9 Mei 2010 . Ahad
Diam.
Hari ini kurang berkata-kata.
Masih terkejut dengan peristiwa semalam.
Teringat mak, abah, rumah dan semuanya bermain-main di benak.
Terfikir gelapnya masa depan, tanpa handphone di tangan. Macam mana nak contact mak, abah dan urusan sambung belajar ni?
Diam lagi.
Owh, terlupa lagi. [Tanda-tanda penuaan sel otak yang semakin ketara]. Urusan sambung belajar tu, bukan ke sudah berakhir semalam? Dengan termaterinya perjanjian antara Kak Amal & Faizin yang bersetuju untuk menyerahkan segala dokumen kepada Ustaz Sofee, insya Allah segalanya selesai. Semoga Faizin melaksanakan misi dengan jayanya. [Dah, taknak fikir yang bukan-bukan lagi melainkan mendoakan yang baik-baik saja. Fullstop.]
Terasa benar tiada semangat hari ini.
Ya Allah, tolonglah kembalikan semangat yang hilang ini.
Huwaaa….
Baru terasa benar tentang erti penyesalan yang tidak berguna.
…
Cerita tentang telefon bimbit.
Telefon bimbit yang pertama : Abah korbankan telefon bimbitnya yang pertama, yang baru beberapa bulan abah gunakan, semata-mata untuk kegunaan anak gadisnya yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi.
![]() |
| Nokia 3210 yang tidak bersalah. Maafkan aku. |
Mana dapat duit?
Teruskan membaca catatan di bawah.
Telefon bimbit kedua : Bagaikan sudah menjadi trend pelajar IPT, asal elaun masuk – tukar handset baru, shopping bagai etc.
Tapi, ANAK ABAH tak shopping bagai tau. Diulangi, TAK SHOPPING BAGAI. Sebab, matlamat anak abah selepas dapat elaun semester satu di matrikulasi cuma SATU – handset baru, menggantikan handset Nokia gedabak yang konon-kononnya dia malu nak guna. Itu pun, TRACK-IN ok, bukan BELI BARU. Nak tunjuk konon-kononnya jimat lah tu, dengan menTRACK-IN handset dan bukan BELI BARU.
Cheh, tak sedar diri sungguh anak abah masa tu. Tak menghargai langsung jasa handset Nokia gedabak yang menghubungkan anak abah dan abah serta ibunya yang jauh di mata.
Ok, selamat TRACK-IN tanpa pengetahuan abah. Bertuah sungguhlah anak abah. Kalau abah tahu, sampai lubang cacing kerawit abah cari aku.
TRACK-IN pun dapat RM50 je, ok. Cikai pun cikai lah. Jangan mimpi lah nak dapat over RM100. Tengok lah zaman bila handphone ni keluar. Huhu.
Goodbye, Nokia 3210.
Natijahnya : Balik cuti, dan alkisah anak abah menggadaikan handset gedabak kesayangan abah terbongkar jua. Buat muka innocent [lah sangat] untuk mengelakkan dari ditembak bertubi-tubi.
Tapi yang tak tahannya…
Abah : Tak ada lagilah kenangan dengan handphone pertama tu. Bukannya senang nak dapat. Kena tunggu berhari-hari pulak tu.
Ok, abah. Sekarang Kak Long tak macam tu ye. Dah insap sikit.
Akibatnya : Pintar sungguhlah anak abah ye. Ingatkan TRACK-IN tu dah CUKUP CERDIK, rupa-rupanya masih kurang genius. Kalau nak TRACK-IN sekalipun, TRACK-IN lah dengan handset yang baru, bukan Nokia 8250 yang second hand.
Tu lah, pandai sangat.
Nak berjimat konon. Tup, tup, tak lama pun pakai, asyik kong je. Itulah padahnya membelakangkan mak dan abahnya. Akibatnya, handset barunya yang menjadi mangsanya.
Nak tak nak, say GOODBYE lah kat handset kedua.
Nota kaki : Abah, anak abah memohon maaf di atas kepintaran anak abah menggadai handset keramat abah yang penuh kenangan itu.
Handset yang ketiga : Setelah persaraan Nokia 8250 yang sempat berkhidmat dua bulan saja, abah dengan rela hatinya menyedekahkan handset Nokia 1100 biru muda miliknya untuk kegunaan aku. Sob, sob… :,( Terharu seyh.
Lagi lagi, abah yang terpaksa berkorban.
Maka, nikmat mana lagi yang aku tak bersyukur ni?
Lagi lagi, abah yang terpaksa berkorban.
Maka, nikmat mana lagi yang aku tak bersyukur ni?
Terasa sangat kasih abah yang sanggup mengorbankan kepentingannya demi seorang anak bertuah macam Kak Long ini.
![]() |
| Kenangan Nokia 1100 biru |
Ya, bertuah sangat Kak Long jadi anak abah.
Handset inilah yang paling banyak berjasa. Handset ini mengajar Kak Long menghargai pemberian abah. Lepas ni, Kak Long janji takkan ulangi lagi idea cerdik tu. Handset ini jugalah yang hilang. :,(
Nak buat macam mana, tak ada rezeki, kan?
Nokia 1100 : 2005 – 2009 [4 tahun berkhidmat dengan sangat baik, walaupun kerapkali terjatuh]
Handset yang keempat : Handset ini dibeli bukan kerana TRACK-IN lagi, ok. Bukan juga sebab JUAL handset lama. Lagipun, kalau jual handset Nokia 1100 tu, gerenti takkan laku punya. Kalau laku sekalipun, memang takkan terlintas nak menjualnya sebab dah terkesan dengan tragedy penggadaian handset keramat abah. Sob, sob… Dah ter’touching’ la pulak. :,(
Handset kali ini dibeli dengan duit PTPTN [Ooopss].
Alasan kenapa saya membeli handset ini : Sebab dapat pointer 3.91, ok. Bukan mudah nak dapat pointer yang sikit punya gempaq tu. Chewah, sebagai tanda meraikan diri sendiri – makanya, saya pun menghadiahkan diri saya sendiri dengan handset Nokia 6080. Ada makna di sebalik pemilihan model Nokia 6080 tu. ;-)
Jika diterbalikkan digit tu, 0806 – hazaf ‘sifar’ – 86. Tahun kelahiran – siapa lagi kalau bukan anak sulung Encik Muhamad Amin yang bertuah ni!
Handset ni pun saya jaga baik-baik, sama macam saya jaga Nokia 1100.
Jaga baik-baik macam mana pun, kalau Allah kata itu bukan rezekiku, maka setakat itu sahajalah Nokia 1100 & Nokia 6080 menjadi milik sementaraku.
Dan tiada satu apa pun milik kita.
Semuanya tetap kekal milik Allah.
Sampai saatnya, Allah ambil balik nikmat itu.
Satu peristiwa ini, berbagai ibrah yang Allah sampaikan.
Ya, mungkin saya terlalu leka dengan dunia. Punya dua handset, mungkin buatkan saya semakin jauh dari Allah.
Ya, mungkin Allah nak ajar saya erti sabar menghadapi kehilangan. Allah baru uji dengan hilang dua handset, bukan hilang dua anggota [naudzu billah], atau hilang apa-apa sahaja yang ada ‘dua’.
Ya, mungkin dua handset itu, saya tak gunakan sepenuhnya untuk kerja-kerja dakwah. Itu yang Allah tak redha kan? Itu yang buat saya terpana. :,(
Nikmat yang ada, selalu buat kita terlupa untuk bersyukur. Bersyukur, bukan sekadar melafaz Alhamdulillah, tapi menggunakan nikmat itu ke jalan yang diredhai Allah. Terima kasih Allah dengan tarbiyah ruhiyah ini.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
[Saba, 34 : 36]

















