Catatan Lavender La Nuna : Kembara Lagi…

25 April 2010.Ahad

Awal pagi lagi, Kak Didi sudah bangun untuk menyediakan sarapan. Semalam lagi, embah mengarahkan Pak Padil membeli sebungkus mihun dan meminta Kak Didi memasak mihun goreng sebagai sarapan pada keesokan paginya.

Dari semalam petang lagi, kerja Kak Didi memberi kami makan yang secukupnya. Semalam petang, Kak Didi menggoreng keledek (sweet potato) untuk minum petang. Malam selepas Maghrib, Kak Didi sekali lagi menyediakan makan malam walaupun malam-malam sebelumnya kami di rumah embah ini tak pernah makan malam. Dan pagi ini, seperti yang ditugaskan embah, Kak Didi mula menyediakan bahan-bahan untuk mihun gorengnya.

Sebenarnya, beberapa hari lepas, embah dah tugaskan Nuna untuk memasak mihun goreng. Nak tahu apa jadi? (My first experience to cook fried noodle) become kasar dan kering macam berus dawai!

Arghhh… Tension tau!
http://www.emocutez.com
Agaknya sebab tu lah embah tak berpuas hati dengan prestasiku tapi embah tak cakap pun. Takut aku terasa dan mogok tak nak memasak terus. Sebab tu lah embah nak merasa pula masakan Kak Didi. Masakan Kak Didi, confirm memenuhi piawaian embah.

Nuna?
http://www.emocutez.com
Wah.. Nuna cukup senang hati. Tapi, tak boleh juga nak goyang kaki macam mem. Tolong juga Kak Didi kupas-kupas bawang dan kisar segala ramuan. Tapi actually, embah nakkan kelainan sikit pada mihun goreng ni.

Alamak…

Kelainan yang bagaimana agaknya tu?

Actually, embah suruh Kak Didi supaya tumiskan bahan tumis bersama tauhu sehingga hancur. Menurut embah lagi, Mak Nah pernah buat begitu. Tapi, bila Kak Didi call Mak Nah untuk mendapatkan kesahihan, Mak Nah kata, tak pernah-pernah pula Mak Nah buat begitu. Mak Nah yang lupa atau cuma fantasi embah?
Kak Didi buat juga seperti yang diarahkan embah. Kata Kak Didi, dia pun tak biasa buat mihun goreng, tapi harap-harapnya eksperimen Kak Didi berjaya.

Setelah hampir siap, Kak Didi menyuruh Nuna pula bersiap-siap. Oh, ya… Pagi ini Kak Didi yang akan menghantar Nuna ke Terminal Bas Batu Pahat. Sebelum bertolak, kami sarapan bersama. Alhamdulillah, sedap sangat mihun goreng yang Kak Didi buat. Cukup rasa, moist enough dan… two thumbs up!

Tak tau nak cakap apa lagi. Sedap sangat.
Click Me~
Sekarang, barulah Nuna dapat agak apa yang tak kena dengan mihun goreng Nuna dulu bila bandingkan dengan mihun goreng Kak Didi.
  1. Kering : Minyak menumis sedikit sangat.
  2. Keras : Rendam mihun sekejap sangat. Sepatutnya, agak-agak bila dah lembut tu baru boleh toskan.
  3. Tak sedap! : Bahan menumis kurang. Cuma guna ikan bilis yang dikisar bersama bawang putih, bawang merah dan cili kering. Juga telur dadar sebagai aksesori. Mihun goreng yang Kak Didi masak, ada macam-macam aksesori selain bahan tumis yang asas. Tauhu, sotong, tauge, telur dadar dan daun sup. No wonderlah sedap!

    *Lain kali, kalau embah nak mihun goreng lagi, Nuna akan apply apa yang Nuna pelajari secara tak langsung dari Kak Didi. Thanks Kak Didi!

    Jam 9 pagi, Kak Didi menghantar Nuna ke Terminal Bas Batu Pahat. Kasihan embah, asyik ditinggal saja. Tapi, insya Allah pemergianku kali ini sekejap saja. Esok bila dah ambil sijil lahir tu, Nuna akan terus pulang.

    Alhamdulillah selepas Asar aku tiba di perkarangan Uniti Village. Langsung ke unit markaz Faizin dan konco-konconya. Tadi sebelum bertolak, aku dah confirmkan dengan Faizin untuk memastikan dia ada di hostel.

    Alhamdulillah, kedatangan aku kali ini disambut oleh Yana yang sudah setahun lebih tidak bersua. Cuma Nori dan Aini saja yang tiada bersama kami kerana mereka berdua balik ke rumah Aini di Shah Alam.

    Click Me
    Berdebar menanti esok!

Parit Sempadan J

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Friday, August 20, 2010

No comments:

Sahabat QQ