long, si comot busuk itu pasti mengiau-ngiau keterujaan. Tengah tidur pun boleh
terjaga bila terdengar pintu dibuka. Paling touching bila Kak Long nak tutup
balik pintu sangkar selepas ‘feeding session’ dan nak masuk rumah.
Mengiau-ngiau panjat dinding sangkar minta Kak Long bawa dia sekali. Sambil
buat muka ‘anak-kucing-yatim-piatu’ yang sangat menyayat hati.
Siapa tak kesian?
Allah campakkan rasa
kasih dalam hati Kak Long.
Hampir sebulan si
comot itu dikuarantin. Mak dan abah siap berhabis duit belikan syampu kutu dan
ubat kurap buat si comot itu. Melampau-lampau pula harganya sampai RM100. Mak
oiii lah… Syampu Kak Long pun RM5 je. Tapi berbaloi lah juga, kesannya bulu si
comot itu makin bersih, hitam berkilat-kilat dan tiada lagi kutu mahupun telur
kutu degil yang melekat! Kulit pun licin berseri-seri tanpa dinodai kurap!
Terasa hilang pula penat lelah Kak Long menjaga-merawat-memandikan-basuh berak
kencing setelah melihat kecomelan si comot yang hitam itu.
Bila sudah berada
dalam keadaan comel begitu, maka tiada lagilah halangan untuk membawa si comot
itu masuk ke dalam rumah kami, menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami. Eh, finally
the-haunted-Cinderella’s-stepmother-Kak Long dah bertukar 360 darjah jadi macam
Snow White yang penyayang. Comot! Now, you’re apart of the family. Comot
sekarang dah jadi macam Adek, Ayu dan Abon. Bebas berkejaran di dalam rumah.
Siap tidur dalam bilik atas comforter tebal bersama Kak Long. Comot yang
homeless dah jadi kucing rumah yang lincah dan cerdik. Masing-masing menghuni
di dalam rumah bersama kami.
Comot. Err silap.
Abah bagi nama Pungut. Huh, tak sedap langsung. Macam tak sampai hati pula nak
panggil si comot tu dengan nama Pungut. Kutip? Ah, lebih kurang la tu. Finally,
Kak Long bubuh nama Tutu. Diberi nama Tutu sempena kutu-kutu yang
bermaharajalela atas badannya satu ketika dahulu.
Tutuuuuuuuu!!!
Cepat je Tutu meluru
bila namanya diseru.
Bila Kak Long dah
jauh dari Tutu dan keluarga, mak abah adik-adik selalu ceritakan tentang Tutu
dan kucing-kucing kami yang lain. Tentang anak-anak the late Ayu - Yuna dan
Taiyoub, yang tak puas menghisap susu ibu mereka lalu menggomol perut Tutu yang
disangka ada susu macam arwah ibu mereka. Tentang Tutu yang tak pernah bergaduh
dengan Yuna dan Taiyoub walaupun mereka bukan sedarah sedaging. Lazimnya,
kucing lain, jika bukan sedarah sedaging, mereka pantang berjumpa pasti bercakaran.
Tapi Tutu-Yuna-Taiyoub, mereka bagaikan adik beradik. Tutu yang menjaga Yuna
dan Taiyoub selepas ibu mereka mati. Mungkin sebab Tutu sedar, dia hanya
menumpang kasih di rumah ini maka dia rasa dia tak layak untuk act like a
warrior. :,( Oh, please, kenapa banyak sangat air mata mengalir bila teringatkan
Tutu ni….
Tutu antara kucing
yang bertuah dari beribu-ribu malah mungkin berjuta ekor kucing terbiar di luar
sana. Tutu bertuah kerana ditakdirkan bersama kami, walaupun sementara, agar
dia dapat merasa nikmat kasih manusia sebelum ia pergi.
Pada orang lain, Tutu mungkin kucing biasa yang tiada istimewa atau tiada nilai. Tapi pada Kak Long, Tutu lebih dari istimewa. Hitam pun hitamlah. Tutu ada kecomelan tersendiri. Dan setiap kucing yang Kak Long bela, semuanya punya kecomelan masing-masing.
Tutu. Now, I’m still crying.
Semoga nanti di sana, kita dapat berjumpa lagi. Kak Long sayangkan Tutu. Tutu
lain dari yang lain. Tutu istimewa. Tutu tetap istimewa di hati kami.
Terima kasih Tuhanku,
kerana meminjamkan Tutu buat kami sayangi. Terima kasih Tuhanku, kerana
hadirnya Tutu mencelikkan sedikit mataku, untuk menyayangi makhlukmu yang
kurang bernasib baik. Semoga di kesempatan lain, Engkau berikan aku peluang
untuk berkongsi rasa sayang ini dengan kucing-kucing terbiar yang lain. Seperti
Tutu.
Tutu, Kak Long still
crying. :,(
Mode : berkabung. Tutu, this is the right time for me to let you go. Allah knows the best for both of us. Hoping that we can meet in the jannah. :,(