Catatan Lavender La Nuna : Azfar Jalil, Doa Kami Buatmu.

11 Oktober 2012 | Khamis

Pada tarikh ini sepatutnya tarikh gembira untuk menyambut ulangtahun salah seorang housemate Raudhatul Haneen, tapi pada tarikh ini juga saya mendapat khabar sedih dari Malaysia.

Petang itu [waktu tempatan], saya mendapat panggilan dari adik perempuan bongsu saya, Amna. Mula-mula agak pelik sebab dia jarang nak call saya kecuali ada hal yang benar-benar penting. Saya jawab.

“Kak Long, Azfar dah tak ada.”

“Apa??” Tak jelas suara Amna. 

“Azfar anak Kak Idah dah meninggal, accident petang tadi…”

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun… Terbayang di mata, Azfar anak Kak Idah dan bekas suaminya yang juga bekas pembaca berita TV3, Jalil Matdom. Terkejut, lantas tertekan off. Tak semena-mena kepala jadi pening, macam nak pitam. Ya Allah, ujian apakah ini? Belum sampai 40 hari embah pergi tinggalkan kami, pusaranya masih merah lagi, dan kini Azfar pula ikut jejak embah kami.

Saya call mak pula  kredit Weinak masih berbaki lagi. Dari cerita mak, Azfar kemalangan motorsikal dan arwah sebagai pembonceng. Kemalangan terjadi di Taman Universiti Teknologi Malaysia [UTM] Skudai, apabila motorsikal yang dibawa oleh rakannya dilanggar sebuah lori, dan kemudian arwah dilanggar pula dengan sebuah kereta.

Hit and run.

Sadis telinga saya mendengarnya. Tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan Kak Idah sebagai ibu tunggal untuk menerima kehilangan anak sulungnya, yang merupakan satu-satunya anak lelakinya. Harapannya. Tak dapat nak bayangkan wajah satu-satunya adik perempuan arwah Azfar, Adlina yang ketika Azfar sudah disahkan meninggal dunia, Adlina masih lagi di sekolah tidak tahu apa-apa.

Azfar, anak saudara Acik Nuna yang sangat pendiam tapi cerdik. Semua orang pun tak pernah menyangka Azfar akan pergi secepat ini, lebih-lebih lagi di saat kita semua masih bersedih dengan pemergian embah. Sekelip mata. Masih terbayang-bayang lagi Azfar yang kecil-comel bermain-main di halaman rumah Mak Long saya; neneknya, anak sulung Mbah kami, bersama dengan adik perempuannya Adlina. 
Masih terbayang-bayang lagi, Azfar dan Pak Long naik motosikal sama-sama ngeteh di pekan. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga, suara Azfar yang comel minta Mak Long [nenek Azfar] buatkan sup potato kegemarannya.

Sekejap.

Pantas sungguh masa berlalu. Rasa baru semalam Azfar menyambut ulang tahun yang ke-16 pada September lalu. Maut yang datang menjemput, tak cepat dan tak lambat walau sesaat.

Azfar; Moga rohmu tenang di sisi Pencipta. Moga manusia yang melanggarmu, mendapat balasan setimpal, jika tidak pun di dunia, di akhirat sana dia pasti takkan dapat lari. Moga ibumu, adikmu, tabah dengan pemergian mengejutmu.

Azfar; walau dah berlalu seminggu, kami masih terkejut lagi… :’(

p/s : terima kasih buat semua yang mendoakan arwah, khususnya YDPAH BKPJJ Farah Nadzirah yang sanggup menelefon Kak Amal pagi-pagi semata-mata nak tahu khabar anak buahnya ini.. Terharu. Terima kasih semua. Allahu yubarik lakum jami'an.

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Friday, October 19, 2012

No comments:

Sahabat QQ