Catatan Lavender La Nuna : Pergi Yang Tiada Kembali

Dalam masa seminggu ini saya dikejutkan dengan 3 kematian. Dinihari 7 September saya dikejutkan dengan pemergian arwah embah yang saya sayangi. Embah pergi kerana sakit tua. 9 September, dapat berita kenalan yang pernah beberapa kali sekuliah; Muntaser Al-Beiruti yang berasal dari Bumi Al-Quds dijemput Ilahi setelah dikhabarkan syahid menerusi operasi jihadnya di Syria. 

10 September, malam selepas menyambut ulang tahun kelahiran rakan serumah, dikejutkan pula dengan nahas jalan raya yang melibatkan 4 orang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu’tah. Nahas berlaku ketika mangsa dan rakannya yang merupakan seorang pemandu menjemput dua orang siswi yang baru tiba dari Malaysia di Queen Ali International Airport, Amman. Seorang dilaporkan maut, manakala pemandu dan salah seorang penumpang dikatakan cedera ringan dan seorang lagi penumpang cedera parah.

https://www.facebook.com/oyak.kayo 

Lagi berita di :

Saiful Ashraf Saifudin, 22, jurusan Syariah : Fiqh & Usul Fiqh, meninggal dunia kerana mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala. Dikatakan bahawa kereta sewa yang dipandu oleh sahabatnya, Mohd Hanafie Khalis Zainal Abidin, 20 terbalik di atas jalan raya disebabkan hilang kawalan semasa membuat pusingan U.

Status update terakhir beliau sebelum menyahut seruan Ilahi.

Puisi penuh.

Saiful Ashraf dikenali sebagai seorang yang mudah didekati, mesra dengan sesiapa sahaja dan yang paling menyentuh hati, dikatakan beliau tidak pernah meninggalkan solat jemaah di masjid.

Wahai pemuda masjid, tenanglah dikau di sana.

Wahai pemuda yang berjihad, Engkau mati di mata manusia, tapi Engkau tetap hidup di sisi Pencipta.

Wahai nendaku, ibu yang mendidik 10 zuriat, ku doakan jannah tersedia buatmu!

::Hayya|Nadrusu|Lughatul|Jannah::

Jom Imarahkan Masjid!

Tebarkan Salam ke Serata Alam

salam

Wednesday, September 19, 2012

No comments:

Sahabat QQ