Catatan Lavender La Nuna : Baytullah, Bila Giliranku?

26102012 | 10 Zulhijjah 1433 H

يوم الجمعة. يوم العيد. يوم المبارك. أتمنى لكم و لنا و لجميع المسلمين و المسلمات في جميع أنهاء الأرض بألف خير!

.. .. .. .. .. .. .. .. .. ..

Melihat gambar Baytullah Baytul Atiq – dengan jutaan umat Islam seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu mengelilinginya – bohonglah jika hati tidak terdetik, “Harap sangat dapat pergi ziarah, sekali pun cukuplah.”

Sudah lebih dua tahun menghuni bumi Jordan, Makkah bumi bakkah yang mubarakah belum sekalipun dijejaki biarpun hanya berjiran di sebelah timur. Bila terdengar sayup-sayup alunan takbir dilaungkan pelajar syabab Malizi di Masjid Jamiah usai solat Isyak tadi, lagilah terasa sayu. Kalau Arab yang laungkan takbir, memanglah sah-sah jiwa ini tak tersentuh langsung tak terasa pun ke-heartmelt-annya. Eh? Sebab Arab laung takbir tak syahdu, itu bahasa simplenya.

Cuti fasal thani lepas, ada iklan umrah buat akhwat. Dah siap-siapkan mental, jiwa raga, dokumen bagai untuk menjadi tetamu Allah, namun atas kehendakNya, impian itu belum diizinkan untuk menjadi nyata. Dan bulan haji kali ini, memanglah tak menaruh harapan yang tinggi, bimbang nanti bila terjatuh, hancur remuk patah riuk jadinya. Kalau visa bahagian syabab pun tak diluluskan untuk menjadi tetamu Allah buat ibadat haji kali ini, apatah lagi akhwat, ye dak?

Terkesan dengan pengorbanan Senad Hadzic, 47 rakyat Bosnia yang berjalan kaki dari tanah airnya merentasi 7 buah negara termasuk Jordan dan Syria selama 314 hari untuk menyahut seruan Baytullah. Allahhh… Kuat sungguh semangat hamba Allah itu, mengorbankan harta menyediakan jiwa demi satu perjalanan yang suci.

Hayati petikan kata-kata beliau, “Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya.”

Aku banyak dosa, jiwa aku tak suci lagi, mungkin Allah mahu beri masa lebih untuk aku mantapkan isti3dad ruhiyah. Aku tak layak lagi jadi tetamu Haramain. Demimu ya Rahman, sungguh aku rindu dengan Baytul Atiq!

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Friday, October 26, 2012

No comments:

Sahabat QQ