Catatan Lavender La Nuna : 10 Terakhir vs 10 Terawal

Masih ingat lagi 10 malam terakhir Ramadhan yang kita lalui tak berapa lama dahulu? Bagaimana pencapaian kita pada fatrah tersebut? Meng-alhamdulillah-kan atau mendurjakan?

Itu Ramadhan yang sudah berlalu. Dan kini, sedar atau tidak, Allah sedang memberi peluang kepada kita untuk bernafas melalui fatrah 10 awal Zulhijjah pula. Zulhijjah, bulan terakhir dalam taqwim Hijri. Zulhijjah, salah satu bulan dari 4 bulan yang dimuliakan - [Zulqaeidah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab]. Zulhijjah, di dalamnya terkandung 2 ibadah besar : [1] yang terkandung dalam rukun iman; menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu, [2] ibadah udhiyyah (korban)

.. .. .. .. ..

Teringat taujihat murobbiah selepas habis kelas tahfiz AzZikr Sabtu lepas, tentang ayat pertama dan kedua dari Surah Al-Fajr, yang ada kaitannya dengan hari mulia dalam bulan Zulhijjah ini :

Allah telah bersumpah dalam ayat [1] dan ayat ke [2] dalam surah Al-Fajr dengan malam yang sepuluh, iaitu 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh majoriti ulama tafsir. 

Bilamana Allah bersumpah dengan sesuatu ciptaanNya, itu menunjukkan kedudukannya yang penting dan kelebihannya di sisi manusia, ia tidak penting sehinggalah Allah bersumpah dengannya kerana kepentingan dan keutamaannya. Selain itu, Allah berhak bersumpah dengan apa sahaja yang Dia kehendaki, tetapi manusia hanya boleh bersumpah dengan nama Allah.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

عن ابن عباس قال: قال رسول الله : ((ما من أيامٍ العملُ الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام))، يعني: أيام العشر. قالوا: يا رسولَ الله، ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال: ((ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء)) رواه البخاري وأبو داود والترمذي وابن ماجه.

Tidak ada hari-hari yang pada waktu itu amal soleh lebih dicintai oleh Allah melebihi sepuluh hari pertama (di bulan Zulhijjah). Para sahabat radhiyallahu ‘anhum bertanya: “Wahai Rasulullah, juga (melebihi keutamaan) jihad di jalan Allah?
Baginda Sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak juga jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar (berjihad di jalan Allah) dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak ada yang kembali sedikitpun. 
[HR Bukhari (926)]

Yang mana lebih afdhal : 10 terakhir Ramadhan atau 10 terawal Zulhijjah?

Imam Ibnul Qayyim r.h.m. berkata, “Jika dilihat pada malamnya, maka sepuluh terakhir bulan Ramadhan lebih utama dan jika dilihat waktu siangnya, maka sepuluh awal bulan Dzulhijjah lebih utama.” 
[Kitab Zaad Al-Maad]

Tadi selepas kelas tahfiz Azzikr, sekali lagi our murobbiah reminded us to perform the puasa Yaum Arafah. Ok, for those yang layak dan halal untuk berpuasa, just PUASA Ok, bukannya susah pun. You’re so lucky sebab dapat berpuasa, & doa orang-orang yang berpuasa tu insyaAllah maqbul. Itu pun tak nak PUASA lagi? Ish ish, tolonglah jadi orang yang bersyukur, even it is just a puasa sunat, tapi tahu tak ganjarannya berlipat ganda seperti yang telah dinyatakan di atas?

Eh, kat bawah pun ada reminder.

Dari Abi Qatadah r.a. : Beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang puasa Hari Arafah, maka Baginda s.a.w. menjawab : "Puasa Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."
[HR Muslim no.1162]

JOM, puasa sunat yawm Arafah! ^_^

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Tuesday, October 23, 2012

No comments:

Sahabat QQ