Catatan Lavender La Nuna : Tribulasi Demi Tribulasi

5 Mei 2010 . Rabu

Nokia 6080 yang hitam bergaya itu bergetar tanpa bunyi. Tertera nama Kak Ti menandakan Kak Tilah yang membuat panggilan itu. Panggilan kecemasan atau apakah? Selalunya kalau Kak Ti menghubungi, tak lain tak bukan, mesti ada urusan super urgent. Dan Nuna pun menjawab…

Dan ternyata benar. Terduduk diam tak terkata dibuatnya. Terpana sebentar. Fikiran buntu amat. Tak dapat berfikir dengan rasional lagi.

Passport. Kak Ti sudah bertanyakan tentang passport itu. Seboleh-bolehnya, secepat mungkin juga salinan passport itu dihantar untuk untuk memproses borang permohonan. Kalau tak dapat hantar hari ini, alamatnya, akulah yang menghantar sendiri salinan passport itu bersama borang permohonan ke Putrajaya sebab Ustaz Sofee akan menghantar semua borang permohonan ke Putrajaya Jumaat ini. Mana mungkin aku dapat menyerahkan salinan passport itu kalau memang ia masih diproses dan tidak dapat dikeluarkan lagi dalam tempoh kurang dari seminggu? Dan bagaimana pula kalau aku terpaksa menghantar segala borang permohonan dan dokumen ke Putrajaya? Takkan nak menyusahkan Pak Mat lagi? Kalau bukan Pak Mat, siapa lagi nak tolong aku?

Runsing.

Tak dapat berfikir lagi.

Ya Allah… Tunjukkanlah aku jalan keluar! :-(

Aku capai lagi Nokia hitam itu. Speed dial nombor mama. Mama jawab. Dan terus ceritakan pada mama. Dan tak semena-mena air mata yang sekian lama aku tahan tumpah juga akhirnya. Air mata pertama sejak aku berada di sini. Seganas-ganas Nuna, menangis juga dia akhirnya – sebab dalam hatinya masih ada taman.

Mama tenangkan aku. Mama suruh aku berhenti menangis. Mama suruh aku call Jabatan Imigresen Batu Pahat untuk bertanyakan status passport aku. Dan akhir sekali sebelum memutuskan talian, sekali lagi mama memesan agar aku bersabar dan banyakkan berdoa.

Sabar Nuna.
http://www.emocutez.com
Ujian ini baru ujian yang kecil buatmu.

Alhamdulillah, sebenarnya, aku tak perlu apa-apa saranan dari mama. Kerana apa yang perlukan ialah cukup dengan mendengar suara mama, segala kerunsinganku serasa terhapus begitu sahaja. Dan bila kerunsinganku terhapus, insya Allah aku dapat berfikir normal semula. Terima kasih Allah, kerana aku lahir dari rahim seorang mama yang mulia itu. Terima kasih mama. Suaramu menenangkan. Mendinginkan bagai titisan embun. Engkaulah embun itu. :-)
http://www.emocutez.com
Dail situ, dail sana, dail sini…

Kata putus telah dibuat. Encik Imigresen telah menegaskan bahawa sesungguhnya passport aku memang tak boleh siap hari ini dan menurut beliau lagi, insya Allah esok beliau akan menghubungi aku lagi. Paling awal pun boleh siap hari Jumaat ini. Segera call Kak Ti. Maklumkan tentang status passportku. No more tears kali ini. Lebih tenang dan teratur bicara. Alhamdulillah, aku dapat rasakan ini semua berkat doa seorang mamaku. Semoga urusanku selepas ini dipermudahkan… Ameen.

Pak Mat tiba-tiba datang menyerbu membuatkan aku ter’blur’ sekejap. Rupa-rupanya mama call Pak Mat dan ceritakan masalah yang aku hadapi. Aku cuma tersenyum dan cuma kata, masalah dah hampir settle. Pak Mat memeluk kepalaku dan menggosok-gosok kepalaku macam budak enam tahun. Aku dah susahkan hati semua orang ke? Ya. Memang pun. Rasa bersalah juga sebab dah buatkan hati mama risau sampai terpaksa mengadu dengan Pak Mat. Rasa bersalah juga, sebab dah buatkan Pak Mat rasa risau denganku.

Nuna, Nuna…
http://www.emocutez.com
Sebab budak bernama Nuna tu gabra sangat… :-)

Parit Sempadan :-)

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Monday, December 20, 2010

No comments:

Sahabat QQ