Catatan Lavender La Nuna : Dan Balik Lagi...

26 April 2010.Isnin

Birthday Kak Didi!
Click Me
Malam sebelum tidur, Nuna dah hantar SMS untuk wish birthday Kak Didi. Malam ini Nuna tidur di bilik Aini dan Nori, di katil Nori – tingkat atas. Ayuni pula volunteer temankan aku tidur di bilik ini : dia di tingkat bawah, tempat tidur Aini.

Budak-budak kat markaz ini sekarang sedang sibuk dengan assignment mereka. Budak-budak semester akhir especially. Tengah siapkan assignment Fiqh Munakahat yang sejak dua minggu lepas diberikan Ustaz Nafis. Sempat juga membantu adik-adik ni menterjemah sedikit teks kitab.

Pagi itu, aku, Faizin dan Yana menumpang kereta Pak Ya untuk ke kolej. Sampai di kolej, rupa-rupanya ada program. Program pelajar jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dari luar main gate Kompleks Uniti lagi sudah dipenuhi dengan kereta ibu bapa yang membawa anak masing-masing yang bersekolah tadika di sekitar Port Dickson untuk menghadiri acara tahunan di kolej ini. Masuk saja ke perkarangan Kolej Uniti… Wah! Meriahnya… Di sana sini ramai kelihatan murid-murid tadika yang comel dengan pelbagai ragam. Dengan pelbagai kostum. Meriah dengan gerai-gerai menjual makanan segera dan mainan kanak-kanak. Di Dewan Besar KU, bergema suara MC yang sedang mengendalikan majlis.

Alamak!

Mana Kak Ti ni?

Kerana Kak Tilah tujuan utama aku datang ke kolej buat sekian kalinya hari ini. Semalam Kak Ti sudah berjanji akan datang ke kolej. Call dan SMS Kak Ti tapi tak berbalas. Mula-mula kami bertiga menanti di hadapan maktabah. Maktabah pula sudah dikosongkan untuk acara Tadarus al-Quran kanak-kanak tadika ini nanti. Tanpa disedari, kaki ini melangkah menonong menuju ke blok bilik pensyarah. Nekad cari Kak Ti di tempat Ustaz Sofee. Tiada juga. Akhirnya aku terpaku sendirian di anjung blok pensyarah memerhati lautan manusia yang membanjiri Dataran Kejat Uniti.

Dalam pada termenung sendirian itu, tiba-tiba bahuku terasa ditepuk seseorang. Ika rupanya. Ika yang dulunya seniorku, kini sedang bekerja di sini di Unit Hal Ehwal Pelajar. Sempat beramah mesra sebentar sebelum dia berlalu ke pejabat. Terus melangut lagi sambil cuba menghubungi Kak Ti. Sambil menanti panggilan dijawab, tiba-tiba aku terpandang kelibat Kak Ti sedang berjalan-jalan di sekitar gerai di Dataran Kejat itu bersama seorang gadis bertudung labuh hijau muda; Sakinah kukira. Tanpa membuang masa lagi, aku terus melangkah mengejar Kak Ti sebelum dia hilang dari pandangan.

"Kak Ti!"

Kak Ti menoleh dan aku terus meluru ke arahnya, salam dan memeluknya. Kak Ti kata, dia tak perasan pun dengan bunyi handset sewaktu aku menghubungi dan menghantar SMS kepadanya. (dah agak dah…). Aku bersama Kak Ti melangkah seiring menuju ke bilik pensyarah lelaki. Sementara, Baby Rufaidah pula ikut Makcik Sakinahnya.

Setelah selesai segala urusan di bilik pensyarah, kami beriringan semula ke maktabah. Lega rasanya bila sijil lahir sudah berada di dalam tangan. Kembali ke maktabah. Sudah berjanji dengan Pak Cik Aris yang akan menghantar ke Stesen Bas Masjid Tanah jam 10.30 pagi. Sempat lagi beramah mesra dengan Baby Rufaidah yang pipinya gebu macam epal tu. Faizin, Yana, Hafizah dan beberapa lagi teman sekelas mereka sedang bersembunyi di balik rak-rak kitab turath di satu sudut maktabah. Mereka sedang struggle menyiapkan mabhath yang Ustaz Nafis berikan.

Tepat jam 10.30, Pak Cik Aris menghubungiku supaya bersiap menunggu di main gate. Setelah bersalam-salaman dengan semua sahabat, aku berlalu dengan pantasnya ke main gate. Para siswa dan siswi yang majoritinya pelajar baru dan jurusan DPA berbaris di sepanjang jalan menuju ke main gate. Rupa-rupanya mereka akan menyambut kedatangan Yang Berhormat yang dijangka akan tiba sebentar lagi bagi merasmikan majlis. Aku mempercepatkan langkahku sebelum YB itu tiba. Sempat lagi bersalam dengan Adilah dan Haziqah di celah-celah barisan siswi itu.

Alhamdulillah…

Akhirnya, selamat memasuki perut kereta Kancil Pak Cik Aris. Kereta Pak Cik Aris baru saja memasuki bandar Masjid Tanah apabila aku menerima mesej dari Kak Ti. Kak Ti tanya di mana aku berada pada ketika ini kerana katanya ada satu borang yang baru sampai ke kolej dan perlu diisi.

Ya Allah…

Rasa lemah seluruh tubuhku. Takkan nak minta Pak Cik Aris patah balik ke kolej. Kasihan Pak Cik Aris. Nak ambil anak di taska lagi. Ni dah nak sampai ke Masjid Tanah. Kalau masih di Kuala Sungai Baru tadi, tak apalah juga. Aku segera membalas mesej Kak Ti. Tak lama kemudian Kak Ti minta alamatku di Johor untuk mengepos borang tersebut. Tapi hati ni tetap berdebar-debar… Semoga tiada apa-apa kesulitan yang berlaku lagi. Terasa bagai nak menitis saja air mata ni bila mengenangkan betapa peritnya perjalanan yang aku lalui sekarang. Ya Allah… Kuatkanlah hatiku… Bila teringat kata-kata seorang sahabat, kalau Allah tak bagi ujian, hidup ni tak meriah. Tak ada perencah. Tak mencabar langsung. Betul sahabat. Aku mengakui kata-katamu. Sekurang-kurangnya, bila diuji sebegini, suatu masa nanti aku tak mudah lupa diri. Kerana segala kesenangan itu bermula dengan kesulitan.

Tiba di Masjid Tanah. Naik bas ke Melaka Sentral. Sampai di Melaka Sentral terus saja beli tiket bas ke Batu Pahat. Seperti biasa, Bas Orkid jam 1.30 petang. Sekarang jam 12.45. Sempat lagi kalau nak solat dan jalan-jalan sekejap. Ok, jalan-jalan dulu. Beli some buah tiin kering dan manisan susu unta. Ya Allah… Look! My sandal! Sandal kelabu bertali halusku putus! Patut pun rasa lain macam bila turun dari bas tadi. Rushing ke sebuah kedai kasut. Cari-cari sandal yang agak murah harganya untuk menggantikan sandal yang sudah terputus ini. Alhamdulillah… Sempat juga beli sepasang sandal rona putih susu sebelum berlalu ke musolla untuk menunaikan solat Zohor. Diskaun 80%. Macam tak percaya je, kan? Harganya, kira oklah – RM15.90.

sandal murahan je...syukurlah apa yang ada :)

Perjalanan dari Melaka Sentral ke Batu Pahat memakan masa selama lebih kurang 2 jam. Jam 3 petang aku meminta uncle driver ini berhenti di hadapan simpang Kampung Parit Sempadan. Alhamdulillah, sampai dengan selamat. Elok-elok saja sampai di pondok di simpang kampung ini, gerimis turun membasahi bumi Semerah. Cepat-cepat call Pak Padil untuk memaklumkan ketibaan aku. Tak lama selepas aku call, Pak Padil datang mejemputku dengan Honda Wave merahnya. Kasihan Pak Padil, terpaksa meredah gerimis untuk menjemputku. Alhamdulillah, nasib baik cuma gerimis, bukannya hujan lebat.

Alhamdulillah…

Aku balik kali ini tanpa membuat kesalahan kes juvana lagi… (belajar dari kesilapan lalu)
Click Me~

Parit Sempadan J

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Saturday, August 21, 2010

No comments:

Sahabat QQ