Seawal pukul 8 pagi saya dah standby di
hadapan laptop. Login SIS [Student Information System]. Jam 9:15 pagi sebentar
tadi saya telah mendaftar subjek untuk semester pertama sesi 2012/2013.
Ini natijahnya selepas 33 minit bertarung di
alam maya:
Kelas 1 jam :
9 - 10 : Usul Fiqh 3 [Turuq Istinbat al-Ahkam] - Dr. Abdullah Solah
10 - 11 : Fiqh al-Jihad wal Alaqat adDauliah - Dr Fakhri Abu Safieh
11 - 12 : Ulum Askariah - Dr Ibrahim Syalul
3 - 4 : Qawaeid Lughawiyah fi Usul Fiqh 2 - Dr Usamah Al-Ghunmiyyin
Kelas 1 1/2 jam :
8 - 9.30 : Asalib Bahas wa Masadir Dirosat Islamiyah - Dr Samirah Rifaei
11 - 12.30 : Asasiyat fi Riayah Tifl - Dr Ibrahim Maqaileh
15 minit dari waktu tasjil tak dapat nak
login SIS, SIS jammed, seat penuh etc. Saat-saat yang sangat getir kerana semua
pelajar tahun akhir hari ini berlumba-lumba untuk mendapatkan madah idaman di
samping pensyarah impian dalam susunan jadual yang telah diatur sekemas
mungkin. Siapa cepat, maka bertuahlah dia. Siapa lambat, dia akan menyesal tapi
tak seumur hidup. Debarannya lebih teruk dari orang yang tengok EPL. [Apa
kaitan tah?]
Alhamdulillah kesemua 6 madah selamat
ditasjil, dan ada 1 lagi madah perlu dibawa untuk berurusan di daeirah qobul
tasjil. Tak dapat nak tasjil online. :’( Cuak ni takut tak lepas tasjil je.
Moga Allah permudahkan urusan untuk saya tasjil madah Al-Quran di daeirah qobul
tasjil kelak. :’(