Catatan Lavender La Nuna : Cincinku Cincinmu Jua

24 April 2010.Sabtu

Ngeeeeeeeeeee…

Seronoknya! Hari ini Kak Didi datang lagi. Kak Didi akan bermalam semalam di sini. Dan rumah ini pasti tambah meriah dengan adanya Kak Didi. Cukup untuk membuatkan embah bahagia. Nuna lebih-lebih lagi seronok.

Sebab…

Kak Didi rajin layan embah berbual. Banyak idea nak berborak dengan embah.

Kak Didi rajin masak. Part ni yang paling best. Nuna tolong makan je.

Kak Didi temankan Nuna tidur di ruang tamu. Selalunya Nuna dan embah saja. Hari ini kami bertiga.
  Seronok!

Kak Didi the best cousin I ever had! Ada Kak Didi, terasa macam punya kakak sendiri.

Taghur jangan jealous!
http://www.emocutez.com
Pinjam kakak satu malam!

Petang itu Kak Didi jadi chef sediakan juadah minuman petang. Goreng keledek manis dan air teh panas. Kami bersantai minum-minum sambil makan-makan dan berborak-borak bertukar-tukar cerita dengan embah di ruang tamu. Kami bertiga. Asyiknya!

Sedang kami asyik berborak secara tiba-tiba dan tanpa diduga retina mataku tertancap ke jari embah. Dua bentuk cincin yang tersarung elok di jari manis dan jari tengah embah. Namun retina mataku lebih terfokus ke arah jari manis embah, tempat tersarungnya cincin bertatah empat permata putih yang comel itu. Cincin itu kecil saja. Halus lagi comel. Selera makanku tiba-tiba mati. Fikiranku lebih terarah kepada cincin itu.

memori sebentuk cincin
Memoriku bekerja membawaku ke zaman empat bulan nan silam. Waktu itu kami sedang sibuk memunggah bagasi untuk balik ke Sarawak. Bila waktunya kami berada di dalam kereta menuju ke airport, Nuna masih tidak menyedari sesuatu yang kurang di jarinya. Sampai waktunya kami tiba di Sarawak, Nuna masih belum menyedarinya lagi. Sehinggalah beberapa lama selepas itu, Nuna tiba-tiba terasa ingin memakai cincin bertatah permata
(palsu) itu. Nuna cari di segenap inci penjuru rumah ini, namun tiadalah ditemukannya. Segala beg-beg yang dibawa balik ke Johor tempoh hari turut dikosongkan, namun usahkan terlihat kelibat kemilau keemasan cincin, bunyi cincin jatuh berdenting pun tiada kedengaran. Sudahnya, Nuna belajar untuk redha bahawa cincin kesayangan yang dibelinya dengan duit yang dikumpul sendiri itu sudah hilang. Belajar untuk menerima tiada satu pun milik kita yang akan kekalL

Tapi hari ini…

Nuna kenal sangat dengan cincin itu. Itu cincin Nuna… Lagipun buat apa embah nak beli cincin Zhulian yang kalau dibawa ke kedai pajak gadai pun, apek tua kedai pajak mesti reject awal-awal. Bukan emas tulen pun. Tiada nilai! Tapi cukup bernilai bagiku. Walaupun ia murah. Tak sampai RM100. Sangat punya nilai sentimental. Bukan sentimental sangat pun… Cuma, Nuna ni bukan gemar sangat dengan benda barang-barang kemas ni. Tapi, bila dah berkenan, itulah satu-satunya yang Nuna akan bawa ke mana saja. Kesian cincin Zhulian, kan? Pasti dia menangis waktu aku tinggalkannya sendirian empat bulan lepas…

Tak mengapalah… (part menyedapkan hati sendiri a.k.a belajar untuk redha)
http://www.emocutez.com 

Sekurang-kurangnya, Nuna tahu cincin Zhulian tu masih selamat. Sekurang-kurangnya Nuna tahu, cincin Zhulian tu tak jatuh ke tangan orang yang tak dikenali. Embah aku juga yang pakai. Bukan orang lain. Sekurang-kurangnya, bila Nuna dah jauh dari embah nanti, embah akan selalu teringatkan Nuna bila embah pakai cincin tu (walau hakikatnya embah tak tahu siapa pemilik sebenarnya suatu ketika dahulu).

Cincin itu bernilai bagiku (walau harganya murah). Namun embah telah pun menghadiahkan sebutir permata  yang tak ternilai ertinya buatku. Itulah pengorbanan. Sebutir pengorbanan yang walaupun kecil tapi amat besar ertinya. Erti pengorbanan kepada yang memberi. Semoga sebutir pengorbanan yang kecil dari seorang cucu dengan mengorbankan sekelumit rasa bahagianya akan membina sebuah kebahagiaan yang besar untuk neneknya. Itulah kebahagiaan sebenar bagiku.

Sebentuk cincin. Dunia belaka… Apalah sangat nilainya sebentuk cincin kalau nak dibandingkan dengan sebuah nikmat kebahagiaan?

Belajar untuk berlapang dada dan menerima hakikat tiada satu pun milik kita yang akan kekal. Alhamdulillah… Sungguh, tak tergambar perasaan ini dengan kata-kata! J

tinggal kenangan...

Embah... Cincinku cincinmu jua...

Parit Sempadan J

Enhanced by Zemanta

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Wednesday, August 18, 2010

No comments:

Sahabat QQ